Bunyinya macam mudah, tetapi anda perlu melakukannya dengan teliti kerana jika tidak anda akan menanggung kos penghantaran yang sepatutnya dibayar oleh pelanggan.
Terdapat dua jenis penghantaran di Shopee:
- Manual Shipping
- Shopee Free Shipping Program
Sebelum pos barang, anda kena tahu cara menjual di Shopee Malaysia dahulu. Saya dan tunjuk panjang lebar dalam artikel - Cara Jual Barang di Shopee.
Manual Shipping
Kaedah manual ini lebih mudah iaitu memasukkan kos penghantaran secara manual description produk. Jadi anda perlu dahulukan wang anda dan isi borang Pos Laju secara manual.
Mungkin sesuai untuk mereka yang nak jual satu atau dua barang sahaja. Saya sendiri menggunakan cara ini.
Baca: 8 Tips Berniaga di Shopee
Tetapi kaedah manual shipping ini tidak sesuai untuk peniaga yang serius. Ini kerana, katakan anda anda menetapkan kos penghantaran untuk satu produk adalah RM5. Kemudian pelanggan membeli lebih dari satu barang dan menyebabkan berat barang bertambah.
Pelanggan hanya perlu membayar RM5 sahaja, sedangkan anda perlu menanggung kos lebih dari RM5. Rugi kan?
Baca: Cara Berniaga di Tiktok
Shopee Free Shipping Program
Apa itu Shopee Free Shipping Program? Ia merupakan kolaborasi antara Shopee Malaysia dengan PosLaju untuk memudah dan menggalakkan urusan jual beli online.
Kelebihan menyertai Shopee Free Shipping Program adalah di mana anda sebagai seller dan pihak pelanggan dapat menikmati KOS PENGHANTARAN PERCUMA untuk barang di bawah 5kg.
Ini bermakna anda tidak perlu dahulukan kos penghantaran dan pelanggan pula menikmati Free Shipping. Potensi mereka untuk membeli produk anda berbanding seller lain adalah tinggi.
Syarat menyertai Shopee Free Shipping Program
- Berat barang harus di bawah 5Kg untuk Semenanjung Malaysia & di bawah 1Kg untuk Sabah/Sarawak.
- Seller hendaklah menghantar sendiri barang ke Pos laju.
- Setiap pesanan haruslah dihantar dengan menampilkan 'waybill' yang harus anda cetak.
- Seorang pelanggan hanya layak mendapat free shipping sebanyak 5 kali pembelian sahaja dalam sebulan. Untuk seller, tiada limit.
- Jika berat barang 5kg ke atas, kos penghantaran dikira berdasarkan berat.
Perkara yang harus anda sediakan sebelum memohon Shopee Free Shipping Program
- Sediakan sebuah printer untuk print waybill. Ramai yang tertanya-tanya 'how to print Shopee waybill'. Akan saya tunjukkan di bawah.
- Kemaskini alamat anda.
- Isi berat produk dengan tepat supaya ia akan dikira secara automatik jika pelanggan beli lebih dari 5kg.
- Sediakan Borang PL9 (Borang Pengeposan Poslaju Berkontrak)
Beli printer di Shopee
+ Canon E410 All in One Printer (RM229) - https://invol.co/clnwgl
+ HP Printer 2135 (Print, Scan, Copy) (Include Ink) (RM239) - https://invol.co/clnwgr
Cara dapatkan Borang PL9 Poslaju
- Borang ini boleh didapati di semua cawangan
- Hadir dengan dua borang iaitu Salinan Pejabat (warna PINK) dan Salinan Pengirim (warna PUTIH)
- Borang yang telah di isi ini haruslah disertakan setiap kali anda ingin menghantar barang yang dipesan di Poslaju.
- Serahkan borang berwarna pink dan anda perlu menyimpan borang putih untuk rujukan di masa hadapan.
Cara isi Borang PL9 Poslaju anda boleh rujuk gambar di bawah.
Cara daftar Shopee Free Shipping Program
1. Layari https://shopee.com.my/poslaju
2. Isi maklumat ringkas seperti di bawah. Kemudian klik 'I agree...' dan klik 'Submit'
Pada waktu ini anda pasti tertanya-tanya macam mana nak tahu sama adam permohonan Shopee Free Shipping Program telah diluluskan atau tidak?
Untuk mengetahuinya, anda perlu ke akaun Shopee, pilih bahagian 'My Shipping. Jika perkataan "Shopee Supported Logistics" sudah terpapar, ini bermakna permohonan anda telah diluluskan.
Katakan permohonan anda sudah diluluskan dan kini anda telah berjaya membuat jualan.Langkah seterusnya adalah menghantar barang tersebut kepada pelanggan.
Pos Barang di Shopee dengan Shopee Free Shipping Program
Langkah 1: Login Seller Center di https://seller.shopee.com.my/account/signin
Langkah 2: Pilih My Sales, dan pilih 'To Ship'.
Langkah 3: Order yang masuk akan memaparkan 'Arrange Shipment'. Klik 'Arrange Shipment'.
Langkah 4: Klik 'Confirm' pada paparan 'I Will Drop Off''
Langkah 5: Nombor tracking Poslaju akan disediakan secara automatik (auto-generated). Tempoh penghantaran Shopee juga telah ditetapkan. Pastikan anda menghantarnya sebelum atau pada tarikh berkenaan untuk mengelak barang lambat diterima oleh pelanggan.
Langkah 6: Klik 'Print Waybill' iaitu salinan yang bakal menggantikan borang Poslaju biasa.
Langkah 7: Sebanyak 4 salinan Waybill yang akan dicetak dalam satu kertas A4. Potong keempat-empat salinan tersebut.
Waybill
Waybill memaparkan maklumat seperti nama dan alamat anda, maklumat pengirim, serta tracking number. Sesudah pelanggan membuat bayaran, segala maklumat akan masuk dalam sistem secara automatik. Anda tidak perlu isi apa-apa maklumat, cuma print sahaja.
Kenapa ada EMPAT salinan?
- Satu untuk simpanan anda
- Satu untuk simpanan Poslaju
- Satu untuk penerima/pelanggan
- Satu untuk Transit Office
Ini bermakna, semasa penghantaran di pejabat Poslaju kelak, anda hanya perlu sertakan 3 Waybill bersama barang, dan borang PL9 yang anda isi sebelum ini.
Kelebihan menyertai Shopee Free Shipping Program
- Pendaftaran adalah percuma
- Anda dan pelanggan tidak perlu menanggung kos penghantaran.
- Tidak perlu ambil nombor atau beratur di pejabat pos. Terus ke kaunter serahan.
- Cuma perlu print waybill sahaja, tidak perlu isi borang Pos Laju.
- Jika pelanggan membuat lebih dari 5kg, maka kos penghantaran akan dikira secara automatik.
- Lebih 'stand-out' berbanding seller lain kerana anda tidak mengenakan caj penghantaran.
Jika anda betul-betul nak buat duit di Shopee, memang sangat digalakkan guna program free shipping ni.
Apa yang saya kongsikan ini hanya tatacara pos barang sahaja. Kalau anda nak tahu cara menjual di Shopee dengan lebih detail bersertak teknik, rahsia, cara jual barang dropship di Shopee berserta senarai supplier, anda boleh rujuk - Panduan Bisnes Shopee.
Tapi kalau anda tak tahu cara yang betul, produk yang anda pasarkan itu akan terkubur di Shopee tanpa ada pembeli. Baca dulu panduan tersebut okay?
Artikel berkaitan:
Cara Jadi Dropship Shopee Malaysia
9 Cara Tingkatkan Jualan di Shopee
Semoga artikel cara pos barang di Shopee menggunakan Free Shipping Program dan secara manual ini dapat membantu anda dalam mengembangkan bisnes online. Good luck!
Nurul terkial-kial juga nak pos under shopee program dulu.. hehehe.. nice sharing untuk newbies ^^
BalasPadamhttps://www.nurulsyahirah.com/
shopee ni kalau pandai buat duit,memang asyuk la.main shopee je.xyah dah main menda lain hehe
BalasPadamSalam terima kasih atas perkongsian. Tak pernah tahu mcm cara nk pos menggunakan shopee sekarang baru tahu mcm mana. Terima kasih sgt✨✨
BalasPadamOh cool. Thank you for sharing this tips. I jarang shopping Di Shoppee. Hehehe. Take care.
BalasPadamKita ada seorang kawan yang memang dah boleh buat kerjaya bila berniaga dan juga menyertai program dalam Shopee macam ni hurmm teringin juga nak jadi peniaga jualan online sekarang memang itu yang semua orang cari...
BalasPadamTerima kasih, panduan yang berguna dan sangat details. Abang saya dah lama berminat nak menjual di Shoppee tapi itah ada banyak perkara kena tahu dulu. Bolehlah saya berkongai artikel ini dengannya nanti.
BalasPadamterima kasih diatas perkongsian dan info sangat menarik bolehlah digunakan pada mereka yang berniaga di shopee.
BalasPadamSememangnya artikel yang wajib dibaca untuk mereka yang berniaga di shopee. Padat dengan info juga tips. Terima kasih atas perkongsian ya
BalasPadambagus nih , kira dua2 pihak dapat manfaatnya dan sekaligus dapat jimat kos pos....nanti nak pikir nak pos apa sebab saya pun ada shop kat shoppee..ehehehe
BalasPadamBagus perkongsian ni. Sangat bermanfaat sebab detail diterangkan dgn gambar. Yg baru baru berjinak nak jadi seller di shoppee, boleh ambil ilmu di sini
BalasPadamlama tak singgah sini. nik sihat? thanks info ni nik. good info on using shopee. nik jual di shopee juga ke?
BalasPadamagak complicated jugak caranya ni. dulu iza rajin la jual dekat shopee. sekarang bukan jual tapi membeli je kerjanya. hahah
BalasPadamPanduan yg cukup lengkap. Terima kasih. Dulu ada jugak jual brg kat shopee..now slow dah, beli pun jarang2
BalasPadamSatu perkongsian yang bagus kepada peniaga2 online. Sebaiknya kita manfaat pengkongsian ini dapat berguna pada masa akan datang~
BalasPadamOhhh baru tahu cara pos barang di shopee. Senang dan praktikal juga. Terima kasih atas perkongsian ini
BalasPadamThis one good sharing for new seller to follow and at least they won't get lost and find it hassle free after this. Thanks for this useful tips.ive learn a lot too
BalasPadamThanks for sharing this very informative post! I can learn this and help my mom too when shopping! Thanks honey!
BalasPadamInfo yang sangat sangat lengkap buat peniaga peniaga Shopee! Terima kasih kerana berkongsi. Shopee sellers boleh la belajar dan apply.
BalasPadamVery beneficial if I ever want to start a businees later on. Great share!
BalasPadamSeronok tengok orang berniaga online. Tambahan yang memang hari-hari ada customer. Tengok pos parcel pun dah seronok. Kadang terfikir berapa la kos shipping ni. Rupanya mudah sangat cara Shopee ni. Nanti nak belajar lagi cara pos ni. Tq Nik!
BalasPadamkalau isi borang manual tanpa printer..boleh ke guna borang pl9..
BalasPadamtq info dear..i suri rumah skg..now nak try buat biz online melalui shopee..semoga Allah balas jasa u sebab share info mcm ni..tqsm.
BalasPadamAssalamualaikum . Nak bertanya , jika pembeli mmbuat bayaran mnggunakan perkhidmatan poslaju . Kemudian , saya tersilap dan mnggnakan perkhidmtan j&t . Bagaimna sya perlu lakukan,untuk proses shipping .
BalasPadamBawak barang dengan waybills . Atau pun barang yang kita dah siap masuk dalam plastick dan lekat waybills dekat plastick tersebut . Saya kurang faham . Plastick barang mana nak dapat kena pergi poslaju ke .
BalasPadamBoleh ke kalau guna printer selain printer di atas ?
BalasPadamboleh boss
PadamAs salam..Saya tak de wifi...boleh guna prepaid internet phone untuk meniaga di shopee..??
BalasPadamkalau tak nak beli printer and just nak print dekat kedai cc contohnya.boleh je kan?please notice my question.huhu.
BalasPadamboleh je. tak ade masalah.
PadamWajib ke ada borang pl9?
BalasPadamsama je ke kalau saya guna courier j&t ?
BalasPadam