Ia merupakan wireless earphones pertama dari Realme, malah terbina dengan fungsi wireless charging. Nak tahu apa lagi spesfikasi Buds Air? Teruskan membaca artikel ini.
Spesifikasi Realme Buds Air
Cip R1
Terbina dengan Cip R1yang terkini dan Bluetooth 5.0 iaitu penyambungan pantas, audio yang stabil, jangka hayat bateri yang lebih lama, 'smart controls', dan pengecasan tanpa wayar.
Teknologi ENC atau 'Enviroment Noise Cancellation' juga sangat membantu dalam memastikan pengguna tidak diganggu dengan bunyi persekitaran semasa mendengar lagu.
Wireless charging
Earphones ini hadir dengan pengecasan tanpa wayar. Dengan hanya meletakkan pod pengecas di atas 10W Wireless Charger, ia mampu mengecas peranti seperti biasa.
Walau bagaimanapun, 10W Wireless Charger dijual secara berasingan.
Rekaan
Tidak mengejutkan yang rekaan Buds Air ini mirip Apple AirPods. Ini kerana AirPods adalah wireless headphones paling laris dan berkualiti di pasaran. Meniru rekaan dari jenama lain sudah lama diamalkan di dalam arena ini. So, calm down.
On the bright sight, orang akan sangka yang anda sedang memakai AirPods walhal anda hanya menggunakan peranti yang lebih murah.
Rekaan ringkas, melengkung, dan sesuai untuk semua golongan. Ia juga direka padan dengan semua jenis telinga. tidak mudah tercabut walaupun ketika melakukan aktiviti fizikal seperti berjogging.
Smart In-ear Detection
Salah satu spesifkasi menarik Buds Air adalah sokongan Smart In-ear Detection. Ia merupakan sensor yang mampu mengesan sekiranya ia dipakai. Jika anda cabut satu earphone dari telinga, muzik akan dihentikan secara automatik. Muzik disambung semula sebaik earphone dipakai.
So you won't miss anything from your favorite song.
Fungsi touch control
- Double click - Menjawab, play/pause muzik
- Triple click - Skip ke lagu seterusnya
- Long press on one side - Menyeru Google Assistant / mematikan panggilan
- Long press on both sides - Masuk dan keluar dari Gaming mode
Gaming mode
Ya, Realme Buds Air turut menyokong gaming mode. Agak tidak selesa untuk bermain permainan video sekiranya menggunakan earphones berwayar. Dengan Buds Air, anda hanya perlu tekan lama pada kedua belah earphones untuk mengaktifkan gaming mode.
Anda boleh bermain game dengan selesa dan mendengar bunyi yang jelas tanpa delay.
Ketahanan bateri
Hadir dengan bateri 400 mA. Ia mampu bertahan selama 17 jam secara berterusan jika anda menetapkan voluma pada 50%.
Berbaloilah untuk penggunaan sederhana kan?
Artikel berkaitan:
- Xiaomi Air Dots di Lazada Rm69
- BOSE Soundsport Review
Kualiti audio
Nah, aspek paling pentng dalam sebuah peranti audio. Buds Air menghasilkan bunyi yang berkualiti. Anda mampu mendengar audio yang jelas dan bass yang mengagumkan dengan bantuan 12 mm bass booster.
Tidak menghasilkan audio terbaik, tetapi dengan harga yang ditawarkan dan kualiti bunyi sebegini anda akan berpuas hati dan wajar diberi pujian.
Tiga pilihan warna
Buds Air hadir dengan tiga pilihan warna iaitu putih, hitam, dan kuning. Tiga variasi warna ini memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna. Warna putih terlalu common. Biarpun lebih bergaya, putih lebih cepat kotor dan akan meninggalkan kesan kekuningan jika digunakan untuk jangka masa panjang.
Warna kuning pula untuk mereka yang mahukan kelainan. Malah lebih menyerlah selain ia adalah warna rasmi Realme sendiri.
Cara pair Buds Air ke telefon
- Buka pod pengecas
- Tekan butang pada pod pengecas selama tiga saat sehingga keluar lampu hijau
- Buka bluetooth pada telefon, dan pilih 'Realme Buds Air'.
Kelebihan
- Sambungan yang stabil
- Kualiti audio, bass yang jelas dan berkualiti
- Menyokong gaming mode
- USB Type - C
- Wireless charging
- Smart control
- Boleh dipadankan dengan semua telefon pintar
- Noise cancelling
Kekurangan
- Kotak/pod pengecas menggunakan plastik yang tampak murah
- Tidak kalis air
Harga Realme Buds Air
Harga Buds Air di Malaysia adalah pada RM299. Namun, bagi anda yang berminat, boleh mendapatkannya pada harga RM229.
Murah bukan? Beli dengan pengedar sah (Realme Official Store) untuk mendapatkan warranty selama 1 tahun. Boleh beli di - https://invol.co/cl26pza
Adakah Buds Air ini the best bluetooth earphones? Tidak. Tetapi dengan harga mampu milik ini anda boleh menikmati audio berkualiti dan sejumlah ciri menarik yang ada pada earphone premium yang lain.
Maklumat lanjut layari - https://www.realme.com/my/realme-buds-air
Artikel ini bukan sponsored post, tetapi ditulis untuk berkongsi tentang kehebatan Realme Buds Air. Jika anda pernah membaca blog ini, you would know how much I love earphones and Oppo. Realme, if you are reading..... *wink*
Setakat ini Rawlins gembira dengan kualiti realme Buds. Dah guna dalam MRT dan di gym - memang berpuas hati. Berpatutan dengan harganya.
BalasPadamWireless airbud ni best la sebab takde wayar panjang. Nama pun wireless. Bukan apa kalau berwayar tu kadang2 terbelit dan senang rosak juga.
BalasPadamTak pernah try lagi Real Me Buds Air. Tapi menerusi posting ni, saya tertarik sangat ni nak try! Ada 3 color pulak, and one of the color choice is my favourite :p
BalasPadamTak pernah try Real Me buds Air lagi... Tak tau kalau boleh guna dengan phone Samsung tak?
BalasPadamEh baru perasan ada tiga warna. Warna kuning cantik. Tapi kalau nk merasa ala2 apple, putih la kot
BalasPadamOwhhh ada color kuning gak ekk..haa color kuning ni nampak menarik dan terserlah. Kalau dapat ni sure berebut gan anak nanti ni..hehehe
BalasPadamRamai yang cerita berkenaan buds air ni sampai nad rasa nak beli tau..ehhee..memng mencari earphone wireless macm ni, senang bagi nad yang bertudung ni..dahla harga dia murah
BalasPadamMenarik buds air ni. Wireless and praktikal utk dibawa ke mana shj
BalasPadammenarik juga. sbb ianya wireless dan praktikal la untuk digunakan dan dibawa ke mana2
BalasPadamBoleh beli satu untuk diri sendiri sebab jenis wireless mudah dibawa ke mana sahaja. Harga pun murah dan mampu milik
BalasPadamTengok ramai yang review pasal realme buds air ni. Tengok pada harga dan kualiti memang berbaloi sangat
BalasPadamBestnye buds air ni. Mudah ada ni. Takdela wayar berselirat dalam tudung
BalasPadamRasanya tak ada isu untuk tiru design pun sebab reka bentuk wireless earphone memang macam tu. best part wireless charger tu. nice!
BalasPadamBagus review semoga ada penambahbaikan pd masa akn dtg. Sebab ramai yang nak kan kualiti terbaik
BalasPadamBestnya.. Bila lgi diorg nak offer eh... Untung besar tu sapa dpt beli time tu... Nk kena cari 1 jugak
BalasPadami'd love to try these earbuds tapi takut hilang pulak sebelah haha
BalasPadamzul dah ada satu warna putih, memang best pakai buds air ni kan. nanti nak beli warna hitam n kuning pula.
BalasPadam