Fakta Menarik Deadpool 2

3

Fakta Menarik Deadpool 2. 2018 merupakan tahun yang gemilang buat Marvel. Belum sampai sebulan Avengers: Infinity War ditayangkan, ia telah menjadi filem paling laris di dunia. Mana tidaknya, dalam masa 12 hari naskah ke-19 dalam francais Marvel Cinematic Universe (MCU) itu berjaya meraih kutipan AS$1 billion di seluruh dunia.

Demam Black Panther dan Avengers masih belum kebah lagi, dan kita bakal dihidangkan dengan sebuah lagi filem yang diadaptasi dari komik Marvel, iaitu Deadpool 2


Terdapat segelintir yang melihat trend menghasilkan filem superhero atau adaptasi komik ke layar perah ini membunuh industri filem. Ini kerana majoriti penonton sudah tidak mahu menonton filem bergenre berat. Menyebabkan kutipan filem lain kurang memberangsangkan.

Baca juga: Fakta Menarik Avengers: Infinity War

Saya tidak menafikannya. Siapa je yang nak tengok filem bergenre berat jika Avengers masih menguasi pawagam?

Berbalik kepada Deadpool 2, ia merupakan susulan kepada filem pertama Deadpool (2016) yang menerima respon positif yang luar biasa. Filem yang berada di dalam X-Men universe ini boleh dikatakan mempunyai rencah yang mencukupi.

Penonton bukan sahaja dihidangkan dengan aksi yang mind-blowing, tetapi mempunyai dialog bersahaja dan diselitkan dengan komedi gelap. Apa yang membuatkan Deadpool 'stand out' lawak sarcasm nya.


Sinopsis Deadpool 2
Kali ini Deadpool menrekrut sekumpulan mutant ganas untuk melindungi seorang budak lelaki yang mempunyai kebolehan luar biasa dari mutant yang datang dari masa hadapan, Cable.

Pengarah: David Leitch
Pelakon: Ryan Renolds, Josh Brolin, Morena Baccarin, Zazie Beetz, T.J Miller, Terry Crew, Julian Dennison, Brianna Hildebrand, Bill Skarsgard
Tarikh tayangan Malaysia: 15 May 2018

*Ingin saya ingatkan bahawa Deadpool 2 diklasifikasikan sebagai R (Larangan) kerana mengandungi mempunyai aksi ganas, bahasa dan babak tidak sopan. Ini bukan filem superhero. Jadi jangan memandai bawa anak-anak menontonnya di pawagam. You have been warned!

Fakta Menarik Deadpool 2

- Pada Ogos 2017, pelakon lagak aksi ngeri, Joi Harris, maut di set penggambaran. Harris yang melakonkan aksi ngeri bagi Domino maut di tempat kejadian.


- Filem ini diarahkan oleh David Leitch, yang merupakan pengarah koreografi untuk filem pertama. Portfolio Leitch cemerlang kerana tahun lalu beliau turut mengarahkan Atomic Blonde.

- Pengarah filem pertama, Tim Miller, mengumumkan beliau tidak akan menghasilkan filem kedua kerana berlakunya salah faham dengan Ryan Reynolds.

- Bukan sahaja Miller, penggubah muzik latar, Junkie XL juga tidak mahu menyambung kontrak.

- Deadpool 2 menjalani penggambaran selama empat bulan sekitar Kanada. 

- Ini merupakan watak kedua Josh Brolin dalam filem yang diadaptasi dari komik Marvel. Beliau sebelum ini berperanan sebagai Thanos dalam dunia MCU.


 - Dalam alah satu trailer, Deadpool ada menyebut "bring it on, One Eyed Willy". Ini merujuk kepada filem klasik The Goonies di mana dilakonkan oleh Brolin.

- Bukan itu sahaja, dalam trailer terakhir Deadpol turut mengatakan "Pump the hate breaks, Thanos". Ini juga merujuk kepada Brolin yang membawa watak Thanos, iaitu antagonis utama dalam Avengers: Infinity War.

- Pelakon Mary Elizabeth Winstead, Lizzy Caplan, Kerry Washington, Sienna Miller, Ruby Rose, Mackenzie Davis, Kelly Rohrbach, Eve Hewson, dan Sofia Boutella, menghadiri ujubakat untuk membawa watak Domino. Watak itu kemudia diberikan kepada Zazie Beetz.

- Nama-nama besar Hollywood seperti Mel Gibson, Michael Shanon, Kurt Russell, Bruce Willis, Alec Baldwin, Sylvester Stallone, Arnold Schwarzenegger, Stephen Lang, Ron Perlman, Pierce Brosnan and David Harbour dipertimbangkan untuk membawa watak Cable.


- Dalam trailer, Deadpool mempersenda lengan robotik Cable yang belum siap disunting dengan mengatakan, "Tidaklah sesusah untuk membuang misai". Ini merujuk kepada filem Justice League yang dilihat gagal untuk menghilangkan misai Henry Cavill (Superman) secara digital.

Baca juga: Fakta Menarik Justice League

- Dalam komik, Domino digambarkan sebagai wanita berkulit putih dan mempunyai lingkaran hitam pada mata kiri. Oleh kerana di dalam filem ia dimainkan oleh wanita berkulit hitam, lingkaran pada mata kiri ditukarkan kepada warna putih.

Semoga fakta menarik Deadpool 2 ini dapat membantu menambah keterujaan anda untuk menontonnya nanti!


Entri sebelum ini -Sinopsis Drama Nur di Tv3

Post a Comment

3Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. okeh.

    macam best.

    leh tengok nanti.

    leh tengok gak nanti.

    ReplyDelete
  2. Cerita ni sgt lucu & menghiburkan. Lebih best kalau ia dijadikan lebih family-friendly, so blh tengok dgn anak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh tgk dengan anak2. filem ni tak sesuai untuk tontonan mereka

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top