3 Item Idaman Sempena Lazada 11.11 Shopping Festival

4
Seperti yang kita tahu, Lazada Malaysia sentiasa mengadakan potongan harga. Boleh dikatakan ada sahaja jualan murah yang berlangsung sepanjang tahun. Tetapi pada 11 November 2018 ini lain pula ceritanya. Lazada telahpun melancarkan jualan terbesar iaitu Lazada 11.11 Shopping Festival! Inilah masanya untuk kita beli barang online sebab majoriti barang memang murah!

Lazada 11.11 Shopping Festival ini berlangsung 24 jam sahaja tau. Siap ada countdown menunggu saat tibanya tarikh tersebut di televisyen. Kiranya tahun ini Lazada jualan besar-besaran. Mana tidaknya, beberapa minggu sebelum tibanya tarikh 11 November lagi sudah banyak promosi yang boleh kita lihat di pelbagai medium.


Oleh kerana promosi ini cuma SATU HARI sahaja, macam rugi pula kalau tak beli barang. Sebab banyak potongan harga yang diberikan. Manalah tahu kalau harga barang yang menjadi idaman itu tiba-tiba melonjak naik pada keesokkan harinya?


Untuk tahun ini saya target tiga barang di Lazada untuk dibeli pada promosi 11.11 nanti. Harap-harap semuanya ada diskaun.

3 Item Idaman Sempena Lazada 11.11 Shopping Festival


1. Xiaomi Mi A2 Lite


I fell in love with this phone ever since I laid my eyes on it. Lihat sahaja designnya yang tampak premium. Kalau nak tahu, Xiaomi Mi A2 Lite merupakan telefon yang menawarkan spesifikasi sedikit rendah berbanding Xiaomi Mi A2.


Tetapi ia masih dijana dengan Android 8.1 Oreo berasaskan program Android One. Android One adalah faktor utama kenapa saya nak sangat phone ini. Berapa kerat sahaja peranti Android di pasaran yang menggunakan Android One.

Bahkan, ia dikelaskan sebagai telefon kelas pertengahan terbaik oleh ramai tech Youtuber.


Pada saat artikel ini ditulis ia berharga RM689 (4GB/62GB) dan RM589 (3GB/32GB). Harap-harap ada diskaun pada promosi 11.11 nanti.

Belum pernah beli telefon di Lazada, there's always the first time for everything right?

2. Casa Concepts Oslo End Table Side Table White


I think my bedroom is not complete without a bedside table dan Casa Concepts Oslo Side Table ini nampak kena sangat dengan style yang saya nak. Tambahan pula, saya beli Eames Chair yang cantik tu tahun lepas.



Rasanya bedside table ni boleh match dengan kerusi Eames tu. Sebab rekaannya moden dan timeless. Murah je harganya, cuma RM 41.80.

3.The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1%


Serum ni dah jadi salah satu item yang wajib ada dalam every girl's skincare products. Jenama yang terkenal dengan serum sudah semestinya The Ordinary. Mereka keluarkan pelbagai jenis serum, tapi saya nak yang The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1%.



Fungsi Niacinamide ni basically mengecilkan liang pori, memperbaiki kulit kusam, mencerahkan tona kulit, mengurangkan cela, dan.... ada glowing effect! Yezza! Harga RM54 sahaja.

Kalau anda tak pernah beli barang online, saya dah tulis artikel - Cara Beli Barang di Lazada yang boleh dijadikan sebagai rujukan.

Senang je sebenarnya. Lagipun banyak cara pembayaran Lazada yang boleh digunakan. Contohnya online banking, Maybank2u installment, credit/debit card, dan termasuklah bayar di 7 Eleven.

So, barang apa yang korang plan nak beli pada Lazada 11.11 Shopping Festival nanti?

Post a Comment

4Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. barang yang saya aim tak de la murah byk mana pun, huhu...last2 malas nak beli.hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai juga yang macam ni. takper, 12.12 nanti ada sales lagi. hehe

      Delete
  2. Nie dah lepas 11.11 macam mana dengan semua item yang nik khazami nak beli ni? Berjaya beli ke hihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top