KFC Zinger Waffle Burger Review

23
I have always wanted to try chicken waffles! Gabungan waffle dan ayam goreng ini bunyinya agak aneh tetapi ia menjadi salah satu menu popular di America Syarikat. Jadi, restoran rangkaian makanan segera terkemuka, KFC, mengambil konsep tersebut dengan memperkenalkan menu baru iaitu Zinger Waffle Burger. Nak tahu macam mana rasa burger baharu ini? Teruskan membaca KFC Zinger Waffle Burger Review!

Sebagai seorang yang sering terpengaruh dengan iklan di Tv dan Youtube, saya benar-benar ingin mencuba burger KFC yang baharu ini. Bahkan, for someone yang sering melihat chicken waffle muncul dalam filem Hollywood, it makes me want to eat it even more! Pathetic, I know.


Saya sempat merasa burger ini semalam... And I regret it. Meh saya terangkan apa perbezaan Zinger Waffle Burger ini berbanding burger KFC yang lain.

KFC Zinger Waffle Burger


Ia merupakan gabungan unik antara ayam goreng dan waffle. Berbanding burger biasa di mana filet ayam diapit dengan roti bun, Zinger Waffle Burger menggunakan Belgian Waffle yang mengapit filet ayam.

Ditengah-tengahnya pula ditambah dengan kepingan ayam rangup, mayonis, dan maple syrup (yang sudah menjadi tradisi dimakan bersama waffle).


KFC claims yang burger kali ini menampilkan kelazatan dalam setiap lapisan. Lol! 

Jika dilihat pada gambar di atas ia nampak menyelerakan. Bahkan gabungan kesemua bahan ini memang sedap. Tapi...

KFC Zinger Waffle Burger Review



Walaupun burger ini agak besar, saiz hidangan bukanlah segala-galanya. Waffle nya tebal, tetapi kering dan keras. Disebabkan itu, saya terpaksa memakannya secara berasingan dan bukan menikmatinya seperti burger lain.

Baca juga: KFC Malaysia Perkenal Chizza

Sos mayonis dan maple syrup langsung tidak membantu untuk menambahkan rasa. Ini kerana kuantitinya yang sedikit. Ia hampir tidak kelihatan apatah lagi merasainya.

KFC Zinger Waffle Burger

Bagi kepingan ayam rangup pula, saya berani katakan yang  ia cuma sepanjang 2 inci. Yup. Sayang sekali kerana kepingan ayam itu agak sedap.

Tetapi mujurlah mereka masih menggunakan filet ayam Zinger yang biasa. Rasa ayam bersalut tepung KFC yang enak mempunyai rasa yang sempurna. Rangup dan spicy.

Pada saya masalah utama pada Zinger Waffle Burger adalah pada waffle nya. Apa lagi yang tidak kena dengan burger ini? HARGA!

Harga KFC Zinger Waffle Burger



Zinger Waffle Burger boleh didapati secara àla carte bermula daripada RM13.50. Menu terhad bermula 2 Oktober ini juga boleh didapati dalam set Kombo yang didatangkan bersama kentang goreng dan minuman berkarbonat (RM17.90). Manakala set Mega Box pula didatangkan dengan dengan seketul ayam Hot & Spicy atau Original Recipe (RM20.90).

Macam tak percaya yang saya bayar harga burger RM18 untuk waffle keras dan setitis maple syrup. Total rip off.

#NKFoodRating: 4/10

Kalaulah burger ini sebuah filem, saya meletakkannya setaraf dengan Independence Day: Resurgence. Premis yang baik, menampilkan pelakon filem pertama, tetapi dirosakkan oleh storyline longgar dan lakonan kayu Liam Hemsworth. 

Semoga Zinger Waffle Burger review ini memberi gambaran kepada anda sebelum membelinya. Entahlah, KFC Double Down lagi sedap kot. Ataupun anda makan sahaja KFC Zinger Burger yang biasa tu.

Catat Ulasan

23Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. alamak baru nak cuba tapi bila baca ulasan awak ni, kak lily fikir 2-3 kali plak lah. kalau waffle keras tak sedaplah kan boleh tercabut gigit palsu nenek-nenek ek

    BalasPadam
    Balasan
    1. waffle tu kalau ketuk pada meja pun boleh mengeluarkan bunyi. hehe

      Padam
  2. fuhhh...nasib baik belum beli sebab macam tak sedap je waffle makan dengan ayam...haha...tq review nya..

    BalasPadam
  3. Dah lama rasanya tak ke KFC! Bolehlah nanti nak cuba yang ini. Nampak tempting betul! Hehe Thank you atas review! Kalau bab merasa ni selalunya kena rasa sendiri juga kan?

    BalasPadam
  4. Nampak gambar rasa ngences dah air liur nk rasa tapi bila baca macam bnyk part negatif je zinger waffle ni.. Tapi tetap nak pg rasa juga. Zinger mmg fav since dri dulu

    BalasPadam
  5. Hehe ramai yg review kata tak berapa sedap. Cuma pd sy sendiri gabungan ayam n waffle tu mungkin tak berapa nak kena dengan tekak

    BalasPadam
  6. Sis bayangkan waffle dia selembut waffle Gardenia. Sampai nak kena makan berasingan tu, dah jauh dari imaginasi sis la. Dan harga agak mahal pula tu. Thanks for your review.

    BalasPadam
  7. Baru ni ada kawan ajak makan Zinger Waffle ni, tapi sis tak berminat pulak nak cuba..rasa macam tak sesuai je waffle gan ayam. Nasib baik idok cuba..:D

    BalasPadam
  8. Hmm 2 hari lepas masa jalan2 dekat KL Sentral ternampaklah iklan Zinger Waffle burger ni. Adik SR teringin nak makan ni. Tapi tapiii SR dapat rasa (cheh naluri lah konon) yang menu ni tak sedap! hahaha. Rupanya ramalanku benar belaka! Ohmaiigod! Thanks for the review dear. nampaknya KFC gagal ini kali. Try again next time KFC. haha!

    BalasPadam
  9. keras sangat ke waffle tu ? tengok gambar pon nampak mcm keras je. okay tak jadilah nak cuba. harganya pon tak berbaloi. lebih baik beli zinger burger. yg tu forever love rasanya

    BalasPadam
  10. Wah rata rata semua complain pasal waffle dia ni. Banyak review cakap benda yang sama. Tapi ada yang kata sedap. Ikut tekak jugak kan

    BalasPadam
  11. dah try tapi cannot go laaaaaa hahaha lama-lama jadi muak, and terus makan ayam je. beli set dengan ayam, 20.90. mahal tak padan dengan kualiti. geram pulak hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahu takpe. belum pernah lagi beli kfc rasa menyesal mcm ni. haha

      Padam
  12. Wuish, tak terfikir pulak waffle pun boleh buat burger eh. Gila gempak la. Tapi tula waffle rangup. Kalau waffle yg lembut macam roti tu maybe lebih sesuai kan.

    BalasPadam
  13. Alamakkkk..baru nak cuba..tpi kelakar la realitinya rupa dia mcm tu...
    Kfc ni sedap ayam goreng dia ja kan..yg lain tu krik2 kdang2

    BalasPadam
  14. Haritu pergi KFC, mcm nak try jugak menu baru ni. Tapi tak yakin pun. Sebab dah tahu iklan kfc ni selalunya memang gempak. Tapi kita beli, Allah jauh beza. Sebab dah pernah terkena dulu. Mujur la tak beli menu ni.

    BalasPadam
  15. Teringin jugak nak cuba. Tapi mengenangkan emi ni jenis yg tak gemar waffle, takut membazir pulak. So end up order menu lain je bila je kfc, hehe.

    BalasPadam
  16. Waffle tu macam tak kena je kan. Sebab kalau makan masa panas-panas ok, bila dah lama sikit, macam dah lemau..so, gi kfc, mmg takkan tengo promo, terus beli dinner plate, ayam dada..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. yelah, better order menu biasa je. promo je lebih kfc ni

      Padam
  17. Tengok pun macam biasa je..baik beli waffle coklat tu..hahaha..selalu dapat tak best bila makan KFC ni..hahaha..sebab tu dah malas nak beli menu dia walau keluar yang baru.cuma nak rasa KFC wrap tu je..apa namnya..lupa

    BalasPadam
  18. Nlini menu baru di KFC yang bikin org penasaran mencobanya. Burger KFC baru dilihat saja penampakannya sudah mengugah selera makan.

    BalasPadam
  19. Kfc kena buat sesuatu pasla kualiti waffle ni. Kalau tidak consider fail!

    BalasPadam
  20. Samalah kita. Kureng dengan waffle dia. Lepas dah kunyah dua kali. Kurang umpphhh.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top