Realme C12 + Screen Magnifier + Buds Classic cuma RM529

18

Realme C12 + Screen Magnifier + Buds Classic cuma RM529 | Realme hadir dengan sebuah lagi telefon bajet terbaharu iaitu C12. Dengan spesifikasi hampir sama dengan C11, cuma menerima beberapa naik-taraf menarik termasuk saiz RAM dan bateri.


Berkaitan: Realme C11 - Handphone Murah Bawah RM500 Terbaik

 

Apa yang membuatkan Realme C12 ini mendapat perhatian ramai adalah kerana harganya yang amat berpatutan malah disokong oleh pelbagai ciri bak peranti kelas pertengahan. Ini menjadikan ia antara handphone murah terbaik di pasaran.

 



Bukan itu sahaja, Realme turut mengadakan promosi di mana anda boleh mendapatkan 2 peranti percuma dengan setiap pembelian C12 pada 31 Ogos ini

 

Memandangkan artikel C11 mendapat banyak hits, saya kongsikan pula 'upgrade version' nya. Jom lihat antara spesifikasi menarik yang ada pada C12 ini.



Realme C12 specs

Skrin

Didatangkan dengan skrin 6.5 inci, panel IPS LCD yang berresolusi HD+, dan aspek ratio 20:9. Pengalaman menonton video pastinya memuaskan kerana saiznya yang agak besar dan terang. Tambahan pula, ia memiliki Gorilla Glass yang tahan calar dan hentakkan.  

 

 



Pemprosesan

Sama seperti C11, peranti ini juga menggunakan cipset Helio G35, cuma saiz RAM ditambah kepada 3GB. Sesuai untuk telefon kelas permulaan. Prestasinya memang cemerlang untuk kegunaan harian seperti melayari laman web, sosial media, menonton video, dan lain lain. 


Gaming? C12 masih boleh handle PUBG Mobile dengan setting grafik 'Smooth + Medium'. Cuma tidak digalakkan guna 'Gyroscope'. Permainan video ringan lain pula langsung tak ada masalah.  

 

Berkaitan: Realme Watch Smartwatch Terbaik dan Murah RM299


Bercakap pasal PUBG Mobile, korang boleh main PUBG smooth tanpa lag dan tak kacau data internet kalau guna simcard Yoodo. Sebab Yoodo beri 20GB data PUBG percuma setiap bulan. Saya pun guna, best teruk! Rujuk sini >  https://bit.ly/2KXl0Wa

 


 

 

Interface

Realme C12 ini dijana dengan Realme UI 1.0 dan Android 10. Cukup smooth dan banyak fungsi menarik seperti split screen, Game Space, dan dark mode.  

 

 

 

Kamera

Untuk pengetahuan, C12 memiliki 3 kamera belakang dengan 13MP. Kualiti gambar memang padu untuk harga sekitar RM500. Kualiti gambar bagi indoor, outdoor, dan low light memang terang dan memuaskan. 




Untuk kamera selfie pula guna 5MP f/2.4. Rakaman selfie yang terang dan mampu menghasilkan gambar yang baik untuk dikongsikan di media sosial.  

 

Berkaitan: Realme Buds Air Wireless Earphone Terbaik? 

 

If only I had C12 in my hand right now, I could show you how impressive the cameras are.


Bateri

Siapa tidak suka akan saiz bateri telefon yang besar kan? C12 hadir dengan bateri 6000 mAh! Tahan selama 11 jam dengan penggunaan tanpa henti. Kalau dengan penggunaan biasa ia tahan sehingga 2 hari dengan sekali pengecasan penuh. Gila betul bateri dia!  

 




Ia turut disokong dengan fungsi 'reverse charging' di mana korang boleh jadikan telefon ini sebagai powerbank untuk charge telefon lain. Hebat tak? 

 

Harga Realme C12 Malaysia

C12 berharga RM529 dan korang akan dapat earphone rasmi iaitu Realme Buds Classic secara PERCUMA. Bukan earphones cikai tau, sound padu! 

 

Harga: RM529

Beli di Lazada: https://rb.gy/ypspbn

 


 

Untuk harga promosi sempena Hari Kebangsaan, dengan harga RM529 korang akan dapat 3 item PERCUMA:

 

1 - Earphone Buds Classic

2 - Screen Magnifier

3 - Clear Casing

 

Murahkan? Untuk dapatkan 3 barang percuma ini, korang kena beli dengan pengedar Realme yang sah bermula 31 Ogos 2020. 


Maklumat lanjut: https://www.facebook.com/realmeMalaysia

 

Apa yang boleh saya katakan, C12 cukup mengagumkan untuk tanda harga RM529. Spesifikasi mantap yang kebanyakkannya ada pada peranti kelas pertengahan. Cukup berbaloi untuk mereka yang berbajet sederhana dan inginkan telefon kedua.



Post a Comment

18Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Realme ni dah semakin digemari. Mungkin dengan spec dan harganya. Siap masuk kat TikTok dah sekarang ni.

    ReplyDelete
  2. serius la not bad la brand realme ni. makin menjadi kegemaran ramai kan. harga pun tak mahal sgt

    ReplyDelete
  3. dapat 2 peranti percuma dengan setiap pembelian C12 .. meanrik tapi da lepas la pulak pada 31 Ogos :D

    ReplyDelete
  4. wow hebatnya feature reverse charging tu. Rasanya belum ada lagi smartphone yang ada feature macam ni kan?

    ReplyDelete
  5. Best gk realme ni. Brand yg semakin meningkat minat pengguna Di msia

    ReplyDelete
  6. Phone realme memang best. Harga murah, lepas tu spek power. Kamera dia pun cun sangat.

    ReplyDelete
  7. Bestnya. Kita.skrg mmg pakai phone realme. Not bad la.. tapi harga dia mmg sgt berbaloi kan

    ReplyDelete
  8. Besar juga kapasiti bateri.. memang sesuai dengan harga.. jenama ni kian meningkat naik..

    ReplyDelete
  9. Harga murah dan berbaloi-baloi. Kalau untuk anak-anak yang nak belajar online dengan guru mereka tu, memang elok kita belikan henfon camni.

    ReplyDelete
  10. Nice la this new phone. Realme C12 + Screen Magnifier + Buds Classic or only RM529 is so berbaloi to get la

    ReplyDelete
  11. wahh jenama yang makin meningkat naik ni. nampak best. so advance and harga pun notbad :)

    ReplyDelete
  12. Nampak ramai guna Realme ni kan, gambar shoot dia lawaa juga.. sebab adik pakai.. ingat nak beli gak le buat guna time emergency gituh...

    ReplyDelete
  13. Menarik! Memang tengah cari telefon juga sekarang ni. Kiranya kalau main PUBG tu masih ok lagi kan. Bolehlah beli 1 nanti

    ReplyDelete
  14. Wow, realme tak pernah mengecewakan. Dahlah harga mampu milik, spec pun tiptop ni. Sesuai dengan pasaran sekarang.

    ReplyDelete
  15. Harga realmememng murah dan berbaloi.. Spek dia pun macam sma canggih je.. Emamng tgh usha phone realme ni

    ReplyDelete
  16. Wow RealMe ni memang cantik dan menarik sekarang ni teknologi makin canggih dan juga makin mahu penggunaannya dan menyaingi telefon lain...

    ReplyDelete
  17. Wow. Walaupun harga mampu milik tapi Realme C12 punya spec boleh tahan juga ya

    ReplyDelete
  18. Realme sekrang makin advance teknologi mereka dan semakin mendapat tempat di hati masyarakat. Harga pon berpatutan utk spek yg tinggi.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top