Cara Beli UC PUBG Mobile | Rasanya semua sudah tahu akan permainan
video popular PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) Mobile bukan? Ia
berkonsepkan 'battle royale' di mana pemain/pasukan perlu menjadi terakhir
yang hidup untuk memenangi perlawanan.
Pemain perlu mencari senjata, peluru, baju kalis peluru, dan lain-lain untuk
bertempur dengan pihak lawan. Namun, bermain PUBG tidak lengkap tanpa
menggunakan 'skin' cantik. Tanpa skin, senjata masih mempunyai kekuatan yang
sama, namun ia tampak bosan dan hambar.
Setiap pemain akan mendapat skin percuma, namun skin yang cantik dan eksklusif
perlu dibeli menggunakan Unknown Cash (UC).
Apa itu UC PUBG Mobile?
UC adalah matawang digital dalam PUBG. Untuk mendapatkan UC, anda perlu
membelinya dengan wang sebenar. Dengan UC inilah anda boleh mendapatkan skin
dan baju-baju cantik untuk dipakai sewaktu bermain.
Cara Beli UC PUBG Mobile
UC boleh dibeli terus menerusi aplikasi PUBG Mobile, namun ia sedikit mahal.
Jadi saya sarankan anda membelinya di laman web yang sah seperti:
- Seagm
- Codashop
- Republic GG
- Midasbuy
Saya dah semak satu persatu dan mendapati
Sea Gamer Mall (SeaGM) menjual UC paling murah. Rata-rata menjualnya
pada harga RM42.++ untuk 690 UC, tetapi SeaGM cuma RM38.80 sahaja.
Saya sendiri beli di SeaGM ni. Kalau nak beli UC PUBG murah, SeaGM la
tempatnya.
Cara Beli UC PUBG Mobile di SeaGM
Langkah 1: Layari https://www.seagm.com, dan klik 'Register' untuk
mendaftar.
Masukkan email, dan sahkan pendaftaran dengan verification link yang dihantar
ke Inbox. Atau, daftar menggunakan sosial media.
Langkah 2: Pilih 'PUBG Mobile UC (MY)
Di sini, anda diberi pilihan jumlah UC berserta dengan harga yang ditetapkan.
UC paling sedikit bernilai RM4.85 (81 UC) manakala yang paling mahal berharga
RM2,910 (58,803 UC).
Beli ikut kemampuan dan keperluan, Royal Pass Pack cuma berharga RM38 sahaja.
Murahkan?
Langkah 3: Pilih jumlah UC yang diinginkan, dan masukkan 'Player ID' di
bahagian bawah.
Pastikan anda masukkan nombor ID yang tepat. Kemudian tekan 'Buy Now'.
Langkah 4: Semak pembelian anda, dan tekan 'Checkout'
Langkah 5: Pilih cara pembayaran.
Di sini anda boleh guna Touch N Go, Boost, PayPal, UMobile, Online Banking,
Credit/Debit Card, dan boleh membayarnya di 7-Eleven, atau di mesin ATM.
Saya guna Online Banking kerana lebih mudah dan cepat.
Siap!
Selepas membuat pembayaran, tunggu seketika. UC akan di masukkan ke dalam
akaun PUBG anda.
690 UC ini cukup untuk beli Royal Pass bagi satu season. Bolehlah anda
memiliki pelbagai skin dan outfit menarik. Kalau nak buka crate pun boleh,
terpulang.
Oh ya, saya pasti korang aware tentang telco Yoodo. Berbaloi teruk guna Yoodo
ni. Korang adjust sendiri data apa yang korang nak monthly. Lepas tu boleh
Add-on data PUBG 20GB PERCUMA setiap bulan. Main PUBG dah tak kacau main data tau.
Ping around 40 je.
Then, dapat data 7GB and simcard percuma. Boleh daftar kat sini >
https://bit.ly/2KXl0Wa
Mudahkan cara beli UC PUBG Mobile? Sebenarnya banyak lagi cara untuk top up
UC. Antaranya guna kredit Celcom, Maxis, Digi, dan UMobile. Nanti saya akan
tunjukkan dalam artikel seterusnya.
Semoga artikel cara beli UC PUBG Mobile ini membantu.
Bagi mereka yang nak upgrade game experience mereka ataupun membeli uv di PUBG memang boleh jadikan ini sebagai panduan.
BalasPadamPUBG ni akak dengar aje game yang sedang dimainkan oleh rakyat Malaysia. Tapi cara main atau apa konsep, akak pun tak tau. Hahaha. Yang minat sila download. Panduan yang bagus.
BalasPadamperrghhhhh ni Nisa boleh share dengan adik Nisa. dia kaki PUBG hahahhaa.
BalasPadamIni permainan anak anak muda sekarang. Bagi kat kak mampus la tak pandai main haha..
BalasPadamI’m not a fan of mobile games. However, thank you for your review. Interesting story.
BalasPadamAlamak kita bukan kaki PUBG hehehe kita main candy crush jer wakakakakaka tapi kalau buat tips macma ni memang ramai anak muda cari ni heheheh good...
BalasPadamTahu pon sebab suami obses main. Hahaha. Siap kite pon boleh hafal lagu PUBG tu. Suami dok play je. Dah anak pon pandai main.
BalasPadamcun lah, nanti boleh bagitahu dekat member office sebab diorang sakan dok main PUBG sekarang ni haha
BalasPadamTips ni memang my husband, daughter and son suka benor laaa... Semua hantu game... Saya je dah kurang main game camni... Dah ada tips ni bolehlah main balik... #eh
BalasPadamSis tak tau nak komen apa sebab Sis tak main game ni...kalau anak Sis ya..nanti Sis sahre kat derang, tapi rasa macam anak pun tau ni...
BalasPadamPubg ni mmg makanan anak2 lelaki.. selain pubg, tekken pun antara diaorang suka
BalasPadamYup, pakai yoodoo boleh ubahsuai data sendiri. Sesua la utk main pubg ni.. Nad tak reti la game2 ni.. Pakai utk internet biasa jela
BalasPadamwow.. memamng style lah boleh upgrade dan beli macam ni untuk game PUBG. Patutlah ada orang pakaiannya dah lain-lain, rupanya dorang beli
BalasPadamKaki2 gamers mesti suka tgk entry ni. Yelah dpt tmpt beli UC paling murah. Harap anak tk nampak post ni, haha. Kena paw nanti. Anyway thanks for showing us
BalasPadamFuh za dah lama stop main pubg. Tak tau dah apa upgrade ada. Dulu last main masa time zombie tu lpastu x main dah sejak ada anak kedua ni. Hihi
BalasPadamgame ni la yang adik adik ika dok main haha nnt boleh share dgn dieorang info ni
BalasPadamThanks for sharing this information and also the way to purchase this mobile
BalasPadamNi game Mobile Legend boleh beli dekat sini tak? Saya main ML je. Tak main PUBG. Pening kepala tengok skrin.
BalasPadammobile legend pun boleh beli kat sini.
PadamBoleh jugak beli dekat instagram @rilkura.shop ya 😊
BalasPadamThe content of your blog is exactly what I needed, I like your blog,
BalasPadamI sincerely hope that your blog a rapid increase in traffic density,
which help promote your blog and we hope that your blog is being updated.
wordpress
blogspot
youtube
ប្រដាល់ថៃ