Beli Topup Prepaid Online di Lazada

22

Beli Topup Prepaid Online di Lazada. Sudah menjadi kemestian bagi setiap telefon pintar untuk membuat panggilan, menghantar pesanan ringkas, dan mempunyai akses internet.

Bagi mereka yang menggunakan pascabayar, anda mungkin tidak mempunyai masalah untuk menggunakan semua kemudahan ini. Ini kerana pelan yang anda langgan sudah hadir dengan panggilan, SMS, dan akses internet sama ada kuota ataupun tanpa had.

Namun bagaimana pula mereka yang menggunakan talian prabayar? Tengah asyik bersembang menggunakan WhatsApp, seronok membuat panggilan video, stalk Instagram crush (penting ni), menonton Youtube, dan bermain Mobile Legend, tiba-tiba terbantut kerana kehabisan kredit.


Malah kalau yang menjalankan bisnes online, terputus panggilan telefon atau tidak dapat memberi respon kepada pelanggan pastinya menjejaskan perniagaan anda!

Malas ke kedai untuk beli topup
Disaat anda terdesak memerlukan kredit macam ni, mula la tidak senang duduk sebab nak tambah nilai. Tapi keadaan tak mengizinkan anda untuk ke kedai topup! 🙈

Kadang-kadang bila dah sampai kat kedai, jumlah tambah nilai yang anda inginkan sudah sold out atau tak available. Yang ada cuma nilai yang lebih tinggi seperti RM30-RM100. Sedangkan bajet anda cuma RM5 sahaja. I know, I've been there before...

Baca juga: Review BOSE Soundsport Wireless dari Lazada

Saya dah tahu cara yang paling mudah dan menjimatkan masa untuk beli topup. Tapi sebelum tu korang kena pastikan yang korang masih mempunyai akses internet. Jangan sampai takde kredit langsung ye, sebab korang kena beli online.

Beli Topup Prepaid Online di Lazada

Mungkin masih ramai lagi yang belum tahu yang Lazada, e-merchant paling popular di Malaysia ni sebenarnya turut menyediakan servis tambah nilai. Yes, you read it right. Lazada jual topup!

Siapa sangka, ingatkan Lazada ni jual produk sahaja tapi tambah nilai atau reload prepaid pun ada.

Tambah bila-bila masa!

Apa yang paling best dengan topup online adalah anda boleh tambah nilai bila-bila masa dan di mana sahaja. Tak perlu bersusah payah ke kedai runcit atau 7 Eleven.

Untuk memudahkan semua, cara topup pun senang. Hanya dengan tiga langkah, korang dah boleh nikmati akses internet, panggilan telefon, dan lain-lain.

Dalam entri ini saya nak kongsikan cara atau topup prepaid di Lazada.

Cara beli topup/reload prepaid Lazada

Sebelum tu pastikan anda mempunyai akaun Lazada, kalau masih belum mendaftar, sila daftar di SINI. Kemudian layari https://www.lazada.com.my/mobilerecharge.html


Langkah 1:
Masukkan nombor telefon.
Pilih jumlah tambah nilai (RM5 - RM100)
Pilih "Top up now"

Langkah 2:
Pilih cara pembayaran sama ada "Debit/Credit Card" atau "Online Banking"
Pilih bank
Place order


Langkah 3:
Anda kemudian akan di bawa ke laman transaksi. Login akaun simpanan anda dan terus bayar.  Tak perlu masukkan jumlah kerana Lazada akan terus tolak jumlah topup yang anda beli.

Senang bukan?

Anda hanya perlu masukkan nombor telefon sekali sahaja kerana nombor telefon akan terpapar secara automatik pada pembelian kedua dan seterusnya.

Memandangkan ni banyak syarikat telekomunikasi, Lazada menawarkan 6 telco popular seperti Digi, Celcom, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan XOX untuk memberi lebih banyak pilihan buat anda.

Beli Topup Prepaid di Lazada

Dan lagi satu, Lazada turut menyediakan promosi tambah nilai bulanan untuk semua telco yang saya sebut kat atas tu.

Kredit ni boleh habis bila-bila masa sampai anda sendiri pun tak sedar. Harap entri ni boleh selesaikan masalah korang yang malas nak pergi beli topup!

Entri sebelum ini - Fakta Menarik A Quiet Place

Terima kasih kerana membaca Beli Topup Prepaid Online di Lazada
Tags

Post a Comment

22Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Zaman canggih ini, semuanya semakin mudah kan? Kalau dulu nak beli prepaid, sampai perlu ke kedai.

    ReplyDelete
  2. Wah... Topup pun dah ada di Lazada! Mudahnya sekarang.. Tapi sy pun sekarang dah jarang ke kedai untuk tambah nilai sebab gunakan apps bank je sekarang. Pun mudah juga. Hihi..

    ReplyDelete
  3. Kalau dulu nak top up kena pergi 7e atau kedai top up. Sekarang ni dihujung jari je. Guna lazada boleh guna internet banking pun boleh.senanh sangt.

    ReplyDelete
  4. Zaman sekarang semua dah mudah. Online je. Tak payah susah2 pergi kedai. Fie selalu jugak beli barang kat Lazada. Tapi tak pernah beli topup kat Lazada. Hehehe. :)

    ReplyDelete
  5. semuanya dah dihujung jari..canggih dah..nak beli top up pun x payah sakit2 kepala ke kedai dsbnya hehehehe

    ReplyDelete
  6. Dengan 1 click settle. Memudahkan. Dunia di hujung jari. Kalau nak pegi beli kat kedai kena fikir parking lagi. Kalau takde parking jenuh. Nak bayar duit parking lagi. Tak bayar kena saman pulak. Belian online jugak yang senang.

    ReplyDelete
  7. Wah senanglah nak topup lepas ni semuanya di hujung jari dah tak payah bersusah payah nak cari kat kedai atau 7e sebab kadang2 kat sana pun dah habis huhu beli kat lazada la lepas ni. Yaya pakai bil sekarang tapi tetap kena belikan topup adik ^^'

    ReplyDelete
  8. I really don't know that we could top-up our prepaid thru Lazada. Thanks for the infor, it is indeed more convenient for me now.

    ReplyDelete
  9. Nasib baik akak guna postpaid, kalau tak sure terjebak beli prepaid kat Lazada ni..bagus disediakan top up online macam ni..kadangkala time kecemasan malam- malam kan..boleh terus online je..walau akak guna postpaid..still my parent and daughter guna prepaid..haha

    ReplyDelete
  10. Wow! Bagus la lazada. Aida kena explore further ni. Aida prepaid user yg tegar dan setia. Wajiblah guna platform lazada sediakan ni.

    ReplyDelete
  11. skrg kemudahan sgt senang. biasa kak nowa beli on maybank2u saja.. skrg mcm2 link ada.. tq for sharing.. ada aplikasi lazada just klik bayar..

    ReplyDelete
  12. Kiranya Lazada tambah lagi la perkhidmatan sedia ada dia ya, bagus la memudahkan pengguna. Sebelum ni tahun bank je yang buat. Terima kasih share info berguna ni

    ReplyDelete
  13. Sekarang ni nak beli topup secara online jer jadi orang kedai susah lah nak buat duit dengan jual topup sahaja hehehehe..

    ReplyDelete
  14. Ika tak pernah la try lagi beli topup kat Lazada. Selalu m2u je. Nak pi kedai malas. Beli online je

    ReplyDelete
  15. Wah Lazada pun jual top up. Bagus bagus. Sebab selalunya kalau top up ni beli online dari bank je. Senang.

    ReplyDelete
  16. Salah satu cara kan? Bgus share cmni.. bg panduan.. tp dlu cik en slalu guna banking online je..

    ReplyDelete
  17. Lazada pun dah ada top up? Kelas Lazada - semua benda dia nak jual dah nie. Tapi bagus la sebab makin banyak alternatif untuk top up kan.

    ReplyDelete
  18. wahhh baru tahu lazada juga ada perkhidmatan untuk top up. lepas nie mudahlah nak topup phone. thanks for sharing !

    ReplyDelete
  19. Amboi lazada bukan main sekarang eh. Betul betul memudahkan semua orang. Senang lah mommy nak topup prepaid lepas ni.

    ReplyDelete
  20. TB belum pernah try lagi guna yang ni.. selalu topup online pun melalui maybank2u tu.. tapi kalau ada 3 langkah mudha ni je.. ok gak cuba yang ni.. hehehe.. senang je kan

    ReplyDelete
  21. saya ada dua talian..

    Pascbayar dan prabayar.

    bila nak beli saya biasa guna online dan siap-siap beli dekat kedai

    ReplyDelete
  22. Senang sangat bila ada kemudahan macam ni kan sekarang?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top