Cara Buat Diskaun di Shopee | Sebagai peniaga Shopee, sudah tentu anda
mahu jualan meroket! Dengan persaingan yang sengit dan ramai seller lain
menjual produk sama, anda perlu cari jalan agar pelanggan tertarik untuk beli
produk anda. Salah satu cara yang berkesan adalah menawarkan potongan harga!
Siapa tidak suka potongan harga kan? Kalau anda sendiri pun, sudah pasti
mencari produk termurah, ada diskaun, dan penghantaran percuma. Inilah yang
menarik minat pelanggan.
Lihat sahaja gambar di bawah. Produk yang mengenakan diskaun lebih menyerlah
dan paling banyak dibeli berbanding yang lain. Possibility pelanggan untuk
membeli barang yang ada potongan harga adalah lebih tinggi.
Jadi saya ingin kongsikan cara buat diskaun di Shopee. Ia merupakan teknik
terhebat sebagai
cara naikkan sale di Shopee. Rugi tak guna tools ini, percuma dan anda boleh tetapkan potongan harga
pada bila-bila masa sahaja.
Artikel berkaitan:
Cara Buat Diskaun di Shopee
Sebelum itu, anda perlu tahu yang diskaun ini hanya boleh dilakukan di
komputer sahaja. Ia tidak tersedia dalam aplikasi Shopee pada telefon pintar.
Langkah 1: Login ke Seller Center > https://seller.shopee.com.my/
Langkah 2: Pilih 'Marketing Center'.
Langkah 3: Pilih 'My Discount Promotion' > Tekan 'New Discount Promotion'
Langkah 4: Create Discount Promotion
Di sini masukkan nama promosi dan tetapkan tempoh diskaun yang bakal
berlangsung. Contohnya namakan diskaun tersebut sebagai "End February" dan
setkan tarikh pilihan anda.
Kemudian tekan 'Save & Continue"
Langkah 5: Pilih produk yang anda ingin kenakan diskaun.
Cuma tick produk pilihan seperti gambar di bawah. Anda boleh pilih sebanyak
mana yang anda mahu. Kemudian, tekan 'Confirm'.
Langkah 6: Tetapkan jumlah diskaun
Setkan jumlah diskaun dan had item yang boleh dibeli pada harga diskaun dalam
ruang yang disediakan. Contohnya 10% dan 1 item sahaja. Kemudian tekan 'Update
all products', dan 'Done'.
Gambar: bantumula.com
Siap!
Secara automatik produk akan ada label diskaun berwarna kuning. Harga barang
juga akan berkurangan mengikut jumlah diskaun yang anda tetapkan sebentar
tadi.
Banyak kaedah yang Shopee Seller Center sediakan untuk para usahawan Shopee
guna untuk meningkatkan jualan.
Dalam artikel akan datang saya akan kongsikan:
- Cara Buat Iklan di Shopee (My Ads)
- Cara Buat Voucher di Shopee
- Cara Buat Campaign Shopee
Kalau nak tahu cara menjual di Shopee dengan lebih detail berserta teknik,
rahsia, cara jual barang dropship di Shopee berserta senarai supplier, anda
boleh rujuk - Panduan Bisnes Shopee.
Sebab ebook ni dah bantu ramai peniaga Shopee dalam melariskan jualan mereka. Anda
pun boleh cuba.
Semoga cara buat diskaun di Shopee ini dapat membantu anda dalam meningkatkan
jualan!
ciktom pun guna voucher utk buyer kt shopee..tq sharing..
BalasPadam