17 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering 2024

5

Memiliki kulit kering memang tidak selesa. Kulit terasa tegang, kusam dan tampak tidak bermaya. Kulit wajah akan bertambah kering sekiranya anda sering terdedah dengan penghawa dingin, kurang minum air, dan menggunakan pencuci muka yang tidak sesuai.

Apa yang perlu anda lakukan untuk atasi masalah ini adalah dengan meningkatkan kelembapan pada kulit. Langkah pertama adalah menggunakan pencuci muka untuk kulit kering. Pilih yang ada kandungan melembap seperti:

  1. Glycerin
  2. Hyaluronic acid
  3. Ceramide
  4. Aloe vera

Saya senaraikan sejumlah pencuci muka untuk kulit kering yang boleh anda dapatkan di drugstore serta link pembelian online untuk harga yang lebih murah.  

💡 Table of Contents

  1. CeraVe Hydrating Cleanser
  2. Hada Labo AHA+BHA Mild Exfoliating Face Wash
  3. Simple Moisturizing Facial Wash
  4. Sebamed Facial Cleanser Normal to Dry Skin
  5. Cosrx Low pH Good Morning Cleanser
  6. Eversoft Facial Cleanser Avocado
  7. SAFI Beautea Black Tea & Black Orchid Detox Cleanser
  8. Glad2Glow Blueberry Ceramide Low Ph Gel Cleanser
  9. Cetaphil Gentle Skin Cleanser
  10. Kayman Coalberry Cleanser
  11. Cosmoderm Natural Hydrate and Nourish Facial Cleanser
  12. Aiken Prebiotic Hydra Plus Facial Cleanser
  13. WARDAH Nature Daily Aloe Hydramild Facial Wash
  14. SAFI Hydra Glow Hydrating Water Cleanser
  15. Rosken Dry Skin Wash
  16. Neutrogena Hydro Boost Water Gel Cleanser
  17. Skintific 5X Ceramide Low PH Cleanser

 

1. CeraVe Hydrating Cleanser

Antara produk yang popular dan digunakan di seantero dunia, CeraVe memang diakui keberkesanannya. Bahkan disyorkan oleh para dematologi. Hydrating Facial Cleanser (hijau) menggunakan formula ringan untuk menangani masalah kulit kering.  Produk ini agak mahal berbanding yang lain, tapi amat berbaloi.

  • Ada hyaluronic acid yang terkenal dalam meningkatkan kelembapan
  • Tidak berbuih dan tak buat kulit rasa tegang selepas cucian 
  • Menanggalkan sisa makeup berlebihan
  • Bebas pewangi

Harga: dari RM24

Beli di sini: https://invl.io/clkvjlw

 

Artikel berkaitan: 

+ Skincare Untuk Kulit Kering di Watsons

+ 12 Moisturizer Untuk Kulit Kering

+ 10 Toner Untuk Kulit Kering

+ 7 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering di Watsons


2. Hada Labo AHA+BHA Mild Exfoliating Face Wash

Pencuci muka ini juga adalah antara produk popular dari Hada Labo. Salah satu kebaikannya adalah selain mencuci ia turut bertindak sebagai mild exfoliator untuk buang sel kulit mati. Hasilnya kulit jadi bersih, mulus dan tidak mudah tumbuh jerawat. 

  • Mengandungi AHA/BHA untuk buang sel kulit mati dan blackheads
  • Mengurangkan kekusaman
  • Membersihka kekotoran, minyak berlebihan
  • Tidak mengeringkan aatau buat kulit rasa tegang
  • Bebas pewangi, pewarna, alkohol dan mineral oil



Ramai yang tertanya-tanya, since it is an 'exfoliator', boleh ke guna setiap hari? Boleh. Sebab ia cuma mild dan stay kejap je pada muka. Sesuai dijadikan sebagai pencuci muka untuk kulit kering bagi lelaki. Sebab men lebih terdedah pada kotoran.

Harga: RM23

Beli di sinihttps://invl.io/cll2zyh

3. SIMPLE Moisturising Facial Wash


SIMPLE Moisturising Facial Wash ini adalah pencuci muka untuk kulit kering di Watson yang laris.. Cukup terkenal dikalangan pemilik dry skin kerana keberkesanan dan harganya yang berpatutan.  

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Ada Pro-Vitamin B5, Vitamin E and Bisabolol, iaitu segala yang diperlukan agar kulit sihat
  • Tidak berbuih, baik untuk kulit sensitif dan extra dry skin

Harga: RM19

Beli di sini: https://invl.io/cll302y

 


4. Sebamed Facial Cleanser Normal to Dry Skin

Pencuci muka untuk kulit kering yang seterusnya adalah dari Sebamed yang mempunyai pH 5.5 which is bagus untuk kawal minyak dan air semula jadi agar kulit dapat kelembapan sempurna.  

  • Membersihkan kulit jauh ke dalam pori 
  • Mengandungi garam mineral, sodiam lactate, dan hydrolyzed silk untuk melembap, dan melembutkan kulit
  • Diuji secara dermatologi

Rupanya ramai yang guna cleanser ni. Sebamed banyak keluarkan skincare untuk kulit kering di Watsons. Lipcare mereka juga tidak kurang hebatnya.

Harga: RM39

Beli di sini: https://invl.io/cll308r

5. Cosrx Low pH Good Morning Cleanser


Jika ada tidak pernah dengar akan produk ini, you must have been living under a rock. Cosrx Low PH Good Morning cleanser adalah pencuci uka untuk semua jenis kulit kerana kandungannya yang ringan.

@kellybellyy02 Super gentle cleanser 💗🫰 #cosrx #cosrxlowphgoodmorning #lowphgoodmorninggel #cosrxlowphgoodmorninggelcleanser #gelcleanser #koreancleanser #bestcleanser #gentlecleanser #sensitiveskincleanser #koreanskincare #skincarelover #skincareaddict #cleanserlover #kbeauty ♬ original sound - kellybellyy02
  • Sesuai untuk kulit kering kerana nilai pH rendah yang ideal untuk kulit
  • Membersihkan kulit jauh ke dalam pori
  • Mampu tanggalkan sisa makeup, muka jadi bertambah bersih
  • Tidak mengeringkan atau hilangkan minyak semula jadi kulit
  • Bebas bau, paraben, alkohol

Harga: RM22

Beli di sini: https://invl.io/cll30lt

6. Eversoft Facial Cleanser Avocado

Jenama ni pun dah berpuluh tahun digunakan para wanita. Facial Cleanser Avocado ni amat sesuai untuk kulit yang rasa tegang. 

  • Mempunyai glycerineyang berfungsi untuk melembapkan kulit kering anda 
  • Hadir dengan vitamin E dan ekstr avocado untuk cegah penuaan        
  • Membersihkan liang pori dari kotoran dan minyak supaya tidak mudah tumbuh jerawat. 
  • Harga yang berpatutan 

Harga: RM10.30

Beli di sini: https://invl.io/cll30qd

7. SAFI Beautea Black Tea & Black Orchid Detox Cleanser

Mudah didapati di drugstore dan pasaraya, produk Safi ini ada banyak kandungan yang baik untuk kulit kering dan sensitif. 

  • Memiliki sejumlah kandungan melembap seperti glycerin, water, dan Sodium Cocoyl Glycinate
  • Bersifat anti oksidan iatiu melindungi kulit dari rosak akibat kotoran dan sinar UV
  • Ada AHA/BHA atau glycolic acid untuk buang sel kulit mati
  • Vitamin C untuk mencerah


Harga: RM18

Beli di sini: https://invl.io/cll30rq

8. Glad2Glow Blueberry Ceramide Low Ph Gel Cleanser

Jenama yang tenah hangat diperkatakan di Tiktok. Berkualiti dan berkesan. Bertekstur gel yang bantu bersihkan kulit dengan sempurnadisamping kekalkan kelembapan semula jadi dan kuatkan skin barrier.

  • Nilai pH rendah yang ideal untuk kulit agar tidak mudah kering atau berminyak
  • Ada ceramide untuk lock kelembapan semula jadi
  • Mengandungi blueberry extract dan centella untuk pudarkan kemerahan dan cegah jerawat
  • Buih halus untuk membersih tanpa menegangkan kulit

Harga: RM15

Beli di sini: https://invl.io/cll30uy

9. Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Siapa tidak kenal dengan jenama ini. Menjadi kegemaran ramai dan rekomendasi dermatologi. Ini semua kerana kandungan dan keberkesanannya dalam merawat semua jenis kulit. Kalau tengah cari pencuci muka untuk kulit kering dan berjerawat di Watsons, Cetaphil adalah pilihan ideal. 

  • Membersihkan pori tersumbat
  • Diuji secara klinikal
  • Kandungan seperti (vitamin B3), panthenol (vitamin B5) glycerin memang baik untuk kulit sensitif
  • Bersihkan makeup berlebihan
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Bebas pewangi, alkohol, paraben, dan mineral oil

Harga: dari RM18

Beli di sini: https://invl.io/cll30vl

10. Kayman Coalberry Cleanser

Antara produk tempatan yang berkualiti dan ada pengikut yang tersendiri. Bukan timbang kilo tau. Ramai pemilik kulit flawless guna Kayman. Saya sendiri pernah try dulu. Bagi Coalberry Cleanser, produk ni memiliki nilai pH rendah.  

  • Tekstur gel cair dengan kandungan premium-grade activated charcoal
  • Mengandungi madu dan 10 jenis ekstrak bery yang berfungsi sebagai pelembap
  • Membersih jauh ke dalam pori agar tidak tersumbat dan tumbuh jerawat
  • Kulit lebih lembut dan berseri

Harga: RM49

Beli di sini: https://invl.io/cll30x9

11. Cosmoderm Natural Hydrate and Nourish Facial Cleanser

Seterusnya adalah dari Cosmoderm. Dirumus khas untuk kulit kering, malah "For dry & ultra sensitive skin". Untuk pengetahuan, kulit yang terlampau kering lebih cenderung untuk menjadi sensitif. Ini kerana ia tidak mendapat kelembapan dan vitamin yang mencukupi.  

  • Mengandungi glycerin untuk menambah hidrasi
  • Menguatkan skin barrier agar tidak mudah terdedah kepada kerosakan kulit
  • Hadir dengan AHA untuk exfoliate agar bebas sel kulit mati
  • Wajah lebih lembut, bersih dan berseri

Harga: RM13

Beli di sinihttps://invl.io/cll34gn

 



12. Aiken Prebiotic Hydra Plus Facial Cleanser

Cukup popular dikalangan pemilik kulit kering, dah nama pun 'hydra plus' kan? Produk Aiken ini  langsung tak meneringkan atau buat kulit rasa tegang.  

  • Tidak berbuih
  • Nilai pH yang rendah dan ideal untuk kulit
  • Bertekstur krim yang buat kulit lembut
  • Ada Amino Acid Cleansing Actives untuk membersihkan kotoran dan minyak berlebihan
  • Mengandungi Prebiotic yang halang jerawat dari tumbuh

Harga: RM11

Beli di sini: https://invl.io/cll34iv

13. WARDAH Nature Daily Aloe Hydramild Facial Wash


Rasanya ramai dah tahu akan kehebatan produk dari Indonesia ini. Mereka keluarkan pelbagai jenis produk penjagaan kulit. Selain toner nya yang populat, pencuci muka ini turut menjadi pilihan ramai 

  • Memiliki Hydramild Aloe Vera Extract, ia memberikan kelembapan berpanjangan
  • Ringan, tak buat kulit tegang selepas mencuci 
  • Sesuai untuk kulit sensitif kerana bebas buih, alkohol, paraben

Harga: RM8

Beli di sini: https://invl.io/cll34m9

14. SAFI Hydra Glow Hydrating Water Cleanser

Produk Safi ketiga dalam senarai pencuci muka untuk kulit kering dan menggelupas. Ia membersih dengan efektif disamping beri kelembapan yang diperlukan kulit. 

  • Ada hyaluronic acid untuk memberikan hidrasi berpanjangan 
  • Formula gel Anti PM2.5, ia membersihkan pori, buang cela, dan buat kulit glowing! 
  • Ada ultra ild amino acid untuk melembutkan kulit

Untuk kulit super dry, this is your holy grail sebab ada Hydra Active³ Technology iaitu 3 kandungan pelembap yang boleh buat kulit cerah, kekalkan kelembapan kulit, lock air, dan kuatkan skin barrier.

Harga: RM13.52

Beli di sini: https://invl.io/cll34nx

 



15. Rosken Dry Skin Wash

Kalau anda biasa tengok video Dr Ingky, dia selalu rekomen Rosken. For dry skin, anda boleh cuba range yang berwarna hijau. Ia dirumus khas buat pemilik kulit kering dan sensitif Bagi Rosken Dry Skin Wash ia sesuai untuk kulit kering dan sesnsitif. Bukan sahaja untuk wajah, tetapi seluruh badan. Jadi sekiranya anda ada masalah kulit tegang dan menggelupas, Rosken adalah pilihan ideal. 

  • Menjadi rekomendasi para dermatologi
  • Kaya dengan vitamin E
  • Diperkaya dengan vitamin E, tidak berbuih, tanpa paraben, dan boleh lock moisture
  • Boleh digunakan di seluruh anggota badan yang kering

Harga: RM23

Beli di sini: https://invl.io/cll34nr

16. Neutrogena Hydro Boost Water Gel Cleanser

Produk ini cukup popular dikalangan pemilik kulit kering dan normal kerana bukan sahaja deep cleanse your skin. Bahkan melembap, memperbaiki tona kulit, sekali gus buat wajah berseri. Cleanser ini cukup popular, lebih efektif kalau dipakai bersama moisturizer nya iaitu Hydro Boost Hyaluronic Acid Water Gel.

  • Mengandungi ejen pelembap 'powerful' iaitu hyaluronic acid untuk lock air dari hilang dan kekal lembap sepanjang hari.  
  • Tekstur gel cair, kurang buih yang ideal buat extremely dry skin dan sensitif
  • Efektif dalam menanggalkan kotoran dan sisa makeup berlebihan

Harga: RM36

Beli di sini: https://invl.io/cll35jk

17. Skintific 5X Ceramide Low PH Cleanser

Di Shopee sahaja dah lebih 58 ribu unit yang terjual. Pencuci muka ini hadir dengan nilai pH rendah iaitu (5.5~6) sahaja agar wajah tidak mudah kering. Ramai pengikut Skintific ni, rugi kalau anda tidak cuba. 

  • Ada 5 jenis ceramide, amino acid, dan hyaluronic acid untuk memberikan hidrasi yang secukupnya kepada kulit. 
  • Mengandungi niacinamide turut bantu kawal minyak dan mencerahkan kulit
  • Berbuih halus sebagai ejen pencuci untuk tanggalkan kotoran dan minyak berlebihan

Harga: RM29

Beli di sini: https://invl.io/cll35lp

Journey untuk mendapatkan kulit sihat dan mulus ni kena try and error tau. Tak semestinya produk tu sesuai dengan kulit kita. Semoga artikel pencuci muka untuk kulit kering ini dapat bantu melembapkan wajah agar segar sepanjang hari.

Catat Ulasan

5Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. pemilihan produk yang betul akan memastikan kulit kita terpelihara

    BalasPadam
  2. nice blog, These products are very good for facial beauty, the product is not harmful. Good company, have shared your very good details. whatsapp mod

    BalasPadam
  3. Movies4me Hindi web series download, Hindi dubbed Malayalam, Hindi dubbed Tamil, Hindi dubbed Telugu movies
    Movie4me
    Hindi dubbed Hollywood movies download, South Hindi Dubbedin theaters before or during their release
    Movie4me
    Hindi movies download website is accessible to all and lets you watch movies online and downloads most recent movies with no risk of virus.
    Movie4me

    BalasPadam
  4. Here we provide some best Technical guide, information, tips and tricks for Free Disney Plus Accounts all the internet, android, pc & more.

    BalasPadam
  5. You can check this website for the Latest WhatsApp Group Links Created in 2023.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top