Ulasan Filem Three Billboards Outside Ebbing Missouri

23
Ulasan Filem Three Billboards Outside Ebbing Missouri

Ulasan Filem Three Billboards Outside Ebbing Missouri. Diseksa, dirogol, dan dibunuh, bunyinya seperti tidak sesuai untuk dijadikan plot filem komedi. Malah, topik sensitif seperti itu langsung tidak kelakar.

Tetapi selaku penulis dan pengarah, Martin McDonagh berjaya mengimbangi tema menjadikannya sebagai filem berunsur 'komedi gelap' yang lengkap dalam segenap aspek.

Maka tidak hairanlah Three Billboards Outside Ebbing Missouri (TBOEM) menerima banyak pengikirafan dalam musim anugerah kali ini. Ini termasuk tujuh pencalonan anugerah Oscar yang akan datang iaitu bagi kategori Best Picture, Best Actress in a Leading Role, Best Actor in Supporting Role, Best Original Score, Best Screenplay, dan Best Film Editing.


Sinopsis
Mengisahkan Mildred Hayes yang tidak berpuas hati dengan pihak polis kerana masih belum menangkap pembunuh anak perempuannya, Angela. Setelah berbulan-bulan tanpa sebarang perkembangan terhadap kes tersebut, Mildred nekad menempah tiga papan tanda di tepi jalan menghala ke Ebbing yang memberi mesej kontroversi kepada ketua polis, William Willoughby, kerana tidak menjalankan tugas.


Keadaan menjadi semakin teruk apabila Detektif Dixon, yang panas baran, dan rasis mula campur tangan dalam hal ini. Bahkan mesej pada papan tanda itu juga menimbulkan rasa kurang senang penduduk.

Pengarah: Martin McDonagh
Pelakon: Frances McDorman, Sam Rockwell, Woody Harrelson, Lucas Hedges, Peter Dinklage.
Genre: Drama/komedi/jenayah

Ulasan ini TIDAK mengandungi spoiler.

Ulasan Filem Three Billboards Outside Ebbing Missouri

Penonton tidak perlu menunggu sehingga ke 'second act' untuk terus lekat pada skrin. Filem ini menarik perhatian penonton dari awal hingga ke minit terakhir.

'Komedi gelap' seperti yang saya sebut di atas tadi bermaksud jenaka sensitif. McDonagh berjaya mencipta unsur jenaka yang hadir tepat pada masanya. Jenaka yang diterbitkan bukanlah seperti tin kosong yang sengaja memperbodohkan penonton. Walaupun agak kasar, tetapiapa yang diucapkan ada benarnya. You will be laughing at some of the darkest jokes ever put to film, because they are just so damn funny.

Baca juga: Ulasan Filem To The Bone

Antara sebab mengapa TBOEM lain dari filem jenayah yang pernah dihasilkan sebelum ini adalah kerana ia tidak mempunyai villain (watak jahat). Karakter Willoughby (Harrelson) digambarkan sebagai ketua yang gagal kerana masih belum menangkap pembunuh Angela.

Manakala watak Dixon (Rockwell) pula, dari awal lagi penonton disogok beliaulah yang paling 'nakal' dan dilihat bakal mencetuskan huru-hara. Protagonis, Mildred, tindakannya yang melancarkan perang dengan pihak polis masih tidak menyelesaikan kes anaknya.

Ulasan Filem Three Billboards Outside Ebbing Missouri

Biarpun jalan ceritanya mudah dihadam, TBOEM mempunyai twist yang tidak disangka-sangka dan tidak termasuk dalam stereotipikal filem jenayah. Ia perlahan tetapi intense dan unpredictable.

Walaupun filem ini diterajui Mildred yang memasang tiga papan tanda tersebut, McDonagh melakukan tugas dengan cemerlang apabila tindakan Mildred ini memberi kesan terhadap orang sekelilingnya.

Ia membawa penonton menyingkap kehidupan tiga watak penting dan apa yang mendorong mereka berbuat sedemikian. Tekanan hidup dan rasa bersalah yang selama ini dipendam menyebabkan seseorang boleh bertindak mengikut emosi. 

Kekuatan utama filem ini terletak pada mutu persembahan setiap pelakon. Setiap karakter yang dipaparkan mempunyai perwatakan berbeza yang bakal dikenang. Majoritinya disumbangkan oleh Frances McDorman dan Sam Rockwell yang memukau setiap kali muncul di skrin. Malah, keserasian gandingan merekalah menjadikan TBOEM benar-benar hidup.

Dalam satu temuramah, McDonagh mengakui karakter Mildred ditulis hanya untuk McDorman. 


Ini adalah salah satu sebab mengapa saya begitu menggemari filem Hollywood. Mereka tidak hanya mempertaruhkan pelakon muda jelita/kacak ataupun jumlah pengikut di media sosial. Produksi yang profesional mengambil kira kesesuaian watak dan kemampuan para pelakon.

Dari aspek teknikal seperti sinematografi, suntingan, dan skor muzik, setiap individu yang berkerja dijabatan ini telah melakukan tugas cemerlang.

Saya 100% yakin yang McDorman dan Rockwell akan membawa pulang trofi pada Anugerah Oscar yang bakal berlangsung 5 Mac kelak!

#NKMovieRating
THREE BILLBOARDS OUTSIDE EBBING MISSOURI
9/10

Entry sebelum ini - Punca Trafik Blog Turun Mendadak

Terima kasih kerana membaca Ulasan Filem Three Billboards Outside Ebbing Missouri

Post a Comment

23Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Filem yang tercalon dalam Anugerah Oscar ni mesti kuat pengaruh jalan ceritanya kan?

    ReplyDelete
  2. Wahh tercalon dalam Anugerah Oscar? Memang filem yang terbaik nie.. Cerita luar dengan cerita kita berbeza. Cerita kita lebih penting wajah pelakon.

    ReplyDelete
  3. wah.. kalau dah terima 7 pencalonan anugerah Oscar tu maknanya ada yang menarik dalam filem ni.. TB nak try tengoklah .. mesti ada something special kan yang buat ia tercalon dan diiktiraf macam tu..

    ReplyDelete
  4. Lama tul tak tengok filem genre camni. Asyik nak tengok romantik and comedy je. Ni kenala try tengok sbb review you nampak macam menarik je.

    ReplyDelete
  5. Dah jarang dapat peluang tgok film yang genre macam ni..kalau focus dari awal sure boleh layan..nampak macam pelakon bawa watak dengan baik...eh..nak tgok la..

    ReplyDelete
  6. The story line looks interesting. Will watch it together with my husband soon.

    ReplyDelete
  7. macam best je baca story line yang ada unsur jenayah dan komedi, nanti nak cari dekat iflix lah... hehe

    ReplyDelete
  8. Jalan cerita sangat menarik. Tambah buat rasa nak tengok bila U bagi ulasan. No wonder lah dapat 7 pencalonan untuk anugerah Oscar. Nak kena tengok nih.

    ReplyDelete
  9. filem luar,semuanya yang terbaik. Pandai seimbangkan plot.. itu yang yang boleh cecah box office tu

    ReplyDelete
  10. membaca ulasannya begitu menarik rasanya film ini semoga ada beredar di Indonesia di pawagan sangat ingin menontonnya

    ReplyDelete
  11. Filem luar kebanyakannya best-best. Jalan cerita pun macam menarik je. Bolehlah layan cerita ni nanti.

    ReplyDelete
  12. Baru ja tengok semalam. Ya memang tak dinafikan strength film ni terletak kat pelakon masing2. Lakonan Frances danD ixon tu memang tampak menjadi. Totally best storyline ni. ending muvie ni kena pikir sikit hahaha..

    ReplyDelete
  13. Kalau filem oscar ni mmg yang terbaik. Gabungan lakonan yang mantap menjadikan filem ini lebih menarik.

    ReplyDelete
  14. Tak pernah dengar pun pasal filem ni dan tak tahu pun tapi dengar kata kelakar dan unsur jenayah entah kita suka filem seram jer hehehehe..

    ReplyDelete
  15. Tak perasan pulak pasal filem ni...macam tak pernah tgk...tapi mmg lain daripada yg lain jalan cerita dia..komedi gelap..huihhh...kena usha nnt!

    ReplyDelete
  16. Moga berjaya.... Agak menarik juga plot dan jalan penceritaannya... Tunggu keluar dekat Astro, baru kita g tgk

    ReplyDelete
  17. oscar award winning movie... hmmm... yet to watch and it seems interesting.. so now i got to explore where to get this movie.. lolz. love to read your movie review..

    Racheal

    ReplyDelete
  18. jenayah dan komedi ? selalunya jenayah mesti serious kan, kisah jenayah memang takkan berakhir sama ada dalam realiti makin lama makin seram dengan dunia zaman mata satu ni...

    ReplyDelete
  19. Baca review ni buatkan sis tak sabar pulak nak tengok aje cite ni, nampak mcm menarik sangat.

    ReplyDelete
  20. Great review great film.. Let's go watch it!

    ReplyDelete
  21. Really! Now I am keen to watch this movie this weekend, I like this kind of character. Thanks for the recommendations.

    ReplyDelete
  22. Kak suka filem macam ni, adengan tentu gempak dan lasak

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top