Cara Daftar Shopee Sebagai Penjual

13

Berniaga secara online sudah terbukti keberkesanannya. Bagi yang ingin memulakan perniagaan, Shopee adalah platform terbaik untuk anda cuba kerana ia merupakan e-commerce nombor 1 Malaysia. Jom baca cara daftar Shopee sebagai penjual.

Shopee mencatat jutaan pelawat setiap bulan dan jutaan jualan setiap tahun. Malah, portalnya juga mesra pelawat. Jadi, rugilah kalau anda tak ambil peluang untuk menjual.

 

Memulakan perniagaan di kedai fizikal amat berisiko dan memerlukan modal yang banyak. Contohnya anda kena mohon lesen SSM, sewa kedai, logistik, dan simpan stok.

Berbanding dengan berniaga di Shopee, anda memiliki pelbagai kelebihan untuk mencatat jualan yang tinggi.

Kelebihan jual barang di Shopee

  1. Daftar PERCUMA
  2. Tidak memerlukan lesen perniagaan SSM
  3. Platform yang mudah untuk digunakan.
  4. Boleh tukar bahasa kepada Bahasa Melayu
  5. Boleh apply Free Shipping Program
  6. Boleh buat diskaun dan sertai 'campaign' untuk jualan besar-besaran seperti 11.11
  7. Boleh 'boost' produk supaya berada di halaman utama carian agar mudah dilihat. 
  8. Tidak bergantung kepada jumlah followers

Dalam artikel ini saya akan kongsikan serba sedikit tentang cara nak jual barang di Shopee. Apa yang ada perlukan hanya sebuah laptop/computer dan printer (optional).

Cara daftar akaun Shopee

Untuk menjual, anda perlu daftar akaun Shopee sebagai pembeli dahulu. Sekiranya dah ada akaun pembeli, abaikan langkah ini.

Langkah 1: Daftar di https://shopee.com.my/signup

Langkah 2: Masukkan nombor telefon

 

Langkah 3: Masukkan kod verifikasi yang ada terima pada telefon sebentar tadi. 

Langkah 4: Cipta password untuk anda login kelak. 

Siap akaun Shopee!

 

Artikel berkaitan:

+ Cara Jual Barang di Shopee 

+ Cara Pos Barang di Shopee

+ Cara Berniaga di Shopee 2021

+ Cara Jual Barang Dropship di Shopee

 

Cara Daftar Shopee Sebagai Penjual

Setelah selesai buat akaun sebagai pembeli, anda kini dibenarkan untuk buat akaun sebagai penjual pula iaitu di Seller Center.

Langkah 1:  Pergi ke laman utaman Shopee, dan tekan Shopee Seller di bahagian kiri atas. Atau layari secara terus di sini > https://seller.shopee.com.my/account/signin?next=%2F

Langkah 2: Pergi ke 'Shop Profile'.

Masukkan butiran penting seperti nama kedai, alamat, nombor telefon, cover photo, Shop Description, dan nombor lesen perniagaan SSM (jika ada). Langkah ini dikira sebagai untuk 'menghias' kedai agar menarik dan meyakinkan pelanggan.

Langkah 3: Pergi ke Finance > Bank Account.

Pada step ini, pilih 'Add Bank Account' masukkan maklumat bank seperti nombor bank akaun untuk anda mendapat bayaran setelah jual terhasil kelak. 


SIAP! Tahniah, anda kini telah berjaya buka kedai Shopee! 

Cara masukkan produk ke kedai Shopee

Langkah 1: Tatacaranya amat mudah! pergi ke Product > Add New Product. 

Masukkan semua informasi berkaitan produk dalam ruang yang disediakan seperti jenama, saiz, warna, ukuran, material, dll. 


 Langkah 2: Dibahagian Sales Information, masukkan harga dan variasi produk.

Langkah 3: Media Management, pada langkah ini masukkan gambar-gambar produk. Sertakan juga video jika ada. 


 

Langkah 4: Masukkan berat dan ukuran produk dengan tepat. Kos penghantaran adalah mengikut berat dan saiz produk yang anda nyatakan. 

Langkah 5: Semak balik maklumat produk, dan tekan 'Save and Publish'. 

Kini produk anda telah tersenarai di laman Shopee! Sekarang ni cuma tunggu sales masuk sahaja. 



Itu baru cara daftar sebagai , banyak lagi yang perlu anda pelajari untuk melariskan jualan. Saya cadangkan anda baca Panduan Bisnes Shopee

Kandungan panduan ini akan menerangkan dengan detail dari A-Z seperti teknik, rahsia,cara daftar dropship di Shopee online, berserta senarai supplier, dan banyak lagi. 

Anda juga akan dapat 3 buah ebook bonus iaitu: 

  1. Jual Produk Tanpa Pesaing
  2. Cara Promosi Secara Percuma
  3. Strategi Niaga Tanpa Modal Di Shopee

Menjual di Shopee dengan cara yang betul barulah berhasil. Baca dulu panduan ni okay? - Panduan Bisnes Shopee.

Semoga artikel cara daftar Shopee sebagai penjual ini dapat membantu dalam memulakan bisnes kecil-kecilan. Good luck!

Post a Comment

13Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Kena buat bisnes dekat shopee ni :)

    ReplyDelete
  2. Platform shopee ni mmg bgus.. Mudah interface dia utk seller dgn buyer... Saya pun ada acc sellee shopee ni

    ReplyDelete
  3. Tq for sharing, even takde bisness tapi rasa macam nak try jual baju2 prelove yang banyak ni haaa

    ReplyDelete
  4. Membantu info ni bagi mereka yang ingin mula berniaga di platform Shopee..nak pencen nanti nak meniaga la..

    ReplyDelete
  5. Sekarang dah semakin mudah untuk berniaga. Rawlins pun dah a few items berjaya jual di Shopee, kebanyakkanya pre-loved.

    ReplyDelete
  6. Terbaik! Ramai kawan2 mencari guide utk daftar sebagai peniaga Shopee, senang saya copy paste je link blog ni hehe tq brader :)

    ReplyDelete
  7. panduan yang bagus, ramai nak daftar tapi tak tau. moga manfaat untuk yang cari tips jadi seller shopee

    ReplyDelete
  8. Katanya sekarang ada perubahan dekat Shopee ya? Nanti nak Try lah buat juga sebab khai pun berniaga kecil kecilan

    ReplyDelete
  9. Ohh mudah jer cara nak daftar jadi penjual yer ok lah kita nak buat juga lah tapiiii nak jual apa yer hehehehe tak ada barang apa yang boleh jual kat Shopee sekarang ni ada lak 6.6 promo lagi meriah..

    ReplyDelete
  10. So nice kan boleh daftar as Seller dalam Shopee with just few simple steps... before PKP last time pernah try sekali dengan housemate, sekali products yang kami jual now dah stop production.. was trying to invest to continue the product, hopefully ada rezeki..

    ReplyDelete
  11. i just tried to register my business on the app the other day and definitely loving how simple it is!

    ReplyDelete
  12. Ruby dah daftar sebagai seller lama juga dulu. Pastu lg minat membeli. Wakakaka. Sib baik Shopee ni bagus satukan akaun penjual dan pembeli. Tak perlu nak login sana sini kan.

    ReplyDelete
  13. Sis memang seller di Shopee tapi lama tak menjual sebab barang yang Sis jual tu, dealer dah tak keluarkan, so now tengah fikir nak mencari sesuatu nak jual dalam Shopee Sis..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top