Sinopsis 30 Pesanan Suara di Tv3

1
Sinopsis 30 Pesanan Suara di Tv3 | Seperti tahun-tahun sudah, saluran nobor satu negara, Tv3 mempersembahkan drama yang menarik pada bulan puasa. Tahun ini di Slot Akasia menyajikan drama bertajuk 30 Pesanan Suara sepanjang Ramadan 2019.

Menariknya drama ini membariskan pelakon berbakat tanah air dengan menggandingkan Syukri Yahaya dan Hannah Delisha dan dibantu oleh Saharul Ridzwan, Izzue Islam, Ain Edruce, Ruzana Ibrahim, Azhar Amir, Zarina Zainuddin, Farisha Irwayu, dan ramai lagi.


30 Pesanan Suara merupakan sebuah lagi buah tangan terbaharu dari Suhan Pictures. Diarahkan oleh Pali Yahya, drama ini dijangka mendapat sambutan yang baik.

Sinopsis drama 30 Pesanan Suara Tv3


Mengisahkan cinta tiga segi di antara Fira, Iman, dan Izman. Persahabatan di antara mereka telah bermula dari dahulu lagi. Akan tetapi Fira dan Iman saling mencintai. Manakala Izman cuma menyimpan perasaan cintanya terhadap Fira.


Fira dan Iman bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Dan dalam tempoh itu, Fira menghantar beberapa pesanan suara yang sebenarnya ditujukan kepada Iman. Tetapi pesanan itu diterima oleh Izman. Bertambah gembiralah lelaki itu.

Namun perkahwinan mereka tidak dapat diteruskan kerana Iman meninggal dunia. Dapatkah Izman memenangi hati Fira sedangkan gadis itu masih sayangkan Iman?


Menariknya drama 30 Pesanan Suara ini bersiaran sebanyak 30 episod iaitu sepanjang Ramadan.

Lagu tema/OST: Faizal Tahir - Bisa Aja

Untuk peminat slot-slot Tv3, dan boleh tonton drama secara online di laman Tonton dan saluran Youtube TV3Malaysia Official. Di sini, pelbagai rancangan menarik yang ditayangkan di semua saluran di bawah naungan Media Prima seperti Tv3, TV9, 8TV, dan NTV7.


Manalah tahu sekiranya anda terlepas rancangan kegemaran, anda boleh menontonnya di Tonton di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Best kan dapat tonton drama online?

30 Pesanan Suara bakal bersiaran mulai 6 Mei 2019, setiap hari, jam 7 malam di Tv3.
Tags

Post a Comment

1Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. nak berbuka tertengok cerita ni.. geli tengok cerita ni. hahaha sbb time izman ngigau sebut nama besfren dia.. hahaha. izman ke iman. lupa dah..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top