11 Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak Malaysia

22

Pemilik kulit berminyak harus memilih pencuci muka yang sesuai untuk elak wajah melekit, nampak kusam, ada whiteheads/blackheads, dan mudah tumbuh jerawat.

Anda harus menggunakan pencuci muka yang dirumus khas yang mampu menanggalkan minyak berlebihan, kotoran, dan bersihkan liang pori tanpa mengeringkan kulit. 

Pencuci muka ini kebiasaanya mengandungi bahan seperti salicylic acid, glycolic acid, hyaluronic acid ringan, atau niacinamide, serta tidak mengandungi bahan yang menghilangkan kelembapan semula jadi kulit.

Punca kulit berminyak:

  1. Hormon
  2. Pemakanan
  3. Kebersihan
  4. Genetik
  5. Stress
  6. Cuaca

Usah risau! Saya bantu anda dengan menyenaraikan sejumlah pencuci muka untuk kulit berminyak yang boleh anda dapatkan di pasaran. Saya serta link pembelian online untuk harga yang lebih rendah.

COSRX Low PH Good Morning Cleanser

Rangkaian penjagaan kulit Cosrx dari Korea ini memang tengah hot. Rata-rata yang menggunakan Good Morning cleanser ini berpuas hati dengan hasilnya. Sangat sesuai untuk kulit berminyak tetapi dalam masa sama tidak mengeringkan kulit.

Kandungan AHA/BHA pun ada untuk hilangkan sel kulit mati. Anda masih boleh guna setiap hari sebab kandungannya adalah 'mild' sahaja.

Nilai pH nya yang rendah iaitu sekitar 5.0 - 6.0 sahaja, which is almost perfect untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.  Dalam masa sama, pencuci muka ini juga boleh membersihkan sisa makeup berlebihan.

Harga: RM12

Beli di sini: https://invl.io/clkdwy0

CETAPHIL Oily Skin Cleanser

Keberkesanan pencuci muka Cetaphil sudah tidak dapat disangkal lagi. Jenama ini memang terkenal seantero dunia. Ia merupakan pencuci muka yang sesuai untuk kulit berminyak dan tidak mengeringkan kulit. 

Tanyalah sesiapa sahaja yang pernah mempunyai masalah jerawat, 9/10 daripada mereka akan mengatakan Cetaphil adalah yang terbaik. Ia ringan, mengawal minyak berlebihan, dan tidak menyebabkan iritasi.

Harga: RM33

Beli di sini: https://invl.io/clkdwza

Himalaya Purifying Neem Face Wash

Dirumus khas untuk pembersihan yang mendalam supaya bebas bakteria. Dengan penggunaan setiap hari, kulit anda akan bebas dari minyak berlebihan dan merawat kulit.

Pencuci muka Hilamaya ini mengandungi 'neem' yang terkenal dengan cirinya yang membunuh bakteria. Ia turut digabungkan dengan kunyit, kedua-dua bahan ini dapat menghalang pertumbuhan jerawat. Serta merawat jerawat aktif. 

Harga: RM10.90

Beli di sini: https://invl.io/clkdwzp

Hada Labo Blemish & Oil Control Hydrating Wash

Produk dari Jepun ini tidak kurang juga hebatnya. Ia mengandungi ekstrak bunga Hatomugi, Bishop's Weed dan Chamomile yang mampu menghilangkan cela, mengurangkan merah jerawat, dan menenangkan kulit.

Buih halusnya membantu menghilangkan minyak dan kotoran tanpa mengeringkan wajah. 

Bahan best yang terkandung di dalamnya adalah hyaluronic acid untuk lock kelembapan semula jadi. Sekali gus wajad jadi lebih berseri.

Menariknya ia bebas pewangi, pewarna, dan mineral oil. Bagus juga, mineral oil boleh menyebabkan breakout bagi sesetengah kulit.

Harga
: RM35

Beli di sini: https://invl.io/clkdx0l

AIKEN Derma Care Deep Cleansing Oil Control Skin Cleanser

Untuk kulit berminyak, anda perlu guna pencuci muka yang ringan. Jika tidak, wajah akan bertambah berminyak. Aiken Derma Care Deep Cleansing Oilt Control sangat ringan dan efektif. Tekstur ini boleh menghilangkan kotoran, minyak, dan makeup.

Baca: 11 Pencuci Muka Lelaki Untuk Kulit Berminyak dan Berjerawat

Dalam masa sama ia turut memberikan kelembapan yang diperlukan kulit. Brand Aiken ni mudah di dapati. Di drugstore dan pasaraya mesti ada. Ini adalah salah satu pencuci muka untuk kulit berminyak di Watson.

Harga:RM11

Beli di sini: https://invl.io/clkdx0x

SIMPLE Refreshing Facial Wash Gel

Produk nombor satu di Unite Kingdom, pencuci muka ini mengandungi ramuan sempurna dalam mengurangkan minyak berlebihan.

Tambahan pula, Pro-Vitamin B5 yang terkandung di dalamnya boleh melembut dan menyegarkan kulit. Pencuci muka terbaik di Watsons ini turut menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. 

Ini kerana ia gentle, tak banyak buih, tidak berbau, dan tidak mengandungi bahan yang boleh mengakibatkan iritasi. Ideal untuk kulit sensitif. Tidak hairanlah mengapa ramai yang suka akan Simple ni. Di Shopee je dah 34k unit terjual.

Harga: RM16

Beli di sini: https://invl.io/clkdx3j

SKINTIFIC 5X Ceramide Low pH Cleanser

Skintific ni memang ramai pengikut. Ini kerana ia berkesan, berkualiti, dan dipercayai. Pencuci muka ini sahaja hadir dengan sejumlah bahan best untuk kurangkan minyak dan buat kulit mulus. 

Contohnya ceramide untuk kuatkan skin barrier supaya tidak mudah terdedah kepada masalah kulit. Amino acid, niacinamide, hayaluronic acid berfungsi ungi kuangkan extra sebum, berhidrasi, dan buat kulit lebih lembut dan berseri. 

Skintific juga tekankan 'low pH' yang just nice for your skin supaya tidak mudah kering atau iritasi. 

Harga: RM35

Beli di sini: https://invl.io/clkdx4y

Sebamed Facial Cleanser for Oily and Combination Skin

100 peratus bebas sabun, alkohol, dan bahan aktif yang boleh menyebabkan iritasi. Ia diformulasi untuk kulit berminyak dan kombinasi agar wajah mendapat hidrasi yang sempurna. 

Tambahan pula ia mengandungi Hamamelis Virginia dan Pro-Vitamin B5 which buat kulit sihat dan mulus. 

Untuk pengetahuan Sebamed ini adalah produk dari Jerman. Sebamed terkenal dengan produk merawat bibir. Namun, skincare mereka tidak kurang hebatnya. 

Harga: RM26

Beli di sini: https://invl.io/clkdx8b

DERMACTION PLUS BY WATSONS Pro Acne Purifying Facial Gel

Nampaknya produk keluaran Watsons ini semakin popular. Harganya amat berpatutan dan berkesan dalam mengurangkan minyak pada wajah. 

Disamping itu, ia turut membersih jauh ke dalam pori agar tidak tersumbat. Pencuci muka ini turut hadir dengan P.acne bacterial yang menghalang bakteria yang sekali gus boleh membentuk jerawat. Ia turut merawat jerawat yang masih aktif. 

Langsung tidak mengeringka kulit, bahkan wajah lebih lembut dan tidak lagi berminyak.

Harga: RM19

Beli di sini: https://invol.co/clkdxe1

Wardah Lightening Whip Facial Foam

Siapa tidak kenal akan produk Wardah. Berkesan, berkualiti, dan harga yang mesra pelanggan. Pencuci muka ini ada niacinamide yang kawal minyak dan beri kelembapan kepada kulit. 

Ia menghasilkan buih halus bak whip cream sebagai ejen pencuci yang efektif dalam menanggalkan segala kotoran pada wajah. Sesuai buat oily to combination skin. Lepas ni wajah tidak akan melekit lagi. 

Harga: 11

Beli di sini: https://invl.io/clkdxff

Kahf Oil & Acne Care Face Wash

Pencuci muka untuk kulit berminyak lelaki. Kalau anda sering terdedah kepada cahaya matahari dan kotoran, this cleanser is for you. 

Efektif dalam membersihkan kotoran selepas seharian berpanas. Cleanser Kahf ini mampu kawal minyak selama 12 jam tau. Ini membuatkan kulit anda terhindar dari whiteheads dan jerawat. 

So guys, Kahf adalah jenama dari Indonesia yang memfokuskan set penjagaan diri lelaki tau. Memang tengah famous di Tiktok sekarang.  

Harga: RM17

Beli di sini: https://invl.io/clkdxhg

Kalau korang ada cadangan pencuci muka untuk kulit berminyak yang lain boleh kongsikan dalam ruangan komen di bawah okay?

Tags

Post a Comment

22Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. menarik pilihan semua pencuci muka.

    ReplyDelete
  2. Nice sharing.
    Anak dara Mrs. A jenis kulit muka berminyak dah bermacam gak try jenis pencuci muka.
    Nanti nak bagi dia cuba Cosrx tulah

    ReplyDelete
  3. kak lily jenis kulit berminyak so memang senantiasa mencuba je mencari produk yang sesuai dengan muka. sekarang guna himalaya je cetaphill mahall

    ReplyDelete
  4. Thanks for the infor and the price. Easier for me to make comparison before my purchase.

    ReplyDelete
  5. Muka saya jenis combination. So far pakai apa apa pun setakat ni tak ada masalah. Jerawat pun kadang kadang je naik

    ReplyDelete
  6. Certainly need all these products to control the oil on our faces.... For flawless skin!~ Yeah!

    ReplyDelete
  7. saya guna produk himalaya. memang bagus untuk kulit wajah saya. lagipon ianya organik

    ReplyDelete
  8. yang himalaya tu memang favourite airah. dah banyak buat review pencuci muka himalaya dekat blog hihi

    ReplyDelete
  9. semua jenama tu saya dah pernah cuba dulu tapi tidak yang Labo Blemish tu dan sekarang guna produk lain sebab tak de masalah jerawat dan kulit berminyak so far ;D

    ReplyDelete
  10. Cetaphill, himalaya dan eversoft memang bagus. neutrogena tu maca menarik tapi belum cuba lagi.

    ReplyDelete
  11. senang membuat perbandingan untuk pilihan yang sesuai. Saya tengah guna pembersih muka Avon. Bagus jugak produk ni , dpt membersih dan tak rasa ketegangan dan kering pada kulit saya.

    ReplyDelete
  12. Buat masa ni kulit kinah ok tak berminyak. Mungkin nanti bila timbul masalah kulit berminyak bolehlah cuba seperti yang disarankan ni. Nice sharing

    ReplyDelete
  13. Rawlins pakai Marine Essence Beauty Bar sahaja sebab itu yang sesuai dengan kulit Rawlins yang mengada-ngada dan manja ini. Hehe. Thanks sebab share info begini - memudahkan untuk rerakan nak cari bagi yang memerlukan.

    ReplyDelete
  14. Kulit muka lia mmg berminyak .Sometime rasa tak selesa . Memang kena beli pencuci muka Yang sesuai. Thanks for sharing 😊

    ReplyDelete
  15. Cetaphil all the way ! Memang banyak produk penjagaan wajah untuk kulit yang berminyak cuma kena tengok mana satu yang bersesuaian dengan kulit sebab ada produk tak sesuai dgn kulit wajah.

    ReplyDelete
  16. Pernah guna brand himalaya mmg best. Bau dia pun best. Cetaphil ramainyg rekomen utk kulit sensitif ingat nak try juga satu hari

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah sis x ada masalah kulit wajah dari dulu..cuma kdg2 je ada bila bukan mengambang..hehehe.
    Produk diatas semua belum pernah cuba tp ada yg pernah dengar je lah..Himalaya kata org bagus jugak

    ReplyDelete
  18. Mine more towards dry skin. Himalaya and simple both tried before. Not bad!

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK, i'll write about cleansers for dry skin soon!

      Delete
  19. Thanks for the tips! This is really good for me because I have Oily-Combination skin

    ReplyDelete
  20. Eh eh, harga dia memang tak mahal sangat kan. Ingatkan produk muka ni kebanyakan mahal kemain.

    ReplyDelete
  21. Bagus utk mereka yg kulit bminyak,kak jenis Kering tp anak lelaki kak kulit bmyk

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top