Spesifikasi yang didatangkan pada setiap peranti Xiaomi hanya sedikit rendah berbanding peranti kelas atasan seperti iPhone, Samsung Galaxy, dan Pixel.
Bukan itu sahaja, rekaan badan telefon juga dilihat menawan. Sekilas pandang, ia dilihat seolah peranti kelas premium.
Telefon Xiaomi yang paling laris adalah Mi 8 Pro, Mi A1, Mi Mix 2, Pocophone F1, dan banyak lagi.
Saya sendiri merupakan pengguna baharu Xiaomi dan sangat berpuas hati dengan prestasi Xiaomi Mi A2 Lite. Itu adalah kali pertama saya beli telefon online. Anda boleh baca artikel di - Pengalaman Beli Handphone di Lazada
Banyak telefon tiruan di pasaran
Jangan terkejut, biarpun harga telefon pintar di pasaran semakin rendah, tetapi masih ada lagi pihak yang tidak bertanggungjawab menghasilkan telefon tiruan.
Ini semua untuk mengelirukan pengguna. Jika dilihat dengan mata kasar, ia tidak ubah seperti peranti original. Namun perbezaannya sudah tentulah dari segi kualiti. Telefon tiruan tidak mempunyai ciri lengkap, kamera yang tidak berkualiti, dan banyak elemen tidak dapat berfungsi dengan baik.
Lebih megecewakan, peniaga ini menipu pengguna dengan menjual telefon tiruan dengan harga original. Pelanggan yang tidak mempunyai pengetahuan tentang gadget ditipu bulat-bulat. Mereka mengaburi mata pelanggan dengan menjual dengan harga murah dan ayat-ayat yang meyakinkan.
Dalam artikel ini saya akan kongsikan cara untuk menentukan peranti Xiaomi tulen atau tidak. Anda boleh check mana-mana peranti Xiaomi atau Redmi. Jangan keliru ya, Redmi dan Realmieadalah dua jenama berbeza.
Redmi: Sub-jenama Xiaomi
RealMe: Sub-jenama Oppo
Cara Semak Xiaomi Original
Setiap peranti mempunyai nombor siri tersendiri iaitu IMEI (International Mobile Equipment Identity). Anda boleh mengenalpasti ketulenan telefon dengan menggunakan nombor IMEI. Persoalannya, kat mana nak temui nombor IMEI ini?
1. Di bahagian Settings. Settings > About Phone > IMEI. Kebiasaannya ada dua nombor memandang peranti Xiaomi boleh memasukkan dua kad sim. Kedua-dua nombor adalah sama.
2. Dial pad. Anda boleh temui nombor IMEI melalui dial pad. Cuma masukkan kod [*#06#], dan IMEI akan terpapar pada skrin.
3. Kotak telefon. Jika anda masih menyimpan kotak (like most of us do) kod IMEI terpapar pada belakang kotak.
Semak nombor IMEI Xiaomi
Layari https://www.mi.com/global/verify/#/en/tab/imei . Masukkan Nombor IMEI yang anda temui tadi dalam ruang yang disediakan. Kemudian masukkan security code, dan tekan 'Verify'.
Jika model telefon anda terpapar pada screen, ini bermakna anda memiliki telefon original. Tahniah!
Untuk mengelak dari membeli telefon tiruan, pastikan anda membelinya dari pengedar yang berdaftar dan diiktiraf. Jangan mudah terpedaya dengan harga murah yang ditawarkan. Sekiranya anda memang berniat untuk membeli telefon tiruan sekalipun, cuba pertimbangkan kualitinya.
Semak power bank Xiaomi
How to verify Xiaomi power bank? Anda boleh gunakan kaedah sama seperti di atas. Begitu juga dengan Xiaomi smartwath seperti Amazfit Bip, atau Mi Band.
Untuk maklumat tentang Xiaomi warranty Malaysia, anda boleh rujuk di sini - https://www.mi.com/my/service/warranty/
Okay, sekarang dah tahu macam mana nak semak Xiaomi original. Cuba check, mana tahu kot-kot telefon anda itu tiruan!
tq for sharing, trauma nak beli smartphone jenama selain iphone. dah pernah walaupun original terkena yang kurang kualiti dan bila dihantar servis, harganya boleh tahan, stick to iphone je la spi skang.
BalasPadamsaya pun masih guna iphone. tap penggunaan terhad dan dah tak boleh guna twitter dan IG..
PadamTerima kasih. Sekali semak, hp tiruan daa. Patut la baru beli bateri cepat habis.
BalasPadamSaya pun bteri cepat habis
BalasPadam