Honor 9 Lite - Berbaloi Pada Harga RM749

22
Honor 9 Lite

Honor 9 Lite - Berbaloi Pada Harga RM749. Honor yang merupakan sub-jenama Huawei melancarkan sebuah lagi telefon pintar kelas pertengahan iaitu Honor 9 Lite.

Memandangkan kebanyakan jenama masih berlumba-lumba menghasilkan kamera hadapan yang berkualiti, Honor juga tidak mahu ketinggalan dalam membangunkan teknologi itu. Ini kerana majoriti pengguna masih lagi mahukan kamera selfie yang merakam gambar menawan, biarpun dengan menggunakan peranti kelas pertengahan.

Rekaan

Sama seperti Honor 7X iaitu model sebelum ini, Honor 9 Lite hadir dengan model tanpa bezel seperti peranti flagship, tetapi dengan harga yang jauh lebih murah. Honor menamakannya sebagai FullView Display iaitu rekaan yang hampir semua skrin.


Secara fizikalnya, skrin Honor 9 Lite bukanlah seperi Samsung S9 dan tidak jugak seperti iPhone X. Tetapi ia masih lagi dilengkapi skrin 5.65 inci. Disebabkan peranti ini tidak mempunyai butang di bahagian hadapan, Sistem biometrik iaitu pengimbas cap jari diletakkan di belakang.

Baca juga: Perbandingan Antara Samsung Galaxy S9 dan S9 Plus

Sekali pandang, Honor 9 Lite tampak premium kerana diperbuat daripada panel kaca. Akan tetapi permukaan kaca seperti ini akan memerangkap kesan cap jari dan debu dengan mudah. Bahkan mudah pecah sekiranya terjatuh. Namun ini bukanlah masalah besar kerana rata-rata pengguna akan menggunakan phone case.

Kamera

Apa yang boleh dibanggakan dengan Honor 9 Lite adalah kameranya. Peranti ini dilengkapi dengan Dwi-kamera 13+2 Megapixel di hadapan dan belakang peranti yang boleh menghasilkan kesan 'bokeh' bak profesional. Kamera sekundernya juga boleh mengesan kedalaman yang mampu merakam Portrait Mode.


Teknologi ini sudah banyak ditemui pada peranti kelas atasan seperti iPhone.

Honor 9 Lite Pros & Cons

Pros
- Murah
- Paparan 18:9
- Kamera berkualiti
- Design premium

Cons
- Tiada pengecasan pantas
- Tiada sokongan opitikal zoom
- Tiada NFC
- Bateri sederhana 

Software

Honor 9 Lite dijana dengan pemprosesan Kirin 659 iaitu cip sama yang didapati pada Honor 9i dan Honor 7X. Hadir dengan dua variasi iaitu  (3GB RAM dengan 32 GB storan dalaman) dan 4GB RAM dengan 64 GB storan dalaman). Kedua-dua menyokong mikro-SD sehingga 256GB.
  • Kirin 659 octa-core (4x 2.36GHz & 4x 1.7GHz),   
  • Android Oreo 8.0, dipadankan dengan sistem operasi Huawei EMUI 8.0
  • 3,000mAh battery
  • Skrin 5.65″ IPS LCD FHD+
Harga pasaran Malaysia

Peranti ini dijual dengan harga RM749 dengan pilihan warna Glacier Grey dan Sapphire Blue. Jika anda ingin mendapatkannya dengan harga lebih murah, Shopee menawarkannya pada harga RM699 untuk tempoh terhad. Beli di >> SINI


Percayalah, bukan semua pengguna yang mengutamakan cip pemprosesan. Lebih-lebih lagi mereka yang memilih untuk memiliki peranti mampu milik. Asalkan peranti itu melakukan tugas sebagai sebuah telefon pintar, lancar, dan kamera yang berkualiti.

Dengan penggunaan sederhana seperti menghantar email, melayari internet, media sosial, permesejan, menonto video, dan permainan video yang ringan, tiada masalah buat peranti ini.


Melihat kepada spesifikasi dan harga Honor 9 Lite, berbaloi untuk dimiliki.

Entri sebelum ini - Dua Lipa Edit 'Babi' Di Instagram

Terima kasih kerana membaca Honor 9 Lite Berbaloi Pada Harga RM749
Tags

Post a Comment

22Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Memang berbaloi kan.fon pun nampak smart dan cantik dengan warna biru tuh...memang berbaloi lah harga dengan kualiti fon tuh

    ReplyDelete
  2. murahnya design pun nampak cantik.sesuai buat as second fon untuk orang berbisnes ke macam tu kan.fungsi dia pun boleh tahan jugak.

    ReplyDelete
  3. Harga tak cecah seribu dengan spek yang ada di HP honor memang menarik dan berbaloi untuk beli

    ReplyDelete
  4. wah. baca review ni few times until terpikat...
    kebetulan mr.asben memang nak tuka phone.
    ari tu kata nyer nak try huawei. 4 camer kan :)
    lom pernah kami survey honor ni. akan carik masa survey further.
    now smart phone da murah. mampu milik :)

    ReplyDelete
  5. Kak Su bab2 techie stuff ni memang 0.. tapi nengok pic macam ok hihi
    Nanti nak suh anak bujang tolong cek kan, suh dia baca dulu artikel ni kan

    Thanks for sharing. I so needed another smartphone

    5 Jenis Niche Blog Yang Boleh Buat Duit

    ReplyDelete
  6. Seriuslah 749 je, murahnyee spect tinggi pulak tu.

    ReplyDelete
  7. Warna biru tu nampak mengancam! Macam tak percaya boleh dapat dengam harga rm749 untuk Honor 9 ni.
    Siapa yang sedang cari smart phone baru, rasanya bolehlah pertimbangkan untuk beli ni. Berbaloi!

    ReplyDelete
  8. the specs is really making me want to own a second phone...T.T and that price is like made sales even tho it's not on sale..hahahha

    ReplyDelete
  9. Honor ni memang berbaloi sangat dengan harganya. Design nya pun sangat exclusive, dgn warna biru, mmg on sgt 😍

    ReplyDelete
  10. Walaupun harga tu consider murah tapi dengan reka bentuk and spesifikasi yang ada especially on kesan bokeh tu, sangat berbaloi untuk dimiliki.

    ReplyDelete
  11. Suka color saphire blue tu. Dan harga pun not bad. Sgt sesuai la utk yg suka selfie.. aiisshhh terliur la nak beli utk mak liez

    ReplyDelete
  12. mm mmg not bad jugaklah ye specs phone ni..mmg murah & very affordable. okay baru tau fingerprint dia kt belakang rupanya yea heheh. overall great info ni, any android lovers yg tgh nk cari phone yg okay & affordable boleh baca kat sini 😁

    ReplyDelete
  13. Harga memang mampu milik dengan spec yang dipaparkan walaupun takde dash charging..

    ReplyDelete
  14. Tertarik gak dengan spec dan harganya.... plan nak angkat sebiji... malangnya tabung rimau tengah nazak hahahah

    ReplyDelete
  15. Design dah nampak premium. Tapi yang penting spec bagus dan harganya murah. Memng berbloi beli

    ReplyDelete
  16. Not bad jugak harga dia ya. Teringin jugak tapi sis kena pakai yang ada ni hingga nyawa-nyawa ikan...nak berjimat bro..heheeh

    ReplyDelete
  17. Cantik juga design dia tu. Dah tu murah. Hmmm mungkin boleh dipertimbangkan kalau nak dapatkan phone baru

    ReplyDelete
  18. Yes a good deal for a new phone. I like the new version of their camera. And the color is nice too.

    ReplyDelete
  19. Yesss!!! I tried their camera depan and belakang memang ok for that price range la. Memang berbaloi beli yang ini, good deal.

    ReplyDelete
  20. memang menarik dan cukup cantik.

    cuma belum keperluan untuk membelinya pada masa ini..

    ReplyDelete
  21. Kenan sangat tgk design dia, color pun cantik nti fikir bla nak beli heeee.

    ReplyDelete
  22. Setuju. Bukan semua pengguna memberikan keutaan kepada cip pemprosesan. Ramai yang ingin berhubung bersama rakan-rakan dengan lebih mudah dah cukup. Asalkan mampu mampu milik dan berfungsi macam biasa. Pilihan Honor 9 Lite dengan harga RM749 memang tepat.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top