Sinopsis Mona Lisa di Astro Prima

6
Sinopsis Mona Lisa di Astro Prima

Sinopsis Mona Lisa di Astro Prima. Menggantikan Syurga Yang Kedua yang bakal berakhir tidak lama lagi, Astro Prima akan menghidangkan sebuah drama bersiri iaitu MONA LISA untuk menghiasi Slot Tiara.

Sama seperti drama yang pernah disiarkan di slot tersebut sebelum ini iaitu ala-ala telenovela, kali ini drama rantaian 80 episod diadaptasi dari drama Korea popular iaitu Two Women's Room.

Drama Monalisa yang mendapat sentuhan pengarah Shahrul Ezad Mohameddin ini diterajui oleh Zara Zya dan Nazim Othman selaku pelakon utama. Turut membantu,  Hafreez Adam, Amyza Aznan, Roy Azman, Shahriza Mahmud, Shah Radhi Hazvee, dan Fatin Nur Afifah.


Diterbitkan oleh Radius One, Mona Lisa bakal menemui anda bermula 20 Mac 2018 setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang, di Astro Prima (105) dan Maya HD (135).

Sinopsis drama Mona Lisa di Astro Prima

Mengisahkan Melissa yang memiliki segala-galanya kerana dia merupakan pewaris hotel terkemuka di ibu kota. Bukan sahaja kekayaan, bahkan Melissa kini bahagia bersama buah hatinya, Johan, yang juga pengurus hotel miliknya.

Kehidupannya berubah setelah mengenali Ramona. Cemburu dengan kesempurnaan hidup Melissa, Ramona merancang untuk merampas kekayaan Melisa termasuklah Johan. Satu persatu dirampasnya dari Melissa bermula dengan meyakinkan pemegang saham hotel untuk memecat Melissa dari kerusinya sebagai Naib Presiden.

drama mona lisa

Ketika Melissa berdepan kesulitan, Adam hadir memberi bantuan dengan mendapatkan pekerjaan di restoran miliknya.

Penat ditindas, Melissa bangkit untuk membalas dendam terhadap Ramona dan ingin merampas kembali haknya.

OST/Lagu Tema Monalisa: Hannah Delisha - Esok Masih Ada

Entry sebelum ini - Ulasan Filem Annihilation

Terima kasih kerana membaca Sinopsis Mona Lisa di Astro Prima
Tags

Post a Comment

6Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. penuh intrik ya film ini tapi menarik juga untuk ditonton

    ReplyDelete
  2. agak menarik jalan cerita ini.

    ReplyDelete
  3. phewittt najim othmann lewwwww. hahaa

    ReplyDelete
  4. Dari sinopsis begini..dapat fahami bahawa cerita ini pasti menarik..

    tambahan pula ada pelakon yang cukup hebat

    ReplyDelete
  5. Menarik jugak nie..hari nie da mula kan cerita monalisa nie �� boleh la layan heheh

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top