Beli Barangan Buatan Malaysia di Jenama Lokal

3
Pernah dengar tentang Jenama Lokal? Kalau belum meh nak bagi tahu. Jenama Lokal adalah sebuah lagi marketplace atau e-merchant yang baharu sahaja beroperasi. Apa perbezaan Jenama Lokal dengan e-merchant lain seperti Lazada dan Shopee? Apa kelebihannya?

Apa itu Jenama Lokal?


JenamaLokal adalah sebuah platform "Online Marketplace" yang hanya mempamer dan menjual produk tempatan (Malaysia) sahaja. Dalam bahasa mudah, ia merupakan pasaraya online jenama tempatan.


Ia ditubuhkan untuk memperkasakan produk buatan Malaysia. Kita sering mengagungkan jenama antarabangsa. Walhal kita tidak sedar yang produk Malaysia sendiri juga berkualiti dan selamat. Lebih menarik, ia dijual pada harga yang jauh lebih murah.

Lagi pun, anak anak muda sekarang lebih memilih untuk membeli barang rekaan tempatan. Jika tidak, masakan kedai-kedai Instagram laku keras? 

Jadi, Jenama Lokal mengumpulkan sejumlah jenama dan barangan buatan Malaysia yang berkualiti di bawah satu bumbung. Ini memudahkan anda mencari dan membelinya dengan mudah. Dalam masa yang sama membantu usahawan tempat dalam memasarkan produk mereka.

Apa yang menarik di Jenama Lokal?


Kalau kita sebut tentang barangan buatan Malaysia, pasti produk kesihan dan fesyen muncul di fikiran.


Jenama Lokal menempatkan ratusan produk dari pelbagai kategori termasuklah produk kesihatan, pakaian, fesyen, kelengkapan ibu dan anak, dan makanan.

[Baca] Sports Hijab by NURD - Tudung Untuk Bersukan

Antara yang menarik di Jenama Lokal adalah tudung sukan. Sebagai wanita yang berhijab agak sukar untuk melakukan aktiviti fizikal dengan tudung biasa. Sebab tu kena pakai tudung untuk bersukan dari jenama Nurd.

Kelebihan beri barang di Jenama Lokal


  • Mempamer dan menjual barangan tempatan dari jenama yang dipercayai dan pembeli akan membuat pembelian terus daripada pengeluar produk jenama tempatan.
  • Setiap pembelian akan mendapat mata ganjaran (Points) di mana setiap mata ganjaran yang dikumpul boleh gunakan untuk membuat pembelian seterusnya.
  • Sistem pembayaran yang mudah dan selamat di mana anda bukan sahaja boleh membuat pembayaran menggunakan "Online Banking", kad kredit/debit, "PayPal" malah anda juga boleh membuat pembayaran menggunakan "e-wallet" seperti "BOOST wallet", "Vcash wallet" dan "Web cash" 24 jam.
  • Setiap pembelian boleh dipantau dengan sistem "Live Tracking" di mana anda hanya perlu memasukkan "Tracking Number" yang diberikan selepas membuat pembayaran untuk menyemak keberadaan barangan yang dibeli dan pembeli akan menerima SMS/Whatsapp untuk memberitahu penghantaran barangan yang dibeli akan tiba.
  • Pembeli boleh berhubung dan bertanyakan soalan terhadap barangan/produk yang hendak dibeli terus kepada peniaga dengan sistem "Live Chat" yang disediakan di dalam Platform JenamaLokal.com

Cara beli barang di Jenama Lokal


1. Layari https://jenamalokal.com/. Daftar dahulu dengan beberapa langkah mudah.
2. Cara produk yang anda inginkan.
3. Katakan produk tersebeut mempunyai variasi berlainan, pilih saiz dan kuantiti yang tepat. Kemudian klik 'Add to cart'


4. Selepas selesai memilih, klik 'My cart' (atas, kanan) dan pilih 'Check out'.
5. Di bahagian 'Billing details' isi nama, alamat, dan nombor telefon. Pastikan semua maklumat dan produk tepat, klik 'Place Order'.
6. Pilih jenis pembayaran sama ada online banking, kad kredit/debit, PayPal atau pilihan lain.
7. Jika anda memilih Online Banking, anda akan diminta untuk login ke akaun simpanan untuk meneruskan pembayaran.

Siap!

Jual barang di Jenama Lokal


Nah, ini adalah satu lagi kelebihan yang ada pada Jenama Lokal. Anda bukan sahaja boleh beli barang, malah boleh berniaga! Katakan anda memiliki jenama/produk sendiri, pasarkan di Jenama Lokal. Kini anda dah ada platform untuk pasarkan produk anda. Best kan?

Kelebihan jual barang online di Jenama Lokal


  • Peniaga akan mendapat laman niaga (Storepage) untuk jenama anda sendiri yang boleh digunakan sebagai laman sesawang jenama peniaga sendiri.
  • Laman niaga (Storepage) peniaga juga boleh meletakkan pautan media sosial peniaga supaya pelangan mudah mendapatkan info tambahan tentang produk peniaga.
  • Sistem pembayaran yang mudah, tidak mengelirukan, dan selamat.
  • Penghantaran produk peniaga akan diuruskan oleh JenamaLokal untuk dihantar kepada pelanggan di mana produk yang beli pelanggan akan diambil dari tempat peniaga beroperasi dan terus dihantar kepada pelanggan.
  • Mesra pengguna di mana peniaga mudah untuk memuat-naik gambar dan maklumat produk yang hendak dijual dan laporan pembelian dari pelanggan.
  • JenamaLokal mengekalkan eksklusif terhadap jenama peniaga di mana hanya pemilik jenama atau ibu pejabat sahaja yang dibenarkan untuk membuat pendaftaran. Tiada permainan harga dari pihak ketiga, agen atau "reseller".
  • Pelanggan boleh berhubung terus dengan peniaga dengan sistem "Live Chat"
  • yang disediakan di dalam Platform JenamaLokal.com

Jika berminat nak jual barang online di Jenama Lokal, sila layari - http://bit.ly/jenamalokal

Hah! Sekarang anda dah tahu yang anda boleh beli barangan buatan Malaysia di Jenama Lokal kan? Tunggu apa lagi, jom singgah website mereka dan lihat apa yang menarik!

Post a Comment

3Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. menarik juga nie..

    satu peluang hebat untuk pemain/ usahwan tempatan dalam mengetengahkan produk masing-masing

    ReplyDelete
  2. Kalau ada tawarkan program affiliate, bolehlah join sama naikkan nama brand website ni pulak :)

    ReplyDelete
  3. First time saya dengar ttg platform ni. Nanti akan bertandang ke sana pulak. Terima kasih atas perkongsian. :D

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top