10 Hotel Unik Di Malaysia. Dari penginapan dalam kontena, pelantar minyak, hinggalah yang berkonsepkan kapsul. They might look crazy, tapi konsep sebeginilah yag sebenarnya membuatkan percutian anda lebih bermakna.
Secara dasarnya, ia masih sama dengan hotel lain iaitu memiliki tempat tidur selesa dan dilengkapi dengan kemudahan asas. Tetapi hotel unik ini direka dan dihias mengikut tema tertentu supaya pengunjung dapat merasai pengalaman berbeza sewaktu menginap.
Kebanyakkan hotel unik ditawarkan pada harga bajet, sesuai untuk backpakers dan mereka yang mahukan percutian pada harga rendah.
Baca juga: Tips Bercuti ke Hatyai
Tambahan pula, menginap di hotel unik membolehkan anda memuat naik gambar menarik di media sosial khususnya Instagram! Your Instagram feed would be lit! 🔥
10 Hotel Unik Di Malaysia
Container Hotel, Kuala Lumpur
Ya, hotel ini diperbuat daripada kontena. Kontena diubahusai menjadi bilik penginapan bertaraf hotel. Rekaan dalaman berkonsepkan urban/minimal dan dilengkapi tilam empuk, televisyen, wifi, serta kemudahan restauran dan bar.
Container Hotel menawarkan empat jenis bilik berlainan konsep iaitu Deluxe, Suite, Concrete dan Campsite, dengan harga berlainan.
Alamat: Jalan Delima, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
No.Tel: 03-2110 4388
Baca juga: Pengalaman Menonton Aksi Man Utd di Old Trafford
The Kabin, Kuala Selangor
Sama seperti konsep Container Hotel, di kontena diubah suai menjadi tempat penginapan. TetapiThe Cabin terletak di luar bandar, berdekatan dengan Pantai Remis. Kolam renang terletak ruang tengah, bertuah bagi mereka yang mendapat 'pool views.
Turut menyediakan kemudahan menarik seperti BBQ, treehouse, ruang permainan, bilik karaoke, paddleboard, kayak, dan sewaan basikal. Jangan risau jika datang bersama keluarga kerana kemudahan di The Cabin adalah mesra kanak-kanak
Alamat: Jalan Haji Zainal, Jeram, 45800 Jeram, Selangor
No. Tel: 017-924 7800
Hotel UFO Capsule, Kuala Lumpur
Minat filem alien dan ingin merasai pengalaman penginap di hotel berkonsepkan futuristic? Hotel UFO Capsule sedia memenuhi permintaan anda. Terletak di lokasi strategik iaitu di belakang Berjaya Times Square dan beberapa tempat menarik KL. Hotel ini menyediakan ruang tidur kecil tetapi lengkap dengan kemudahan termasuk Wifi. Bonus tambahan, ia terletak di tengah-tengah KL dan berdekatan dengan beberapa pusat membeli belah.
Alamat: 30, Lorong 1/77a, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No.Tel: 03-2148 0661
Tubotel, Langkawi
Daripada tiub pembentung simen, kini bilik hotel. Tubotel memberikan anda pemandangan taman buatan yang terbentang dengan hanya berbaring di atas katil. Setiap tiub dicat dengan warna berbeza untuk membangkitkan mood tetamu.
Alamat: Kuala Cenang, 07000 Pantai Cenang
No.Tel: 014-240 7022
Hotel Pelantar Minyak, Sabah
Bila kali terakhir anda menginap di pelantar minyak? Juga dikenali sebagai Seaventures Dive Rig ini menawarkan pengalaman luar biasa iaitu bercuti di tengah-tengah lautan. Walaupun tidak semewah atau 'fancy' seperti hotel lain, percutian di atas pelantar minyak tetap lengkap dengan segala kemudahan seperti restoran. Bahkan, anda boleh melakukan aktiviti menyelam di sini.
Alamat: Wisma Sabah, Jalan Tun Razak, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu
No.Tel: 088-251 669
Malihom Private Estate
Terletak di negeri yang dikenali sebagai 'syurga percutian Malaysia' iaitu Pulau Pinang. Malihom Private Estate adalah lokasi percutian yang tepat jika anda ingin keluar dari kesibukan kota dan menyelami keindahan alam semula jadi.
Nikmati percutian mewah di kawasan pedalaman dengan penuh privasi kerana mereka hanya menyediakan beberapa villa sahaja.
Alamat: Kiri N/T 168, Bukit Penara, Mukim 6 Balik Pulau, 11000 Pulau Pinang
No.Tel: 04-261 0190
Tempah di sini:
The Capsule KLIA 2
Sebuah lagi hotel unik di Malaysia adalah The Capsule yang terletak di KLIA 2. Penginapan sebegini menjadi tarikan pelancong yang mengejar penerbangan atau menunggu waktu transit. Walaupun ruang rehatnya kecil, ia tetap dilengkapi kemudahan yang cukup seperti tilam empuk, Wifi, universal power socket untuk mengecas peranti dan bilik mandi.
Segalanya cukup lengkap untuk anda berehat untuk beberapa jam sebelum menaiki pesawat. Jangan lupa kunci jam supaya anda tidak terlepas kapal terbang!
Alamat: Lot 1-5, CP1, Level 1, gateway@klia2 Terminal KLIA2, 64000 Sepang, Selangor
No.Tel: 03-7610 2020
The Blue Mansion, Pulau Pinang
Rumah agam Cheong Fatt Tze Legacy yang berusia kira-kira satu abad ini masih tersegam indah. Bangunan ini pada asalnya mlik Cheong Fatt Tze iaitu pedagang dari China yang akhirnya menetap di sini.
Rekaan dalamannya menggabungkan stail Timur dan Barat. Ia dapat dilihat melalui rekaan tingkap, corak jubin, dan perabot. The Blue Mansion lengkap dengan restoran dan kolam renang.
Alamat: Ground Floor, 14, Leith Street, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
No.Tel: 04-262 5857
Masbro Village Homestay, Melaka
Homestay ini cukup terkenal dek kerana rekaannya yang berbentuk segi tiga dan berwarna-warni.Terletak di Paya Rumput, tidak berapa jauh dari pusat bandar, Masbro Village cukup sempurna bagi mereka yang mahukan 'short gateaway'.
Bahkan landskap dengan tema ala Inggeris ini mampu menambahkan lagi mood percutia anda bersama yang tersayang. Menariknya, homestay ini nampak sahaja kecil tetapi ia mampu memuatkan enam orang dalam satu masa. Tidak ada masalah jika datang bercuti bersama keluarga apatah lagi homestay ini turut menyediakan kolam renang yang luas.
Alamat: Lot 291, Batu 7 ½, Paya Rumput,, Jalan Paya Rumput Perdana, 76450, Melaka
No.Tel: 013-313 6872
Time Capsul Retreat, Pahang
Sebuah lagi hotel berbentuk kapsul kali ini is terletak di dalam hutan Sungai Lembing, Pahang. Bilik kecil yang diperbuat daripada konkrit ini hanya boleh memuatkan sebuah katil empuk, penghawa dingin, dan soket untuk mengecas peranti. Oleh itu, anda perlu bersiap sedia untuk menggunakan bilik air di lokasi berasingan.
Jangan risau, jika anda datang bersama keluarga dan ada anak kecil, pilih sahaja banglo bertema ala Inggeris yang terletak bersebelahan kapsul.
Alamat: Sungai Lembing, 26200 Sungai Lembing, Pahang
No.Tel: 013-963 8888
Di Malaysia sudah hotel menarik dibangunkan. Jika anda ingin cuba sesuatu yang lain dari yang pernah dilakukan sebelum ini tempah sahaja hotel yang saya senaraikan di atas melalui link yang saya sediakan.
Selamat bercuti!
Terima kasih kerana membaca 10 Hotel Unik Di Malaysia
Omg! These hotels are so beautiful! After reading this post I feel like arranging a cuti-cuti Malaysia trip! Will do this with my family soon, got my eyes on Malihom Private Estate.
ReplyDeleteAlamak. Saya baru pergi dua je antara semua yang disenaraikan. Maknanya memang kena pergilah ni! Cantik-cantik pulak tu! Bawak geng sekali mesti syok!
ReplyDeleteMemang unique.. tak pernah stay in any of this.. Mayb should start planning for stay in these places...
ReplyDeleteLove the concept and it's nice..
Unique indeed! semua ni pernah baca & dgr tapi belum ada kesempatan untuk try pergi & stay lagi hehe..tapi yang hotel ufo capsule tu first time dgr ni haha kat kl je ek rupenye..good info 😊
ReplyDeleteMemang unik betul hotel-hotel ni yer. Tak pernah pegi hotel-hotel unik ni lagi. Tapi hotel pelantar minyak tu baru 1st time dengar. Capsul and tube hotel tu macam tak sesuai untuk anak ramai macam saya ni ☺☺
ReplyDeleteTeringin nak stay dekat hotel container tuu macam best ataupun je is capsule tu haha biasa pilih hotel yang normal je
ReplyDeleteAll this hotels indeed looks unique to me and l yet to experience it. Will try it out soon something special than the normal one.
ReplyDeleteSemua tak pernah duduk lagi. Tapi paling tertarik dengan the blue mansion and Malihom Private Estate. Nampak lain dari yang lain berbanding yang lain.
ReplyDeleteMmg unik-unik hotelnya. Dah pergi ke beberapa hotel2 di atas. Yang paling unik tu rasanya hotel plantar minyak. Perghhh first time dgr n nampak
ReplyDeleteSemua hotel yang unik ni berada di kawasan yang unik juga. Sesuai dengan keunikan dia kan. Tunggu anak besar skit. I pi menginap di hotel camni. Barulah shok.hehe
ReplyDeleteByk nya hotel mcm ni..mcm nak try tp tgk space sgt limited..ada tak utk yg family friendly..igat nak try la bwk anak jln2
ReplyDeletebanyak info dan perkara yang baru saya tahu berkaitan hotel..
ReplyDeleteada masa mahu juga nak menginap sekai dua
Malaysia ker yang pertama memperkenalkan hotel dalam kolam bulat tu yer hehehehe.. Tapi paling unik dan memang nak try pergi adalah hotel kat pelantar tengah laut tu macam mencabar jer...
ReplyDeleteMasbro Village ni sama konsepnya dengan yang ada di Pangkor kan rasa saya.. Unik2 belaka ya semuanya. Kalau dapat stay salah satu ni memang satu pengalaman baru, sebab rasa rare sangat, haha!
ReplyDeleteWow...menarik dan unik betul hotel kat atas ni. Terasa nak nak cuba satu-satu pulak tempat tersebut. Terima kasih ya atas perkongsian
ReplyDeletesy org sabah tapi taj tau wujudnya hotel di atas pelantar minyak ! mcm menarik je heheeh
ReplyDeleteTak pernah tido kat mana2 hotel unik atas ni. Tp ada lah plan nak stay especially yg the retreat tu. Nampak best sgt.
ReplyDeleteCantiknya Malihom & Masbro tuuu boleh pegi ni ajak kawan-kawan. mesti seronok kan! :)
ReplyDeleteAda jugak plan nak pegi dalam tahun ni. tengah mencari-cari ruang masa nak berehat ni. dapat tenangkan fikiran rehat kan badan gtew
ReplyDeleteTak sangka banyak juga hotel2 unik dan menarik dekat malaysia ni ya. Tapi yang dekat pelantar minyak tu plg unik.
ReplyDeleteyaww.. memang unik2 belake.. tapi yg hotel pelantar minyak tu. seram..
ReplyDeletehahaha bagi free pon xmau cuba...
Love the compilation and I realize that there are a lot of places here that I wasn't aware of to visit. Certainly going to try and give a go at this list and check out the venues- I am sure they are going to be amazing.
ReplyDeletewow, menarik-menarik hotelnya..
ReplyDeletetak perlu pergi jauh pun.. sekitar kl pun ada..
tak tau pula ada hotel pelantar minyak.. =D