Cara Jual Barang di Shopee

29
Cara Jual Barang di Shopee |Saya rasa nama Shopee dah tak perlu diperkenalkan lagi. Walaupun mula beroperasi di Malaysia pada 2015, perniagaan mereka cepat berkembang. Shopee kini menjadi antara e-merchant utama negara.

Anda mungkin familiar dengan beli barang di Shopee memandangkan ia cukup popular dengan tawaran diskaun yang dikenakan pada banyak produk. Tapi masih ramai yang tak tahu, yang anda sendiri sebenarnya boleh berniaga di Shopee.

Cara Jual Barang di Shopee

Apa yang menariknya di Shopee, anda tidak perlu melalui langkah rumit untuk jual barang. Anda boleh menjual barang dengan mudah hanya menggunakan telefon pintar sahaja.

Saya sendiri pernah menjual barang, sangat mudah dan cepat mendapat hasil jualan.

[Baca] Cara Berniaga di Instagram

Kalau sebelum ini saya pernah berkongsi cara beli barang di Shopee, kali ni saya nak share tatacara untuk menjual barang pula. Manalah tahu, anda mempunyai produk menarik, baru atau terpakai yang ingin dijual.

Atau, merancang untuk berniaga online? Pernah dengar tentang dropship kan?

Saya akan tunjukkan cara menjual guna telefon pintar sebab ia terlampau mudah. 

Cara Jual Barang di Shopee


Langkah 1: Download aplikasi Shopee di Apps Store (iOS) atau Google Play Store (Android).

Langkah 2: Anda perlu ada akaun Shopee. Pilih SIGN UP > Isi Maklumat peribadi > Anda akan terima email pengesahan menandakan telah berjaya dan sedia untuk membeli atau menjual.


Langkah 3: Pilih 'Me' > Selling > 'Add New Product' kemudian masukkan gambar barang yang ingin anda jual. Di sini anda diberi tiga pilihan sama ada untuk mengambil gambar, memilih gambar yang sudah tersimpan dalam telefon ataupun melalui Instagram.

Langkah 4: Selesai memasukkan gambar produk, isi maklumat produk dengan lengkap dan terperinci termasuk harga dan kos penghantaran.

Langkah 5: Pilih 'SUBMIT'.


Langkah 6: Masukkan nombor akaun untuk menerima pembayaran.

Langkah 7: Untuk memastikan barang anda tersenarai dalam laman Shopee, anda perlu mengesahkan (verify) nombor telefon pada Langkah 7.

Langkah 8: Masukkan butiran akaun bank anda seperti gambar di bawah untuk menerima hasil jualan. 


Cara pos barang di Shopee


Dah siap masukkan produk anda di laman Shopee, langkah seterusnya adalah proses penghantaran. Terdapat DUA cara pos barang Shopee, iaitu:
  1. Shopee Free 5kg Shipping Program
  2. Manual Shipping

Shopee Free 5 kg Shipping Programme

Soal penghantaran pula, Shopee mengadakan satu program Free 5kg Shipping. Melalui program ini, Shopee akan menanggung kos penghantaran item yang beratnya 5 kilogram ke bawah.

Ini adalah salah satu cara untuk anda menarik pelanggan dengan 'Free Shipping' kerana mereka tidak perlu menanggung kos penghantaran. Boleh daftar di - http://www.shopee.com.my/poslajusignup

Banyak juga langkah yang perlu anda ikut untuk program ini. Anda juga perlu ada printer sendiri. Tapi mudah sahaja, akan saya tunjukkan dalam artikel khas akan datang.

Manual shipping


Cara ini amat mudah, khas untuk mereka yang nak menjual satu atau dua barang sahaja. Anda kena tahu berat barang (termasuk pembungkus/kotak) dan kos penghantarannya sebelum isi ruang di Langkah 4.

Maknanya anda kena dahulukan wang anda sebelum menerima bayaran dari Shopee kelak.

Senangkan nak jual barang di Shopee ni? Tak perlu lalui procedure rumit.

Baca juga: Cara Buat Duit dengan Blog

Dropship Shopee


Sejak popularity Shopee ini melonjak kerana ramai yang mengatakan ia adalah e-merchant paling murah, maka ramailah yang ingin berniaga. Dengan dropship inilah yang ramai jual barang China di Shopee. Kalau anda betul-betul serius untuk dropship, boleh baca artikel - Cara Jadi Dropship Shopee Malaysia

Atau rujuk panduan lengkap Ebook Panduan Bisnes Shopee.

Ingat, jangan sesekali menipu pelanggan. Contohnya gambar yang dipaparkan langsung tidak sama dengan actual product. Paling busuk, diskripsi produk ditulis 'original' sedangkan ia tiruan. Ataupun bayaran sudah dibuat tetapi barang tidak dihantar kepada pelanggan. Walau delay sekalipun, mohon inform pada pembeli supaya mereka tidak tertunggu-tunggu.

[+] Ebook Panduan Bisnes Shopee

Sekarang anda dah tahu bagaimana cara jual barang di Shopee Malaysia. Kalau anda ada barang yang ingin dijual, market-kan sahaja di Shopee. Manalah tahu, ini boleh jadi salah satu sumber pendapatan.
Tags

Post a Comment

29Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. yeah easy to shop. I love shop using shopee and goods delivered to me. just need beware some sellers not honest..I buy items not all get

    ReplyDelete
  2. Sherry, is it ? Have you pay the money yet. If yes, do report to them and I'm sure Shopee will take action on this.

    ReplyDelete
  3. Saya salah seorang pembeli dari shopee..boleh dia
    Dikatakan setiap hari masuk shopee..cuci mata dan cuci poket...ada jugak plan nak jual sesuatu kat shopee ni

    ReplyDelete
  4. ciktom pun suka shopping kat shopee and ada jual coklat crispy kat shopee..alhamdulillah customer ada beli dari sana..

    ReplyDelete
  5. Senangnya nak jual. Ingatkan rumit prosedurnya. Alehai nak membeli pun senang kat platform shopee. Boleh kumpul shopee coin lagi...

    ReplyDelete
  6. oiye? boleh menjual jugak? hmmmm menarik.
    ilmu baru utk aida tau, nik. tq for sharing.
    tak de la terfikir pe nak menjual skang.
    tapi akan dtg, kan... good info ni.

    ReplyDelete
  7. Akak sebenarnya ada je barang nak jual..hehehe...tapi kan..tak pandai..dah baca tips kat sini so nanti nak amik gambar dulu la..then upload..selalu shopping je kan..

    ReplyDelete
  8. Owhhh mudah je rupanya nak jual barang di shopee. Boleh lah tmbh pendapatan kan

    ReplyDelete
  9. Tak berminat kalau utk menjual lagi. Tp kalau shopping dkt shoppee mmg selalu. Lagi2 beli buku nota yg cantik2 dan unique

    ReplyDelete
  10. oh macam tu, bagus juga dapat juga tambah pendapatan. thanks share info yang bermanfaat ni.

    ReplyDelete
  11. Senang je step nak jual barang di Shopee.lepas nih senanglah kalau saya nak jual.barang yang tak pernah pakai di Shopee.selalu masuk Shopee saya shopping

    ReplyDelete
  12. Thanks for sharing. Tak ada lah susah sangat yer. Tapi suka shopping dekat ahopee sebab murah.

    ReplyDelete
  13. Tktau pn kt shopee bole jual brg, yg tau slalunya shopping brg.. Tq for sharing info ni

    ReplyDelete
  14. Kalau nak bershopping bolehlah...nak menjual xkot

    ReplyDelete
  15. Hilma suka beli brg dr shopee ni..rasa secure betul..bukan ape sbb dia ade collab dgn pos laju..so tracking no semua updated..senang nak trace..jauh dr scammer semua..

    ReplyDelete
  16. Nak jadi seller kena betul2 commit and honest. Kalau tak senang je buyer nak viral kan seller yg menipu ni.

    ReplyDelete
  17. ooo senang je nak jual barang kat shopee eh. teruja tau cara hehe. Tapi taw nak jual ape. sy pon mmg nak cari speaker sbb speaker rosak tapi tapo mahal lak . ok batal niat 🤣

    ReplyDelete
  18. thank you for sharing ! I rasa pun nak start jual barang dekat shopee sebab banyak barang yang tak diguna dalam rumah ni nak clear out nak kasi space dalam rumah sebab in the future akan banyak lagi barang akan datang heee

    ReplyDelete
  19. Wah bgus nya step2 ni..xpernah jual lg kt shopee..slalu duk shopping ja kt shopee ni

    ReplyDelete
  20. It's a good thing bila ada apps yang memudahkan kita untuk jual barangan lama (yang masih lagi boleh digunakan) untuk dijual. So tak ada lah penuh store dalam rumah. Kena cuba lepas ni.

    ReplyDelete
  21. Mudah juga nak jual barangan dekat SHopee ni. Bolehlah dah tengok-tengok barangan kat rumah nak letgo.

    ReplyDelete
  22. suka sgt menjual dan shopping di Shopee ni.

    sangat mesra p'guna

    ReplyDelete
  23. Teknik yang betul adalah kunci kalau nak berjaya buat income besar sebagai seller di shopee.

    ReplyDelete
  24. Dah bcpn msh kurang faham dn ada rs takut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh rujuk panduan shopee tu. memang sangat sangat membantu tau.

      Delete
  25. manual shipping tu kita buat postage sendiri ke pos laju ke ? saya nak jual barang tapi takda printer :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. manual shipping tak perlu guna printer. post macam biasa je

      Delete
  26. Mcm mn nk tahu lebar(cm), panjang (CM),tinggi(CM) plastik poslaju tu ye?? mak saya dan saya dah cuba cari tapi tk tahu mcm mn;(
    Tlg bagi tahu boleh tak??

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top