realme 7 5G Beri 5000 mAh dan Penjimatan Bateri Maksimum

1

Dalam artikel sebelum ini saya kongsikan tentang realme 7 5G yang dikuasakan dengan cipset MediaTek Dimensity 800U cukup yang berkuasa untuk rangkaian 5G. Well, telefon ini turut dipadankan dengan bateri 5000 mAh dan pengecasan 30W Dart Charge.

 

Saiz bateri yang besar memang mengujakan! Ia tahan lama dan menjimatkan waktu pengecasan.  

 


 

Bateri 5000 mAh

Sama seperti realme 7, realme 7 5G juga hadir dengan saiz bateri yang besar iaitu 5000 mAh. Dengan kapasiti sebesar ini, ia lebih memudahkan pergerakan harian tanpa perlu fikir soal pengecasan.


Bateri yang besar ini sudah tentu dapat memberikan pengalaman penggunaan yang maksimum. Sesuai buat pengguna yang gemar menonton video, mendengar lagu atau menikmati penstriman Netflix! 

 


 

Ini juga sudah pasti menggembirakan kaki gaming! Kerana bateri tidak mudah habis sekiranya bermain untuk jangka masa yang lama.


Anda boleh lihat sendiri ketahanan bateri realme 7 5G ini.



Ini dapat memastikan penggunan harian yang selesa tanpa perlu risau telefon anda kehabisan bateri dengan cepat. 


30W Dart Charge

Malah ia disokong dengan pengecasan 30W Dart Charge mampu mengecas hingga 100% hanya dalam masa 65 minit sahaja. Dengan mengecas 26 minit, anda sudah boleh menikmati bateri 50%. 

 

Ia turut menyertakan 15W PD charge, making it even more versatile. Cool kan? 

 


Power Saving Mode


Disamping itu, realme 7 5G turut hadir dengan Power Saving Mode yang membantu anda menjimatkan bateri pada tahap maksimum.  

 

Artikel berkaitan:

+ realme Tangga Kedua Pasaran Smartphone Malaysia 

+ realme NARZO 20 Pro - Handphone Gaming Terbaik

 

Pada bateri 5%, anda masih boleh menggunakan WhatsApp (text) untuk 70 minit, atau mendengar lagu menggunakan Spotify untuk 5 jam. Ia juga mampu bertahan selama 30.8 jam dalam keadaan standby.


Ini cukup untuk kegunaan kecemasan sebelum telefon ini dicas semula.  

 

 

Selain Power Saving Mode, realme 7 5G turut hadir dengan:

 

  1. Sleep Standby Optimization - Pengaktifan Power Saving Mode secara automatik semasa anda tidur untuk merendahkan tenaga bateri yang digunakan oleh aplikasi yang sedang dijalankan. 
  2. App Quick Freeze - Berfungsi untuk menghentikan penggunaan kuasa apabila sesuatu aplikasi itu tidak digunakan. 



Kamera

  • 48MP Quad Camera Samsung S5KGM1ST 
  • 8MP ultra-wide + 2MP macro + 2MP depth sensor 
  • 16MP kamera hadapan


Kemampuan kamera realme 7 5G juga amat cemerlang. Ia menghasilkan gambar yang terang, tajam, dan tampak natural tidak kira indoor, outdoor, mahupun pada waktu malam. 

 

Apa yang boleh saya katakan, realme 7 5G memang berbaloi untuk dimiliki. Dikuasakan dengan Mediatek Dimensity 800U, saiz bateri 5000 mAh + 30W Dart Charge.


Kita sedang menuju ke arah rangkaian 5G yang pantas dan sesuai dengan peredaran teknologi. So, realme 7 5G is the right choice. 

 

Layari maklumat lanjut mengenai produk dan promosi terkini, sila layari:

Website: https://www.realme.com/my/ 

Facebook: https://www.facebook.com/realmeMalaysia




Catat Ulasan

1Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. We are grateful for your dedication about this helpful post. thanks for explain this post with taking your important time.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top