Oppo F9 hadir kira-kira lima bula selepas model siri-F terdahulu iaitu Oppo F7. Uniknya F9 adalah pada notch nya. Adakah notch seperti ini yang pengguna mahukan?
Baca juga: Pengalaman Menggunakan Oppo Smartphone
Ciri Menarik Oppo F9
Notch 'titisan air' atau waterdrop
Jika anda perhatikan dengan teliti notch kali ini, iaitu berbentuk 'V'. Notch titisan air ini mengambil inspirasi dari pancuran air yang mewakili ciri pengecasan pantas. Do we really need to get rid of notch? Kerana notch semakin tidak disedari kewujudannya.
Baca juga: Cara Semak Oppo Original
Tetapi penampakan notch yang minimum sebenarnya membantu dalam memainkan video pada paparan penuh.
Kamera
Untuk meneruskan legasi model keluarga 'F', Oppo terus melakukan penambah baikkan pada kamera hadapan. Oppo F9 memperlihatkan 25MP bagi kamera selfie, dan gabungan 16MP dan 2MP untuk kamera belakang. Hasil gambar dilihat lebih baik berbanding F7.Kamera hadapan memiliki teknologi AI yang mampu merakam selfie yang boleh 'mencantikkan' wajah, serta fungsi HDR yang memperbaiki cahaya dalam situasi backlight.
Pengecasan pantas
Buat pertama kalinya dalam peranti siri-F, Oppo menyertakan teknologi VOOC, iaitu ciri pengecasan pantas. Teknologi ini adalah sama seperti VOOC yang ada pada peranti OnePlus. Dengan teknologi ini anda boleh meneruskan dua jam waktu berbual dengan pengecasan selama 5 minit.
Spesifikasi Oppo F9
Paparan
|
LTPS IPS LCD, 16M Colors,
|
Skrin
|
1080
x 2340 pixels, 19.5:9 ratio, 409 ppi, ColorOS 5.2
|
Chipset
|
Mediatek
MT6771 Helio P60
|
CPU
|
Lapan
teras
|
Kamera
belakang
|
Dwi-kamera,
16MP + 2MP, f/1.8
|
Bateri
|
3500
mAh
|
Pengimbas
cap jari
|
Disertakan;
terletak di belakang peranti
|
Berat
& Saiz
|
169
g |6.17 x 2.91 x 0.31 inci
|
Pemprosesan
Oppo F9 dikuasakan dengan Mediatek Helio P60 lapan teras dan memori sehingga 6GB RAM. Peranti ini menggunakan sistem operasi Andoid 8.1 Oreo iaitu sistem operasi Android yang terkini.
Design
Berbeza dengan peranti lain di pasaran, Oppo F9 warna menampilkan konsep warna 'gradient'. Warna campuran ini agak menyerlah. Jika anda tidak menggunakan phone case, anda akan dapat lihat warna istimewa ini.
Harga Oppo F9 di Malaysia
Oppo F9 akan dijual pada harga RM1399, dan akan memasuki pasaran Malaysia pada 30 Ogos 2018.
Sebagai telefon yang berada dalam kelas pertengahan, ciri-ciri menarik Oppo F9 ini memang impressive. Malah, harganya juga masih dalam lingkungan mampu milik. Jika anda bercadang untuk membeli telefon Android yang baharu, Oppo F9 is highly recommended.
ya...harga yang masih dikatakan mampu milik bagi mereka yang nak gajet bawah dari RM1500..
BalasPadamlambat sikit jee beli oppo f9 ni huhu
BalasPadamboleh la dengan harga mampu milik untuk dptkan hp yg menghasilkan gbr dengan kualiti yg baik.
BalasPadamIs there Oppo f9 capable to handle and run 5G support? Huawei launched their best phone with 5G support, and the can imagine to provide speed test tm
BalasPadam