22 Tempat Makan Best di Hatyai | TERKINI 2024

1
Tempat Makan Best di Hatyai | Selain untuk ingin melihat budaya, gaya hidup, dan ingin membeli belah, ramai di antara pelancong mengabil peluang bercuti di Hatyai untuk mencuba makanan tempatan. Keenakan masakan Thailand sudah tidak dapat disangkal lagi. Sedap, dan kena dengan selera Melayu.

Bila dah sampai di Hatyai, nak makan di mana? Kini sudah banyak tepat makan halal di Hatyai yang boleh anda kunjungi. Maklumlah, pelancong dari Malaysia dan negara Islam sekitarnya semakin bertambah. Bahkah, wilayah Selatan Thai ini juga memiliki ramai penduduk Muslim. Jadi banyaklah restoran halal yang boleh anda temui di sini.


Dah alang-alang sudah ke sana, apa kata anda cuba makanannya sekali. Lagipun, harga makanan Hatyai cukup berpatutan dan munasabah. Saya bantu anda dengan menyenaraikan sejumlah tempat makan best di Hatyai yang halal untuk panduan kelak!

Baca: 12 Tempat Sarapan Pagi Halal di Hatyai

Tempat Makan Best di Hatyai

1. Dimsum Chabura

Lokasi yang cukup popular dikalangan pelancong Malaysia. Dimsum Chabura menyediakan pelbagai jenis dimsum untuk pelanggan. Memang banyak! Boleh rambang mata dibuatnya. Paling best adalah kerana harganya yang berpatutan.

Ia dikira mengikut saiz mangkuk. Dari $15 Bhat hingga $20 Bhat sahaja. Tambahan pula, portion dimsum dalam setiap mangkuk itu cukup besar.

[Baca] 32 Tempat Menarik di Hatyai dan Songkhla

Macam mana nak order Dimsum Chibura ini? Nah, caranya ambil mana-mana dimsum yang anda inginkan dalam dulang. Kemudian, serahkan kepada kepada pelayan. Pelayan akan beri nombor untuk diletakkan pada meja. Dimsum akan distim sebelum dihantar ke meja anda.

Selain dimsum, menu lain seperti masakan panas, somtam, bubur dan aneka makanan halal Thailand turut disediakan.

Digalakkan datang awal kerana restoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan terutama waktu makan tengah hari.

Waktu operasi: 6 am - 2 pm
Alamat: Khlong Hae, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

2. Salma Halal Restaurant

Terletak di  Prachathipat Road, Salma Halal Restaurant sering menjadi tumpuan pelanggan Muslin tidak kira dari kalangan penduduk tempatan mahupun pelancong. Menyediakan masakan Malaysia dan Thailand, menu utama di Salma Halal Restaurant adalah tomyam, roti canai, dan nasi lemak udang goreng.

Anda wajib cuba Nasi Lemak Udah Goreng di sini, portion nya cukup menyelerakan. Lengkap dengan dua ekor udang galah bersaiz besar, telur goreng, ikan bilis, timun, dan sambal istimewa!

Manakala tomyamnya yang kaw, dimakan bersama lauk pauk lain sesuai dimakan waktu tengah hari dan makan malam. Selain itu, cuba juga roti canai yang lembut dan dicicah bersama kari hijau.


Waktu operasi: 8 am - 10 pm
Alamat: Prachathipat Rd, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

 

Artikel berkaitan:

+ 13 Hotel Murah di Hatyai 2023 | Bawah RM200

+ 12 Tempat Sarapan Pagi Halal di Hatyai

3. Hamid Restaurant Hatyai

Popular dengan masakan Malaysia, Hamid Restaurant Hatyai menghidangkan sejumlah menu tempatan buat pelanggan. Masakan panas seperti tomyam, ikan masak masam manis, udang goreng tepung meman menjadi pilihan pelanggan.

[Baca] Tempat menarik di Hatyai Waktu Malam

Tetapi apa yang wajib anda try di sini sudah tentulah daging Daging Panggang Hamid yang dimakan bersama sos istimewa mereka.


Aneka roti canai seperti roti telur dan roti pisangnya juga menyelerakan! Lagipun, tak susah nak cari restoran ini, ia cuma terletak tidak jauh dari Hotel Lee Garden Plaza.

Waktu operasi: 7 am - 10 pm | 10 am -10 pm (Khamis & Jumaat)
Alamat: 73-75 Prachathipat Rd, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

4. The Halal Premium Restaurant

Lokasinya terletak di aras bawah Sakura Budget Hotel, The Halal Premium Restaurant mengetengahkan hidangan Arabic-Thai. Menggunakan bahan-bahan bermutu tinggi dan segar, restoran ini cukup terkenal dengan nasi beriyani, aneka jenis kari, tomyam, dan pelbagai masakan panas.


Rempah ratus yang digunaka diimport khas dari India untuk mengekalkan rasa asli masakan. Portion hidangannya memang banyak, tetapi ditawarkan pada harga yang munasabah. Berbaloi kalau datang menjamu selera dengan keluarga.

Wifi percuma juga disediakan untuk pelanggan!

Waktu operasi: 6.30 am - 10 pm
Alamat: Sakura Budget 87 Rajyindee Rd, Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand

5. Tamrab Muslim Restaurant

Terkenal dengan keenakan nasi kerabunya, Tamrab Muslim Restaurant menjadi salah satu tempat makan halal di Hatyai. Terutamanya pelancong dari Malaysia dan Singapura.

Menu Nasi Kerabu Daging Bakarnya menjadi kegilaan pelanggan. Nasi kerabu yang sinonim dengan negeri Kelantan ini dihidang bersama daging bakar yang lebut dan beraroma. Nasinya juga lembut, dimakan pula bersama sambal kelapa, budu, dan ulaman.


Sup, satay, roti canai, dan ikan goreng istimewa juga sering menjadi pilihan pelanggan. Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk cuba teh tarik dan teh ais di sini. Memang kaw!

Waktu operasi: 6 am - 8 pm
Alamat: Nipatuthit 1 Soi 1, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

6. Chekkar Restaurant Muslim

Agak jauh dari pusar bandar Hatyai, tetapi berbaloi untuk dikunjungi kerana makan di sini luar biasa sedap!

Tomyam putih dan daging salai di sini memang wajib cuba. Masakan panas lain seperti sup tulang, ikan tenggiri 3 rasa, dan siakap bercili juga menyelerakan. Dimakan pula dengan kangkung goreng, memang padulah!


 [Baca] Tempat Shopping Murah di Hatyai 

Beberapa botol air mineral diberikan secara percuma. Tapi kalau nak lebih, kena bayar. Tempat makan best di Hatyai ini selesa dan bersih.

Waktu operasi: 10 am - 9 pm
Alamat: Kanjanavanich Rd, Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

7. Asean Night Bazaar

Asean Night Bazaar merupakan salah satu tempat menarik di Hatyai yang wajib anda kunjungi. Bangunan dua tingkat ini menjual pelbagai jenis barangan. Tingkat bawah dikhaskan untuk pakaian, aksesori, gajet, handbag murah, dan sebagainya.

Tingkat atas pula menempatkan ratusan gerai makanan Thai yang menyelerakan termasuklah makanan halal. Kalau anda ragu-ragu, cari sahaja logo halal yang dipaparkan.

Memang happening! Pelbagai jenis hidangan Thai yang boleh andaa cuba. Seperti kerepek manis telur dan kelapa, nasi khomok, pancake telur ikan, lokcing, colek Thai, kerabu kerang, dan banyak lagi!

Waktu operasi: 3 pm - 10 p | tutup pada Isnin
Alamat: Thonon Chotevittayakul 5, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

8. Kai Tod Decha Halal Restaurant

Tempat makan best di Hatyai yang seterusnya adalah Kai Tod Decha Halal Restaurant yang pernah viral di sosial media akan keenakan Nasi Komok nya.

Kalau nak tahu, nasi komok merupakan nasi beriyani versi Thailand. Rasanya 100% berbeza. Nasinya mempunyai aroma berbeza, dan tidak berkuah. sebaliknya ia dimakan bersama ayam goreng dan sos istimewa. Kenapa tiada kuah? Kerana rasa nasinya yang secukup rasa tanpa memerlukan untuk menyedapkan hidangan tersebut. Namun, anda boleh minta sup kosong.


Apa lagi yang best di Kai Tod Decha Halal Restaurant? Anda boleh cuba udang galah gril, sotong lemon, tomyam, dan beberapa masakan laut yang sedap! Tidak hairanlah mengapa restoran ini boleh viral.

Waktu operasi: 11 am - 9.30 pm
Alamat: 93 Chee Uthit Rd, Tambon Hat Yai, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand

9. Khaled Restaurant

Bosan sarapan di hotel? Khaled Restaurant adalah tempat sarapan bagi di Hatyai yang berbaloi untuk anda kunjungi. Menyediakan hidangan nasi kerabu dan roti canai yang cukup menyelerakan. Sesuai sekali dengan tekak Melayu.

[Baca] Tempat Menarik di Hatyai Waktu Malam
 
Nasi dagang ikan tongkol juga disediakan. Malah, kalau anda bercadang untuk makan ringan-ringan, Khaled Restaurant juga menawarkan murtabak dan dimsum.


Beroperasi dari 6 pagi hingga 9 malam, anda juga boleh menikmati tomyam kaw dan aneka masakan panas di sini.


10. Islam PaiDaeng Restaurant

Sering menjadi pilihan pelancong Muslim terutama sekali mereka yang datang secara berkumpulan. Ini kerana Islam PaiDaeng Restaurant menawarkan masakan ala Thai yang sedap pada harga berpatutan!

Hidangan seperti tomyam, telur dadar, kangkung masak belacan, udang goreng tepung, ikan masam manis, dan lain-lain memang terbaik.  Terletak betul-betul di tepi Pantai Samila, membolehkan anda menjamu selera sambil menikmati angin pantai dan keindahan pantai yang mempersonakan.

Tempat makan sedap di Songkhla Thailand ini tidak pernah lekang dengan kehadiran pelanggan tidak kira siang mahupun malam.

Waktu operasi: 8 am - 9 pm
Alamat: Chalathat, Tambon Bo Yang, Amphoe Mueang Songkhla, Chang Wat Songkhla 90000, Thailand

11. Khlonghae Seafood Buffet Halal Hatyai

Khlonghae Seafood Buffet Halal Hatyai adalah tempat makan best di Hatyai yang wajib anda pergi. Konsep makan di sini sama seperti steamboat buffet di Malaysia iaitu sekali bayar dan anda boleh makan sepuasnya.

Setiap meja pula disediakan dua jenis dapur iaitu untuk gril dan merebus sup/tomyam. Pelanggan dihidangkan dengan aneka makanan laut segar, ayam/daging/kambing yang diperap dengan rempah istimewa, sayuran, dan pelbagai jenis sos pencicah.

Udang dan sotong goreng tepung, dan nasi putih pun ada. Wow! Selain itu, berbeza dengan tempat lain, Khlonghae Seafood Buffet turut menawarkan ikan bakar istimewa.

Memang puas kalau dapat menjamu selera sambil berborang dengan teman.

[Baca] Makette Steamboat & Grill Tempat Makan Sedap Kota Bharu

Waktu operasi: 3 pm - 10.30 pm
Alamat: 69/72 Lopburi Ramesuan Frontage Rd, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand

12. Khlong Hae Floating Market

Tidak lengkap trip ke Hatyai tanpa berkunjung ke Pasar Terapung Khlong Hae. Deretan bot berlabuh di tepi sungan dan menjual pelbagai jenis makanan ini cukup menarik. Banyak makanan sedap di Floating Market Hatyai yang halal kerana semua peniaganya beragama Islam. Seperti masakan tempatan Thailand berserta minuman yang menggunakan gelas unik.

Anda boleh menikmati somtam, udang goreng, kuih telur puyuh, steamboat, dan banyak lagi. Bahkan pelancong dsediakan tempat duduk dan pondok untuk beristirehat dan menjamu selera.

13. Central Festival Hatyai

Central Festival merupakan sebuah pusat membeli belah terbesar di Hatyai. Menempatkan pelbagai kedai menjual pakaian dan aksesori berjenama, panggung wayang, pusat hiburan keluarga, dan restoran serta medan selera.


sumber: hatyaiilike.com
Terdapat juga makanan halal di Central Festival iaitu di food court. Anda boleh mendapatkan masakan panas, seperti nasi goreng kueh tiaw, tomyam, somtam dan sebagainya. Saya dah cuba. Memang sedap! Lebih sedap dari di Malaysia. 

14. 7 Eleven

Saya selitkan juga kedai serbaneka sebagai salah satu tempat makan sedap di Hatyai. Ini kerana 7 Eleven Thailand menjual pelbagai jenis makanan menarik dan halal yang boleh anda cuba. Makanan yang saya maksudkan adalah burger segera, susu Meiji, pizza, kopi, hotdog, dan banyak lagi.


Benda wajib beli di 7E Hatyai:

  • Susu Teapot
  • Kopi
  • Burger segera
  • Pizza segera
  • Ramen
  • Jus

Semua ini memang tidak boleh dijumpai di mana-mana 7 Eleven di Malaysia tau! Jadi, yang paling dekat anda boleh beli di Hatyai. Lihat logo halal, baru boleh beli. 



15. Pakalooza Cafe 

Turut menjadi tumpuan pengunjung Malaysia kerana menu yang ditawarkan hampir sama dengan restoran di Malaysia. Contohnya hidangan western, masakan panas, dan kudapan seperti pancake dan roti canai ala Thai.

Anda patut cuba chicken chop, burger, dan daging harimau menangis di sini. Suasana restoran juga best. Roti canai cicah susu pekat juga sentiasa menjadi pilihan pelanggan. Selesa, dan sesuai untuk seisi keluarga. 


16. Alina Pizza & Halal Food

Kalau rasa nak makan pizza, anda boleh ke Alina Pizza & Halal Food. Mereka menyajikan aneka pizza dari jenis klasik hinggalah jenis ala Thai yang kena dengan selera Melayu iaitu penuh dengan lauh tambahan seperti seafood dan lain-lain.

Menu halal di sini adalah seperti masakan panas, seafood, serta menu western seperti spaghetti dan chicken chop.   Memang berbaloi makan di sini. Sebab banyak sangat pilihan makanan termasuklah dessert seperti bingsu, pulut mangga, dan banyak lagi.

17. Dapor Muslim Hatyai

Tempat makan Halal di Hatyai seterusnya adalah Dapor Muslim Hatyai. Kedai ini kecil sahaja dan menyajikan lauk campur, masakan panas, dan nasi khomok.

Banyak juga pilihan lauk pauk di sini untuk santapan tengah hari. Kalau tak nak makan nasi anda boleh order kerabu maggi. Lokasinya pula tidak jauh dari tempat shopping. Patutlah restoran ini sentiasa menjadi tumpuan pelancong Muslim khususnya dari Malaysia. 

18. Food Villa Hatyai Village

Food Villa Hatyai Village merupakan tarikan terbaharu du Hatyai. Konsepnya sama seperti Asean Night Bazaar, tetapi ia lebih aesthetic. Dekorasi menarik dan sesuai untuk anda bergambar atau shoot video Tiktok. 

Food court ni memang musli friendly, majoritinya menjual makanan halal dan sedap. Contohnya pancake, nasi khomok, dim sum, ayam goreng, rojak, kuih muih, dan air jus kaw! 

Luas, banyak tempat duduk, dan selesa biarpun anda datang dengan keluarga besar. Selain itu kemudahan food court ini memang tiptop tau, parking banyak, tandas bersih, serta ada kemudahan untuk OKU. 

Lokasi: Google Maps

19. Ayutthaya Halal Noodle

Restoran Ayutthaya Halal Noodle ni un menjadi kegilaan pelancong Malaysia sehinggakan ramai yang buka restoran seumpamanya dengan nama 'ayutthaya' di KL dan Kota Bharu. 

Kalau nak cari tomyam sedap dan padu, anda wajib datang ke restoran ini. Bawah 100 bhat, and boleh makan semangkuk bihun tomyam bersama udang, sotong, telur, kepah, dan fish ball. 

Menu lain yang popular adalah mee celup daging, sate daging, masakan panas, pancake, roti canai, dan pelbagai minuman yang hadir dalam gelas besar. Berbaloi-baloi kalau lunch kat sini.

Waktu operasi: 7.30 am - 8 pm

Lokasi: Google Maps

20. Audi Miang Pla Pao Restaurant 

Yang suka makan ikan miang pla pao, korang wajib ke Audi Miang Pla Pao Restaurant. Menghidangkan masakan panas enak seperti tomyam, seafood contohnya udang dengan head butter, sotong stim limau, kerabu mangga dengan isi ikan goreng. Daging harimau menangis pun ada tau. 

Menu wajib cuba di sini adalah somtam! Meriah dengan mihun, udang, sotong, kerang, dan kepah. Rasa masam, manis, dan pedas memang sempurna. 

Waktu operasi: 11.30 am - 10 pm

Lokasi: Google Maps

21. Kaitod Meena

Nasi komok paling popular di Hatyai! Kedai dia kat tepi jalan je tau, tapi penangannya memang hebat. Sampai ada yang sanggup beratur panjang untuk menikmati nasi dan ayam goreng Thai ni. Nasinya lembut dan cukup rasa. Manakala ayam speciallnya rangup di luar, juicy di dalam.

Nasi komok ni takde kuah tau, sebab nasinya dah sedap dah. Cuma anda boleh mintak sos istimewa untuk cicah ayam goreng. 

Selain nasi komok, mereka juga dah ada menu lain seperti kerabu mangga, pulut ayam, hotdog/fishball goreng, dan aneka minuman yang viral. 

Ramai yang cakap Kaitod Meena ni lagi sedap dari Kaitod Decha. Korang kena cuba sendiri. 

Waktu operasi: 10 am - 6 pm

Lokasi: Google maps

Kak Sah Muslim Kitchen

Kalau teringin nak makan nasi lauk campur macam kat Malaysia, anda boleh ke Kak Sah Muslim Kitchen. Banyak juga pilihan lauk yang disediakan seperti gulai, ayam goreng, sayuran, dan kesemuanya kena dengan selera rakyat Malaysia. Yang paling popular di sini adalah kerabu kaki ayam.

Masakan panas seperti tomyam, sup, dan nasi goreng pun ada. Untuk waktu pagi, roti canai dan roti bakar memang menjadi pilihan pelancong untuk makan bersama famili. 

Waktu operasi: 6 am - 10 pm

Lokasi: Google Maps

 

Banyakkan tempat makan best di Hatyai. Pastikan anda cuba makan di restoran-restoran yang saya senaraikan di atas. Kalau anda ada cadangan lain, boleh kongsikan dalam ruangan komen di bawah.

Post a Comment

1Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. orang malaysia suka pergi hatyai sebab banyak makanan halal dan sedap

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top