7 Telefon Gaming Murah 2023

2

7 Telefon Gaming Murah 2022 | Untuk menikmatik pengalaman gaming yang best, anda perlukan telefon yang berspesifikasi sedikit tinggi berbanding biasa. Tapi jangan risau sebab dah banyak telefon gaming di pasaran pada harga mampu milik. Sesuai untuk golongan remaja yang berbajet rendah. 

 

Apa yang patut ada pada sebuah telefon gaming? 


  1. Saiz RAM dan ROM 
  2. Saiz dan ketahanan bateri
  3. Processor yang berkuasa
  4. Skrin besar dan paparan berkualiti

 


 

Biarpun pada harga berpatutan, yang saya senaraikan ini masih lagi berkualiti dan mampu handle game seperti Mobile Legend, PUBG Mobile, COC, dan lain-lain. Cuma, memandangkan ia lebih murah, jadi anda tidak boleh expect prestasinya sama seperti telefon premium. 


1. Mi 11 Lite 5G Ne


Namanya agak panjang, 'NE' adalah singkatan kepada 'New Edition'. Ia merupakan varian terkini dalam siri Mi 11. Telefon ini mendapat pujian tech reviewers kerana spesifikasinya hampir sempurna dari segenap sudut. 

 


Ia menggunakan cip terbaharu iaitu Snapdragon 778G dan dipadankan dengan RAM bersaiz 6/8 GB. Cukup powerful untuk telefon kelas pertengahan. Boleh handle banyak aplikasi dalam satu masa. Skrin Amoled Dolby Vision yang boleh memberikan paparan menakjubkan. 

 


Peranti ini ada gaming mode, di mana and boleh off notification, rakam permainan, dan banyak lagi. Mi 11 Lite 5G Ne highly recommended. Harganya pula masihlagi mampu milik. Beli di Shopee lebih murah tau. 


Pemproses: Snapdragon 778G (8nm)

RAM: 6GB / 8GB

ROM /  Storan: 128/256 GB

Kamera utama: 64+8+5 MP

Kamera selfie: 16 MP f/ 2.5

Bateri: 4250 mAh / 33W

Skrin: 6.55" , AMOLED FHD+, 90Hz, Dolby Vision


Harga: RM1,085

Beli di sini: https://invol.co/cl96yhu



2. Redmi 10

 

Dilancarkan pada Ogos 2021, Redmi 10 dikategorikan sebagai phone gaming murah bawah rm800. Sesuai untuk remaja. Dijana dengan cip MediaTek Helio G88 dan 6GB RAM. Ditambah pula dengan bateri sebesar 5000 mAh, ia sudah cukup untuk anda bermain game berat seperti Call of Duty dan lain-lain. 


Antara ciri menarik lain pada Redmi 10 adalah ia juga berfungsi sebagai powerbank. Di mana anda boleh cas telefon lain melaluinya dengan pengecasan 9W.   

 

Baca: 8 Powerbank Terbaik 2022

 


 

Pemproses: MediaTek Helio G88

RAM: 6 GB

ROM /  Storan:128GB

Kamera utama: 50+8+2+2 MP

Kamera selfie: 8 MP

Bateri: 5,000 mAh

Skrin: 6.5″LCD FHD 90Hz

 

Harga: RM649

Beli di sini:  https://invol.co/cl96dma

 

Artikel berkaitan:

+ 7 Phone Gaming Murah Bawah RM500

+ 7 Telefon Murah Tapi Berkualiti 2022

+ Senarai Android Box Terbaik dan Berbaloi

+ Plexton G20 Review | Earphones Gaming Terbaik & Murah



3. Redmi 9T


Telefon gaming murah seterusnya juga dari Redmi iaitu Redi 9T. Telefon ini dikategorikan sebagai telefon kelas permulaa yang agak berkuasa dek kerana menggunakan prosesor Snapdragon 662. Ia juga hadir dengan varian 4GB dan 6GB RAM. 


Apa yang menari perhatian adalah saiz baterinya iaitu 6,000 mAh. Jelas ia memang direka untuk golongan muda yang tidak pernah lekang dengan telefon. Saiz skrin dan paparannya juga memang sedap untuk gaming.  

 


 

Pemproses:Qualcomm Snapdragon 662

RAM: 4GB / 6GB

ROM /  Storan: 64GB / 128GB

Kamera utama: 48+8+2+2 MP

Kamera selfie: 8 MP

Bateri: 6,000 mAh

Skrin: 6.53″, FHD+, DotDisplay LCD 60Hz

 

Harga: dari RM569

Beli di sini: https://invol.co/cl94djc


4. Poco M3


Telefon Poco dari Xiaomi ini mendapat tempat di hati pengguna sejak diperkenalkan beberapa tahun lalu. Peranti Poco M3 khususnya adalah antara telefon yang paling berbaloi untuk golongan muda. 


Ini kerana spesifikasi yang ditawarkan agak tinggi berbanding telefon lain pada harga sama. Contohnya penawaran Snapdragon 662 dan paparan skrin 6.53-inci IPS LCD dengan resolusi FHD+. Tak hairlahlah kenapa peranti ini diangkat sebagai handphone gaming murah Malaysia 2020 dahulu.


Berbingkai nipis, memang syok untuk main game dan tonton video penstriman. Rekaan badannya juga tampak premium. Malah hadir dengan kamera 48MP dan 8MP untuk kamera selfie.  

 


 

Pemproses: Snapdragon 662

RAM: 4GB

ROM /  Storan: 128GB

Kamera utama: 48+2+2 MP

Kamera selfie: 8MP

Bateri: 6,000 mAh

Skrin: 6.53″ DotDisplay, LCD, FHD+, 60Hz

 

Harga: RM559

Beli di sini: https://invol.co/cl95r24


5. realme Narzo 50i


realme turut rancak mengeluarkan peranti segar dan kena dengan jiwa golongan muda pada harga mampu milik. Siri Narzo khususnya direka khas buat golongan muda untuk light gaming dan kegunaan hiburan harian. 


Narzo 50i memang sesuai untuk PUBG Mobile dengan setting sederhana kerana menggunakap cipset  Octa-core Processor sahaja. Tetapi ia sudah cukup baik untuk anda jadikan sebagai telefon pertama atau untuk anak-anak.  

 


 

Tetapi yang menariknya, ia menawarkan bateri sebesar 5000mAh. Amat berbaloi untuk pengguna tegar. Narzo adalah telefon gaming bawah RM600 yang boleh anda dapatkan dipasaran hari ini.


Pemproses: Octa-core Processor

RAM: 2GB / 4GB

ROM /  Storan: 32GB / 64GB

Kamera utama: 8MP

Kamera selfie: 5MP

Bateri: 5000 mAh

Skrin:6.5" , IPS LCD


Harga: RM529

Beli di sini: https://invol.co/cl95rl7



6. Poco M4 Pro 5G


Telefon terkini dari Poco, dan baru dilancarkan pada November 2021. Dan ia sekali lagi menambat hati pengguna. Ini kerana spesifikasi yang ditawarkan agak tinggi dan hampir sama dengan Redmi Note 11 5G yang berharga RM1000. 


Telefon ini memang berbaloi! Kerana dikuasakan dengan MediaTek Dimensity 810, rangkaian 5G, bateri 5,000mAh, skrin 90Hz, dan banyak lagi. Dari segi reka bentuk pula, tidak jauh beza dengan siri sebelum ini. Tetapi ia masih solid, sedap dipegang. 

 

 

Kalau nak main game pun best sebab skrin besar dan anda boleh guna setting 'smooth + ultra'. 

 

Pemproses: MediaTek Dimensity 810

RAM: 4GB / 6GB

ROM /  Storan: 64GB / 128GB

Kamera utama: 50MP + 8MP

Kamera selfie: 16MP

Bateri: 5,000mAh

Skrin:  6.6-inci IPS LCD, 90Hz, FHD+

 

Harga: RM849

Beli di sini: https://invol.co/cl969y7

 

7. OnePlus 7T

 

OnePlus 7T tidak pernah mengecewakan terutamanya dalam arena permainan video. Biarpun dilancarkan pada 2019, ia masih relevan dan power untuk digunakan pada hari ini. Ia amat berkuasa kerana menggunakan Snapdragon 855+ dan dipadankan dengan skrin refreah rate 90Hz membuatkan ia betul-betul lancar! 

 


 

Performance gaming pun mantap terutama kalau anda nak main game berat seperti PUBG dan COD. Boleh guna setting 'smooth + ultra' dan tak lagging. Kalau betul-betul nak phone untuk gaming bawah RM1000 yang padu, OnePlus 7T is the one!

 

Pemproses: Snapdragon 855+

RAM: 8GB

ROM /  Storan: 128GB / 256GB

Kamera utama: 48MP + 12MP (telefoto)

Kamera selfie: 16MP

Bateri: 3,800mAh

Skrin: 6.55″ Fluid AMOLED FHD+ 90Hz HDR10+

 

Harga: RM898

Beli di sini: https://invol.co/cl96bl5

 

Semoga artikel telefon gaming murah ini dapat membantu anda dalam mencari telefon idaman untuk main game. Walaupun harga murah, tetapi anda masih boleh menikmati pengalaman gaming yang mantap. 



Tags

Post a Comment

2Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

  1. Such a lovely idea about the Telefon gaming much thanks for sharing this article alizoni


    ReplyDelete
  2. I am unable to understand that what is this 7 telefon Gaming Murah 2022,Can you tell me about it briefly on Whatsplus I will be very thankful to you.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top