Buat Duit dengan Affiliate Involve Asia

15

Buat duit dengan affiliate adalah salah satu cabang online marketing yang paling berkesan. Tanpa modal, tak perlu setup kedai online, simpan stok, atau pos barang. Apa yang perlu anda buat hanya promosi di media sosial secara santai.

Apa itu affiliate?

Dalam bahasa mudah, affiliate adalah memasarkan/mengiklankan produk menggunakan link affiliate. Anda akan mendapat komisen melalui setiap jualan yang terhasil dari link tersebut.

Banyak program affiliate yang boleh anda sertai. Daftar PERCUMA. Antaranya Klikjer, AccessTrade, Involve Asia, dan lain-lain. Kesemuanya saya dah cuba dan buat duit darinya. So far, Klikjer paling lumayan. Tapi yang paling dekat di hati saya sudah tentulah INVOLVE ASIA, dan anda pun patut cuba! 

Cara promosi link affiliate

Teknik mempromosikan link affiliate amat mudah. Ia tak sama macam buat duit dengan dropship tau. Tak perlu jadi agen atau keluarkan modal. Malah, tak perlu jadi famous seperti sosial media influencers.

Macam mana nak promosi? Cuma kongsikan produk menarik lain di sosial media, blog, atau lain-lain.



 

Contoh 1: Promosi di sosial media

Kongsikan produk menarik atau viral seperti bekas simpan beras viral seperti Nano Bucket Insect-proof Storage Rice Box yang KhairulAming promosikan tu.

Selain nyatakan kelebihan dan harga, sertakan juga link pembelian. Kalau ada yang berminat, mereka akan beli guna link tersebut dan saya akan dapat komisen. Ia adalah cara buat Shopee affiliate tanpa website paling berkesan.

Contoh 2: Tulis artikel dalam blog

Begitu juga kalau nak buat duit dengan website / blog. Selitkan link affiliate dalam setiap artikel yang anda terbitkan. Katakan anda review barang bayi, baju, atau barangan dapur. Disamping tulis ulasan akan keberkesanan produk, selitkan juga link pembelian. 

Contohnya saya tulis artikel tentang 10 Toner Untuk Kulit Kering. Saya senaraikan toner sesuai berserta link Shopee/Lazada. 

Hasil perkongsian di media sosial dan blog, saya berjaya jual 300 produk dalam masa 30 hari! Lihat gambar di bawah. Manakala bulan lepas saya dah withdraw komisen sekitar RM400 tau.

Artikel berkaitan:

+ Buat Duit dengan Affiliate AccessTrade

+ Daftar Shopee Sebagai Penjual

+ 5 Cara Buat Duit Online

+ Cara Naikkan Sales di Shopee


Cara buat link Affiliate Involve Asia

Langkah 1 - Daftar akaun di sini - https://involve.asia

Masukkan segala butiran yang diperlukan seperti email, password, nama, dan alamat. Di ruangan 'Property Details', masukkan alamat Facebook/Instagram/Twitter/blog atau mana-mana platform yang anda guna untuk buat promosi. Seterusnya klik 'Create Account'.

Langkah 2: Tambah 'Property' 

Ulang seperti langkah 1. Masukkan blog atau sosial media yang ada guna untuk promosi link affiliate. Boleh masukkan lebih dari 1 sosial media. Kemudian tekan 'Next'.

 

Lepas dah isi semua maklumat yang disediakan, tunggu sehingga permohonan diluluskan. Semak status di Manage your account > Website/Property. 

Langkah 3: Isi butiran akaun bank.

Masukkan butiran bank untuk urusan pembayaran komisen kelak. Pergi ke Manage your account > Payment setting. 

Siap! Sekarang tunggu sehingga permohonan anda diluluskan. Status akan bertukar dari 'pending approval' kepada 'Beta'.


Cara Buat Link Affiliate

Once dah approved, anda kini dah boleh create link affliate untuk dipromosikan. Banyak produk yang

Langkah 1: Generate affiliate link

Contohnya anda nak promosi Laptop Stand di Shopee. Cari produk tersebut di laman Shopee dan copy URL. 

Pilih 'Generate link' di bahagian kiri skrin. Paste URL tadi dalam ruangan yang disediakan. Pilih Shopee MY dan klik 'Generate'. 



Link affiliate akan terpapar di sebelah kanan. Copy link tersebut, dan sedia untuk promosi! 

Siap! 

Baca: Cara Jadi Affiliate Tiktok Malaysia

Kepelbagaian produk di Involve Asia

Banyak kelebihan kalau anda guna Involve Asia. Salah satunya adalah kepelbagaian produk dan servis untuk anda promosikan. Sejumlah marketplace dan jenama besar seperti Adidas, Watsons, Malaysia Airlines, NordVPN, Shopee, Lazada, Klook, dan banyak lagi. 


So, banyak produk yang boleh anda promosi seperti:

  • Pakaian
  • Gajet / elektronik
  • Peralatan rumah
  • Buku 
  • Pelancongan
  • Servis
  • Food & beverages

Cubalah buat duit dengan affiliate Involve Asia. Jangan sia-siakan platform media sosial tu. Kongsi je dengan pengikut FB apa yang ada beli atau rasakan menarik. Sebab bisnes afiliate ini memang menguntungkan. Daftar sini - Involve Asia

Tags

Post a Comment

15Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Nampak menarik ni. Boleh dapat duit lebih bila promo kan link. Menarik....harus cuba.

    ReplyDelete
  2. Good information sharing mate! I'm quite new with this Affialiate thingy. You just share some easy step that is easy to understand. I will save this post as my guide. Thank you.

    ReplyDelete
  3. tak retilah nak guna affiliate ni. nanti ada masa nak belajar juga. btw thanks sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. involve asia ni lebih senang nak guna and user friendly berbanding platform lain. boleh cuba daftar

      Delete
  4. Ramai yg cari pendapatan dengan cara ni.. kiranya duit poket sampingan.. cam menarik juga

    ReplyDelete
  5. Saya antara yang pertama join Involve Asia nih. Tapi sebab tak faham nak buat camner tu terus tak buat. TAnya dah tapi mungkin saya yang tak faham. KAlau tak silap dulu kena masukkan html kod dalam entry tu yang jadi payah tu. Kalau macam ni senanglah jugak. Rasa nak buat balik.

    ReplyDelete
  6. Lama dah daftar, tapi masih tak reti juga nak buat.. kena belajar lagi ni.. thanks info ni, sikit banyak ada juga ilmu affiliate ni..

    ReplyDelete
  7. Best kalau pandai affiliate marketing ni kan. Akak dari dulu sampai sekarang tak pandai. Cuba juga, tp tak jana pendapatan sangat. RM posen posen je ada dalam akaun. Hahahaaa. Nik kalau pandai affiliate. Bleh la guna shopee, lazada dan lain-lain lg. Masyukkk.

    ReplyDelete
  8. its good to have other source of income from affiliate like this. keep it up okay

    ReplyDelete
  9. nama ni macam familiar sangat tak sure if betul ke tak apa yang khai fikir and tahu. nampak bagus!boleh jana pendapatan sampingan, produk yang ada pun berkualiti dn trusted

    ReplyDelete
  10. Waaah, rajin betul ni. Boleh tahan juga yaa produk2 orang beli

    ReplyDelete
  11. Menarik. terimakasih atas perkongsian ini. rasa macam pernah join cuma tak aktif. nak kena godek balik ni :)

    ReplyDelete
  12. Saya dah daftar lama, baru cadi cara generate link. Alhamdulillah boleh mula :) Thanks blogger.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top