Cara Berniaga di Shopee (TERKINI 2024)

24

Cara Berniaga di Shopee | Berniaga di atas talian sudah menjadi perkara biasa pada hari ini. Jimat kos dan mudah membuatkan ramai yang ingin mencuba nasib untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Pelbagai platform boleh anda gunakan, salah satu yang paling berkesan adalah SHOPEE. 

Pemula yang baru nak start berniaga amat digalakkan menggunakan Shopee. Kenapa? Kerana ia adalah e-commerce paling popular di Malaysia, barang dijual pada harga rendah, banyak promosi menarik, dan aplikasinya yang mesra pelanggan dan peniaga. .

 Saya sendiri ada pengalaman berniaga di Shopee. Selang beberapa hari pamer produk, terus terjual.

Melalui artikel ini saya akan tunjukkan beberapa perkara penting termasuklah:

  • Cara daftar Shopee sebagai penjual
  • Cara meletakkan poduk anda di laman Shopee
  • Cara pos barang 
  • Cara tingkatkan jualan

Cara berniaga di Shopee

Langkah 1: Pastikan anda ada akaun Shopee terlebih dahulu. Kemudian, buka aplikasi Shopee dan tekan 'ME'. Tekan 'START SELLING' di bahagian atas. 

Ni saya tunjuk setup kedai Shopee dengan phone tau. Caranya sama sahaja. Tapi guna laptop lebih mudah ye.

Langkah 2: Masukkan produk.

Masukkan butiran produk dengan lengkap seperti nama produk, kategori, saiz, warna, dan diskripsi yang jelas. Letak harga barang dan stok terkini. Pastikan gambar produk jelas, tepat, dan meyakinkan pelanggan. 

Baca: Cara Berniaga di Shopee Sebagai Dropship

Nyatakan sekiranya produk tersebut baru, atau preloved (terpakai). Abaikan 'Whosale' jika and tidak menjualnya pada harga borong. 


Langkah 3: Setkan butiran 'Penghantaran'.

Isi butiran seperti berat, dimensi, dan kos penghantaran. Ini kerana berang barang mempengaruhi kos penghantaran. Nyatakan juga sama ada produk tersebut baharu atau terpakai (pre-loved).

Langkah 4: Pilih kurier. Pilih J&T, Ninja Van, DHL, Shopee Express, atau mana-mana kurier yang mudah untuk anda hantar parcel.

Langkah 5: Klik 'Shop Settings' untuk tetapkan  Seller Wallet. 

Setkan 'Wallet Pin' iaitu password untuk akses keuntungan yang bakal anda terima kelak. Masukkan juga nombor akaun bank, supaya anda boleh transfer keuntungan tersebut ke dalam akaun bank.


Langkah 6: Tekan ' SAVE and PUBLISHED.'

Selepas berpuas hati dengan butiran yang diisi, tekan SAVE and PUBLISHED. Dengan ini, anda telah berjaya meletakkan produk anda di Shopee dan  kini sedia dibeli pelanggan.  

Baca: Dropship Shopee Tanpa Modal?

Sebagai penjual, pastikan anda sentiasa semak bahagian 'ORDER' dan setkan notifikasi supaya tidak terlepas pandang sekirannya terdapat jualan.

Pos barang kepada pelanggan

Bila dah dapat jualan, bagaimana pula cara untuk pos barang tersebut kepada pelanggan? Hah, ada DUA cara pos barang iaitu: 

  1. Secara manual - Pos barang seperti biasa di pejabat pos berdekatan
  2. Shopee Free Shipping Program - Program khas di mana anda dan pelanggan tidak perlu membayar kos penghantaran. 

Saya dah sediakan tatacara lengkap di artikel - Cara Pos Barang di Shopee

Banyak lagi yang perlu anda ketahui untuk tingkatkan jualan. Contohnya: 

  1. Buat diskaun
  2. Daftar Shopee Free Shipping Program 
  3. Boost produk
  4. Letak nama produk yang 'mengundang' 
  5. Buat dropship 
  6. Shopee Ads
  7. Jual barang dropship

Kalau anda nak tahu cara menjual di Shopee dengan lebih detail berserta teknik, rahsia, cara jual barang dropship di Shopee senarai supplier, anda boleh rujuk - Panduan Bisnes Shopee

Banyak betul perkara yang bermanfaat yang dikongsikan dalam ebook ini. Antaranya:

  1. Cara berniaga di Shopee tanpa modal
  2. Senarai supplier dropship
  3. Facebook Group Support
  4. Teknik promosi berkesan 

Baca dulu panduan tu okay?

Alah, senang je cara berniaga di Shopee ni. Kalau ramai yang dah jana ribuan ringgit, kenapa korang tak boleh?

Post a Comment

24Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. mudah rupanya cara berniaga di shopee

    ReplyDelete
  2. Nice sharing. Berminat lak nk berniaga kt shopee bila bc entry ni..

    ReplyDelete
  3. saya dah cuba, letak produk, cuma belum ada sales lagi.. haha

    ReplyDelete
  4. Berniaga si Shopee paling sempoi bg akak. Mudah nak faham. Kalau jenis blur pun bleh buat. Tinggal kita je promo produk yang kita jual. Itupun guna platform shopee. Senang sangat. Rugi tak buat.

    ReplyDelete
  5. Ye betul. Semuanya senang dengan kemudahan ICT sekarang kan. Moga semua dimurahkan rezki buat semua.

    ReplyDelete
  6. Yaaa Sis sendiri ada acc jualan di Shopee, dan memang raih banyak order dengan mudah..cuma setahun ni je memang tak menjual, tapi banyak plak membeli aje hahahaha

    ReplyDelete
  7. Suka artikel tutorial camni sebab senang orang nak rujuk. Hehe

    ReplyDelete
  8. Bagus sharing sebegini, jelas dan mudah difahami semua dan semestinya senang untuk dijadikan sebagai panduan buat mereka yang baru nak berniaga di Shopee 👍🏻

    ReplyDelete
  9. Dengan adanya artikel ini, jadi mudah nih buat yang mau buka toko di shopee. Makasih ya udah buat tread ini :D

    ReplyDelete
  10. Good tips! I need to bookmark this post. I also wanna learn to open an online store. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  11. LH pun masih belajar menjual di shopee ni. Maklumlah baru

    ReplyDelete
  12. Hmmm boleh kot kalau nak cuba jual preloved items kat shopee

    ReplyDelete
  13. Menarik tips yg dikongsikan. Kalau org lain share ni, dh kena bayar ebook da. Sy pon letak produk dkt shopee, seronok tgk barang terjual tanpa kita promote pon

    ReplyDelete
  14. Baca artikel ni buat Kitkat terfikir2 nak jual apa erk untuk jana pasif income ni? Sejujurnya tahun ni bukan a good year to almost everyone. Ada terbaca rakan blogger post about account 5 digit susut 4 digit dah sekarang and to be honest, kebanyakan kita heading towards that direction.. Sob3.

    ReplyDelete
  15. Senang nak berniaga melalui shopee. Majoriti customer suka shopping online. Boleh dapat free shipping

    ReplyDelete
  16. Suami pon jual brang di Shopee ok sgt lah kan. At least x sempat promosi di Facebook, ada jugak dtgnya customer dri shopee ni.

    ReplyDelete
  17. MasyaAllah semudah ABC je kan bila nak niaga di Shopee bila ada guide panduan macam ni. Baiklah,madam cari idea apa nak jual. Mana tau boleh buat duit online sempena 2021. Apalagi jomla!!!

    ReplyDelete
  18. Yes. Shopee antara platform yang agak mudah untuk kita jana pendapatan. Belajar dan terus buat. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  19. terima kasih atas perkongsian. saya pun dah mula meniaga atas platform shopee ni. memang mudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam... Mcm mn mn awak mulakan perniagaan Di shope

      Delete
  20. Thanks a lot, that a very informative and for those who is affected by Covid-19 can start their own business too.

    ReplyDelete
  21. wow mudah je rupanya nak berniaga di shopee... boleh la za share dgn cousin za nnt... dia mmg nak buat bisnes tu...thanks for sharing

    ReplyDelete
  22. Bagus entri ni.. Padat info dan tutor nya.. Mesti ramai newbie yang nak try berniaga dalam shopee nanti..

    ReplyDelete
  23. Memang mudah. Yang tak mudah nye bila berniaga shopee charge shipping fee xmsk akal. Brg harga rm15 patut free shipping pastu charge smp rm33.semua barang jualan sya di charge gile2 smp xbalik modal. Niaaga lh kat shopee. Elok lg drop ship boleh tipu buyer n seller

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top