10 Moisturizer untuk Kulit Kombinasi

16

10 Moisturizer untuk Kulit Kombinasi | Bagi mereka yang memiliki kulit kombinasi, agak sukar untuk mencari pelembap muka atau moisturizer sesuai dengan kulit. Tidak boleh pakai yang sembarangan, bimbang ia boleh membuatkan muka lebih berminyak atau terlalu kering. 

 

Disebabkan hanya sesetengah kawasan sahaja yang berminyak tidak bermakna anda tidak perlu memakai moisturizer. Ingat, moisturizer itu WAJIB di pakai setiap hari. Oleh itu, banyak skincare untuk kulit kombinasi di pasaran. Pilih yang bertekstur ringan seperti jenis gel agar kelembapan kulit dapat diseimbangkan.


 

Saya senaraikan beberapa produk moisturizer untuk kulit kombinasi yang boleh anda dapatkan di pasaran.

 

10 Moisturizer untuk Kulit Kombinasi


1. NANO WHITE Mattifying Moisturizer

Jenama yang agak terkenal di Malaysia, Nano White mengeluarkan pelembab muka yang dikhaskan untuk kulit berminyak dan kombinasi. Teksturnya gelnya cepat meresap ke dalam kulit dan langsung tidak meninggalkan kesan berminyak.

 

Mattifying Moisturizer ini mempunyai kandungan vitamin c dan tea tree oil yang sudah terkenal dengan keberkesanannya dalam merawat jerawat. Baunya wangi (macam shampoo), dan agak kuat.


 

Kalau nak tahu, saya sendiri menggunakan produk ini. I have combination skin and this is by far my favorite moisturizer. Doesn't break me out. Nanti saya buat artikel NANO WHITE Mattifying Moisturizer review.


Harga: RM24.89 

Beli DI SINI: https://invol.co/cl30p6y

 

Artikel berkaitan:

Skincare untuk Kulit Kombinasi Malaysia

+ 10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering

+ 8 Pencuci Muka Untuk Kulit Kombinasi di Watsons

+ 10 Moisturizer Untuk Kulit Berminyak  

+ 10 Toner Untuk Kulit Kering

 


2. SIMPLE Oil Balancing Moisturizer

Produk dari Simple memang cukup popular dan diakui akan keberkesanannya. Mengeluarkan pelbagai jenis produk penjagaan kulit, rangkaian yang berwarna biru memang dikhaskan untuk mereka yang memiliki kulit berminyak dan kombinasi. 

gambar: Instragram - @chizubunny

 

Memiliki kandungan terbaik dalam mengekalkan kelembapan kulit dan dalam masa sama mengawal minyak berlebihan. Mengandungi Vitamin E, Pro-Vitamin B5, dan tidak berbau. Ia tahan sepanjang hari.


Simple boleh ditemui di semua drugstore seperti Watsons dan Guardian. Harganya juga amat berpatutan.  

 

Harga: RM25

Beli di sini: https://invol.co/cl98i44

 

3. NEUTROGENA Oil Free Moisture Combination Skin

Namanya sahaja sudah menggambarkan fungsi pelembap wajah ini. Ia ringan, memiliki 'dual-action formula' yang melembapkan kawasan kering dan mengurangkan minyak di kawasan T-Zone.


Kulit jadi lembih lembut, lembap, dan tampak lebih segar dengan kesan 'matte finish'. Kalau banyak melakukan aktiviti outdoor, moisturizer ini banyak membantu mengurangkan minyak pada hidung. 

 

 

Tambahan pula, packaging jenis pump ini amat mesra mengguna dan lebih bersih.


Harga:RM26

Beli DI SINI: https://invol.co/cl30pce

 

4. AIKEN Tea Tree Oil Moisturizer  

Bagi mereka yang memiliki masalah jerawat, jenama Aiken memang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Aiken turut mengeluarkan moisturizer ringan untuk kulit kombinasi dan berminyak. 


Teksturnya yang berkrim cair, ia lebih ringan dan cepat meresap. Rasa sejuk dan lembut setelah disapu. 




Kandungan tea trea oil yang terkandung di dalamnya memang bagus dalam menangani jerawat. Mereka yang tidak mempunyak masalah jerawat masih boleh guna pelembap ini. No problem. Ia juga memiliki slight UV protection.

 

Pelembap ini juga amat murah iaitu sekitar RM12 sahaja di Watsons


Harga: RM10.36

Beli DI SINI: https://invol.co/cl30mj5

 

5. HADA LABO Hydrating Water Gel

Siapa tidak kenal akan rangkaian produk Hada Labo dari Jepun ini? Mereka menghasilkan banyak termasuklah produk skincare untuk kulit kombinasi Malaysia. Jika anda lihat mereka berkulit flawless, mereka pasti memiliki sekurang-kurangnya satu produk dari Hada Labo! 


 

 

Nah, HL Hydrating Water Gel merupakan moisturizer untuk kulit kombinasi dan berminyak. Dengan kandungan Ceramide, Vitamin B3, dan Aloe Vera ia diformulasi untuk menyegarkan kulit serta mengawal pengeluaran minyak berlebihan.  

 

Harga: dari RM21

Beli di sini:  https://invol.co/cl30p4s

 

Ia dipakai selepas toner untuk kulit kombinasi. 


Pelembap jenis gel berwarna biru ini amat popular di kalangan gadis-gadis di Malaysia dan serata Asia. Walaupun agak mahal, namun HL cukup berbaloi. Beli online lebih murah. 


Harga: RM58.50

Beli DI SINI: https://bit.ly/2N5dHNf

 

6. SAFI Acne Solution Soothing Gel Moisturizer

Berasaskan air, ringan, dan langsung tidak berminyak. Moisturizer untuk kulit kombinasi ini juga memiliki nilai pH rendah yang tidak meninggalkan kesan iritasi. 

 

Pelembap ini mengembalikan air yang hilang di sesetengah kawasan kering dan mampu mengawal minyak berlebihan di T-zone anda. 


Kesannya, wajah lebih segar, bersih, dan lembap sepanjang hari. Saya pun nak cuba produk ini nanti! 

 

Harga: RM20.30

Beli DI SINI: https://invol.co/cl3160x

 

7. ROSKEN Sensitive Skin Cream  

Untuk pengetahuan, moisturizer ini sering menjadi rekomendasi pada dermatologist. Sifat merawat dan menyegarkan kulitnya terbukti berkesan. 


Formula tidak melekit dan mudah menyerap ini cukup sesuai untuk mereka yang memiliki kulit kombinasi dry - combination dan sensitif. Bertekstur krim cair yang cepat meresap apabila di sapu.

 


 

Jika anda memiliki kulit sensitif iaitu alah kepada sesetengah kandungan, Rosken mungkin moisturizer terbaik buat anda. Ia tidak mengandungi mineral oil, paraben, SLS, malah ia juga langsung tidak berbau. 


Hanya kandungan semula jadi seperti soybean oil, olive oil, and jojoba oil. 


Harga: RM24

Beli DI SINI: https://invol.co/cl3168t

 

Dalam artikel akan datang, saya kongsikan produk moisturizer untuk kulit kering dan sensitif pula.

 

8. BIO-ESSENCE Bio Treasure Jeju Water Hydrating All Day Moist-In-Gel

Mengawal penghasilan minyak berlebihan pada T-Zone dan memberi kelembapan sempurna di kawasan kering. Jenama dari Korea ini cukup terkenal dan menjadi kegemaran ramai. Ia juga membaiki kulit agar tampak segar sepanjang hari.


Sesuai untuk mereka yang terdedah dengan cuaca panas terik dan penghawa dingin. 




Juga bersifat gel membuatkan ia cepat meresap dan tidak meninggalkan kesan berminyak. Guna dua kali sehari selepas toner. 


Harga: RM RM47.52

Beli DI SINI: https://invol.co/cl3169o


9. WARDAH Purifying Moisturizer Gel

Mungkin masih ramai lagi yang belum pernah dengar akan produk best dari Indonesia ini. Mengeluarkan pelbagai produk skincara dan makeup, Wardah kini mula diminati ke dek kerana kualitinya. 

 

 



Bagus untuk pemilik kulit kombinasi dan berminyak. Menjadikan kulit kekal dengan kelembapan semulajadi dan tidak bersinar. Kandungan provitamin B5, humectand, dan vitamin E, membuatkan kulit bertambah sihat dan segar.


Disamping itu, ia boleh juga dijadikan sebagai makeup base agar solekan anda tahan lama. 


Harga: RM7.50

Beli DI SINI: https://invol.co/cl316bj

 

10. COSRX Aloe Vera Oil-Free Moisture Cream 

Buat penggemar produk dari Korea, jenama Cosrx sudah tidak asing lagi buat anda. Teksturnya yang miril jelly ini mudah meresap bagi memberikan kelembapan sesuai buat kulit. Memiliki kandungan 80% aloe vera yang sudah terbukti baik untuk kulit. 


Kandungan ini bukan sahaja melembapkan kulit, bahkan mampu melegakan kulit setelah terkena sinaran matahari.

 


Ia tidak berbau, tidak menyebabkan iritasi, dan tidak mengandungi alkohol.


Harga: RM58.50

Beli DI SINI: https://invol.co/cl18o7a

 

Berkaitan: REVIEW Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence 

 

Hah, kalau anda memiliki kulit kombinasi bolehlah cuba salah satu moisturizer untuk kulit kombinasi yang saya senaraikan di atas. Banyak je yang berpatutan di pasaran. Buat apa beli yang mahal kalau yang murah pun sesuai dengan kulit. 


Tags

Post a Comment

16Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. tq sharing!! banyak rupanya jenis moisturizer ni. tapi khai confuse cara nak pakai hahaah maklumlah lelaki. kadang beli tapi tak tau nak pakai haha

    ReplyDelete
  2. Tak tahu pulak k mid pasal Moisturizer untuk kulit kombinasi..anyway bila ada sharing mcmnie bertambah pengetahuan tentang produk..tq for sharing

    ReplyDelete
  3. wahh terima kasih untuk artikel ni. emmang banyak membantu untuk mereka yang nak cari mosturizer terbaik! :)

    ReplyDelete
  4. Kulit sy pon jenis berminyak. Selama hari nie rasa x kisah pon. Tapi lama2, a bit annoying bila tiap masa nk kne cari tisu utk lap. Bolehlah cuba salah satu produk di atas nie

    ReplyDelete
  5. Thanks so much for the list. Rawlins nak try Simple, Aiken la plak pasnie. Yang lain pun nampak sesuai dengan my skin. Hurm. Mana satu pilihan hati nie?

    ReplyDelete
  6. Senang nak pilih selepas baca entri ni.. kalau sy mmg tak tahu nak pilih mana.. biasa org rumah jer beli barang mcm ni

    ReplyDelete
  7. Thank you sharing jenis-jenis pelembap. Kita kena pandai pilih ikut jenis kulit kita

    ReplyDelete
  8. Kitkat selalunya guna produk brand Bio Essence... Nak try la moisturizer dia yang ni... Tak pernah guna lagi.... Thanks for sharing this...

    ReplyDelete
  9. Neutrogene ni mmg fav. Best sebab lps guna ada effect best

    ReplyDelete
  10. Thanks for introduction! I like the NEUTROGENA Oil Free Moisture Combination Skin a lot

    ReplyDelete
  11. Satu pun yang list ni kita tak guna wakakakka tapi adalah beberapa jenama yang kita pernah dengar dan juga orang tersayang guna ehhhh..

    ReplyDelete
  12. Tq sharing kak pun kdg2 xtau nak beli jenis pelembap yg sesuai dgn kulit kita,bila dah tau ni blhhlah pih yg seduai

    ReplyDelete
  13. ok thanks sharing nih sbb za mmg kulit kombinasi oily so lepas niboleh la cari produk yang mesra poket dan sesuai dengan za

    ReplyDelete
  14. Wanita yang ada kulit sensitif kena tahu cara nak lindungi kulit .. bagus entri ni

    ReplyDelete
  15. Saya pakai yang aiken tea tree oil tu, memang bagus sngt pelembab tu untuk kulit kombinasi sbb die mcm half gel & cream, sye kulit kpmbinasi so pakai dh 3 bulan memang bagus, sye timbul jerawat besar pstu sakit.. Bile sye apply moisturizer tu dalam 2 hari jerawat tadi hilang & licin balik julit pehhh memang bangga laa... So jngn ragu ii nk pkai aiken tea tree oil hehe

    ReplyDelete
  16. Semua ni boleh ke untuk yang berumur 13 tahun?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top