Resepi Nasi Ayam Hainan Sedap

14
Resepi Nasi Ayam Hainan Sedap | Nasi Ayam Hainan adalah yang paling digemari dalam keluarga nasi ayam. Heee! Kelembutan ayam dengan titisan kicap di atasnya memang membangkitkan selera. Di makan pula bersama sup panas, nasi yang lembut, serta sos istimewa.

Hidangan ini juga tampak istimewa dan memiliki aroma yang membangkitkan selera. Ia juga digelarkan sebagai 'Nasi Ayam Hainan Chinese Style.


Resepi ini simple sahaja dan tidak banyak beza dengan nasi ayam yang lain. Perbezaannya terletak pada cara memasak ayam di mana ia tidak digoreng, sebaliknya hanya dilumur kicap selepas direbus

Kalau anda makan di Chicken Rice Shop, ia boleh mencecah RM13 untuk 1 hidangan lengkap. Mahal bukan? Bayangkan kalau makan beramai-ramai. Berapa pula harganya.

Untuk itu, saya kongsikan resepi nasi ayam hainan sedap dan mudah ini. Resepi ini saya ambil dari saluran Youtube Limau Nipis dan resepi Che Nom yang telah kami sekeluarga cuba.

Resepi berkaitan:
- Resepi Nasi Ayam Madu Paling Sedap
- Resepi Nasi Ayam Sedap dan Padu
- Resepi Pancake Gebu

Untuk pengetahuan, resepi ini menggunakan ayam sebanyak 1/3 sahaja.


Bahan-bahan untuk masak nasi ayam


Bahan untuk rebus ayam / sup


Kaki ayam (kalau ada lebih bagus untuk membangkitkan aroma)
Ayam 1/3 sahaja
1/2 inci halia
Daun bawang
1/2 sudu besar garam
1/2 sudu kecil minyak bijan
1 kiub ayam

Bahan untuk kicap


3 sudu besar kicap cair
1 ulas bawang putih
1 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil gula
3 sudu besar air rebusan ayam

Bahan untuk nasi


Beras
1/2 senduk mentega
1 kayu manis
5 biji buah pelaga
Bunga lawang
2 helai daun pandan
1 batang serai
4 1/2 cawang air rebusan ayam
Garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 kiub ayam

Bahan untuk sos


4 biji cili merah
1 sudu besar cuka
Cili api (jika suka pedas)
Garam Gula
Air rebusan ayam
Bawang putih dan halia yang telah di tumbuk

Cara penyediaan


Untuk ayam

Bersihkan ayam, masukkan ke dalam air
Masukkan bahan-bahan seperti halia daun bawang, garam, kiub ayam, dan minyak bijan
Rebus sehingga masak sepenuhnya
Setelah masak, keluarkan ayam sahaja, dan biarkan air rebusan.


Untuk kicap


Masukkan kesemua bahan-bahan yang disebut di atas seperti kicap cair, bawang putih, minyak masak, minyak bijan, gula, dan air rebusan ayam.
Kicap ini digunakan untuk 2 tujuan iaitu untuk dilumur pada ayam yang telah direbus, dan untuk dimakan bersama nasi kelak.
Lumurkan pada ayam yang telah direbus tadi, dan biarkan seketika.


Untuk nasi


Panaskan mentega di dalam di dalam periuk nasi
Masukkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk
Masu
kkan 1 batang serai yang telah diketuk
Masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, garam, serbuk kunyit, kiub ayam, dan daun pandan
Masukkan beras yang telah dibasuh
Masukkan air rebusan ayam (mengikut anggaran masak nasi seperti biasa)


Untuk sos


Kisar cili merah, cili padi, bawang putih & halia, garam, gula
Setelah siap dikisar, renih dengan api perlahan supaya cili masak
Masukkan air rebusan ayam dan cuka
Renih sehingga mendidih



Siap! Anda boleh titiskan kicap ke atas ayam sekali lagi sewaktu hidangan, barulah sama seperti resepi nasi ayam hainan Ipoh. Hehe! Hidangkan sup, sos, kicap, dan hiaskan dengan salad, timun, serta tomato. Semoga bermanfaat.
Tags

Post a Comment

14Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Yummy! Sama sudah saya x makan recipe nasi ayam hainan. Thank you for sharing this recipe ya.

    ReplyDelete
  2. Resepi nie Rawlins boleh share dengan adik nie. Dia suka mempelbagaikan resipi masakan agar anaknya tak bosan dengan menu harian.

    ReplyDelete
  3. Nampak menarik resepi ni. Biasa saya buat ayam goreng je untuk nasi ayam. Boleh cuba ni stail Hainan pula.

    ReplyDelete
  4. Yummy. Nampak sedap menu ni. Boleh cuba buat nanti dekat anak

    ReplyDelete
  5. thanks sebab share resepi. nanti hujung minggu nt boleh cuba :)

    ReplyDelete
  6. Rumah ni jarang buat Hainan, selalu buat goreng madu tu, nanti nak cuba gak lee yang resepi ni..

    ReplyDelete
  7. Saya pernah masak Nasi Ayam Hainan beberapa kali sendiri tapi...ntah la.. nak juga cari yang kat luar... maybe nak kena test resipi baru... saya try yang ni nanti...

    ReplyDelete
  8. suka sangat makan nasi ayam tapi bab nak masak tu malas sikit sebab bahan dia banyak haha

    ReplyDelete
  9. Menarik resipi ni. Boleh cuba gaya sihat punya. Alang2 esok dh cuti , nak try la. Eh nak mintak tlg wife masak sekali huhu

    ReplyDelete
  10. wah lepas ni boleh buat sendiri nasi ayam, tak payah pgi tcrs dah :)

    ReplyDelete
  11. Tengah pening2 nak masak lunch apa esok nasib jumpa resepi ni senang je

    ReplyDelete
  12. Terima kasih atas perkongsian resepi ini.. Ptg nie boleh la masak nasi ayam hainan utk anak2..

    ReplyDelete
  13. Nak try la masak resepi ni. Terima kasih sharing.nampak sedap tu.

    ReplyDelete
  14. nampak menarik la. nanti saya cuba. thanks ya sharing resepi sedap

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top