Seperti drama-drama sebelumnya dalam slot tersebut, Jodoh-Jodoh Annisa juga berkonsepkan telenovela. Iaitu drama bersiri yang mempunyai jumlah episode yang banyak. Sama ada ia juga diadaptasi dari mana-mana sumber seperti novel atau telenovela dari negara luar, itu masih belum dapat dipastikan.
Apa yang menarik, Jodoh-Jodoh Annisa membariskan sejumlah pelakon popular seperti Izara Aishah dan Aaron Aziz sebagai teraju utama. Turut dibantu oleh Amar Baharin, Raja Afiq, Afiq Muiz, Fatin Afeefa, Rosnah Johari, Liza Abdullah, Shiqin Kamal, Fizz Fairuz, dan ramai lagi.
[Baca] Medical Card Terbaik Untuk Anak-Anak
Diterbitkan oleh Global Station, drama rantaian 100 episod ini diarahkan oleh Riza Baharudin.
Sinopsis Drama Jodoh-Jodoh Annisa
Berkisarkan konflik keluarga dan percintaan. Annisa terpaksa menempuh jalan hidup yang berliku baik dari segi kerjaya dan percintaan. Sukar untuk dirinya mencapai kejayaan. Ketika sinar semakin menghampiri, ada sahaja rintangan yang perlu dia hadapi.
Begitu juga soal cinta, tidak cukup dengan masalah seorang lelaki. Dugaan hidup memaksa Annisa memilih antara lima jejaka. Adakah Nizam? Atau Rizal?
Promo:
Untuk and yang ingin tonton drama online, anda boleh menonton drama ini di Astro On Demand. Dengan adanya Astro On Demand, anda boleh menonton rancangan kegemaran pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
[Baca] (Sinopsis) Mr London Ms Langkawi di Astro
Jodoh-Jodoh Annisa bakal bersiaran mulai 19 Februari 2019, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang, di Astro Prima (105) dan Maya HD (135).
cerita yang dijangka menarik kepada mereka yang menjadi pengemar drama Melayu
BalasPadammari kita sama2 menontontnya....
BalasPadamJalan cerita yang sangat menarik, tidak sabar untuk episod seterusnya..
BalasPadam