Sinopsis Semerah Cinta Humairah Tv3

4
Menggantikan drama Andainya Takdir 2 yang telah melabuhkan tirainya minggu lalu, Tv3 membawakan anda sebuah lagi drama bersiri menarik bagi menghiasi Slot Samarinda iaitu SEMERAH CINTA HUMAIRAH.

Drama bersiri 15 episod ini diterbitkan oleh Orange Tree Production di bawah arahan pengarah berpengalaman iaitu Zamri Zakaria.

semerah cinta humairah

Menampilkan pelakon-pelakon hebat sebagai teraju utama, Semerah Cinta Humairah memaparkan kisah konflik keluarga Humairah yang perlu mengikut tradisi keluarganya iaitu anak perempuan harus berkahwin awal. Drama ini tidak diadaptasi dari novel cinta.

Drama yang bersiaran sebanyak 15 episod ini menampilkan Fahrin Ahmad dan Janna Nick sebagai teraju utama. Turut membantu menjayakan Semerah Cinta Humairah ialah Fadlan Hazim, Idzham Ismail, Kuza, Mahmud Alibashah , Fadilah Mansor, Fish Fazil, Fimie Don, Kismah Johar, Feiyna Tajudin, dan Wan Sharmila.

Sinopsis drama Semerah Cinta Humairah


Mahu atau tidak, Humairah perlu meneruskan tradisi kahwin muda dalam keluarganya. Pak Zali, bapanya menerima lamaran Datuk Kamarul untuk jodohkan Humairah dengan Shahir. Humairah yang masih belajar begitu gementar memasuki alam perkahwinan apatah lagi bakal suaminya itu lebih berusia darinya.

Shahir pula terpaksa memperisterikan Humairah untuk mengikut kemahuan ibunya walaupun dia sudah mempunyai kekasih.

semerah cinta humairah

Setelah berkahwin, dugaan demi dugaan mencabar kesetiaannya. Shahir bukanlah suami yang bertanggungjawab. Di mana kedudukan Humairah sebagai isteri sekiranya Shahir masih lagi melayan teman wanitanya, Camelia?

Semerah Cinta Humairah bakal bersiaran mulain 24 Julai 2018, setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam hanya di Tv3.
Tags

Post a Comment

4Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. baca sinopsis macam menarik juga nie..

    lebih -lebih yang membawa tema kahwin muda.

    ReplyDelete
  2. Suka cerita ini.. Setiap hari mesti nak tgok..
    Isnin sampai rabu je

    ReplyDelete
  3. kompunan akak nak tgk drama... dh lama tak tgk drama semasa

    ReplyDelete
  4. Sinopsis macam menarik, mesti nak tgok

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top