Cara Jual Barang di Lazada

0

Cara Jual Barang di Lazada | Saya yakin, anda terlebih dahulu mengenali Lazada berbanding e-commerce lain. Lazada pernah menjadi portal beli-belah utama di Malaysia. Kini Lazada berada di tempat kedua iaitu dibelakang Shopee sebagai e-commerce yang paling digemari. 

 

Kalau anda pernah jual barang di Shopee, anda tidak mahu terlepas peluang yang ada di Lazada. Jangan fokus pada Shopee sahaja, lebarkan sayap! Sebab peluang buat di Lazada juga amat cerah. 




Cara dan pendekatan Lazada agak berlainan dengan Shopee. Tidak terlalu susah, tetapi sedikit rumit berbanding Shopee. Selain itu, terdapat beberapa syarat yang anda perlu patuhi. 

 

Terdapat DUA jenis seller. Pilih salah satu dari pilihan di bawah

  1. Business seller
  2. Individu seller



Kedua-duanya memerlukan anda mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Tetapi, sekiranya pilih 'Individu Seller', pendaftaran SSM boleh dibuat selepas anda mendapat jualan yang pertama.  

 

 

Kalau sebelum ini saya kongsikan cara nak jual barang di Shopee, kali ini saya sertakan tatacara memulakan bisnes di Lazada pula. Ada produk sendiri? Produk droship? Put them on Lazada, dan jana keuntungan darinya!


Cara jual barang di Lazada


Langkah 1: Daftar di Lazada Seller Center > https://sellercenter.lazada.com.my/apps/register/index?registerVersion=2.0&lazMall=0&scm=1003.4.icms-zebra-5010399-3775052.OTHER_6035062880_6929903

 

Isi borang dengan memasukkan maklumat sepert nama penuh, email, nombor telefon, dan nama kedai Lazada anda. Permohonan mengambil masa dalam beberapa hari. Anda kemudian akan menerima email di mana permohonan telah diluluskan dan sedia untuk muat naik produk. 

 

Stok Keeping Unit (SKU) - Anda wajib letak kod istimewa pada setiap produk yang dijual. Contoh: A00001.


Langkah 2: Login Lazada Seller Center. Pilih 'Produk' > 'Add Produk'. 

 

Ini merupakan 'dashboard' untuk anda memantau kedai dari segi produk, stok, order masuk, promosi, buat diskaun, dan lain-lain.  

 

Masukkan diskripsi produk dengan tepat seperti gambar di atas. Sumber duitcara.blogspot.com

 

Langkah 3: Masukkan nama dan diskripsi produk. 


Pastikan anda masukkan details produk dengan tepat. Diskripsi produk seperti nama, jenama, warna, saiz, material, dan lain-lain haruslah jelas dan tidak mengelirukan pelanggan. 


Kemudian, skroll ke bawah dan klik 'Submit'. 


SIAP! Tetapi anda perlu tunggu produk tersebut mendapat kelulusan Lazada. Mereka amat tegas dalam soal ini. Bimbang sekiranya seller menjual barang terlarang, palsu, atau yang tidak diluluskan KKM. 



Setelah diluluskan, produk anda kini berada di laman Lazada dan sedia untuk dibeli pelanggan! Mudah kan? 

 

Artikel berkaitan:

+ Cara Berniaga di Shopee

+ Cara Pos Barang di Shopee

+ Cara Naikkan Sales di Shopee


 

Banyak lagi perkara yang perlu anda tahu untuk berniaga di Lazada. Contohnya cara uruskan order masuk, cara pos barang di Lazada, promosi & diskaun, cara tingkatkan sale di Lazada, withdrawr untung jualan, dan lain-lain. 


Apa yang kongsikan dalam artikel ini cumalah tatacara daftar dan muat naik produk sahaja. Kalau anda nak tahu cara jual barang di Lazada Malaysia lebih detail, anda boleh rujuk - Panduan Bisnes Lazada



Kandungan panduan ini memang complete! Anda akan ketahui:


  • Cara Daftar Sebagai Seller Di Lazada
  • Cara Listing Produk Yang Tepat
  • Cara Proses Order
  • Cara Selesaikan Masalah Pelanggan
  • Cara Promosi Produk Anda Di Lazada
  • Cara Design Lazada Store Anda
  • Cara Promosi Lazada Store Anda
  • Sumber Borong Produk
  • Cara Jual Produk Secara Dropship


Bacalah Panduan Bisnes Lazada ini untuk elak berlakunya kesilapan seterusnya menanggung kerugian. 


Semoga artikel cara jual barang di Lazada ini dapat membantu anda menjana pendapatan secara online. Terutama di ketika dunia sedang berperang dengan COVID-19. Good luck!

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top