Antara faktor utama rakyat Malaysia gemar bercuti di Hatyai adalah kerana keenakan makanan di sana. Memandangkan Hatyai memiliki ramai penduduk beragama Islam dan pengaruh Melayu-Islam di wilayah ini amat kuat. Ini membuatkan makanan halal mudah didapat. Jadi dalam artikel ini saya kongsikan lebih 20 tempat makan di Hatyai yang halal dan sedap!
Bagi kaki 'food hunting' Hatyai adalah lokasi terbaik untuk anda cuba pelbagai
jenis makanan menarik. Majoritinya kena dengan tekak Melayu dan harganya amat
berpatutan.
Baca:
12 Tempat Sarapan Pagi Halal di Hatyai
1. Dimsum Chabura
Lokasi yang cukup popular dikalangan pelancong Malaysia. Dimsum Chabura menyediakan pelbagai jenis dimsum untuk pelanggan. Memang banyak! Boleh rambang mata dibuatnya. Paling best adalah kerana harganya yang berpatutan.Ia dikira mengikut saiz mangkuk. Dari $15 Bhat hingga $20 Bhat sahaja. Tambahan pula, portion dimsum dalam setiap mangkuk itu cukup besar.
Cara order di Dim Sum Chabura
- Ambil mana-mana dim sum yang anda suka, letak dalam dulang.
- Serahkan dulang tersebut kepada pelayan, dan anda akan diberi nombor untuk letak atas meja.
- Siap dikukus, pelayan akan hantar dim sum yang anda pesan tadi.
- Untuk membayar, serahkan nombor tadi di kaunter.
Digalakkan datang awal kerana restoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan terutama waktu makan tengah hari.
Waktu operasi: 6 am - 2 pm
2. Kelantan Restaurant Hatyai Halal Food
Kuat betul pengaruh Kelantan! Dari loghat, hinggalah ke restoran di Hatyai! Restoran ini memang menjadi tumpuan bikers dan rombongan dari Malaysia. Penuh dengan menu yang sinonim dengan negeri Kelantan seperti nasi kerabu, gulai ikan tongkol, dan ulam-ulaman.
Masakan panas di sini memang padu terutama tomyam, sayur, kailan, dan sup
keting. Cuba juga kerabu mangga yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan tetap.
Roti canai pun ada ya.
Nak order pun senang, kerana staff mereka fasih Bahasa Melayu.
Waktu operasi: 7am - 10 pm
3. Hamid Restaurant Hatyai
Popular dengan masakan Malaysia, Hamid Restaurant Hatyai menghidangkan sejumlah menu tempatan buat pelanggan. Masakan panas seperti tomyam, ikan masak masam manis, udang goreng tepung meman menjadi pilihan pelanggan.Tetapi apa yang wajib anda try di sini sudah tentulah daging Daging Panggang Hamid yang dimakan bersama sos istimewa mereka.
Aneka roti canai seperti roti telur dan roti pisangnya juga menyelerakan! Lagipun, tak susah nak cari restoran ini, ia cuma terletak tidak jauh dari antara hotel murah di Hatyai iaitu Icon Hotel Hatyai. Anda patut usha hotel ni. Deco dia ceria dan nampak selesa.
Waktu operasi: 7 am - 10 pm | 10 am -10 pm (Khamis & Jumaat)
4. The Halal Premium Restaurant
Lokasinya terletak di aras bawah Sakura Budget Hotel, The Halal Premium Restaurant mengetengahkan hidangan Arabic-Thai. Menggunakan bahan-bahan bermutu tinggi dan segar, restoran ini cukup terkenal dengan nasi beriyani, aneka jenis kari, tomyam, dan pelbagai masakan panas. Rempah ratus yang digunaka diimport khas dari India untuk mengekalkan rasa asli masakan. Portion hidangannya memang banyak, tetapi ditawarkan pada harga yang munasabah. Berbaloi kalau datang menjamu selera dengan keluarga.Waktu operasi: 6.30 am - 10 pm
5. Tamrab Muslim Restaurant
Terkenal dengan keenakan nasi kerabunya, Tamrab Muslim Restaurant menjadi
salah satu tempat makan halal di Hatyai. Terutamanya pelancong dari Malaysia
dan Singapura.
Menu Nasi Kerabu Daging Bakarnya menjadi kegilaan pelanggan. Nasi kerabu yang
sinonim dengan negeri Kelantan ini dihidang bersama daging bakar yang lebut
dan beraroma. Nasinya juga lembut, dimakan pula bersama sambal kelapa, budu,
dan ulaman.
Baca: Tempat Shopping Murah di Hatyai
Waktu operasi: 6 am - 8 pm
6. Chekkar Restaurant Muslim
Terletak kira-kira 4 km pusar bandar Hatyai, tetapi berbaloi untuk dikunjungi
kerana makan di sini luar biasa sedap!
Tomyam putih dan daging salai di sini memang wajib cuba. Masakan panas lain
seperti sup tulang, ikan tenggiri 3 rasa, dan siakap bercili juga
menyelerakan. Dimakan pula dengan kangkung goreng, memang padulah!
Waktu operasi: 10 am - 9 pm
7. Asean Night Bazaar
Asean Night Bazaar merupakan salah satu tempat menarik di Hatyai yang wajib
anda kunjungi. Bangunan dua tingkat ini menjual pelbagai jenis barangan.
Tingkat bawah dikhaskan untuk pakaian, aksesori, gajet, handbag murah, dan
sebagainya.
Tingkat atas pula menempatkan ratusan gerai makanan Thai yang menyelerakan
termasuklah makanan halal. Kalau anda ragu-ragu, cari sahaja logo halal yang
dipaparkan.
Memang happening! Pelbagai jenis hidangan Thai yang boleh andaa cuba. Seperti
kerepek manis telur dan kelapa, nasi khomok, pancake telur ikan, lokcing,
colek Thai, kerabu kerang, dan banyak lagi!
Waktu operasi: 3 pm - 10 p | tutup pada Isnin
8. Kai Tod Decha Halal Restaurant
Tempat makan best di Hatyai yang seterusnya adalah Kai Tod Decha Halal Restaurant yang pernah viral di sosial media akan keenakan Nasi Komok nya.Kalau nak tahu, nasi komok merupakan nasi beriyani versi Thailand. Rasanya 100% berbeza. Nasinya mempunyai aroma berbeza, dan tidak berkuah. sebaliknya ia dimakan bersama ayam goreng dan sos istimewa. Kenapa tiada kuah? Kerana rasa nasinya yang secukup rasa tanpa memerlukan untuk menyedapkan hidangan tersebut. Namun, anda boleh minta sup kosong.
Apa lagi yang best di Kai Tod Decha Halal Restaurant? Anda boleh cuba udang galah gril, sotong lemon, tomyam, dan beberapa masakan laut yang sedap! Tidak hairanlah mengapa restoran ini boleh viral.
Waktu operasi: 11 am - 9.30 pm
9. Khaled Restaurant
Bosan sarapan di hotel? Khaled Restaurant adalah
tempat sarapan pagi halal
di Hatyai yang berbaloi untuk anda kunjungi. Menyediakan hidangan nasi kerabu
dan roti canai yang cukup menyelerakan. Sesuai sekali dengan tekak Melayu.
Nasi dagang ikan tongkol juga disediakan. Malah, kalau anda bercadang untuk
makan ringan-ringan, Khaled Restaurant juga menawarkan murtabak dan dimsum.
Beroperasi dari 6 pagi hingga 9 malam, anda juga boleh menikmati tomyam
kaw dan aneka masakan panas di sini.
Waktu operasi: 6 am - 8 pm
10. Islam Pai Daeng Restaurant
Sering menjadi pilihan pelancong Muslim terutama sekali mereka yang datang
secara berkumpulan. Ini kerana Islam PaiDaeng Restaurant menawarkan masakan
ala Thai yang sedap pada harga berpatutan!
Hidangan seperti tomyam, telur dadar, kangkung masak belacan, udang goreng
tepung, ikan masam manis, dan lain-lain memang terbaik. Terletak
betul-betul di tepi Pantai Samila, membolehkan anda menjamu selera sambil
menikmati angin pantai dan keindahan pantai yang mempersonakan.
Waktu operasi: 8 am - 9 pm
11. Khlonghae Seafood Buffet Halal Hatyai
Konsep makan di sini sama seperti steamboat buffet di Malaysia iaitu sekali bayar dan anda boleh makan sepuasnya.Setiap meja pula disediakan dua jenis dapur iaitu untuk gril dan merebus sup/tomyam. Pelanggan dihidangkan dengan aneka makanan laut segar, ayam/daging/kambing yang diperap dengan rempah istimewa, sayuran, dan pelbagai jenis sos pencicah.
Memang puas kalau dapat menjamu selera sambil berborang dengan teman.
Waktu operasi: 3 pm - 10.30 pm
12. Khlong Hae Floating Market
Tidak lengkap trip ke Hatyai tanpa berkunjung ke Pasar Terapung Khlong Hae. Deretan bot berlabuh di tepi sungan dan menjual pelbagai jenis makanan ini cukup menarik. Banyak makanan sedap di Floating Market Hatyai yang halal kerana semua peniaganya beragama Islam. Seperti masakan tempatan Thailand berserta minuman yang menggunakan gelas unik.Anda boleh menikmati somtam, udang goreng, kuih telur puyuh, steamboat, dan banyak lagi. Bahkan pelancong dsediakan tempat duduk dan pondok untuk beristirehat dan menjamu selera.
Suasana sekitar sungai ini cukup meriah. Kalau anda tengah cari
tempat menarik di Hatyai waktu malam, datanglah ke sini.
Waktu operasi: 1 pm - 9 pm
13. Central Festival Hatyai
Central Festival merupakan sebuah pusat membeli belah terbesar di Hatyai. Menempatkan pelbagai kedai menjual pakaian dan aksesori berjenama, panggung wayang, pusat hiburan keluarga, dan restoran serta medan selera.sumber: hatyaiilike.com |
Terdapat juga makanan halal di Central Festival iaitu di food court. Anda
boleh mendapatkan masakan panas, seperti nasi goreng kueh tiaw, tomyam, somtam
dan sebagainya. Saya dah cuba. Memang sedap! Lebih sedap dari di
Malaysia.
14. 7 Eleven Hatyai
Saya selitkan juga kedai serbaneka sebagai salah satu tempat makan sedap di Hatyai. Ini kerana 7 Eleven Thailand menjual pelbagai jenis makanan menarik dan halal yang boleh anda cuba. Makanan yang saya maksudkan adalah burger segera, susu Meiji, pizza, kopi, hotdog, dan banyak lagi.
Benda wajib beli di 7E Hatyai:
- Susu Teapot
- Kopi
- Burger segera
- Pizza segera
- Ramen
- Jus
Semua ini memang tidak boleh dijumpai di mana-mana 7 Eleven di Malaysia tau! Jadi, yang paling dekat anda boleh beli di Hatyai. Lihat logo halal, baru boleh beli.
15. Pakalooza Cafe
Turut menjadi tumpuan pengunjung Malaysia kerana menu yang ditawarkan hampir sama dengan restoran di Malaysia. Contohnya hidangan western, masakan panas, dan kudapan seperti pancake dan roti canai ala Thai.
Anda patut cuba chicken chop, burger, dan daging harimau menangis di sini. Suasana restoran juga best. Roti canai cicah susu pekat juga sentiasa menjadi pilihan pelanggan. Selesa, dan sesuai untuk seisi keluarga.
Waktu operasi: 4.30 pm - 1 am
16. Alina Pizza & Halal Food
Kalau rasa nak makan pizza, anda boleh ke Alina Pizza & Halal Food. Mereka menyajikan aneka pizza dari jenis klasik hinggalah jenis ala Thai yang kena dengan selera Melayu iaitu penuh dengan lauh tambahan seperti seafood dan lain-lain.
Menu halal di sini adalah seperti masakan panas, seafood, serta menu western seperti spaghetti dan chicken chop. Memang berbaloi makan di sini. Sebab banyak sangat pilihan makanan termasuklah dessert seperti bingsu, pulut mangga, dan banyak lagi.
Waktu operasi: 10 am - 10 pm
17. Dapor Muslim Hatyai
Tempat makan Halal di Hatyai seterusnya adalah Dapor Muslim Hatyai. Kedai ini kecil sahaja dan menyajikan lauk campur, masakan panas, dan nasi khomok.
Banyak juga pilihan lauk pauk di sini untuk santapan tengah hari. Kalau tak nak makan nasi anda boleh order kerabu maggi. Lokasinya pula tidak jauh dari tempat shopping. Patutlah restoran ini sentiasa menjadi tumpuan pelancong Muslim khususnya dari Malaysia.
Waktu operasi: 6 am - 6 pm
18. Food Villa Hatyai Village
Food Villa Hatyai Village merupakan tarikan terbaharu du Hatyai. Konsepnya sama seperti Asean Night Bazaar, tetapi ia lebih aesthetic. Dekorasi menarik dan sesuai untuk anda bergambar atau shoot video Tiktok.
Food court ni memang musli friendly, majoritinya menjual makanan halal dan sedap. Contohnya pancake, nasi khomok, dim sum, ayam goreng, rojak, kuih muih, dan air jus kaw!
Luas, banyak tempat duduk, dan selesa biarpun anda datang dengan keluarga besar. Selain itu kemudahan food court ini memang tiptop tau, parking banyak, tandas bersih, serta ada kemudahan untuk OKU.
19. Ayutthaya Halal Noodle
Restoran Ayutthaya Halal Noodle ni un menjadi kegilaan pelancong Malaysia sehinggakan ramai yang buka restoran seumpamanya dengan nama 'ayutthaya' di KL dan Kota Bharu.
Kalau nak cari tomyam sedap dan padu, anda wajib datang ke restoran ini. Bawah 100 bhat, and boleh makan semangkuk bihun tomyam bersama udang, sotong, telur, kepah, dan fish ball.
Menu lain yang popular adalah mee celup daging, sate daging, masakan panas, pancake, roti canai, dan pelbagai minuman yang hadir dalam gelas besar. Berbaloi-baloi kalau lunch kat sini.
Waktu operasi: 7.30 am - 8 pm
20. Audi Miang Pla Pao Restaurant
Yang suka makan ikan miang pla pao, korang wajib ke Audi Miang Pla Pao Restaurant. Menghidangkan masakan panas enak seperti tomyam, seafood contohnya udang dengan head butter, sotong stim limau, kerabu mangga dengan isi ikan goreng. Daging harimau menangis pun ada tau.
Menu wajib cuba di sini adalah somtam! Meriah dengan mihun, udang, sotong, kerang, dan kepah. Rasa masam, manis, dan pedas memang sempurna.
Waktu operasi: 11.30 am - 10 pm
Lokasi: Google Maps
21. Kaitod Meena
Nasi komok paling popular di Hatyai! Kedai dia kat tepi jalan je tau, tapi penangannya memang hebat. Sampai ada yang sanggup beratur panjang untuk menikmati nasi dan ayam goreng Thai ni. Nasinya lembut dan cukup rasa. Manakala ayam speciallnya rangup di luar, juicy di dalam.
Nasi komok ni takde kuah tau, sebab nasinya dah sedap dah. Cuma anda boleh mintak sos istimewa untuk cicah ayam goreng.
Selain nasi komok, mereka juga dah ada menu lain seperti kerabu mangga, pulut ayam, hotdog/fishball goreng, dan aneka minuman yang viral.
Ramai yang cakap Kaitod Meena ni lagi sedap dari Kaitod Decha. Korang kena cuba sendiri.
Waktu operasi: 10 am - 6 pm
Lokasi:
Google maps
22. Kak Sah Muslim Kitchen
Kalau teringin nak makan nasi lauk campur macam kat Malaysia, anda boleh ke
Kak Sah Muslim Kitchen. Banyak juga pilihan lauk yang disediakan seperti
gulai, ayam goreng, sayuran, dan kesemuanya kena dengan selera rakyat
Malaysia. Yang paling popular di sini adalah kerabu kaki ayam.
Masakan panas seperti tomyam, sup, dan nasi goreng pun ada. Untuk waktu pagi, roti canai dan roti bakar memang menjadi pilihan pelancong untuk makan bersama famili.
Waktu operasi: 6 am - 10 pm
Lokasi:
Google Maps
23. Sea Verse Cafe and Restaurant
Sea Verse Cafe and Restaurant adalah tarikan pelancongan terbaharu di Hatyai. Terletak dihadapan Masjid Pusat Songkhla dan 8.8 km dari Kim Yong Market. Landskap kawasan yang menggabung kan laut dan bukit-bukau ini cukup mempersonakan.
Ditambah dengan air yang jernih serta binaan bangunan yang
menawan membuatkan setiap ceruk premis ini sesuai untuk bergambar.
Harga masuk 30 Bhat seorang, untuk anda bersantai, lihat view, dan OOTD.
Tetapi rugi kalau tak menjamu selera di cafe indah dan menawarkan menu sedap. Mereka menawarkan masakan panas, western, dessert, dan aneka ice cream yang menjadi pilihan ramai. Halal, dan kena dengan selera Melayu.
Waktu operasi: 8.30 am - 7 pm
Harga tiket: 30 bhat
24. Khu Tao Hanging Leg Noodles
Tempat makan viral di Hatyai! Unik dek kerana namanya yang lucu dan suasana restorannya relax. Dari segi menu, kalau anda suka mi celup Thai ala Boat Noodles tu, wajib makan di sini. Nasi dan masakan panas lain pun ada ya. Harga lebih murah dan sedap.
Banyak pilihan mi dan lauk untuk anda pilih. Malah, restoran ini pula 'terapung', dan meja makannya membuatkan kaki anda tergantung tanpa lantai. Hati-hati dengan anak kecil dan kasut anda ya?
Waktu operasi: 10 am - 7 pm
FAQs
Kedai makan HALAL Hatyai?
Hatyai merupakan wilayah di mana penduduknya ramai beragama Islam dan Melayu. Majoritinya juga fasih berbahasa melayu, malah ada yang tahu loghat Kelantan. Banyak restoran halal, anda cuma perlu tengok logo halal yang terpampang di luar restoran.
Makanan wajib beli di Hatyai?
Wow, memang banyak makanan sedap di sini. Tapi yang wajib anda cuba tentulah
dim sum, nasi komok, teh ais, masakan panas, mi celup Thai, dan ayam goreng.
Makanan untuk dibawa pulak ke Malaysia sudah tentulah burger 7 Eleven. Rugi
kalau tak beli sebab di Malaysia agak mahal harganya.
Banyakkan tempat makan best di Hatyai. Pastikan anda cuba makan di
restoran-restoran yang saya senaraikan di atas. Kalau anda ada cadangan lain,
boleh kongsikan dalam ruangan komen di bawah.
orang malaysia suka pergi hatyai sebab banyak makanan halal dan sedap
BalasPadamSalma Restaurant masih buka ke? Google tunjuk permanently closed
BalasPadam