8 Laptop Terbaik Bawah RM2000 | 2023

10

Laptop Terbaik Bawah RM2000 | Harga sekitar RM2000 sangat ideal untuk sebuah laptop yang 'sedap' dari segi spesifikasi dan performance. Ia memiliki segala yang anda perlukan untuk kegunaan sederhana. Sesuai untuk pelajar, guru, usahawan yang nak uruskan kedai Shopee.

Kebiasaannya laptop pada tanda harga ini dikuasakan dengan Intel i3 bersama RAM 4GB, dan SSD 120GB. Spesifikasi ini memang sesuai buat student untuk jalankan tugasan seperti kelas online, Photoshop, Autocad, coding, Solidworks, dan lain-lain. 



Untuk memudahkan anda, saya senaraikan beberapa buah laptop terbaik bawah RM2000. Ia terdiri dari pelbagai jenama. Saya sertakan juga link pembelian online yang dijual oleh trusted seller. 

1. Lenovo Ideapad 3

Jika dilihat dari segi design, ia direka khusus untuk pelajar dan usahawan. Rekaannya tampak premium membuatkan ia sesuai untuk dibawa ke mana-mana. 

Saiz skrin sebesar 14 inci ini ideal untuk semua ditambah dengan paparan full HD membuatkan pengalaman menggunakan laptop ini lebih mengagumkan. 

Ia dilengkapi dengan RAM 8GB +  256GB SSD, so tidak ada lagi masalah lag atau delay. Tempoh untuk boot dan shutdown juga cuma beberapa saat sahaja. Ia hadir dengan Windows 11 Home. Dengan pembelian laptop ini anda akan dapat wireless mouse dan beg secara percuma.

Processor: Intel i3-1215U

RAM: 8GB DDR4 RAM

Storage: 256GB SSD

Skrin: 15.6 inci Full HD

Graphic: Integrated Intel UHD Graphics

Harga: RM1799

Beli di sini: https://invl.io/cljzv2p

 

Artikel berkaitan:

+ 7 Laptop Terbaik Untuk Student 2021

+ Tips Beli Laptop untuk Student

+ realme Book - Laptop Sesuai Untuk Student

+ 8 Laptop Murah Bawah RM1000 untuk Student


2. HP Laptop 15-Fc0105AU

Laptop ini dikuasakan dengan cip AMD Athlon™ Processor dan dipadankan dengan RAM8GB. Cukup berkuasa untuk kegunaan sederhana seperti buat assignment, editing ringan, kelas online, dan lain-lain. Anda pasti berpuas hati dengan performance nya kerana dilengkap dengan 512GB SSD.

Saiz skrin 15.6 inci juga memberikan kepuasan untuk anda menonton video penstriman dan mungkin untuk tujuan business. Sangat jelas dan terang.

Beberapa port penting seperti USB type-C, 1 port HDMI, 2 port USB type-A, 3.5mm audiojack, dan slot memori card. 

Processor: AMD Athlon™ Processor

RAM: 4GB DDR4 RAM

Storage (ROM): 256GB SSD

Skrin: 15.6 inci Full HD

Grafik: Intergrated

Harga: RM1509

Beli di sini: https://invl.io/cljzvd7

3. Asus AEK932WS

Spesifikasi laptop Asus AEK932WS ini cukup sedap untuk student dan mereka yang telah berkerja. Sesuai juga untuk anda yang nak uruskan bisnes Shopee dan Tiktok. Specs seperti AMD Ryzen™ 3 3250U, 4GB RAM bersama 1 slot tambahan dan 256GB SSD sudah cukup untuk pelajar dan guru buat tugasan masing masing.  

Baca: Tutorial Lengkap Affiliate Tiktok  

Dengan adanya SSD, makan senanglah untuk anda jalankan pelbagai aplikasi dalam satu masa tanpa lagging.  Tambahan pula, laptop ini ada fingerprint scanner sebagai sistem keselamatan.

Rekaannya juga masih segar dan ada backlit keyboard. Ia ringan, mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Ia merupakan laptop Asus terbaik 2023 pada tanda harga ini. Percuma Asus backpack!

Processor: AMD Ryzen™ 3 3250U

RAM: 4GB DDR4 RAM

Storage 256GB SSD

Skrin: 14 inci Full HD, 220 nits

Graphic: AMD Radeon™ Graphics

Harga: RM1799

Beli di sini: https://invl.io/cljzvtt

4. Dell Latitude L3420-I5358G

Dell Latitude L3420-I5358G juga adalah antara laptop terbaik bawah RM2000 yang boleh anda miliki. Didatangkan dengan cip pemprosesan Intel® Core™ i5-1135G7 . Dah cukup sedap untuk kegunaan harian dan penggunaan beratseperti Autocad, dan editing. 

Ditambah pula dengan 8GB DDR4 + 512GB SSD untuk melancarkan lagi tugasan anda tanpa sebarang delay dan lagging. 

Skrin sebesar 14 inci, menjadikan paparan terlihat lebih cantik untuk buat kerja, dan ringan kalau anda nak bawa keluar jumpa client dan sebagainya.

Processor: Intel® Core™ i5-1135G7

RAM: 8GB DDR4 + 1 slot tambahan

Storage: 512GB SSD

Skrin: 14 inci Full HD

Grafik: Intel Iris Xe Graphics

Harga: RM1999

Beli di sini: https://invl.io/cljzw4b


5. HP Envy X360

Sekali pandang, laptop ini memang tampak premium dek kerana warna matte black nya. Tambahan pula pada tanda harga RM1799, ia hadir dengan sejumlah specs sedap untuk kerja dan light gaming. 

Ciri yang paling menari pada laptop HP Envy ini adalah ciri boleh lipat 180 darjah yang membolehkan anda jadikannya sebagai tablet. Fungsi touch screennya juga responsive. Mantap untuk kerja-kerja editing atau anda nak present document kepada client. 

Laptop ini menggunakan AMD Ryzen™ 5 5500U, 8GB DDR4, dan 512GB SSD. Mantap kan?

Binaan badannya juga mantap. Memang cun kalau anda nak bawa ke coffee shop.

Processor: AMD Ryzen™ 5 5500U

RAM: 8GB + 1 slot tambahan

Storage: 512GB SSD

Skrin: 15.6 inci UHD

Graphic: AMD Radeon™ Graphics

Harga: RM1799

Beli di sini: https://invl.io/cljzx8g

 



6. Asus VivoBook Go E410K-ABV256WS

Laptop bawah RM2000 seterusnya adalah dari jenama Asus. Dikuasakan oleh Intel Celeron N4500 Processor. Biarpun menggunakan Intel Celeron, ia tetap lancar kerana disokong oleh 8GB DDR4 RAM. 

Ingin saya ingatkan, laptop yang dikuasakan dengan Intel Celeron amat  tidak digalakkan untuk berat dan gaming. Ia sekadar untuk buat assignments, simpan dokumen, editning ringan, browsing, dan uruskan perniagaan online.

Walau bagaimanapun, ia masih lagi berbaloi untuk anda beli. hadir dengan 8GB RAM dan 256GB SSD. Amat lancar kalau ada buka banyak aplikasi dalam satu masa. Laptop ini khas buat mereka yang berbajet kecil dan ingin guna untuk kerja ringan sahaja.

Processor: Intel® Celeron® N4500

RAM: 8GB DDR4

Storage: 256GB SSD

Skrin: 14 inci UHD

Graphic: Intel® HD Graphics

Harga: RM1599

Beli di sini: https://invl.io/cljzxat

7. TOSHIBA Portege Ultrabook Touchscreen

Bernilai RM1799 dan dikuasakan dengan Intel i5, 8GB RAM, dan SSD. Tidak cukup dengan itu ia dilengkapi dengan touchscreen dan skrin boleh lipat. Storage SSD ini cuma 256GB sahaja, namun anda boleh pilih varian 512GB atau upgrade bila-bila masa sahaja.

So, selain guna sebagai laptop anda juga boleh jadikan peranti ini sebagai tablet. Skrin sentuh yang responsif dan ada backlit keyboard.

Rekaan badannya tidak secantik model terkini, tapi masih relevan untuk digunakan. Above all, specs laptop ini memang padu dan berbaloi untuk anda miliki. Bahkan ia sudah tersedia dengan beberapa software penting seperti Adobe CS56 Master Collection dan Autocad. 

Processor: Intel Corei5 -4210U

RAM: 8GB DDR4

Storage (ROM): 128GB SSD

Skrin: 13.3  inci FHD

Harga: RM1560

Beli di sini: https://invl.io/clk028q

 


8. HP Laptop 15-FC0106AU

Laptop terakhir dalam senarai ini adalah HP 15-FC0106AU. Dijual oleh HP Malaysia Official Store di Shopee. Pada saya spesifikasi dan harga yang ditawarkan amat berbaloi. 

Ini kerana anda dihidangkan dengan 8GB RAM bersama 512GB SSD, dan dipacu dengan Windows 11. Which is the lates Windows out there. 

Dengan spesifikasi padu ini, bolehlah anda jalankan beberapa tugas dalam satu masa. Buat editing ringan. Ia juga boleh dikategorikan sebagai  laptop gaming bawah RM2000 2021.

Setiap pebelian hadir dengan HP wireless mouse dan bagpack! Highly recommended. 

Processor: AMD Athlon™ Silver 7120U

RAM: 8GB DDR4

Storage: 512GB SSD

Skrin: 15.6 inci HD SVA BrightView

Graphic: AMD Radeon™ Graphics

Harga: RM1549

Beli di sini: https://invl.io/clk02bh

Kesemua laptop bawah RM2000 yang saya senaraikan di atas memiliki performance yang mantap. Ideal untuk penggunaan sederhana di rumah atau di tempat kerja. Semoga bermanfaat.

Tags

Post a Comment

10Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Mencari juga laptop di bawah RM2000 untuk kegunaan anak nanti bila sambung belaar tahun depan. Kalau ada yang menarik....why not kan?

    ReplyDelete
  2. this is such a helpful list for those looking for laptops on a budget. definitely saving this :)

    ReplyDelete
  3. Info terbaik psl laptop kdg2 time nak beli mg blur sbb mmg tak tau tentang harga dan yg mana elok utk diveli sbb kita nak guna lama

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas senarai ni. boleh masuk dalam list saya. skrng pun tengah cari laptop juga. :)

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing these, laptop is one of my must have gadget when i work and travel.

    ReplyDelete
  6. Nice list! Senang membantu sesiapa cari laptop affordable tapi review yang bagus juga

    ReplyDelete
  7. Perkongsian yang sangat bagus.. AM sendiri pun gunakan Laptop Dell.. memang puas hati.. Zaman sekarang, laptop merupakan alat gadget yang wajib ada dlm sesebuah rumah.. even anak2 pun gunakan laptop utk pembelajaran mereka..

    ReplyDelete
  8. Artikel Yang Sangat Menarik,Kunjungi Website Saya Please Jasa cleaning service

    ReplyDelete
  9. Mau jADI Beli Lenovo, Tolong Kunjungi Website Saya Please Jasa Digital Marketing dan SEO

    ReplyDelete
  10. fouad whatsapp download apk Fouad WhatsApp also offers a variety of different emoji, including Facebook emoji, Android

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top