17 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering 2024

5

Memiliki kulit kering memang tidak selesa. Kulit terasa tegang, kusam dan tampak tidak bermaya. Kulit wajah akan bertambah kering sekiranya anda sering terdedah dengan penghawa dingin, kurang minum air, dan menggunakan pencuci muka yang tidak sesuai.

Apa yang perlu anda lakukan untuk atasi masalah ini adalah dengan meningkatkan kelembapan pada kulit. Langkah pertama adalah menggunakan pencuci muka untuk kulit kering. Pilih yang ada kandungan melembap seperti:

  1. Glycerin
  2. Hyaluronic acid
  3. Ceramide
  4. Aloe vera

Saya senaraikan sejumlah pencuci muka untuk kulit kering yang boleh anda dapatkan di drugstore serta link pembelian online untuk harga yang lebih murah. 

1. CeraVe Hydrating Cleanser

Antara produk yang popular dan digunakan di seantero dunia, CeraVe memang diakui keberkesanannya.  Hydrating Facial Cleanser (hijau) menggunakan formula ringan untuk menanggalkan kotoran dan makeup. 

Kandungan utamanya adalah Hyaluronic acid yang sudah terkenal dalam meningkatkan kelembapan untuk kulit kering. Selain itu ia tidak berbuih dan tidak meninggalkan kesan ketegangan selepas mencuci. 

Produk ini agak mahal berbanding yang lain, tapi amat berbaloi. 

Harga: RM42

Beli di sini: https://invl.io/clkvjlw

 

Artikel berkaitan: 

+ Skincare Untuk Kulit Kering di Watsons

+ 12 Moisturizer Untuk Kulit Kering

+ 10 Toner Untuk Kulit Kering

+ 7 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering di Watsons


2. Hada Labo AHA+BHA Mild Exfoliating Face Wash

Pencuci muka ini juga adalah antara produk popular dari Hada Labo. Salah satu kebaikannya adalah kandungan AHA/BHA yang bertindak sebagai exfoliator yang boleh buang sel kulit mati dan blackheads. 



Hasilnya kulit jadi bersih, segar, dan mulus. Selain itu ia turut menghilangkan kotoran, minyak berlebihan tanpa mengeringkan kulit. 

Ramai yang tertanya-tanya, since it is an 'exfoliator', boleh ke guna setiap hari? Boleh. Sebab ia cuma mild dan stay kejap je pada muka. Sesuai dijadikan sebagai pencuci muka untuk kulit kering bagi lelaki. Sebab men lebih terdedah pada kotoran.

Harga: RM25

Beli di sini: https://invol.co/cl7hpi6

3. SIMPLE Moisturising Facial Wash

SIMPLE Moisturising Facial Wash ini adalah pencuci muka untuk kulit kering Watson yang laris.. Cukup terkenal dikalangan pemilik dry skin kerana keberkesanan dan harganya yang berpatutan. 


Ia memiliki Pro-Vitamin B5, Vitamin E and Bisabolol, iaitu segala yang diperlukan agar kulit sihat. Tambahan pula, cleanser ini tidak berbuih which is good for dry skin. Produk ini adalah pencuci muka untuk kulit kering di Watsons yang cukup popular.

Harga: RM23

Beli di sini: https://invl.io/clkvjo1

 


4. Sebamed Facial Cleanser Normal to Dry Skin

Pencuci muka untuk kulit kering yang seterusnya adalah dari Sebamed yang mempunyai pH 5.5 which is bagus untuk kawal minyak dan air semula jadi agar kulit dapat kelembapan sempurna. 

Tugasan seperti keluarkan kotoran, membersihkan pori, dan buat kulit lebih lembut dapat dilakukan dengan baik. Rupanya ramai yang guna cleanser ni. Sebamed banyak keluarkan skincare untuk kulit kering di Watsons. Lipcare mereka juga tidak kurang hebatnya.

Harga: RM40

Beli di sini: https://invl.io/clk69v8

5. Cosrx Low pH Good Morning Cleanser

Ini adalah pencuci muka untuk kulit kering dan berminyak / kombinasi. But ist is a good pick for dry skin dek kerana nilai pH nya yang rendah. Bertekstur gel cair, ia juga mampu menanggalkan makeup dan sunscreen yang tidak mampu dikeluarkan oleh makeup remover. So muka jadi bertambah bersih. 

Pencuci muka ini tidak mengakibatkan iritasi, sebaliknya kulit jadi lembut dan segar selepas dicuci. Tak ada fragrance tapi berbau herba. Saya pernah guna cleanser ni dulu. Best! Sekarang produk Cosrx dah masuk Watsons. Senang sikit nak beli. 

Harga: dari RM12

Beli di sini: https://invl.io/clkvjwy

6. Eversoft Facial Cleanser Avocado

Jenama ni pun dah berpuluh tahun digunakan para wanita. Facial Cleanser Avocado ni amat sesuai untuk kulit yang rasa tegang. Kandungan utama cleanser ini adalah air dan glycerin yang banyak membantu melembapkan kulit kering.

Selain seimbangkan kelembapan wajah, ia juga deeply clean your pores agar kulit bersih dan dapat elak tumbuhnya jerawat. 

Lagi satu, hargnya amat berpatutan. Sekitar RM13 sahaja dan hadir dengan 195g satu tiub. Boleh tahan lama. 

Harga: RM10.30

Beli di sini: https://invl.io/clkvjxe

7. SAFI Beautea Black Tea & Black Orchid Detox Cleanser

Mudah didapati di drugstore dan pasaraya, produk Safi ini ada banyak kandungan yang baik untuk kulit kering dan sensitif. Contohnya Glycerin, Water, dan Sodium Cocoyl Glycinate. This products claims ada antioxidant. 



Fungsi antioxident ni boleh neutralise kulit selepas terkena kotoran, makeup, dan kekusaman akibat stress. 

Disamping itu, cleanser ni tak ada alkohol, paraben, fragrance, dan SLS.

Harga: RM18.50

Beli di sini: https://invol.co/cl7ivii

8. SAFI Dermasafe Mild & Gentle Gel Cleanser

Cleasser seterusnya juga dari Safi. Saya pernah tulis dalam artikel sebelum ini yang Safi adalah produk skincare tempatan terbaik! Bagi SAFI Dermasafe Mild & Gentle Gel Cleanser, produk ni langsung tidak menegangkan kulit malah, bertambah lembut. 

 

Nilai pH nya juga rendah. Kandungan licorice & chamomile membantu mengurangkan iritasi dan kemerahan akibat kotoran dan suhu. Ia juga seimbangkan kelembapan agar kulit tampak segar dan bersih. 

Harga: RM14

Beli di sini: https://invl.io/clkvjya

9. Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Siapa tidak kenal dengan jenama ini. Menjadi kegemaran ramai dan rekomendasi dermatologi. Ini semua kerana kandungan dan keberkesanannya dalam merawat semua jenis kulit. Kalau tengah cari pencuci muka untuk kulit kering dan berjerawat di Watsons, Cetaphil adalah pilihan ideal.

Terbukti secara klinikal dapat memberikan penghidratan secara berterusan pada kulit dan melindungi dari kekeringan. Kandungan seperti (vitamin B3), panthenol (vitamin B5) glycerin memang baik untuk kulit sensitif.

Selain itu, Cetaphil juga boleh menanggalkan makeup berlebihan, bersihkan pori dari kotoran dan minyak. Highly recommeded. 

Harga: dari RM18

Beli di sini: https://invl.io/clkvjzu

10. Kayman Coalberry Cleanser

Antara produk tempatan yang berkualiti dan dipercayai. Bukan timbang kilo tau. Ramai pemilik kulit flawless guna Kayman. Saya sendiri pernah try dulu. Bagi Coalberry Cleanser, produk ni memiliki nilai pH rendah. 

Bertekstur gel cair dengan kandungan premium-grade activated charcoal. Madu, dan 10 jenis ekstrak berry. Semua ini bagus bagi memastikan pori betul-betul bersih selepas cucian dan menjadikan kulit lembap dan segar. Kalau tengah cari pencuci muka untuk kulit kering dan berjerawat, boleh try yang ni. 

Produk ni berbaloi untuk anda cuba. Banyak dijual di Shopee. 

Harga: RM49

Beli di sini: https://invl.io/clkvk01

11. Cosmoderm Natural Hydrate and Nourish Facial Cleanser

Seterusnya adalah dari Cosmoderm. Dirumus khas untuk kulit kering, malah "For dry & ultra sensitive skin". Untuk pengetahuan, kulit yang terlampau kering lebih cenderung untuk menjadi sensitif. Ini kerana ia tidak mendapat kelembapan dan vitamin yang mencukupi. 

Ia membuatkan kulit rasa tegang, tumbuh jerawat, kemerahan, dan buat anda nampak tidak bermaya. Jadi, pencuci muka ini amat membantu dalam memberikan kelembapan dengan kandungan glycerin.

Bukan sekadar mencuci, tetapi protect kulit dari kehilangan kelembapan semula jadi serta buat kuit lebih segar dan lembut. Thanks to its creamy texture.

Harga: RM13

Beli di sini: https://invl.io/clkvk0k

 



12. Aiken Prebiotic Hydra Plus Facial Cleanser

Cukup popular dikalangan pemilik kulit kering, dah nama pun 'hydra plus' kan? Langsung tak meneringkan atau buat kulit rasa tegang. 

Malah, wajah lebih mulus dan lembap sepanjang hari terutama mereka yang sering terdedah kepada pendingin hawa. Bertekstur cream lebut, mild foam, pH rendah which is nice untuk kulit.

Kalau anda ada kulit sensitif atau ada tiny bumps pun amat digalakkan pakai cleanser ini. Sebab ia ada prebiotic yang halang jerawat dari tumbuh.  Recommended!

Harga: RM11

Beli di sini: https://invl.io/clkvk74

13. WARDAH Nature Daily Aloe Hydramild Facial Wash

Rasanya ramai dah tahu akan kehebatan produk dari Indonesia ini. Mereka keluarkan pelbagai jenis produk penjagaan kulit. Bagi produk ini, disebabkan ia memiliki Hydramild Aloe Vera Extract, ia memberikan kelembapan berpanjangan.

Sedikit berbuih, tapi langsung tidak buat kulit jadi tegang. Thanks to its formula. Kelebihan lain adalah membersih liang pori, ada kandungan triple hydrating complex, dan buat kulit segar serta lembut.

Harga: RM7.90

Beli di sini: https://invl.io/clkvk7g

14. SAFI Hydra Glow Hydrating Water Cleanser


Produk Safi ketiga dalam senarai pencuci muka untuk kulit kering dan menggelupas. Kandungan hyaluronic acid ni memang banyak membantu melembapkan kulit kering. Ditambah pula dengan formula gel Anti PM2.5, ia membersihkan pori, buang cela, dan buat kulit glowing!

Untuk kulit super dry, this is your holy grail sebab ada Hydra Active³ Technology iaitu 3 kandungan pelembap yang boleh buat kulit cerah, kekalkan kelembapan kulit, lock air, dan kuatkan skin barrier.

Harga: RM13.52

Beli di sini: https://invol.co/cla7msh

 



15. Rosken Dry Skin Wash

Rosken produk rekomendasi para dematologis kerana kandungan yang yang berkesan. Bagi Rosken Dry Skin Wash ia sesuai untuk kulit kering dan sesnsitif. Bukan sahaja untuk wajah, tetapi seluruh badan. Jadi sekiranya anda ada masalah kulit tegang dan menggelupas, Rosken adalah pilihan ideal.

Diperkaya dengan vitamin E, tidak berbuih, tanpa paraben, dan boleh lock moisture. Mudah didapati di Watsons atau Guardian.

Harga: RM23

Beli di sini: https://invol.co/cla7owx

16. Neutrogena Hydro Boost Water Gel Cleanser

Produk ini cukup popular dikalangan pemilik kulit kering kerana bukan sahaja membersihkan pori secara efektif. Bahkan melembap, memperbaiki tona kulit, sekali gus buat wajah anda bersih dan berseri. 

Mengandungi ejen pelembap 'powerful' iaitu hyaluronic acid untuk lock air dari hilang dan kekal lembap sepanjang hari. 

Bertekstur jenis gel cair, kurang buih membuatkan ia amat ideal for extreme dry skin, acne prone dan sensitive skin. Harganya sedikit mahal, tetapi amat berbaloi! 

Harga: RM40

Beli di sini: https://invl.io/clk6anb

17. Skintific 5X Ceramide Low PH Cleanser

Ada 5 jenis ceramide, amino acid, dan hyaluronic acid untuk memberikan hidrasi yang secukupnya kepada kulit. Tidak cukup dengan itu, niacinamide turut bantu kawal minyak dan beri brightening effect.  

Ia mengerluarkan buih halus semasa mencuci, hasilnya kulit lebih bersih dan tak rasa tegang. Sebab cleanser ni low pH tau. Just nice untuk kulit. 

Dari segi keluarkan kotoran pada wajah pun memang efektif. Buih-buih membersih jauh ke dalam pori sekaligus terhindar dari whiteheads dan jerawat. 

Harga: RM29

Beli di sini: https://invl.io/clkvk8s

Journey untuk mendapatkan kulit sihat dan mulus ni kena try and error tau. Tak semestinya produk tu sesuai dengan kulit kita. Semoga artikel pencuci muka untuk kulit kering ini dapat bantu melembapkan wajah agar segar sepanjang hari.


Post a Comment

5Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. pemilihan produk yang betul akan memastikan kulit kita terpelihara

    ReplyDelete
  2. nice blog, These products are very good for facial beauty, the product is not harmful. Good company, have shared your very good details. whatsapp mod

    ReplyDelete
  3. Movies4me Hindi web series download, Hindi dubbed Malayalam, Hindi dubbed Tamil, Hindi dubbed Telugu movies
    Movie4me
    Hindi dubbed Hollywood movies download, South Hindi Dubbedin theaters before or during their release
    Movie4me
    Hindi movies download website is accessible to all and lets you watch movies online and downloads most recent movies with no risk of virus.
    Movie4me

    ReplyDelete
  4. Here we provide some best Technical guide, information, tips and tricks for Free Disney Plus Accounts all the internet, android, pc & more.

    ReplyDelete
  5. You can check this website for the Latest WhatsApp Group Links Created in 2023.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top