Realme Watch Smartwatch Terbaik dan Murah RM299

14
Realme Watch Smartwatch  Terbaik dan Murah RM299 | Salah satu artikel gajet yang mendapat bacaan terbanyak adalah Realme Buds Air Wireless Earphone Terbaik. I get it why, Realme mendapat tempat di hati pengguna kerana sering hadir dengan peranti berkualiti pada harga mampu milik.

Terkini, Realme mengeluarkan 4 aksesori pintar yang dinamakan AIoT yang boleh meningkatkan produktiviti serta selari dengan kehendak semasa. Ia termasuklah Realme Watch!



4 aksesori AIoT:
  • Realme Watch
  • Realme Band
  • Realme Buds Air Neo
  • Realme Powerbank 2

Kesemua gajet ini dilancarkan pada 11 Jun, so they are fresh from the oven! Kalau nak tahu apakah keistimewaan, fungsi menarik, dan harga gajet-gajet ini, baca artikel ini sampai habis. Saya sertakan juga link pembelian online dari seller yang sah. 


Realme Watch

Akhirnya Realme hadir dengan smartwatch mereka yang pertama. Sekilas pandang, rekaannya hampir sama dengan Apple Watch. But who cares, selagi rekaan ini masih segar dan releven, ia masih tampak cantik premium.


Harga smartwatch ini adalah RM299, tetapi memiliki sejumlah fungsi sama yang ada pada jam tangan pintar yang bernilai ribuan ringgit.

Fungsi menarik pada Realme Watch:

  • Menjawab panggilan
  • Fokus terhadap kesihatan seperti denyutan nadi, memantau kalori, dan lain-lain
  • Memiliki 14 mod sukan berbeza
  • Menerima notifikasi media sosial dari telefon
  • Kalis air dan debu
  • Boleh mengawal muzik dan kamera
  • Skrin sentuh berwarna

Selain itu, ia memiliki skrin 1.4-inci berwarna (touch screen) dan beresolusi 320×320 pixels. Pilihan warna pula adalah Black, Green, Red dan Blue.


Artikel berkaitan: Handphone Murah Bawah RM300

Fungsi 'raise to wake' juga cukup membantu di mana anda hanya perlu mengangkat pergelangan tangan to mengaktifkan jam.

Realme Watch ini boleh dipadankan dengan semua jenis smartphone menggunakan bluetooth melalui aplikasi percuma, Realme Link. Kalau lihat dari segi spesifikasi yang ditawarkan, Realme Watch boleh dikatakan sebagai jam tangan pintar terbaik pada harga rendah.

If only I had this on my wrist!

Harga: RM299
Beli di Shopee: https://bit.ly/2UDFfNC

Realme Band

Merupakan fitness tracker atau penjejak kesihatan yang mampu milik tetapi lengkap dengan fungsi menarik. Malah ia boleh menandingi pesaingnya, Mi Band 4.


Spesifikasi Realme Band:

  • Skrin berwarna
  • Skrin 2.4 cm
  • Sensor denyutan nadi masa-nyata
  • Cable free charging
  • Kalis air (IP68)
  • Menerima notifikasi sosial media
  • Notifikasi panggilan telefon dan SMS
  • Peringatan untuk minum air
  • Sejumlah mode kecergasan seperti yoga, jogging, mendaki, dan lain-lain

Selain itu, bateri 90mAh ini mampu bertahan selama 10 hari untuk pengecasan penuh. This the best fitness tracker you could get right now.

Harga: RM129
Beli di Shopee: https://bit.ly/3hmwLnT

Realme Buds Air Neo

Kalau nak tahu, Buds Air Neo adalah versi 'Lite' atau berspesifikasi rendah berbanding peranti sebelumnya iaitu Realme Buds Air. Ini adalah supaya ia boleh dijual dengan harga yang lebih murah. Bagaimanapun, peranti ini tidak banyak perbezaan dengan Buds Air. Ia masih menghasilkan bunyik yang mengagumkan.




Spesifikasi Realme Buds Air Neo

  • Menggunakan cip R1 seperti Buds Air
  • Dynamic bass boost
  • Pemacu audio 13 mm
  • Kawalan sentuhan
  • Ketahanan bateri 3 jam atau sehingga 17 jam dengan penggunaan pod pengecas
  • Mode gaming

Untuk kaki gamers pula, earphones ini hadir dengan gaming mode yang membolehkan anda bermain permainan video tanpa gangguan wayar.



[+] Saya dah ada simcard percuma Yoodo, boleh main PUBG Mobile free 20GB tanpa lag. Ping 30 je! Kalau berminat rujuk >> https://bit.ly/2KXl0Wa


Kalau tengok dari spesifikasi ini, memang berbaloi pada harga RM129 kan?

Harga: RM129

Realme Powerbank 2

Melengkapkan akseseori AIoT adalah Realme Powerbank 2. Rasanya tak perlulah saya cerita lanjut tentang fungsi powerbank kan? Dengan harga RM129, Realme Powerbank 2 berkapasiti 10,000mAh.


Spesifikasi Realme Powerbank 2

  • 18W dengan pengecasan pantas
  • Pengecasan dua hala - USB-C & USB-A
  • 13 lapisan perlindungan litar untuk pengecasan yang selamat

Powerbank ini cukup ringan dan nipis, jadi anda tidak perlu risau jika perlu dimasukkan ke dalam poket atau bag. Rekaannya juga menarik, lain dari yang lain. Hadir dengan warna hitam dan kuning rasmi Realme.


Harga: RM129

Maklumat lanjut rujuk:

#MYrealmeWatch
#TimeToBeSmarter
#FirstChoiceAIoT

Kalau tengok pada spesifikasi Realme Watch tu, memang cukup berbaloi untuk dimiliki. Rata-rata website tech lain mengangkat jam tersebut sebagai Smartwatch Terbaik dan Murah. Aksesori lain dalam rangkaian AloT juga sungguh nice sekali!

Post a Comment

14Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Why oh why hadir pelbagai dan dalam warna menarik nie? Harganya pun sangat meruntun jiwa - nie yg buat Rawlins nak tambah koleksi nie

    ReplyDelete
  2. sekarang banyak peranti yang ada di pasaran sampaikan akak pun tertinggal untuk ikuti perkembangan gajet terkini. apapun memang banyak manfaat yang ada selain fungsinya untuk jawab call tetapi juga memantau tahap kesihatan

    ReplyDelete
  3. Berkenan sungguh realme band tu laaa, color dia menarik gile kuning ... ingat nak rembat le satu...

    ReplyDelete
  4. Wow.. Teknologi makin canggih sekarang.. Mcm2 produk baru y menggunakan teknologi terkini dikeluarkan

    ReplyDelete
  5. Realme muncul dh bnyak benda dia. Mula handphone sekrg realme band, then airbuds.. Power. .Siap ade powerbank. Bgus realmeni, harga murah

    ReplyDelete
  6. Apa lagi peminat jam tangan realme ini masa nak membeli.

    ReplyDelete
  7. menarik dan nampak sangat elegant. banyak jugak produk bawah realme ni ye

    ReplyDelete
  8. Ramai update pasal smart watch realme nie. Rasa teringin pula nak ada satu utk diri sendiri. Spesifikasi dia pon okay

    ReplyDelete
  9. berkenan jugak ni untuk anak2 guna. cantik dan fungsi pun bagus2

    ReplyDelete
  10. Tengok org promo nampak best.. and harga dia mmg sangat murah dan berbaloi

    ReplyDelete
  11. makin banyak gadget daari realme ni. Semuanya bagus dengan features yang canggih tapi harga mampu milik. bukan senang nak jumpa!

    ReplyDelete
  12. Nampak stylo lah smart watch tu. Harga pun berpatutan. Makin menarik gadget dari real me. rasa kena ada satu ni

    ReplyDelete
  13. Wah macam-macam produk canggih RealMe dah dilancarkan. Bila tengok produknya memang nampak menarik dan canggih. Tapi bila tengok harganya.. wah. harga mampu milik

    ReplyDelete
  14. sangat moden sekarang ini..

    dulu hanya imgainasi menjawab pangilan telefon daripada jam tangan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top