12 Android Box Terbaik dan Berbaloi 2024

20

Android Box Terbaik Malaysia | Beberapa tahun kebelakangan ini, kita lebih cenderung kepada hiburan dihujung jari. Terciptanya android box membuatkan kita lebih mudah untuk menonton filem dan siri tv kegemaran dengan bayaran rendah setiap bulan.

Apa itu Android box?

Berbanding Astro, android box dilihat lebih murah dan fleksibel. Hanya dengan sambungan internet/Wifi, anda boleh menonton saluran tv Netflix, Disney Plus Hotstar, Youtube, menonton berita, melayari internet, dan lain-lain pada televisyen. 

Malah, tak perlu beli smart tv. Dengan Android box ini boleh transform tv lama into a smart one!

Kelebihan android Box

  • Lebih murah dan senang dipasang
  • Jadikan tv hampir seperti telefon pintar/tablet
  • Hanya memerlukan sambungan internet/wifi sekurang-kurangnya 1.5Mbps
  • Mudah alih
  • Menawarkan ribuan saluran dalam dan luar negara
  • Tiada bayaran bulanan kecuali melanggan servis penstriman seperti Netflix atau Netflix
  • Cuaca buruk tidak menjejaskan tontonan 



Kekurangan android box

  • Harga Android box agak mahal sekiranya anda mahukan fungsi yang 'advance'
  • Paparan iklan yang banyak
  • Biarpun menawarkan ribuan channel, namun tidak semua boleh diakses

Banyak android box dijual di pasaran. Saya senaraikan antara android box terbaik dan berbaloi untuk rujukan anda. 

Mi TV Stick

Android box pertama dalam senarai ini adalah Mi TV Stick dari Xiaomi dan merupakan yang paling popular pada hari ini.  Mi Tv Stick ini adalah antara yang terbaik dari segi kualiti dan kelancaran.

Saiz peranti ini umpama pendrive, cuma sambung di port HDMI pada tv, dan ia sedia untuk ditonton.  

Baca: Mi Tv Stick Review - Android Box Terbaik di Pasaran

Boleh download Youtube, Prime, Disney+, HBO Go, Spotify dan ratusan aplikasi lain. Bahkan anda juga boleh main game tau. 

Ia juga disahkan oleh Google. Hadir dengan Google Assistant di mana anda boleh buat carian dengan suara dan tidak perlu menaip. 

Mi Tv Stick ni ada dua versi. Iaitu jenis paparan 1080p dan 4K. Kalau tv anda menyokong paparan 4K, better beli yang 4K untuk pengalaman menonton yang lebih hebat.

Harga: 

  • 1080p - RM148 
  • 4K - RM 168

Link pembelian: https://invl.io/clk9g8n


Artikel berkaitan:

+ 5 Android Box Boleh Tengok Astro

+ Cara Daftar Disney Hotstar Malaysia 

+ 8 Tips Memilih Android Tv Box




 

 

 

 

 


TX6 H6 4K Android TV Box 

Ini adalah Android box paling popular. Ramai yang telah memiliki peranti ini sehinggakan menjadi salah satu produk hangat di Shopee. Murah dan menyokong paparan 4K. Memang cun lah kalau anda nak tonton filem Marvel.

Baca - Handphone Murah Bawah RM400

Ramai yang memilih TX6 kerana ia memiliki ribuan saluran televisyen dari dalam dan luar negara. Bukan itu sahaja, seller juga telah menyediakan beberapa aplikasi yang membolehkan anda menonton sejumlah filem dan siri tv secara percuma. Filem Hollywood, Korea, Melayu, you name it! 

Harga: RM125

Beli di sini: https://invl.io/clk9ggb

Xiaomi Mi Box S

Nah, apa yang membezakan Mi Box S dan Mi Tv Stick tadi? Mi Box S dijana dengan 2GB RAM, menyokong video berkualiti 4K, memiliki 1 USB port, dan sokongan slot microSD atau external hard drive untuk menambah storan peranti. 

Memandangkan ia mempunyai slot USB, jadi anda boleh sambung wireless keyboard atau Air Mouse agar lebih mudah untuk anda menaip. 

Anda boleh menonton penstriman dengan lancar, terbina dengan Chromecast, Google Assistant, dan amat mudah untuk digunakan. Designnya juga elegan dan sleek!  

Dah lebih 10 ribu unit terjual di Shopee tau. Memang ramai prefer Mi Box S untuk jangka masa panjang.

Harga: RM219

Beli di sini: https://invl.io/clk9ghs



Long TV

Android tv box terbaik seterusnya adalah LongTv Box. Ia mendapat kelulusan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) dan SIRIM dalam usaha memerangi cetak rompak. Pada tanda harga RM399, anda dapat menonton sejumlah saluran dari dalam dan luar negara  termasuk beberapa saluran dari Astro dengan optimum. 

1GB RAM + 8GB ROM, menyokong video 4K penggunaannya amat lancar tanpa sebarang lag.  Ia juga tersedia dengan port ethernet dan USB andai kata anda ingin menggunakan wireless keyboard/mouse.

Baca: Kelebihan Long Tv -  Ini yang Perlu Anda Tahu

Untuk yang gemar menyanyi, LongTV turut  menyokong aplikasi karaoke dengan ribuan lagu popular. 

LongTV ini agak mahal berbanding yang lain, tetapi berbaloi untuk jangka masa panjang. Dan, ia sah disisi undang-undang. 

Harga: RM399

Beli di sini: https://invl.io/clk9gjg

ACEBOX Q+ Android TV Box

Untuk pengguna tegar, saya cadangkan Ace Box Q+ kerana ia kuasakan dengan cipset Quad core ARM Cortex-A53 dengan 4GB RAM DDR4. Malah, anda boleh pilih variasi memori sehingga 16GB untuk anda simpan filem, video, atau gambar di dalamnya.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menikmati video 4K, tontonan yang lancar tanpa sebarang lag. Pengalaman menonton penstriman berkualiti tinggi pastinya menyeronokkan. Lebih-lebih lagi kalau anda menggunakan pakej internet 100Mbps. 

Dari sudut rekaan, android box ini memang cantik.  Kotak hitamnya melengkung dan dikelilingi lampu LED RGB berwarna-warni.

Harga: RM145

Beli di sini: https://invl.io/clk9gkp

EVPAD 10P 8K Smart TV BOX

Harganya mungkin agak keterlaluan, tetapi mendapat banyak rekomendasi dek kerana kelancaran sistem operasinya. Dikuaskan dengan chipset Quad-core A53 64 bit dengan padanan Android 10. 

Ia adalah model flagship untuk pengguna tegar yang ingin menonton penstriman 6K dan gaming. Ini kerana tersedia permainan video di dalamnya. 

Selain itu telah tersedia pelbagai aplikasi khas untuk menonton filem dan siri tv terkini. Just plug and play sahaja. 

Spesifikasi ini cukup untuk anda sekeluarga menonton penstriman lancar pada kualiti visual terbaik. 

Harga: RM419

Link pembelian: https://invl.io/clk9goh

NVIDIA Shield TV

Bagi mereka yang memiliki tv 4K, NVIDIA Shield adalah Android box terbaik untuk anda. Jenama premium ini bakal memberikan pengalaman menonton filem yang lebih imersif. 

Kenapa mahal sangat? Sebab ia cukup berkuasa dari segi cipset, kualiti audi Dolby Vision dan visual. Rekaannya pula compact. Berbentuk silinder kecil yang memang direka supaya ia tersorok di belakang tv. Lengkap dengan 1GBPS LAN port, slot micro SD card, dan HDMI.



Remote NVIDIA Shield TV 2019 juga berbeza dengan yang lain. Selain butang Netflix, ia juga hadir dengan butang fast foward, rewind, play/pause, dan kawalan suara. 

Ciri lain yang membuatkan ia lebih mahal adalah kemampuannya dalam handle video games. Memang lancar dan padu buat kaki gaming.

Tidak hairanlah sekiranya ia diangkat sebagai Android box terbaik di luar negara. 

Harga: RM1128

Link pembelian: https://invl.io/clk9gq4

H96 Max Android TV

Android box ini juga mendapat review baik dari pelanggan. Basic, murah, dan lancar. Permulaan yang baik untuk mereka yang nak beralih dari syarikat televisyen satelit berbayar. 

Terdapat TIGA variasi untuk anda pilih iaitu dari 2GB RAM + 16GB ROM hingga 4GB RAM + 64GB ROM. Anda boleh pilih mengikut bajet dan saiz storage untuk simpan file. 

Banyak sekali pre-installed channels dan filem untuk ditonton. Malah, anda akan mendapat update movie dan series terkini. Sangat-sangat berbaloi dan reviews pun positif.

Harga: RM178

Link pembelian: https://invl.io/clk9gsp

9. T95 6K TvBox

Pada tanda harga serendah RM145, anda sekeluarga dapat menonton lebih 10,000 channel. Anda boleh layan movie Hollywood, K-Drama, Jepun, UK, Australia, Arabic, dan lain-lain secara percuma. Memang banyak sangat rancangan menarik dari pelbagai kategori iaitu sukan, berita, kartun, dan dokumentari. 

Android box ini senang digunakan. Tambahan pula, setiap pembelian disertakan dengan remote control. Ia juga disokong dengan bluetooth, ini bermakna anda boleh guna wireless keyboard atau lain-lain. 

Oleh kerana harganya murah dan boleh akses ribuan saluran tv, makan banyaklah iklan yang terpapar. 

Harga: RM138

Link pembelian: https://invl.io/clk9gt7

MYVIU TV Box

MYVIU TV Box ini juga semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Harganya agak tinggi, tetapi memiliki kandungan terbaik dan berbaloi untuk jangka masa panjang. Pengguna dapat menikmati ribuan saluran dari Malaysia, Singapura, Korea, UK, US, India, dan banyak lagi. 

Kebanyakan rancangan juga menyediakan sarikata dalam Bahasa Melayu. Best kan? Support video 4K, 2GB+8GB, dan hadir dengan remote control. 

Harga: RM349

Link pembelian: https://invl.io/clk9gtt

MECOOL KM7 Plus GoogleTV

Versi terkini 2023, Jenama ini masih baru dalam arena Android box, tapi mendapat respon baik dari pengguna. Banyak juga kelebihan Mecool ini yang membuatkan ia amat berbaloi untuk anda beli.

Antaranya disahkan oleh Netflix dan Google. Terdapat dua port USB, guna Android 10, dan support resolusi 4K dan UHD. Selain itu ia juga hadir dengan Google Assistant dan Chromecast. 

Sistem operasi Android 11 yang efisen dan CPU S905X4-B Quad-Core A55 memang membantu dalam menjadikan android box ini lancar. Senang untuk anda taip tanpa ada masalah lagging. 

Rekaan kotaknya juga sleek, membuatkan ia tampak cantik pada rak tv.

Harga: RM289

Beli di sini: https://invl.io/clk9gva

12. Google Chromecast TV 4K

Produk dari Google! Kalau anda nak setup yang lebih simple dan tak nampak serabut pada rak tv, saya cadangkan Google Chromecast with Google TV.

Semudah plug and play seperti Mi Tv Stick. Tapi peranti ini tawar lebih banyak kelebihan sepert support resolusi 4k, 2GB RAM, dan memori 8GB.

Ia turut didatangkan dengan Google Assistant, di mana anda boleh membuat carian dengan arahan suara sahaja.

Harga: RM219

Beli di sini: https://invl.io/cljqss3

 

 


Realme Smart TV terbaik

Selain mendapatkan Android box, andai kata anda nak juga beli smart tv, saya cadangkan beli je Realme Smart Tv. Dilancarkan pada 2020, lengkap dengan Android yang boleh muat naik pelbagai apps termasuklah main game. Hadir dalam 2 saiz iaitu 32 inci & 43 inci. 


Harga: dari 669

Beli di sini: https://invl.io/cljqsst

Netflix murah Malaysia

So Android box/smart tv dah ada. Macam mana nak tengok Netflix? Nah, kalau korang tak nak subscribe sendiri mungkin sebab takde kad kredit atau rasa tak berbaloi, korang boleh langgan 1 profile sahaja. Ramai yang buat macam ni termasuk saya sendiri. 


Kat Shopee banyak seller menjual shared akaun Netflix murah. Ada yang RM8.90 untuk 2 bulan. Murahkan? Review pelanggan pun terbaik. 

Link pembelian - https://invl.io/cljqst7

Semoga artikel ini dapat membantu anda dalam mendapatkan Android Box terbaik yang sesuai dengan bajet dan keperluan. Rata-rata mengakui yang peranti ini sangat berbaloi dan lebih jimat berbanding langganan Tv satelit. 


Tags

Post a Comment

20Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Wow.......this is a cool android box. Rupa dia pun cantik dan stunning. Thank you for sharing your review with me.

    ReplyDelete
  2. Tertarik dengan MXQ Pro 4K TV Box ni sebab murah tapi boleh layan dalam resolution 4k

    ReplyDelete
  3. Banyak betul pilihan ye. Rawlins tak perasan pun ada.banyak gini.
    Pasal shared Netflix tu, Rawlins kongsi dengan sepupu. Tapi yang android box ni, my uncle and cousin ada a few - tak ingat yang mana. Tapi better amik yang 'halal' kan

    ReplyDelete
  4. Wahh bagus banyak pilihan , walaupun kat rumah dah guna Netflix tapi rasa macam nak tambah satu android box pulak tapi tak tahu mana yang best . Dah ada review tiap satu box ni bolehlah buat option yang sesuai dengan bajet.

    ReplyDelete
  5. Banyak jugak pilihan android box ni eh. Ingatkan semua sama jenis je. Rupanya banyak jenis jugak. Ada mahal ada murah. Iza kat rumah pakai netflix je. Tapi ritu husband macam ada terfikir nk cari android box. Boleh la share dengan dia nanti.

    ReplyDelete
  6. Memang sekarang banyak TV box kat pasaran kena check coz some are illegal. I biasa guna netflix

    ReplyDelete
  7. Alaaa terlambat plak tau benda ni, sebab Suami beli Xbox dah.. so far ook gak guna, macam android box ni juga.. tapi bila baca sini, android box ni lebih menarik..ermmm

    ReplyDelete
  8. Interesting la android box ni.. macam harga2 yang tertera tue is a one time payment kah? rupanya ada banyak brand available in the market ye..

    ReplyDelete
  9. Tak tahu pun ada bnyak jenis. Cuma tahu android box yang beberapa syarikat Telco tu ajela. Ramai dah pki sb fungsinya tak terbatas untuk hiburan.

    ReplyDelete
  10. Marina punya yang no. 2 tu. Tapi anak yang duk melayan youtube saje. Sabo je le

    ReplyDelete
  11. so far khai beruntung sebab tv yang beli ni semuanya ada tak perlu beli adapter tambahan untuk netflix dan sebagainya. dah 4 tahun pakai masih okay hopefully tahan lama. thank you sebab share mana tahu nanti memerlukannya juga

    ReplyDelete
  12. the price is really affordable and this looks like a great lockdown companion!

    ReplyDelete
  13. Lama mencari android box.. tgh survey2.. agak menarik pakej ni.. boleh cadang kat en suami

    ReplyDelete
  14. First time tau ada org jual shared netflix kat shopee. Tak pernah terfikir nak buat haha. Otak bisnes betul diorang ni.

    ReplyDelete
  15. I check the price and it is reasonable price. And I think this is a good business too. hehe

    ReplyDelete
  16. pakej internet paling smooth untuk running android box?

    ReplyDelete
  17. Terima kasih..sedang mencari2..info sgt berguna..

    ReplyDelete
  18. boleh suggest kan pada saya box yang mana ok..kalau boleh yg ada app disney hot star..netflix and you tube off coz yg tu mesti wajid ada..pls cadang kan saya yg mana satu ok..hope dapat tolong

    ReplyDelete
    Replies
    1. mi tv stick paling terbaik dari segi harga dan function. saya guna ni. sangat berbaloi. lancar.

      Delete
  19. nk tanya.. kalo smart tv bukan resolutions 4k..android box mne yg support?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top