Minuman yang berasal dari Taiwan ini sebenarnya sejenis teh bercampur susu dengan rasa karamel yang enak. Ditambah dengan bebola hitam yang dipanggil 'black pearl' bersifat kenyal yang menjadi kegemaran ramai.
Ia kini menjadi salah satu tempat makan menarik yang boleh anda terjah.
Terbaharu, kedai minuman bubble tea, Xing Fu Tang tiba-tiba menjadi sebutan warga internet. Ini adalah gara-gara sambutannya yang luar biasa. Ada yang bebelinya dalam jumlah yang banyak. Malah, ada yang sanggup beratur panjang semata-mata untuk menikmati bubble tea ini.
Xing Fu Tang halal atau tidak?
Oleh itu, viral di media sosial beberapa hari lepas di mana terdapat segelintir netizen mempersoalkan status halal bubble tea Xing Fu Tang. Ini kerana ia dioperasikan oleh peniaga bukan Islam dan ia tidak memiliki sijil Halal.
Ramai yang menggesa umat Islam supaya tidak meminumnya kerana status Halalnya tidak terjamin. kedai minuman seumpamanya, The Alley turut berdepan isu sama.
Maklumlah sebagai orang Islam, mencari yang bersih dan Halal itu wajib. Jangan pula hanya kerana terkenal, kita terus meminumnya. Kata netizen lagi, kandungan unsur khinzir bukanlah faktor utama. Banyak lagi faktor yang menyebabkan ia tidak halal.
Status Halal Xing Fu Tang Menurut JAKIM
Terkesan dengan isu ini, premis Xing Fu Tang tampil memberikan kenyataan kepada laman web Bubble Tea Malaysia.
Mereka menkawa telah mendapat sijil Halal dari Taiwan dan semua menu tidak mengandungi alkohol dan khinzir.
[Baca] Makette Steamboat and Grill Tempat Makan sedap di Kota Bharu
Akan tetapi mereka masih belum mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia dari Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Ini disahkan sendiri oleh JAKIM.
Berdasarkan semakan pihak kami atas nama premis makanan Shihlin Taiwan Street and Snacks dan Xing Fu Tang Malaysia, ianya belum memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
Elakkan keraguan anda dengan mengutamakan premis makanan yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia atau logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.
Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan, prosedur, standard serta perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan.
Pada saat artikel ini ditulis, Xing Fu Tang masih beroperasi seperti biasa di lokasi, 88G, Jalan SS 15/4, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor.
Soal Xing Fu Tang halal atau tidak ini sebenarnya terpulang pada diri sendiri. Ia telah mendapat sijil Halal dari Taiwan. Cuma belum disahkan JAKIM. Jika was-was jangan minum. Banyak lagi kedai bubble tea yang boleh anda pilih.