Powerbank dikategorikan sebagai aksesori wajib pemilik telefon pintar. Biarpun kebanyakan telefon sekarang hadir dengan kapasiti bateri besar, namun ia masih belum cukup untuk menampung kegunaan harian. Selain itu powerbank juga amat berguna sewaktu kecemasan dan ketika travel.
Bukan sekadar untuk mengecas telefon, powerbank turut digunakan untuk mengecas kamera, iPad/tablet, smartwatch, dan wireless earphones tanpa menggunakan soket elektrik.
Tips memilih powerbank terbaik
- Kapasiti - Dalam bahasa mudah, berapa kali anda boleh cas penuh telefon/tablet anda? Banyak pilihan di pasaran. Lebih tinggi jumlah mAh, lebih banyak yang boleh anda cas.
- Port output - Boleh cas berapa peranti dalam satu masa? Agak merugikan sekiranya cuma boleh cas satu peranti sahaja.
- Saiz powerbank - Semakin tinggi kapasiti bateri, semakin besar saiz fizikal powerbank. Pilih yang just nice untuk keperluan agar ia tidak terlalu berat ketika dalam poket atau handbag.
- Jenama - Adalah lebih selamat untuk beli dari jenama yang sudah dikenali dalam arena powerbank. Elak beli yang terlalu murah dan fake powerbank demi keselamatan telefon.
- Fast charging - Nobody likes waiting. Jadi ciri fast charging pada powerbank amat penting dalam menentukan berapa lama masa diambil untuk pengecasan penuh.
Saya senaraikan beberapa powerbank terbaik 2022 bersama link pembelian untuk harga lebih murah.
1. realme 18W PowerBank 2 -10000mAh
Selain telefon pintar, realme kini banyak mengeluarkan pelbagai peranti dan aksesori hebat pada harga mampu milik. Antara yang paling laris di pasaran adalah powerbank mereka yang amat berkualiti.
Didatangkan dengan kapasiti 10,000mAh, 18W Quick Charge, dan anda boleh cas dua peranti dalam satu masa. Selain itu rekaannya juga sleek, nipis, dan just nice untuk pengecasan harian atau sewaktu travel.
Harga agak tinggi, tetapi berbaloi untuk jangka masa panjang. Malah, lebih 50k unit telah terjual di Shopee. Antara power bank 10000mah terbaik di pasaran. Recommended.
Harga: RM129
Beli di sini: https://invol.co/cl9ht9g
Baca juga:
+ 7 Telefon Murah Tapi Berkualiti 2022
+ Tips Beli Laptop untuk Student
2. Rock Mini Powerbank 4 Cables
Viral di media sosial kerana ia terbina dengan 4 kabel berlainan. Ini bermakna anda tidak perlu membawa kabel peranti untuk mengecas. Saiznya juga compact dan ringan. Boleh dimuat dalam pocket dan bag.
Ciri lain yang best pada powerbank ini adalah Fast Charging, tidak mudah panas, ada lampu LED dan boleh cas pelbagai peranti tanpa perlu risau akan kabel. Jadi anda boleh cas peranti Apple, atau telefon dengan port type-c tanpa masalah.
Powerbank 20000mah terbaik kerana ini adalah kapasiti ideal untuk semua. Tambahan pula, ia menawarkan beberapa variasi kapasiti bateri dan warna menarik.Harga: dari RM23.50 (20,000mAh)
Beli di sini: https://invol.co/cl9htrv
3. Pineng Powerbank PN973
Jenama yang sudah tidak asing lagi dalam arena powerbank. Pineng memang dipercayai dan cukup popular di kalangan pengguna. Tiada apa yang istimewanya dengan model model ini. Basic dan tiada fast charging.
Namun, ianya original, berkualiti dan keselamatan telefon anda terjamin. Saiz dan beratnya juga masih lagi relevan dan mampu membantu anda mengecas peranti ketika dalam keadaan terdesak. Hehe.
Biarpun tidak istimewa dan tiada ciri terkini, ia masih berbaloi untuk dimiliki. Sebanyak 71k unit telah terjual di Shopee.
Harga: RM31
Beli di sini: https://invol.co/cl9hu0s
4. PINENG PN-899 PD 30000mAh
Pineng adalah powerbank terbaik Malaysia. Berkapasiti besar iaitu 30,000mAh. Sesuai untuk seisi keluarga guna sebab ia tahan lama. Satu pengecasan penuh cuma memakan bateri powerbank sebanyak 4%.Tambahan pula lengkap dengan PD Fast Charge, 18W. Ia ada dua port USB type-A, micro USB, Type-C, dan lightning untuk peranti Apple.
Rekaannya biasa sahaja, malah agak bulky dan berat. Namun, ia tidak menjadi masalah kerana baterinya tahan lama. Malah cukup berkualiti dan lengkap dengan sistem perlindungan. Highly recommended untuk pengguna telefon tegar.Harga: RM63
Beli di sini: https://invl.io/clhui2g
5. Xiaomi Mi Powerbank 3
Salah satu peranti yang laku keras dari Xiaomi adalah powerbank mereka. Xiaomi Mi Powerbank 3 ini adalah sebesar 10,000mAh sahaja, sesuai untuk penggunaan sederhana. Dilengkapi dengan 18W Super Charge, jadi anda tidak perlu menunggu lama untuk mengecas telefon.
Paling menarik adalah rekaanya yang segar dengan logo Mi di bahagian bawah. Ia juga agak nipis, ringan dan boleh dimuatkan dalam poket.
Sekiranya anda beli yang original dari pengedar sah di Shopee, anda akan menerima warranty selama setahun. Link pembelian saya dah sediakan.
Harga: RM65.80
Beli di sini:
https://invol.co/cl9j7vz
6. Portable Mini PowerBank Mirror Screen
Powerbank terbaik 2022 seterusnya adalah bersaiz mini. Size does matter. Untuk mereka yang mencari powerbank bersaiz kecil dan ringin, powerbank ini adalah pilihan ideal. Hadir dengan port Lightning, Type C, dan Micro USB, membuatkan anda senang untuk mengecas pelbagai peranti.
Terdapat teknologi Quick Charge 3.0, dan tidak mudah panas biarpun saiz yang kecil. Kemasannya seperti cermin, agak cantik dengan skrin LED yang jelas.
Powerbank ini memiliki pelbagai variasi kapasiti dan warna. Jadi and boleh
pilik mengikut keperluan dan citarasa. Sudah lebih 100k unit terjual di
Shopee. Wow!
Harga: Dari RM13.79
Beli di sini: https://invol.co/cl9ja68
7. AUKEY PB-N73/73C N Series
Powerbank dari Aukey juga tidak kurang hebatnya. Boleh cas dua peranti dalam satu masa dengan beberapa port penting sperti type C, micro USB, dan lightning. Terdapat pengecasan pantas 15W walaupun berkapasiti 10,000mAh sahaja.
Apa yang menarik perhatian adalah rekaan badannya yang minimal dan tampak premium. Ia juga ringan dan nipis. Senang untuk dibawa ke mana-mana.
Harga: RM39
Beli di sini: https://invol.co/cl9jaig
8. PINENG Powerbank 50000MAH Power Bank
Power bank 50000mAh terbaik untuk mereka yang perlukan powerbank yang berkapasiti besar. Ada quick charge PD 3.1, 50W, sudah tentu anda tidak perlu menunggu lama untuk pengecasan penuh.
Rekaannya juga segar, dengan skrin LED yang besar. Beratnya cuma 224g dan tidak terlalu tebal. Masih lagi managable untuk dibawa ke mana-mana.
Selain itu ia terbina dengan' vibrating switch', di mana hanya goncang untuk aktifkan powerbank. Boleh cas dua peranti dalam satu masa.Harga: RM49
Beli di sini: https://invl.io/clhuhyw
Tak susah nak cari powerbank terbaik 2022. Cuma kena banyak buat research
berkenaan harga, kapasiti, port output, dan kualiti demi keselamatan telefon
anda. Semoga artikel ini bermanfaat.
You are right.Powerbanks allow us to maximize your gadget's performance.Can you please tell me the price of this gadget via gb whatsapp download
BalasPadam