Toner Untuk Kulit Kering | Selepas mencuci muka, langkah seterusnya adalah menggunakan 'toner'. Biarpun penggunaannya tidak wajib seperti moisturizer, toner penting untuk kekalkan kelembapan semula jadi dan menjadikan kulit agar lebih sihat dan mulus.
Fungsi toner wajah
Toner berfungsi untuk mengembalikan pH kulit selepas mencuci agar dapat menyerap moisturizer/serum/krim yang akan anda pakai pada langkah seterusnya. Selain itu, toner juga dapat membersihkan kotoran yang tidak dapat dicuci oleh pencuci muka.
Terdapat 2 jenis toner dipasaran iaitu:
- Hydrating - Untuk memberikan hidrasi kepada kulit
-
Exfoliating / acid toner - Mengandungi AHA/BHA untuk buang sel kulit mati untuk menyerlahkan kulit sihat
Cara pakai toner dengan betul
- Tuang beberapa titis di atas tapak tangan, dan sapu pada wajah. 'Tap' muka hingga betul-betul menyerap.
-
Tuang beberapa titis di atas kapas. 'Tap' pada muka dengan perlahan-lahan agar
rata.
Tips memilih toner
Kenal pasti jenis kulit anda terlebih dahulu. Sekiranya kulit kering, pilih toner jenis 'hydrating' agar dapat mengimbangi minyak semula jadi kulit.
Untuk mereka yang memiliki kulit kering, saya senaraikan beberapa jenama toner yang sesuai untuk anda. Kebanyakannya boleh dibeli di drugstore, namun saya sertakan juga link pembelian agar anda boleh beli dengan harga lebih rendah.
1. Simple Soothing Facial Toner
Sekiranya anda merupakan pengguna tegar produk Simple, maka haruslah guna toner Simple untuk kulit kering. Botol berwarna hijau ini bagus untuk kulit kering. Memiliki kandungan mesra kulit iaitu Pro-Vitamin B5, Chamomile, Witch Hazel, dan Allantoin.
Baca: Toner Untuk Kulit Kering di Watson
Ia tidak memiliki fragrance dan bahan kimia. Malah toner Simple ini tidak
melekit dan mudah meresap. harganya pun amat berpatutan, around RM16 - RM18
sahaja. Ini adalah toner untuk kulit kering di Watsons yang berbaloi untuk
anda cuba.
Harga: RM20
Beli di sini: https://invl.io/clkv662
2. Hada Labo Premium Hydrating Lotion
Mereka yang memiliki kulit mulus pasti menggunakan salah satu dari produk Hada Labo (HL). Salah satu yang popular sudah tentulah lotion nya. Oh ya, HL menggunakan terma 'lotion' untuk toner.
Mengandungi 7 jenis Hyaluronic Acid untuk meningkatkan kelembapan kulit dari dalam agar tampak sihat dan segar sepanjang hari.
pic: alexisadrienne.net |
Nilai pH nya juga seimbang dan sesuai untuk kulit kering dan berminyak.
Teksturnya agak pekat berbanding toner lain, namun ia langsung tidak melekit.
Lepas pakai toner ni, sapu pula serum untuk kulit kering (kalau rajin).
Harga: RM43
Beli di sini: https://invl.io/clkv6t1
3. Etude House Soon Jung pH 5.5 Relief Toner
Nilai pH 5.5 dan mengandungi panthenol serta madecassoside. Kesemua ini amat baik untuk kulit kering dan sensitif. Ia mampu mengekalkan kelembapan kulit selain menjadikannya segar dan lembut.
Produk dari Korea Selatan ini juga memiliki glycerin, sebab itulah si anda bakal rasa sejuk disaat memakainya. Ia tidak terlalu cari, tetapi mudah menyerap ke dalam pori.
pic: navatirre.net |
Sekiranya kulit sensitif dengan alkohol, nah, inilah toner untuk kulit kering
tanpa alkohol yang terbaik.
Harga: RM37
Beli di sini: https://invl.io/clkv6ta
Artikel berkaitan:
+ 10 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering
+ 12 Moisturizer Terbaik Untuk Kulit Kering
+ 7 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering di Watsons
4. Skintific 5X Ceramide Soothing Toner
Kandungan utama dalam toner ini ada ceramide. Ceramide ini memang yang sudah terkenal dengan fungsinya untuk mengekalkan kelembapan dan menguatkan skin barrier. Ia juga memastikan kulit kekal sihat.
Disamping itu, itu turut mengandungi complex prebiotic untuk mengurangkan masalah kulit seperti kemerehan, jerawat dan kering sehingga menggelupas.
Sesuai dipakai setiap hari, dan Skintific ni memang ramai pengikut tau. Harganya pun masih munasabah. Berbaloi kalau anda nak cuba.
Harga: RM49
Beli di sini: https://invol.co/cl3gvsn
5. Clinelle Soothing Skin Toner
Diformulasi untuk menenangkan, mengekalkan kelembapan, dan menganjalkan kulit. Bukan itu sahaja, toner ini ada beberapa kebaikan lain seperti:- Repair - Pro Vitamin B5 yang memperbaiki lapisan kulit.
- Refine -Vitamin E yang mengekalkan kelembapan.
- Reshield - Aloe vera untuk menenang dan merawat kulit.
Harga: RM31
Beli di sini: https://invl.io/clkv9yt
6. Neutrogena Alcohol-Free Toner
Agak berpatutan dan ia juga toner untuk kulit kombinasi. Saya sendiri menggunakan toner ini biarpun memiliki kulit kombinasi - oily. So far dah guna 3 botol. Selain memberikan kelegaan, toner ini turut menanggalkan kotoran yang tidak dapat dibersihkan oleh pencuci muka.
Saya sendiri guna toner ini. Tidak mengering atau buat muka berminyak. Bahkan boleh tanggalkan daki tau. Anda boleh nampak daki pada cotton pad. Memang satisfying.
Ia lembut dan tidak memiliki fragrance. Amat bagus untuk kulit kerana menanggalkan kotoran agar sedia untuk memakai moisturizer pada langkah seterusnya.
Harga: RM17
Beli di sini: https://invl.io/clkv9yy
7. Klairs Supple Preparation Unscented Toner
Jenama Klairs ni memang terkenal seantero dunia dek kerana keberkesanannya. Klairs Supple Preparation Unscented Toner adalah formulasi yang diperbaharui.
Toner ini mengandungi banyak ingredients hydrating seperti propanediol, glycerin, alove vera, and panthenol.
Kemudian, tak ada alkohol dan fragrance. Sangat sesuailah untuk kulit kering. Formula terbaharu ini lebih pekat dan langsung tidak melekit. Works well dengan moisturizer yang akan anda pakai pada langkah seterusnya.
Harga: RM19
Beli di sini: https://invl.io/clkva3h
8. Wardah Face Lightening Toner
Banyak betul rave tentang toner ni. Harga mampu milik dah memiliki kandungan bak produk high end. Ia adalah exfoliating toner jenis mild di mana anda boleh guna setiap hari. Kandungan glycolic acid 5% membantu membersihkan liang pori yang tersumbat.
Ia membolehkan produk seterusnya menyereap dengan lebih baik. Di samping glycolic acid, toner ini dgabungkan dengan niacinamide, AHA, dan vitamin C, untuk menghasilkan kulit yang berseri.
Kalau anda cari toner untuk kulit kering dan mencerahkan, boleh cuba produk ini ya.
Harga: RM6.30
Beli di sini: https://invl.io/clkva4d
9. Muji Light Toning Water (High Moisture)
myskincareregime.com |
Produk dari Jepun ini tidak kurang hebatnya. Baik untuk kulit kering dan sensitif. Tidak mengandungi alkohol, tetapi ia mudah menyerap pada kulit dan tiada kesan melekit.
Banyak membantu dalam melembapkan kulit sebab ade Hyaluronic Acid. Toner ini juga boleh buang dirt/daki yang tidak dapat dibersihkan oleh pencuci muka.
Seperti biasa, pakai dua kali sehari sama ada guna cotton pad atau tap sahaja dengan tapak tangan.
Harga: dari RM21
Beli di sini: https://invol.co/cl3gvya
10. Jelita KL Premium Saffron Toner
I don't normally promote local products but this one is worth to write about. Sama sepertiKayman, Jelita KL tidak overclaim dan merepek.
Kandungannya juga ringkas dan memenuhi kehendak kulit agar kekal hidrasi. Antaranya Rose Water, Centella Asiatica, Licorice Root, Saffron, dan Aloe Vera.
Ia lebih pekat dari air, tidak melekit, dan ada sedikit bau rose. Tidak terlalu kuat, just nice. Biarpun pekat, toner ini langsung tidak berminyak lepas sapu. Hasilnya, kulit lebih segar.
Harga: RM67
Beli di sini: https://invl.io/clkva78
11. Naturie Hatomugi Skin Conditioner
Merupakan toner nombor satu di Jepun dan selalu je sold out di drugstore Malaysia. Memberikan 3 kali kelembapan untuk memastikan kulit kekal terhidrasi sepanjang hari. Kulit kering bertambah lembap, manakala boleh mengawal extra sebum di sesetengah kawasan.
Ditambah dengan amino acid untuk retain skin moisture, kemudian vitamin B1 dan B2 untuk menangani jerawat dan tiny bumps.
Takde fragrance atau bahan-bahan aktif lain, jadi ia ideal untuk pemilik kulit sensitif.
Harga: RM26
Beli di sini: https://invl.io/clkva8u
Toner untuk kulit kering yang saya kongsikan di atas adalah yang popular dan
menjadi rekomendasi warga net. Kalau anda ada cadangan lain, boleh kongsikan
dalam ruangan komen di bawah. TQ!
Best tak kalo toner untuk lelaki? heeeee
BalasPadamtakder toner utk lelaki kid. boleh je pakai yg mana2 di pasaran. kulit tidak kenal jantina. hehe
PadamSis memang tak pakai toner. Skip yang ni. Hehe tapi oklah bagi yang pakai, cari yang sesuai dengan kulit lah.
BalasPadamTq sebab updet pasal toner nih , kadang kena baca review macam ni supaya ramai dapat buat pilihan yang betul . Saya pakai toner juga cuma bila teringat , jenama tak kisah janji sesuai. Paling teringin nak cuba yang Hada Labo tu . Feedback pun banyak kata bagus.
BalasPadamharitu try pixi tapi agaknya skin routine tak bagus, habissss kulit jadi macam terbakar huhu. now dah tukar brand lain
BalasPadamToner pun memacam kan. Kalau pilih, kena tengok serasi ngan kulit tak. Sekarang dah mudah, promoter pun rajin belek muka kita. Hehehe. Akak vote utk Klairs tu. Sesuaii ngan akak. Hehehe.
BalasPadamBagus semua toner yg direkomenkan. As long ianya sesuai dengan Kulit Mika kita
BalasPadamOoo Kalau toner memang Sis guna Hada Labo tu.. serasi dengan kulit Sis..
BalasPadamSo far tak pernah try semua kat atas ni. kite pakai toner naturals by watsons. Setakat ni pakai memang ok.
BalasPadamDulu2 pakai toner shaklee, lepas tu dah abis takde dah pakai sampai sekarang. Tengah tengok2 yang Hada Labo tu macam menarik.
BalasPadamWow, banyak juga brand2 yang bagus di pasaran ye.. some I am familiar with but ada few yang first time nampak juga brand dia.. (Y) but so far tak pernah cuba try test lagi brand2 dalam list ni.. worth to try it out kan..
BalasPadamKita pernah apkai toner klairs dan hadalabo..Banyak toner sekarang, kene pakai ikut kulit muka..pilih yang sesuai jangan tersalah pilih
BalasPadamsetakat ni saya tak pernha lagi pakai toner. bolehlah nnti nak try. ada banyak pilihan jugak ye :)
BalasPadamSelama ni ingat toner untuk kulit berminyak je. Rupanya ada juga untuk kulit kering/sensitif, ya. Terima kasih atas perkongsian.
BalasPadamRawlins now sedang pakai yang Simple tu. Alhamdulilah, kulit makin elok dan sekata. Satu lagi dari Body Shop yang Tea Tree oil.
BalasPadamlove the Simple toner, it's really affordable and useful as well as easily accessible too!
BalasPadamiena guna hadalabo lotion sampai sekarang walaupun review produk lain tapi hadalabo lotion tetap pakai dan sentiasa ada :)
BalasPadamjujur ckp sebenarnya khai tak reti pkai toner ni aahahaa aritu penah try pakai tapi muka basah gila hahaha pastu melekit terus tak nak pakai dah
BalasPadamFaiq memang tak pernah skip pakai toner ni, sebab kulit Faiq jenis yang kering. So dengan toner ni dapat bantu melembapkan balik kulit muka Faiq.
BalasPadamKalau skin barrier rosak toner jenama ape yg sesuai untuk student pakai? Anyone can share with me? I'm still new to this skin care
BalasPadam