Ramai yang mula terkesan dari sudut ekonomi sejak pandemik COVID-19. Cara terbaik untuk jana pendapatan sampingan adalah dengan cara buat duit online. Kalau anda ada telefon pintar/laptop dan sambungan internet, ambillah peluang untuk buat duit online. Ia cukup mudah dan lumayan!
Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri yang telah berjaya buat duit dari beberapa platform. Saja nak kongsikan.
Tak perlu ke mana-mana, anda boleh buat duit dari rumah pada bila-bila masa. Ada juga yang buat duit dengan handphone tanpa modal. Sesuai untuk suri rumah, student, atau anda yang sudah berkerja tetapi ingin cari duit secara santai.
Cara buat duit online yang berkesan dan lumayan
1. Buat duit dengan affiliate Involve Asia
Apa itu affiliate? Apa yang anda perlu lakukan hanyalah mempromosikan produk dengan link tertentu. Anda akan mendapat komisen sekiranya jualan terhasil dari LINK yang anda kongsikan. Anda boleh kongsi melalui blog, sosial media, email, atau kongsi dengan rakan secara terus melalui WhatsApp.
47 jualan dalam masa 30 hari. Not bad la kan? |
Paling best, Involve Asia menawarkan puluhan merchant seperti Shopee, Lazada, Watsons, Klook, Adidas, Malaysia Airlines, dan banyak lagi untuk ada promosikan. Pilih mengikut content atau niche blog.
Saya dah ajar cara daftar dan tips promosi dengan detailed di artikel - Buat Duit dengan Affiliate Involve Asia.
Promosi di sosial media
Tak perlu ada blog untuk buat duit dengan affiliate, anda juga boleh promosi di Facebook, Twitter, atau Instagram. Mana tahu, tweet rekomend produk tu boleh blow up. Contohnya, saya tweet tentang Mi Tv Stick yang saya beli beberapa bulan lepas. Saya buat ala-ala short review, dan saya selitkan link Shopee agar pembaca beli guna link tersebut.
Jangan sia-siakan jumlah followers anda yang ramai tu. Boleh daftar PERCUMA di - Homepage Involve Asia
2. Buat duit online dengan affiliate Klikjer
Klikjer juga sebuah platform yang cukup terkenal dengan produk ebook. Ramai yang telah jana ribuan ringgit sebulan melaluinya. Pada saya, Klikjer yang menawarkan komisen paling lumayan iaitu 50% dari hasil jualan. Mostly komisen RM50 untuk satu ebook yang terjual.
Klikjer ni mostly jual ebook berkaitan bisnes. Contohnya cara memulakan
perniagaan. Jadi musim PKP ni memang ramai yang nak start buat bisnes untuk
buat duit lebih. Ambil peluang ini untuk jana komisen sekaligus
buat duit online dari rumah!
Baca: Buat Duit dengan Affiliate ACCESSTRADE
Lihat sahaja gambar di bawah. Saya berjaya buat beberapa jualan dalam masa satu hari.
Kelebihan affiliate Klikjer
- Komisen lumayan iaitu 50% dari harga jualan.
- Pembayaran pada setiap 4hb atau 5hb setiap bulan, tidak kira berapa jumlah yang terkumpul
- Cookies - Katakan pembeli membuat pembelian seminggu atau setahun kemudian, Klikjer akan mengesan cookies tersebut dan kreditkannya sebagai jualan anda.
- Menawarkan ebook dan panduan yang pelbagai untuk anda pilih.
Korang boleh daftar percuma di - Klikjer.com
3. Google Adsense
Cara buat duit online seterusnya adalah dengan Google Adsense. Pengiklanan seliaan Google sendiri di mana Google memaparkan iklan berbentuk gambar, teks, atau video. Kalau nak tahu, Adsense adalah sumber income utama blog ini.
Ini merupakan teknik yang diguna pakai oleh blogger dan Youtuber yang jana ribuan ringgit sebulan. Kenapa lumayan? Kerana anda akan dibayar dalam USD. Lihat sahaja earnings salah satu blog saya. $4 USD sehari.
Macam mana cara buat duit dengan Google Adsense ni?
Bina sebuah blog, pastikan content blog itu asli, mempunyai pengunjung yang
konsisten, dan patuh beberapa syarat mudah. Lebih banyak views dan klik, lebih
tinggi bayaran. Ini merupakan cara buat duit online mudah USD tau!
4. Paid Review
Saya yakin anda semua pernah dengan tentang bagaimana sosial media influencers buat duit dengan paid review. How it works? Sekiranya anda memiliki jumlah followers yang ramai atau trafik blog yang baik, client akan menghubungi anda untuk tawaran review berbayar.
Kebiasaannya, client akan menghantar produk mereka atau terus membayar dengan jumlah tertentu. Anda akan dibekalkan dengan beberapa arahan bagaimana post tersebut harus ditulis.
Blog ini juga sering menulis paid review. Contohnya artikel telefon baru Realme 7 5G yang saya publish tempoh hari.
Teknik buat duit online ini sesuai untuk student yang ada jumlah followers Facebook, Twitter, atau Instagram yang ramai. Kalau nak tahu cara tingkatkan jumlah followers & jualan di Instagram, boleh rujuk - Panduan Instagram Kaboom.
5. Bisnes Shopee
Cara buat duit dengan Shopee! Perniagaan online semakin berkembang kerana ia lebih jimat berbanding kedai fizikal. Tak perlu bayar sewa kedai, hanya urus bisnes dari rumah sahaja.
Baca juga: Cara Berniaga di Shopee
Daftar Shopee sebagai penjual juga PERCUMA dan tak perlu daftar perniagaan SSM. Hanya perlu sambungan internet dan komputer. Anda boleh jual produk sendiri ataupun dropship.
Kelebihan berniaga di Shopee:
- User friendly - Websitenya mudah difahami dan mudah untuk menguruskan jualan, buat diskaun, promosi, dan cara pos barang yang mudah.
- Free Shipping Program - Shopee tawarkan program penghantaran percuma di mana seller dan pelanggan tak perlu bayar shipping.
- Dropship - Tak perlu simpan stock. Cuma promosi dikedai anda, dan supplier akan hantar barang kepada customer.
- Tak faham English, jangan risau, ada dalam Bahasa Melayu.
Banyak lagilah yang best tentang berniaga di Shopee ni. Korang boleh rujuk panduan ini untuk pencerahan. - Panduan Bisnes Shopee.
6. Buat duit dengan Affiliate Tiktok
Ramai yang dah mula sedar yang shopping di Tiktok memang berbaloi! Bukan sahaja banyak pilihan produk, ia juga murah dan anda ditawarkan voucher yang banyak.
Nak buat duit di Tiktok? Senang je, tak payah keluarkan modal, simpan stok, atau pos barang.
Apa yang perlu anda buat hanyalah buat video promosi produk, dan add link produk dalam video. Sekiranya ada pembeli, anda akan mendapat komisen dari setiap jualan yang terhasil. Ini adalah cara buat duit online student yang famous tau. Buat video je dapat duit!
Baca artikel - Cara Jadi Affiliate Tiktok Malaysia untuk tahu dengan lebih terperinci.
Kalau nak ikutkan, banyak lagi teknik contohnya buat duit online dengan PayPal. Tapi anda tak boleh buat duit secara terus darinya. PayPal hanyalah payment gateway. Tetapi anda boleh buat duit secara online yang bayar ke PayPal akaun anda. Nantilah saya terangkan dalam artikel akan datang.
Semoga artikel cara buat duit online ini dapat membantu anda dalam menghasilkan pendapatan pasif. Ini bukan scam, saya dah cuba kesemua cara di atas dan ia memang berhasil! Jangan lupa kongsi artikel ini ya? Good luck!
Banyak cara nak buat duit online ni tapi kena rajin la kan. Kena berusaha bersungguh-sungguh. Google Adsense tu paling menarik.
BalasPadamYes there are truly many unlimited ways to earn an income online but one must be ready to work hard and put in the effort. Nothing worthwhile comes easily.
BalasPadamTerima kasih berkongsi cara nak jana pendapatan online , ada yang kat atas tu saya dah register tapi belum fully utilize lagi. Harap dapat mcm otai2 juga.
BalasPadamye ke shopee tak charge Dan 100% keuntungan pada seller. saya pernah niaga shopee, ada je potongan fees setiap sales
BalasPadamBuat affliate dan dropship mmg not bad kan.. ada income bunian org kata
BalasPadamMenarik. Klikjer tu lumayan sungguh. Adsense sy tk masyuk sangat. Bolehla cuba platform online lain.
BalasPadamSetakat ni, adsense dan jualan gambar Sis aje yang Sis buat duit.. tu yang rajin je update blog, sebab nak iklan menari-nari hehehe
BalasPadamThis is indeed an interesting article with so many useful tips on making money online. learned a lot from you today :)
BalasPadamBanyak sebenarnya cara nak buat duit online ni kan. Yg penting kena rajin usaha, jangan tunggu rezeki datang bergolek je.
BalasPadamTerima kasih share. Memang banyak jalan dan cara untuk buat duit online. Kena rajin, usaha dan tawakal dalams etaip apa yang kita buat.
BalasPadamWaktu sekarang memang semua orang cari side income nak tambah pendapatan. Thank you sharing benda macam ni bermanfaat sangat
BalasPadamThank you sharing info bermanfaat ni. Memang banyak jalan and cara untuk cari income tambahan ni. Just kita kena doa, usaha and tawakal kepadanya. Moga-moga ada rezei yang datang dengan hasil usaha kita lakukan.
BalasPadamhampir semua saya dah cuba dan ianya sangat best.. buat secara santai pun boleh generate income
BalasPadamTeringin nak belajar lebih detail tentang Google Adsense ni since dah mula active dalam blog kan sekarang.. nak juga earn something out of it in near future (Y) few other options pun really catches my eye on it.. (Y)
BalasPadamThanks for the tips kita pun nak belajar cara buat duit secara online.
BalasPadamSatu sharing yang terbaek. Tak pernah tau pasal klikjer - maybe lepas ni nak try. Ramai yan g dah kaya dgn jadik affiliate ni , mmg rugi kalau tak join the crowd.
BalasPadam