Pelembap atau moisturizer inilah berfungsi dalam mengekalkan kelembapan kulit. Apabila kulit terlalu kering atau terlalu berminyak, ia lebih cenderung kepada masalah yang paling digeruni iaitu jerawat!
Dengan pelbagai pilihan yang ada di pasaran, yang mana satukan paling sesuai dengan kulit anda?
Tips memilih pelembap muka
Kulit kering - pelembap jenis krim
Kulit berminyak - pelembap krim cair atau gel
Kulit kombinasi - pelembap krim cair atau gel
Kulit berjerawat - pelembap gel atau water based
10 Pelembab Muka Terbaik
Pelembab muka untuk kulit kering
Untuk mereka yang memiliki kulit kering, kelembapan wajah yang kunci dalam memastikan kulit tampak segar. Oleh itu, anda harus menggunakan pelembab jenis krim. Produk yang mengandungi occlusive and emollient memang bagus supaya air tidak hidalng dan boleh improve kulit.
1. MUJI Moisturizing Milk
Jenama dari Jepun ini agak dikenali bagi pemilik kulit kering. Produk pelembap Moisturizing Milk khususnya memang sesuai untuk masalah ini. Ia cepat meresap, tidak berbau, bebas alkohol, dan tidak mengandungi paraben.
[Baca] 8 Pencuci Muka Untuk Kulit Kombinasi di Watsons
Biarpun ia menambahkan kelembapan pada wajah, Muji Moisturizing Milk ini langsung tidak meninggalkan kesan berminyak. Sesuai dijadikan makeup base sebelum menyapu foundation. Best kan?
Harga: RM30
Beli di SINI: https://invol.co/cl8xrby
2. SIMPLE Hydrating Light Moisturiser
Rangkaian produk Simple memang menjadi kegemaran ramai dek kerana kualiti dan harganya yang berpatutan. Testur krimnya sangat lembut dan cepat meresap ke dalam kulit. Pelembap muka ini sangat sesuai untuk kulit kering kerana ia memberikan kesan glowing dan tampak segar.
Gambar: thepinkvelvetblog.com |
Malah, ia tahan selama 12 jam sama seperti what it claims on the bottle. Jadi balik kerja atau sekolah, wajah masih kekal lembap seperti baru di sapu. Ini adalah moisturizer untuk kulit kering di Watsons yang cukup popular.
Harga: RM17.44
Beli DI SINI: https://invol.co/cl56emu
3. CERAVE Moisturizing Cream
Ramai dermatologist recommend produk Cerave ni. Packaging warna biru memang dikhaskan untuk kulit kering. Ia mengadungi ceramides and hyaluronic acid yang membantu melembapkan wajah sepanjang hari dengan sekali sapuan sahaja.
Teksturnya agak pekat sekaligus baik untuk anda yang sentiasa terdedah kepada penghawa dingin di pejabat. Malah, ia juga free fragrance.
Anda boleh jadikan ia sebagai rutin harian iaitu pagi dan malam.
Harga: dari RM39
Beli di sini: https://invol.co/cl56eni
Baca: 10 Toner Untuk Kulit Kering
4. HADA LABO Gokujyun Hydrating Milk
Siapa tidak kenal dengan Hada Labo bukan? Gokujyun Hydrating Milk ini mengandungi humectants and emollients yang sempurna untuk kulit kering. Malah, tidak mengandungi paraben di mana ramai yang sensitif dengan kandungan ini.
[Baca] 7 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering di Watsons
Tidak terlalu pekat, senang menyerap dan sesuai untuk dipakai siang mahupun malam. Packaging nya juga bagus, jenis botol yang senang untuk di pump.
Agak mahal, tetapi jenama Hada Labo ini memang berkualiti. Kalau anda tengok skincare routine pemilik wajah glowing, rangkaian Hada Labo ini wajib ada dalam list tau.
Harga: RM66
Beli DI SINI: https://invol.co/cl56ep8
Pelembap muka untuk kulit berminyak
Individu yang mempunyai masalah kulit berminyak pasti stress dengan keadaan kulit yang berkilat sehingga timbul rasa tidak selesa di hadapan umum. Namun, ramai yang beranggapan memakai pelembap menyebabkan kulit semakin berminyak. Eh, salah tu!
Baca: 5 Sunscreen Terbaik di Watsons
Memakai pelembap muka sebenarnya boleh mengurangkan penghasilan minyak berlebihan. Anda boleh pilih yang pelembap muka jenis gel atau krim yang cepat meresap. Moisturizer untuk kulit berminyak Malaysia memang banyak. Berikut adalah antara yang terbaik:-
1. NANO WHITE Mattifying Moisturizer
Di formulasikan untuk kulit berminyak, ia lebih ringan dan agak cari membuatkan ia cepat meresap. Langsung tidak meninggalkan kesan berminyak pada wajah. Malah, ia juga membuatkan kulit tampak segar.
Tambahan pula, Mattifying Moisturizer ini mempunyai kandungan vitamin c dan tea tree oil yang sudah terkenal dengan keberkesanannya dalam merawat jerawat.
Untuk pengetahuan, Nano White adalah salah satu produk tempatan yang berkualiti. Sebab itulah ia dijual di drugstore sepert Watsons. Harganya juga amat murah.
Harga: RM22
Beli DI SINI: https://invol.co/cl56eq2
2. ROSKEN Sensitive Skin Cream
Sering menjadi rekomendasi dari pakar dermatologist, jenama Rosken ini turut menawarkan moisturizer untuk kulit berminyak.
Rosken juga memiliki pelbagai jenis pelembap untuk beberapa jenis kulit. Untuk berminyak dan kombinasi, guna jenis Sensitive Cream yang tiubnya berwarna biru.
Pelembap muka ini juga cepat meresap, bahkan memiliki slight cold sensation setiap kali disapu. Ia mengekalkan kelembapan dan dalam masa sama melembutkan kulit.
Harga: RM22.87
Beli DI SINI: https://invol.co/cl56eqz
3. HADA LABO Hydrating Water Gel
Dirumus khusus untuk kulit berminyak dan kombinasi. Kandungan Ceramide, Vitamin B3, dan Aloe Vera sememangnya baik untuk menyegarkan kulit serta mengawal pengeluaran minyak berlebihan.
Teksturnya jenis gel which is sesuai untuk kulit berminyak. Ramai yang mengatakan produk ini bagus, cuma agak mahal. Kena tunggu sales atau beli sahaja di Lazada untuk harga rendah.
Hada Labo Hydrating Water Gel: RM59 https://invol.co/cl547ch
Trial set: RM23 https://invol.co/cl547d7
Pelembap muka untuk kulit kombinasi
Hampir sama dengan bulit berminyak, tetapi kombinasi hanya sesetengah kawasan sahaja yang mengeluarkan minyak berlebihan. Bak kata Dr Ingky, di mana terdapat kelenjar minyak yang terlampau atau kurang aktif.
[Baca] Review Innisfree Jeju Volcanic Pore Clay Mask
Untuk itu anda disaran untuk menggunakan produk yang lebih ringan dan tidak mempunyai nilai pH yang tinggi.
1. SAFI Dermasafe Soothe & Hydrate Day Moisturizer
Banyak juga pelembap muka untuk kulit kombinasi Malaysia. Jangan pandang rendah akan jenama tempatan Safi ya? Safi menjadi kegemaran ramai dek keranan keberkesanan dan harganya yang berpatutan. Lagipun, Safi menawarkan pelbagai produk untuk pelbagai jenis kulit.
Bagi kulit kombinasi, Safi menghasilkan Soothe & Hydrate Day Moisturizer iaitu pelembap jenis gel. Cepat menyerap dan mampu hydrate kulit sehingga 24 jam. Maka, kulit akan nampak segar, lembut, dan tidak melekit.
Gambar: ajwinajeera.blogspot.com |
Kalau nak tahu, ia mempunyai niacinamide yang boleh mengecilkan pori, memperbaiki sknin tone, dan mengurangkan kekusaman.
Selain itu, it blends so well dengan foundation and makeup.
Harga: RM37
Beli DI SINI: https://invol.co/cl56esr
2. SIMPLE Oil Balancing Moisturizer
Rangkaian produk Simple memang menakjubkan! Pelembap muka ini mengawal kelembapan kulit dari menghasilkan minyak berlebihan. Antara moisturizer terbaik untuk kulit kombinasi dan mendapat review positif.
gambar: Instragram - @chizubunny |
Bertekstur krim, tetapi amat ringan dan mudah cair sebaik di sapu pada wajah. Sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif, berminyak, dan kombinasi.
Harga: RM25
Beli DI SINI: https://invol.co/cl56ett
3. NEUTROGENA Oil Free Moisture Combination Skin
Diformulasikan khas buat pemilik kulit kombinasi dan berminyak, ia melembapka kawasan kering dan mengawal minyak di sesetengah kawasan yang aktif. Hasilnya kulit kekal segar dan lembut sepanjang hari.
Paling best bila ia mengawal minyak di bahagian T-zone, terutama ketika berpeluh dan berada di bawah panas terik.
Berbeza dengan produk seumpamanya yang lain, ia hadir dalam bentuk botol yang boleh di pump which I love dari segi kebersihan.
Harga: RM21
Beli DI SINI: https://invol.co/cl8xraf
Semoga artikel pelembap kulit terbaik ini bermanfaat untuk rutin penjagaan kulit anda. Nak cantik tak semestinya kena guna produk mahal, tetapi yang sesuai dengan kulit. Nantikan perkongsian yang seterusnya!
Waaah, banyaknya jenis pelembab muka terbaik ni. boleh laa pilih2 shopping
BalasPadamDulu muda-muda produk Simple dan Safi antara produk mampu miliklah dulu untuk saya.
BalasPadamWoW, great products. Thanks for sharing
BalasPadamWah bagusnya.. Siap letak harga sekali.. Senang nak pilih ada banyak pilihan..
BalasPadamthanks so much for this useful list on beauty moisturisers, am with the Hada Labo hydrating one now :D cheers, siennylovesdrawing
BalasPadamwow banyaknya moisturizer yg dia review. And yang I guna pun ada dalam list lah, hehe ❤
BalasPadamThank you for your review. Easy for me to choose the best moisturizer for me.
BalasPadamBanyak moisturizer kan pasaran. Kena pilih ikut kesesuaian muka. Thanks sharing tips dan info ni
BalasPadamWah bagus la tips mcmni.. Senang nak buat perbandingan.. Lpasni za nak try yg hada labo hydrating gel atau simple oil control moisturiser lah.
BalasPadamSemua jenama ni kita tak guna pun sebab mungkin tak sesuai untuk kulit lelaki kot hehehe kita pun baru tahu ada jenama yang banyak untuk pelembab muka ni hehehehehe mungkin boleh cuba salah satunya nanti hurmm buat survey dulu..
BalasPadamEh, kulit lelaki dengan perempuan sama je. Lelaki boleh guna semua produk ini ikut jenis kulit seperti normal, berminyak, atau kering.
PadamKalau anak Sis semua pakai Simple...kalau Sis guna Hada Labo, dulu hingga kini..takut nak tukar lain, sebab dah serasi...
BalasPadamsaya pun nak try hada labo jugak.
Padammenarik baca review ni, boleh bantu pilih produk mana yang terbaik dan sesuai dengan jenis kulit
BalasPadamWow thanks for your recommendation. I nak try MUJI Moisturizing Milk one day too. looks promosing
BalasPadamBanyak pelembap sekarang.. Paling penting kenal dengan kulit muka sendiri, pastu pilih pelembap yg sesuai
BalasPadamsekarang memang pakai rosekin & yes, dia hilangkan jerawat or acne lepas apply. Nak try muji pulak lepas ni sebab rosekin agak creamy sebab tekstur dia pekat
BalasPadamThanks for sharing. it will be helpful
BalasPadamwahh TB nak try CERAVE tu.. sebab ada yang kata sesuai untuk kulit psoriasis.. pelembap palign sesuai .. thanks untuk entri ini
BalasPadamTgh cr pelembab... Muka sy sensitif merah2 ad ruam kck2 gatal jer... Byk gak pelembab ni mana 1 nk pilih..
BalasPadamOk ke moisturiser simple tu? Saya skin kering..cam nak try la..
BalasPadamok je. paling famous di watsons ni. ramai yg guna
Padam