Mi Tv Stick Review - Android Box Terbaik di Pasaran

22

Nak tengok Netflix, Disney Plus Hotstar, atau tonton Youtube pada televisyen? Mi TV Stick adalah Android box terbaik yang boleh anda dapatkan di pasaran hari ini. Kenapa? Ia semudah plug & play, senang digunakan, mesra pengguna, dan harganya yang sangat murah. 


Saya sendiri memiliki Mi Tv Stick ini dan telah menggunakannya sejak tahun lalu. Sangat berpuas hati dengan kualitinya produk Xiaomi ini, makes me want to write this short review about it.  

 


 


But, keep in mind Mi Tv Stick ini adalah Android box kelas permulaan yang dijual pada harga sekitar RM139 sahaja. But surprisingly, ia menyokong sejumlah fungsi yang membuatkan ia amat berbaloi untuk dimiliki.


Spesifikasi Mi Tv Stick

  • Resolusi - 1080P (1920x1080, 60fps)
  • RAM - 1GB
  • Storage - 8GB
  • CPU - Quad-core Cortex-A53 
  • Sistem Opersi - Android 9.0
  • Bluetooth: 4.2 


Mi TV Stick membolehkan anda memasangnya pada televisyen dan membawa sejumlah ciri-ciri pintar ke televisyen anda. Ia dihubungkan melalui port HDMI, dan turut menyertakan sokongan Android TV.

 



Malah, tak perlu beli smart tv. Dengan Android box ini boleh transform tv lama into a smart one!


What's in the box?

Apa yang ada dalam kotak? Setiap pembelian disertakan dengan LIMA item iaitu Mi Tv Stick, Bluetooth Voice Remote, USB Cable, Power Adapter, dan HDMI cable. 


*Kabel HDMI digunakan sekiranya port HDM terlalu sempit. 



Cara pasang Mi Tv Stick

  1. Semudah 'plug & play', apa yang perlu anda lakukan hanyalah:
  2. Cucuk Mi Tv Stick pada port HDMI
  3. Sambungkan kabel USB pada tv atau guna power adapter untuk mendapatkan power supply. 
  4. Sedia untuk digunakan.


Mi Tv Stick Review


Saya telah menggunakan Android box ini selama beberapa bulan dan tidak berdepan dengan sebarang masalah setakat ini. Ia amat mudah digunakan kerana antara mukanya amat mesra pengguna. 

 

Biarpun saiz ROM cumalah 1GB, ia amat lancar dan tiada sebarang lag yang ketara. Tontonan Youtube, Netflix, dan HBO Go adalah memuaskan. Berapa kelajuan internet untuk Android box? 1.5 Mbps sudah mencukupi.  

 


 

Artikel berkaitan: 

+ Kelebihan dan Kekurangan Android Tv Box Malaysia

+ Android Box Terbaik dan Berbaloi

+ Cara tengok Netflix Percuma

+ 8 Tips Memilih Android Box 2021


Selain itu, alat kawalan jauhnya berfungsi dengan baik, Sedap dipegang dan kualiti binaanya setanding dengan produk premium. 

 

Muat turut pelbagai aplikasi

Selain menonton penstriman video, anda juga boleh muat turun pelbagai aplikasi seperti web browser, Spotify, Facebook, Zoom, Google Hangout dan lain-lain melalui Google Play Store. Terdapat lebih 5000 aplikasi that are made for tv tau!


Apa yang menjadikan peranti sebagai Android box terbaik Malaysia 2021 adalah kerana ini turut menyertakan fungsi Chromecast. Chromecast membolehkan pengguna bawakan kandungan dari telefon skrin televisyen dengan mudah.





But, don't expect penggunaannya sama seperti telefon pintar anda. Ini kerana Mi Tv Stick dijana dengan sistem operasi khas yang boleh dipaparkan di televisyen sahaja. 

 

Bermain video game

Sebagai hiburan tambahan, Mi Tv Stick turut membolehkan pengguna bermain permainan video. Kebanyakannya jenis pixelate yang menghiburkan.  

 

Kelebihan dan kekurangan Mi Tv Stick

 

Kelebihan

  • Antara muka yang lancar & senang digunakan
  • Murah
  • Stock Android
  • Fungsi Chromecast
  • Sesuai untuk travel (pasang di hotel atau dalam kereta yang ada input HDMI)


Kekurangan

  • Tidak menyokong resolusi 4K
  • Tiada port USB 
  • Tiada storage tambahan
  • Leceh buat carian tanpa keyboard
  • Google Assistant delay, tetapi tidak ketara


Harga: RM149

Link pembelian: https://invol.co/cl4an29


Overall, kalau anda tengah cari Android box untuk tengok Netflix di rumah, boleh cosider getting this device. Saya berpuas hati dan ini adalah pembelian paling berbaloi setakat ini. Dengan Disney+ akan tiba di Malaysia 1 Jun ini, bolehlah la layan pelbagai kandungan menariknya nant.

 

Mi Tv Stick sememangnya merupakan Android box terbaik untuk kelas permulaan. Ringkas, menjalankan fungsi utama dengan baik sekali. Bolehlah anda menonton penstriman video di musim pandemik ini.


Post a Comment

22Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. macam menarik je android box ni. memang tengah survey, nanti nak tanya husband kalau ok boleh pasang

    ReplyDelete
  2. Banyak betul rangkaian channel yang dapat ya !! Ni kalau anak-anak tahu , sure dyorang nak jugak Mi Tv Stick . Part best , mudah untuk dibawak masa travel tapi sekarang ni musim 'stay at home' kita boleh layan jugak

    ReplyDelete
  3. Wow, this article made me realize how 'tech-illiterate' I am. Had no idea what a TV stick was. Learned something new today.

    ReplyDelete
  4. Wow.......nampak bagus betul android box nie. Tringin pula nak mencuba nyer. Thank you for sharing your review with me.

    ReplyDelete
  5. Sounds like i should get this mi tv stick. I'm not a gadget person. So don't really know about this before this.

    ReplyDelete
  6. rumah siapa yang tak ada build in android function boleh lah dapatkan mi tv ni. macam khai nasib beli tv baru yang serba lengkap so memang tak payah dah pasang 3rd party cukup perlukan remote je

    ReplyDelete
  7. Nice. This would be great for me too - I want to watch those movies available on Disney Plus Hotstar - yes, I should. Hehe

    ReplyDelete
  8. Lama dah baca tentang Mi stick ni, sekarang ada guna mira screen tapi tak support netflix dalam tv huhu nak beli yang ni je la

    ReplyDelete
  9. Interesting to own one kan! Siap boleh tengok Disney+ is something that I will definitely go for it..

    ReplyDelete
  10. Kalau dah ada smart tv dan android tv, dah tak perlu Mi Tv Stick ni. Ia adalah option utk tv lama skit sebelum smart tv. Sebab takda capaian internet dr wifi ke tv. Ruby pun belikan utk mak. Dia nak tengok Netflix. Dah beli Mi Tv Stick ni, kita boleh subscribe pelbagai program tv best. Netflix, Viu, dan iQIYI. Nik kalau nak jimat, test semua program tv ni masa dia bg 7 hari penggunaan percuma. Kalau tengok content best. Baru subscribe bayar tahunan. Kena jaga poket kita juga. Hehehe. Setakat ni Ruby subscribe utk mak Netflix sebab bleh utk 5 akaun. So satu utk mak di kampung. RM 55 je. Murah kan!.

    ReplyDelete
  11. Sis baru gak pasang lbh kurang macam ni, sebab kat rumah ni dah takde astro, so pasang tu sebab dapat semua rancangan tv.. tu pun jarang nengok gak.. berbaloi kannnn

    ReplyDelete
  12. Marina pon beli ni aritu gara2 nak langgan netflix. Hahaha. Naseb tak beli tv baru

    ReplyDelete
  13. Thanks for sharing this review, bagus juga ni nak usha sebab tengah cari alternative.

    ReplyDelete
  14. Kalau pakai M box, Wi-Fi yg berkelajuan 30mbps boleh support tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, support. saya pun pakai unifi 30mbps. tak sangkut langsung.

      Delete
  15. Boleh download ke apps lain seperti WeTV dan iqiyi

    ReplyDelete
  16. saya pun sedang mencari mi tv box

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top