Skincare Untuk Kulit Kombinasi Malaysia

14

Sesetengah kawasan khususnya T-zone, sangat berminyak sampai berkilat dan melekit. Manakala setengah kawasan lain cukup kering. Ini bermakna anda memiliki kulit kombinasi. Jadi anda perlu guna skincare yang sesuai untuk selesaikan masalah ini. 


Produk-produk ini haruslah memiliki kandungan yang boleh mengurangkan sebum/minyak berlebihan, dan meningkatkan kelembapan di kawasan kering. Menggunakan produk yang sesuai juga menjadikan kulit wajah lebih sihat, segar, dan glowing

 


 

Dalam artikel ini saya akan kongsikan sejumlah produk skincare routine untuk kulit kombinasi. Ia meliputi 4 rutin wajib iaitu:


  1. Pencuci muka
  2. Toner
  3. Moisturizer
  4. Sunscreen


PENCUCI MUKA


1. Cetaphil Gentle Skin

Pencuci muka yang paling popular di seantero dunia. Menjadi rekomendasi para dermatologi kerana formulanya yang ringan, dan sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif.  

 


 

Saya sendiri memiliki kulit kombinasi, dan sudah bertahun-tahun menggunakan Cetaphil. I'm not going back!

 

Cetaphil mampu membersihkan pori dengan efektif, mengeluarkan lebihan sebum. Dalam masa sama tidak mengeringkan kulit. Jenama ini berkesan dan dipercayai pengguna.



Harga: RM14.40

Beli di sini:  https://invol.co/cl20zuw

 

2. COSRX Low - pH Good Morning Gel Cleanser

Saya pernah tulis review lengkap tentang cleanser ini - REVIEW Cosrx Low PH Good Morning Gel Cleanser. "Low pH" menjadi highlight utama pencuci muka ini kerana kandungannya ringan yang tidak menyebabkan iritasi dan breakout.  

 


 

Nilai pH nya cuma 5.0 - 6.0 sahaja which is perfect untuk semua jenis kulit. Produk dari Korea ini turut mengandungi AHA/BHA yang berfungsi mengeluarkan sel kulit mati


Harga: RM24

Beli di sini: https://invol.co/cl5477h

 

Artikel berkaitan: 

+ 10 Moisturizer Untuk Kulit Kombinasi 

+ 10 Toner Untuk Kulit Berminyak

+ 8 Cleanser Untuk Kulit Kombinasi

+ Skincare untuk Kulit Berminyak Malaysia

 

3. Simple Water Boost Micellar Facial Gel Wash

Produk Simple memang terkenal dengan keberkesanannya. Buat pemilik kulit kombinasi dan berminyak, pilih produk range yang berwarna biru. Kalau nak tahu produk yang berwarna biru adalah  skincare untuk kulit kombinasi di Watsons yang popular. 



Kandungannya baik dalam mengurangkan minyak dan mengekalkan kelembapan.


"Micellar cleansing bubbles" turut membantu dalam membersikan makeup dan kotoran. Ia tidak menegangkan kulit tetapi menjadikan wajah segar, bersih, lembap sepanjang hari. 


Harga: Rm20

Beli di sini: https://invol.co/cl54781



4. Cosmoderm Tea Tree Oil Control Facial Cleanser

Cukup digemari dikalangan remaja kerana ia berkesan dan harganya yang berpatutan. Ia mampu mengawal minyak berlebihan di kawasan T-zone, membersihkan liang pori, dan menyegarkan kulit. 


Disamping itu, kandungan tea tree oil juga terkenal dengan kebolehannya merawat dan mencegah jerawat. Ini kerana tea tree oil memiliki sifat anti bacteria semula jadi.  

 


 

Cleanser ini hadir dengan packaging baru yang lebih cantik. 


Harga: RM14

Beli di sini: https://invol.co/cl5478d


TONER


1. Neutrogena Alcohol-Free Toner

Sebagai pengguna tegar, saya ingin cadangkan Neutrogena Alcohol-Free Toner sebagai toner untuk kulit kombinasi. Ia diformulasi untuk membersih dan menyegarkan tanpa alkohol. 


Langsung tidak mengeringkan kulit, bahkan boleh 'lock' air dari hilang akibat suhu faktor persekitaran. Selain itu, apa yang buat saya suka dnegan toner ini adalah ia boleh keluarkan kotoran yang tidak mampu dibersihkan cleanser.  

 

 

Kalau guna cotton pad, korang boleh lihat kotoran dan daki yang tertanggal. Ini merupakan antara moisturizer untuk kulit kombinasi di Watsons yang laris.


Harga: RM14

Beli di sini: https://invol.co/cl3gvu6


2. Hada Labo Hydrating Lotion (Light)

Jenama paling tersohor, produk Hada Labo ini menjadikan kulit mulus dan bersih. Ia mempunyai bahan yang sesuai untuk kulit kombinasi. Toner ini ada 4 jenis hyaluronic acid dan ceramide yang boleh lock air agar kulit sentiasa lembap dan segar.  

 


 

T-zone akan bebeas minyak dan kawasan lain lembap sekata. Teksturnya agak pekat, tetapi mudah meresap selepas disapu.


Hada Labo ni agak mahal, tetapi mereka keluarkan botol trial yang berharga around RM11. Cubalah! 


Beli di sini: 30ml (RM12) https://invol.co/cl547b2 | 170ml (RM53) https://invol.co/cl547a7


3. Simple Soothing Facial Toner

Toner untuk kulit kombinasi Malaysia yang seterusnya adalah dari jenama Simple. Menjadi pilihan ramai dan laris di Watsons/Guardian. Kalau nak tahu, toner ni ada kandungan niacinamide tau. Which is bagus untuk slight whitening. 


pic: navatirre.blogspot.com


Kandungan lain sepert Pro-Vitamin B5, Chamomile, dan Witch Hazel, memang baik dalam memelihara pori dan merawat jerawat. Tak ada alkohol & fragrance.


Harga: RM16.75

Beli di sini: https://invol.co/cl3gvgg


4. Thayers Witch Hazel Toner

Toner Thayers pun tidak kurang hebatnya. Digunakan di serata dunia. Pelakon Lily Collins guna toner ini, korang boleh tengok dalam video di bawah. 



Apa yang best tentang toner ini adalah kandungan witch hazelnya yang kawal minyak berlebihan, rawat jerawat, dan mengurangkan kemerahan. Ia juga melindungi kulit dari rosak akibat pencemaran persekitaran, cahaya matahari, makeup, and other impurities.  


Trial bottle: RM22  |  Normal bottle: RM45   

Beli di sini: https://invol.co/cl417rg 


MOISTURIZER


1. Neutrogena Oil Free Moisture Combination Skin

Moisturizer ini memang terkenal dalam kategori skincare kulit kombinasi dan berminyak.  Memiliki 'dual-action formula' yang melembapkan kawasan kering dan mengurangkan minyak di kawasan T-Zone.  

 


 

Pelembap ini cepat menyerap dan meninggalkan kesan 'matte finish'. Sesuai kalau anda sering terdedah kepada persekitaran luar dan berminyak pada hidung. 


Agak mahal, tetapi berbaloi. 


Harga: RM26

Beli di sini: https://invol.co/cl30pce



2. Hada Labo Hydrating Water Gel

Pelembap ini bukan sahaja memberikan kelembapan sekata tetapi membaiki tona kulit. Highly recommended kalau korang ada masalah oily skin.

 

Produk Hada labo ni agak mahal. Tapi anda boleh cuba trial set. HL keluarkan beberapa jenis set untuk kesesuaian kulit. Anda boleh cuba set 'Hydrating Light'. Dalam kotak tu ada cleanser, toner, dan moisturizer.  

 


 

Ini adalah set skincare untuk kulit kombinasi di Watson yang wajib cuba tau. Harga around RM24 je. 

 

Hada Labo Hydrating Water Gel: RM59 https://invol.co/cl547ch

Trial set: RM23 https://invol.co/cl547d7

 

3. Safi Balqis Oxywhite Moisturizing Gel

Saya tengah pakai moisturizer ni. So far ok, cepat menyerap dan tak melekit. Nice je for my combination skin. Paling best, moisturizer ni ada kandungan niacinamide tau. Agak impressive untuk produk tempatan dan harga yang amat berpatutan.  

 


 

Disamping itu, asid hialuronik  membantu memberi kelembapan berpanjangan, manakala Vitamin B pula boleh memperbaiki tona kulit yang tidak sekata.  


Harga: RM16

Beli di sini: https://invol.co/cl30p9x



SUNSCREEN


1. Yadah Oh My Sunscreen

Ramai yang ambil mudah soal pemakaian sunscreen. Walhal ia amat penting dalam melindungi kulit dari sinaran matahari. Yadah Oh My Sunscreen memiliki segala yang diperlukan lindungi kulit dari panas, dan iritasi akibat cahaya matahari.  

 


 

Sunscreen ini ringan, tidak meninggalkan kesan putih selepas dipakai. Apa yang penting ia memiliki SPF35 which is enough untuk cuaca Malaysia. 


Harganya sedikit mahal tetapi ramai yang menggemarinya.


Harga: RM24

Beli di sini: https://invol.co/cl547dh


2. Biore UV Perfect Protect Milk

The most famous sunscreeen in Malaysia. Memiliki SPF50 yang sempurna dalam melindungi kulit. Produk ini akan protect kulit dari sinaran UVA and UVB. Dalam masa sama mengelak sunburn dan jeragat.  

 


Saya pun guna sunscreen ni. Tidak melekit, cepat menyerap. Ada kesan putih sedikit tetapi tidak terlalu ketara. Sesuai digunakan setiap hari, setiap kali keluar rumah biarpun cuaca mendung


Harga: RM12

Beli di sini: https://invol.co/cl547du


3. Biore UV Aqua Rich Watery Essence SPF 50

Juga dari Biore, tetapi memiliki tekstur lebih cair dan cepat menyerap pada kulit. Susnscree ini lebih tahan lama dan dapat melindungi kulit berjam-jam lamanya.  

 

Tekstur cairnya tidak melekit atau berminyak, membuatkan anda lebih selesa memakainya sepanjang hari. Bukan sahaja wajah, tetapi anda boleh sapu pada seluruh anggota badan untuk aktiviti pantai dan lain-lain. 



Kelebihan sunscreen ini berbanding botol kuning di atas adalah, ia mengandungi Hyaluronic Acid and Mix Citrus Essence sebagai ejen pelembap dalam memastikan kulit tampak segar.


Harga: RM24

Beli di sini: https://invol.co/cl547e7

 

Nah, tu antara produk skincare untuk kulit kombinasi Malaysia yang boleh anda cuba. Kalau ada cadangan produk lain, boleh kongsikan dalam ruangan komen di bawah.


Tags

Post a Comment

14Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. wah kebanyakkan dari produk list kat atas tu memang pernah pakai dari zaman remaja, cetaphill, neutrogena , kao, hada labo
    mmg selamat kalau beli produk yand di promote di farmasi. skrg lagi senang lah beli online

    ReplyDelete
  2. Sis pakai hanya Hada Labo dan Cosmoderm tu jer.. lama gilerr rasanya pakai.. dah sesuai kan, malas nak tukar.. selalu beli online juga.. lebih kurang harganya tu..

    ReplyDelete
  3. Sekarang nie sedang gunakan Cetaphil dan Simple untuk kesemua rejim penjagaan muka sebab kulit Rawlins memang sensitif dan ini je jenama yang sesuai hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cetaphil tu wajib cuba, highly recommended

      Delete
  4. wah banyak produk untuk kulit kombinasi ni, sekarang tengah try pakai hada labo pula :)

    ReplyDelete
  5. Thank you for sharing this! Kat Malaysia kat we have all kind of weather, kalau ada orang share what is suitable for Malaysian skin that would be great! And you did it ! Thank you!

    ReplyDelete
  6. Kulit kita ni combinasi juga.. Pakai yang boleh hyratekan muka..nak try hadalabo tu.. Biore uv tu nad pakai

    ReplyDelete
  7. Dalam semua brand tu, akak guna guna sunscreen Yadah tu lama. Lain-lain jenama tu semua zaman 16-20an. Bila dah masuk 25 keatas dah start produk anti-aging. Next year dah 35. Nak kena try produk lain. Sebab lebih ke arah garis halus dan kulit kering. Masa 26-25, kulit berminyakkkkkkkk. Dah meningkat usia ni kulit kering. Sob sob sob. Nik teruskan share info skincare. Buat akak rindu masa muda. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Typo 26 plak. Nak tulis 16. Hehe.

      Delete
    2. saya pun plan nak beli yadah tu. tunggu biore ni habis dulu. harga lebih kurang je.

      Delete
  8. Hado labo ti antari brand fav. Suka dengan formulasi dia yg sesuaj dengan org Malaysia

    ReplyDelete
  9. Tiada produk yg kita gunakan hehehe dalam list ni huhuhu.. kita guna produk biass jer jenama biasa.... Ada jenama yang popular....

    ReplyDelete
  10. Serum untuk kulit combination ada recommendation tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg ni sy tgh cari juga. Umur dah 29 ni, muka jdi breakout area yg bminyak tu. Nak sgt cari serum utk skin combination ni.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top