Cara Bayar Bil Astro, TM, Unifi, TNB, Air dengan JomPAY CIMB

6
Cara Bayar Bil Astro, TM, Unifi, TNB, Air dengan JomPAY CIMB. Sebelum ni kita sering bayar bil utiliti secara online dengan menggunakan platform CIMB Click atay Maybank2u. Sebab ia lebih senang, menjimatkan masa dan tak perlu beratur dan menunggu nombor giliran.

Saya sendiri sentiasa bayar bil telefon dan lain lain secara atas talian sahaja. Jika melalui CIMB Clicks, kita cuma pilih sahaja jenis perkhidmatan yang kita mahu di bahagian Pay Bills. Namun baru-baru ini terdapat beberapa perkhidmatan tidak available atau hilang di ruangan berkenaan.


Rupa-rupanya Bank Negara telah memudahkan urusan pembayaran bill secara atas talian melalui JomPAY. Service ini telah diuruskan oleh Payment Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet). JomPAY telah berkerjasam dengan kira-kira 40 buah bank. kalau nak tahu senarai bank yang menggunakan servis ini anda boleh rujuk link ini > http://www.jompay.com.my/making-a-payment.html#Banks

Berbalik pada tajuk asal, cara pembayaran JomPAY berbanding sebelum ini masih sama. Cuma anda perlu masukkan kod tertentu terlebih dahulu. Kod ini mewakili jenis perkhidmatan anda. 

Anda boleh dapati kod-kod ini di bil bulanan perkhidmatan bulanan. Ia biasanya terdapat di bahagian bawah sebelah kanan.



Nombor kod adalah seperti berikut:
  • Astro - 9639
  • TM - 2345
  • Unifi - 8888
  • Celcom - 2881
  • TNB - 5454
  • Digi - 1016
  • Maxis - 1123
  • Air Selangor (SYABAS) - 4200


Dalam entri ini saya akan tunjukkan bagaimana caa untuk bayar bil dengan JomPAY melalui CIMB.

Cara Bayar Bil Astro, TM, Unifi, TNB, Air dengan JomPAY CIMB



Langkah 1: Login akaun CIMB di https://www.cimbclicks.com.my/

Langkah 2: Klik 'Pay & Transfer' dan pilih JomPAY

Langkah 3: Masukkan kod perkhidmatan di ruangan 'Enter New Biller Name  or Select a Favorite'. In my case, saya ingin bayar bil Streamyx. Jadi saya masukkan kod [2345].


Ref 1 - Nombor akaun bil
Ref 2 - Nombor bil atau invois

Langkah 4: Masukkan nombor akaun perkhidmatan anda pada ruangan 'Ref 1' sahaja. Abaikan ruangan Ref 2, masukkan jika perlu sahaja.

Langkah 5:  Click 'Save as Favourite'. Secara automatik ia akan memaparkan jenis bil dan perkhidmatan. Contohnya "TM Telephone & Multimedia Bill".

Langkah 5: Klik 'From Account', pilih akaun simpan atau debit card anda.


Langkah 7: Masukkan jumlah yang anda ingin bayar di ruangan 'Amount'.

Langkah 8: Accepting terms & Conditions: Pilih 'Yes'.

Langkah 9: Klik 'Make Payment'

Langkah 10: Semak balik info yang anda masukkan tadi dari segi jenis dan jumlah bil. Kemudian klik 'Request TAC.

Langkah 11: Sesudah menerima nombor TAC melalui SMS, masukkan nombor berkenaan pada ruangan yang disediakan. Klik confirm.

SIAP!

Kalau anda masih kurang faham, sila tonton video tutorial di bawah.


Cara untuk bayar bil guna JomPAY dengan Maybank2u lebih kurang sama. Cuma antara muka sahaja yang berbeza. Kod-kod masih sama. Saya kongsikan secara ringkas:

Bayar bil guna JomPAY Maybank2u



1. Login
2. Accounts & Banking
3. Bill Payments
4. Klik JomPAY
5. Make a one-off payment (pembayaran pertama kali) ATAU 'Make a payment to a favorite bill (bill yang telah anda tandakan "Favorite" sebelum ini.

6. Masukkan nombor TAC. Siap!

Semoga entri ini dapat membantu. Sila share. Thanks!

Entri sebelum ini - 9 Cara Untuk Elak Biskut Jadi Lemau

Terima kasih kerana membaca Cara Bayar Bil Astro, TM, Unifi, TNB, Air dengan JomPAY CIMB
Tags

Post a Comment

6Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Tidak tahu apa keistimewaan JomPay kalau kena akses melalui bank juga. Ada 'yuran' juga kena bayar kepada JomPay ni...

    ReplyDelete
  2. Cara paling mudah untuk bayar. Dapat gaji, buka CIMB Clicks terus bayar bil. Senang dan mudah.

    ReplyDelete
  3. skrg senang. semua boleh buat online kan..

    ReplyDelete
  4. Dengan JumPay mmg mudah lagi2 bil api/air dan fon..

    ReplyDelete
  5. salam..
    tq share..tp ni kan yg pyh nyer, kita kena tahu apa code yg dorang guna la kan.klo xtau xdapet nk byo dgn JOMPay ni..huuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun rasa macam tu. dulu leok je tak payah guna code.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top