Cara Return Barang Shopee Malaysia

20
Cara Return Barang Shopee Malaysia | Mudah, mesra pelanggan, dan murah, itulah adalah faktor utama yang menjadikan Shopee sebagai online shopping website terbaik. Memang rambang mata setiap kali menjengah ke Shopee. Mana tidaknya, kebanyakan barangan dijual pada harga jauh lebih murah berbanding kedai fizikal.

Memang seronok apabila barang yang kita order selamat sampai dan berfungsi dengan baik.

Namun, ada kalanya berlaku kesilapan atau kerosakan pada barang yang anda beli. Pelanggan kebiasaannya menerima barang koyak, pecah, mendapat barang yang tidak sama dengan apa yang dipaparkan. Malah, lebih malang apabila mendapat produk tiruan sedangkan anda membayarnya pada harga original.

Perkara sebegini memang tidak boleh dielakkan. Oleh kerana itu Shopee menyediakan jaminan untuk melindungi hak anda sebagai pelanggan.

[Baca] Cara Pos Barang di Shopee

Shopee Malaysia Refund

Sekiranya berlaku kerosakkan atau kesilapan, Shopee tidak akan menggantikan semula barang dengan yang baru, sebaliknya wang anda akan dipulangkan. Wang tersebut akan dimasukkan kedalam 'Wallet' akaun Shopee anda.

Sebelum itu, anda perlu hantar semula barang yang rosak tersebut kepada Shopee untuk disemak. 

Cara Return Barang Shopee Malaysia

Langkah 1: Buka aplikasi Shopee pada telefon.

Pergi ke ME > My Purchases > To Receive > Click on your Order > Request for Return/Refund

Pada bahagian Request for Return/Refund, dan tandakan porduk. Upload gambar kerosakan barang agar seller lebih jelas akan masalah ini. 

Di bahagian 'Reason' anda diberi beberapa sebab untuk return, pilih salah satu dari: 

  1. Did not receive the order 
  2. Received an incomplete product 
  3. Received the wrong product 
  4. Received a product with physical damage 
  5. Received a faulty product

Di bahagian 'Select a Solution' pilih Refund only ATAU Return and Refund. Masukkan jumlah refund. Contohnya beli barang RM25, mohonlah refund RM25. 

Kemudian tekan 'Submit'.

Cara return barang kepada seller

Tunggu sehingga seller respon sama ada barang tersebut boleh refund atau tidak. Katakan seller bersetuju. Anda perlu pos semula barang tersebut barulah duit akan dipulangkan. 

Jangan risau, kos penghantaran return barang adalah PERCUMA. 

Langkah 1: 

Pergi ke bahagian Return/Refund. Sekiranya bersetuju dengan jumlah refund, klik 'Accept Proposal' kemudian klik pada 'Confirm'.

Langkah 2: 

Pilih kurier. Saya cadangkan anda guna Shopee Supported Logistics iaitu Poslaju. Kemudian klik butang 'Confirm'.

Selepas tekan Confirm, anda akan paparkan dengan 'Airway Bill' yang perlu diprint. 

Langkah 3: Bungkus barang tersebut dalam plastik atau kotak yang bersesuaian dan selamat. Kemudian, tampal Airway Bill yang telah diprint sebentar tadi. 

Langkah 4:  Pergi ke pejabat pos terdekat, dan beritahu staff yang anda perlu return barang Shopee. Mereka akan berikan borang "Pengeposan Poslaju Berkontrak" yang berwarna merah. Kalau anda nak return barang Shopee guna J&T pun sama je. 

Isi maklumat penting yang terpapar pada Airway Bill. 

SIAP!
 
Refund daripada Seller

Setelah barang itu sampai kepada seller, mereka akan refund semula duit anda. Duit tersebut akan dimasukkan ke bahagian 'ShopeePay'. Hah, dengan duit ini anda boleh beli barang lain pulak tau. 

[Baca] Cara Jual Barang di Shopee

Tips beli barang di Shopee

  • Beli dari kedai rasmi (Shopee Mall), dengan logo 'Mall' berwarna merah.
  • Pastikan seller yang dipercaya, kebiasaanya tertera perkataan 'Preferred' pada produk.
  • Semak review dari pelanggan. Perhatikan angka penilaian (dalam skala 1-5).
  • Jangan terpengaruh dengan harga terlalu rendah dan tidak masuk akal.
  • Gunakan fungsi 'Chat' dengan sebaiknya. Tanya seller tentang ketulenan dan diskripsi barang.
  • Lihat polisi kedai seperti jaminan atau polisi 'return/refund'
  • Simpan bukti pembelian untuk rujukan masa akan datang.

Semoga cara return barang Shopee ini dapat menjadi rujukan anda sekiranya berdepan kesulitan.

Tags

Catat Ulasan

20Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. wah bagus bookmark post ni, persediaan kalau2 nnt ada masalah dan perlu return barang..

    BalasPadam
  2. Maaf nk tanya.. Kalau nk return barang, kos post brg tu balik,kita kena tanggung sendiri ke mcm mne?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya, tapi kadang-kadang bergantung pada seller juga.

      Padam
    2. Maaf sy nak tnya..mggu lepas sy ada beli brg,lepastu brg x sampai lg,jd sy mohon refund dlm shopee,31.3 duit dah masuk dlm shopeepay,then arini brg sampai..jdnya,klau sy terima brg ni mcm mna sy nk bayar semula pd shopee

      Padam
    3. yang ni boleh contact shopee terus. sama ada bayar kepada shopee atau kpd seller.

      Padam
  3. assalam maaf ganggu,nak tanya if sy beli 2 item yg sama dari seller sama. tetapi after barang deliver sampai hanya dpt 1 drpd 2 qty yg sy ordered. bagaimana ya sy nak refund on 1 item tu sahaja.mohon pencerahan. terima kasih

    BalasPadam
  4. saya nak return barang shopee, tapi shopee dah transfer duit ke akaun saya..mcm mana nak pulang balik barang tu? sebab shopee tak sertakan sekali Borang Return Airwair Bill?

    BalasPadam
  5. Salam,nk Tanya,saya nk return barang,tp alamatnya ke kedai yg saya beli...
    Apakah langkah² untuk mendapatkan pulangan Wang saya kembali

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun masalah yg sama. sy search semua return utk official store atau shopee mall sahaja. kalau kita return ke store yg kita beli, masih ke dapat refund? Kindly advised. tq

      Padam
  6. Asaalam
    . saya nk download airway yg refund tu xboleh..jadi blank..so dapat screenshort.bila print jdi kecil.. Xpe ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kecil sangat ke? boleh je. asalkan nampak semua butiran

      Padam
  7. Saya ada membeli jam tangan dari China,bila saya terima jam tu jarum saat jam bergerak terlalu laju, saya pun buat return, penjual tidak mahu terima return saya

    BalasPadam
  8. Saya ada membeli jam tangan dari China,bila saya terima jam tu jarum saat jam bergerak terlalu laju, saya pun buat return, penjual tidak mahu terima return saya

    BalasPadam
  9. Hai, nak tanya saya baru beli brg di shopee.. Tapi barang tu x sama seperti yang di order.. Malah saya rasa ia nya lebih murah. Macam mana sy nk refund sbb item tersebut dah melepasi tarikh yg sepatut sy terima, malah sy dah extend shopee guarantee.

    BalasPadam
  10. Perlu berhati hati apabila membeli produk yang dibeli shocking sales ..saya dah 2 kali kena..barang rosak...nak return kena tanggung sendiri sebab harga tak sampai rm30..mmg sakit hati sgt..

    BalasPadam
  11. Nk tya.. Saya nk return tv . Adakah saya perlu return ke seller di johor atau ke shoppee di alamat shah alam??

    BalasPadam
  12. Hai..saya ada beli barang dekat shopee..brg lmbt sngt sampai..so saya chat dengan shopee.dia suruh tekan retrun/refund..saya dah dapat refund saya..tapi harini barang saya sampai..apa perlu saya buat???

    BalasPadam
  13. salam admin.. saya telah buat refund krn barang sampai adalah salah. penjual telah setuju terima refund dibuat. saya telah download refund airway bill di shopee utk tujuan pemulangan balik. tapi shopee dah kredit refund dlm ewallet shopee saya. macam mana ye? boleh ke saya nak pos barang tu guna airway bill tu lagi? sebab shopee kata dia dah tak tanggung kos hantar barang sbb shopee dah kredit amaun tu ke akaun sy. harap dpt penjelasan dari admin. tq

    BalasPadam
  14. Saya oder rangka katil. bila dibuka bungkusan ianya telah rosak. bagaimana saya mhu pulangkan..nak pos ke pejabat lagumana nak usung rangka katil ni ke ?

    nasiblah labu

    BalasPadam
  15. Saya order partion .. dapat barangan yg Salah , warna pun lain.. macam Mana nak pulangkan semula sebab saiz barangan tu besar & panjang... Boleh Tak Pihak shopee datang ke rumah ambil...

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top