Ulasan Filem Lady Bird

9
Ulasan Filem Lady Bird

Ulasan Filem Lady Bird. Filem debut arahan Greta Gerwig ini menarik perhatian ramai kerana Lady Bird mendapat markah 100% di laman Rotten Tomatoes selepas di ulas oleh 196 pengkritik. Ini menjadikan Lady Bird sebagai filem yang mendapat markah paling tinggi sepanjang zaman.

Pujian melambung terhadap Lady Bird tidak terhenti di situ apabila ia turut meraih perhatian pada musim anugerah kali ini termasuk lima pencalonan Oscar iaitu Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Wanita Utama, Pelakon Pembantu Wanita, dan Lakon Layar Terbaik.

Baca juga: Ulasan Filem Battle of The Sexes

Saya tertanya-tanya juga, hebat sangatkah Lady Bird sehingga mendapat markah 100%. Ini kerana Rotten Tomatoes cukup cerewet dalam menilai filem. Tambahan pula Lady Bird diarahkan oleh pengarah wanita yang jumlahnya begitu kecil di Hollywood.

Selepas menontonnya barulah saya sedar yang Gerwig yang juga seorang pelakon ini layak berada di kerusi pengarah. Pencalonan Gerwig sebagai Pengarah Terbaik bukan hanya bersandar kepada tsunami menegakkan keadilan terhadap wanita di Hollywood.

Sinopsis
Mengisahkan Christine McPherson yang memaksa orang sekeliling memanggil dirinya sebagai Lady Bird, iaitu nama yang diberi olehnya untuk dirinya sendiri. Sikap memberontak pelajar tahun akhir sekolah Katolik ini jelas membuktikan yang beliau sedang tercari-cari jati diri tanpa bantuan ibu bapa. Matlamat Lady Bird hanya satu, iaitu ingin berdikari dan berpindah ke New York.

Pengarah: Greta Gerwig
Pelakon: Saoirse Ronan, Laurie Metcalf, Lucas Hedges, Timothee Chalamet, Beanie Feldstein.
Genre: Drama/komedi

Ulasan ini TIDAK mengandungi spoiler. 

Ulasan Filem Lady Bird

Karya yang mewakili suara anak muda bukanlah sesuatu yang baru tetapi tidak bermakna premis ini turut tergolong dalam lambakan filem seumpamanya.

Lady Bird bukan seperti filem berkisarkan remaja yang kita pernah tonton sebelum ini. Ia menyentuh banyak isu sejagat yang kita sendiri kadang-kala terlepas pandang. Ia lebih memfokuskan hubungan dingin antara ibu dan anak di mana sebagai penonton, anda pernah melalui pengalaman seumpamanya sewaktu remaja.


Secara jujurnya Lady Bird mengingatkan saya pada filem Manchester By The Sea (2016). Kedua filem ini mempunyai jalan cerita berbeza tetapi menggunakan pendekatan yang sama. Iaitu penonton tidak berasa seperti menonton cerita rekaan kerana setiap apa yang diterjemahkan pada skrin tampak nyata. Ini menjadikan Lady Bird sebagai filem paling realistik edisi 2017/2018.

Malah, sedari babak pertama filem ini sudah berjaya menangkap perhatian penonton untuk terus mengetahui ke mana hala tuju hubungan ibu dan anak ini. Naratif filem ini bermula dengan Christine berada di dalam kereta yang dipandu ibunya sama-sama mengalirkan air mata ketika mendengar audiobook The Grapes of Wrath.

Ulasan Filem Lady Bird

Saya enggan mengulas lanjut plot Lady Bird, kerana mahu anda merasai sendiri keistimewaannya dalam masa yang sama bimbang jika entri ini ditulis terlalu panjang. Just in case takde orang baca.😂

Lady Bird membawa penonton menyelami hubungan ibu dan anak perempuan yang sering bertelagah dan bercanggah pendapat. Si ibu yang suka membebel dan si anak pula keras kepala. Di sinilah Gerwig bijak menyuntik momen menyentuh perasaan disulam dengan unsur humor yang bersahaja.

Tanpa lakonan hebat Saoirse Ronan dan Laurie Metcalf, mustahil ia dapat dizahirkan dengan berkesan. Saja ingin saya ingatkan, Ronan baru berusia 23 tahun, dan beliau sudah dicalonkan dalam Anugerah Oscar sebanyak tiga kali.


Tiga perkara utama yang perlu dinilai pada sesebuah filem adalah jalan cerita, lakon layar, dan mutu lakonan. Lady Bird menzahirkan ketiga-tiga elemen ini dengan sempurna. Turut mendokong kecemerlangannya adalah dari segi teknikal seperti sinematografi, suntingan dan adunan muzik yang sekaligus layak menerima segala pujian.

Saya tidak dapat mengesan keburukan filem ini. Lady Bird tidak ada cacat celanya. Lady Bird sebuah naskah yang sempurna dalam acuan drama/komedi.

#NKMovieRating
LADY BIRD
10/10

p/s: More reviews are coming 👉 The Shape Of Water and Annihilation.
pss: I talk about movies like non-stop on Twitter. Feel free to follow me on Twitter: @nikkhazami

Entri sebelum ini - Sinopsis Tak Ada Cinta Sepertimu di Astro Ria

Terima kasih kerana membaca Ulasan Filem Lady Bird

Post a Comment

9Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Power bakat Saoirse Ronan nih..first time tengok lakonan dia dalam movie Hanna..

    ReplyDelete
  2. ulasan yang menarik kerana ditulis oleh pengemar filem yang sangat berpengalaman

    ReplyDelete
  3. Ulasan gang best.buat sy nak tonton juga filem.lady bird ni

    ReplyDelete
  4. Ini kategori F-rated ni. Tertarik pula baca ulasan. Nak tengok juga la. hihi

    ReplyDelete
  5. dari title pun sudah sangat menarik apalgi dengan adanya ulasan film seperti ini

    ReplyDelete
  6. ulasannya sangat bagus, sepertinya ini kaya filosofi... terimakasih untuk informasinya

    ReplyDelete
  7. I really enjoy reading your reviews, its very on point. I have not watch this movie yet, but will watch it after reading your review. I love to know how women be independent in a big city.

    ReplyDelete
  8. Macam menarik sebab seperti cerita realiti yang biasa dialami dalam institusi keluarga hari ini

    ReplyDelete
  9. This lady bird should interesting to me. A story of a young lady trying to be independent by her self. Well, this caught my attention so much.

    Racheal

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top