Sinopsis Tak Ada Cinta Sepertimu Astro Ria

5
Sinopsis Tak Ada Cinta Sepertimu Astro Ria

Sinopsis Tak Ada Cinta Sepertimu Astro Ria. Menggantikan Lafazkan Kalimah Cintamu yang bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi, Slot MegaDrama membawakan sebuah lagi cerita cinta khas yang bertajuk TAK ADA CINTA SEPERTIMU yang bersiaran pada 12 Mac kelak.

Diadaptasi dari novel popular tulisan Anna Milia, drama terbitan Suhan Movies ini mendapat sentuhan pengarah berpengalaman iaitu Jamal Khan.

Tak Ada Cinta Sepertimu mempertemukan Shafiq Kyle dan Zahirah Macwilson sebagai teraju utama. Barisan Pelakon yang turut membantu menjayakan drama hebat ini ialah Ruhainies, Fadlan Hazim, Nik Adam Mika, Hazman Al-idrus, Alif Muhaimin, dan Zarina Zainuddin.


Tak Ada Cinta Sepertimu bersiaran mulai 12 Mac 2018, setiap Isnin hingga Khamis, di saluran Astro Ria (104) dan HD (123)

Sinopsis drama Tak Ada Cinta Sepertimu Astro Ria

Bermula dengan insiden berebut Panadol di kedai runcit, hubungan Athea dan Hazran tidak ubah seperti anjing dengan kucing. Percakaran di antara mereka tidak terhenti di situ apabila Hazran naik angin bila kereta Athea menghalang laluan, cermin tingkap dipecahkan oleh anak Athea. Termasuklah Athea 'menculik' dua ekor kucing Hazran.

Kerana kucing itu jugalah yang merapatkan hubungan Hazran dengan anak Athea, Qarleef. Keakraban mereka di gunakan Kamarul untuk memfitnah demi merebut Bella, tunang Hazran. Kamarul, majikan kepada Bella memang menaruh hati terhadap Bella sejak dahulu lagi.

Sinopsis Tak Ada Cinta Sepertimu

Kemunculan Azam semakin merumitkan keadaan dan menjarakkan hubungan Hazran dan Athea. Namun, sejarah kembali berulang dalam hidup Athea apabila Azam tidak sanggup memikul beban  yang selama ini dipikul Athea.

Hazran apabila mengetahui hal itu, cuba untuk meraih kasih Athea kembali. Namun, setelah dua kali dikecewakan, hati Athea sukar untuk menerima Hazran. Sehinggalah ibu bapa Hazran masuk campur.

Entry sebelum ini - Punca Diaz Keluar JDT

Terima kasih kerana membaca Sinopsis Tak Ada Cinta Sepertimu Astro Ria
Tags

Post a Comment

5Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. oh nak habis dah cerita lafazkan kalimah cintamu tu rupanya. harap ini pun best juga.

    ReplyDelete
  2. Sekali pandang perempuan dalam poster macam Nabila Razali pula. hihi

    ReplyDelete
  3. oo dah nak abes ye lafazkan kalimah cintamu. rasanya panajng juga cerita tu ... lebih dr episodselalunya ..

    ingtkan perempuan tadi tunabila razali haaha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top