14 Sunscreen Untuk Kulit Berminyak

8

Sunscreen Untuk Kulit Berminyak  | Walaupun anda memiliki kulit berminyak, pemakaian sunscreen adalah amat penting dalam rutin penjagaan wajah harian. Terutama dengan kita hidup di negara yang menerima cahaya matahari yang tinggi. 

Pendedahan terhadap cahaya matahari boleh mengakibatkan pelbagai masalah kulit seperti sunburn, jeragat, penuaan, dan kanser kulit. 


Banyak sunscreen yang boleh anda dapatkan di pasaran, namun yang mana sesuai dengan kulit berminyak anda? Untuk kulit berminyak, pilih yang bertekstur cair/gel, serta mampu melembapkan wajah. 

Biore UV Aqua Rich Watery Essence SPF 50+

Sunscreen yang pertama adalah dari Biore. Biore keluarkan sejumlah sunscreen tapi yang ini amat sesuai untuk kulit berminyak dek kerana teksturnya yang jenis gel. Agak cair, dan kulit rasa slightly sejuk selepas disapu. 

Paling best ia juga mengandungi Hyaluronic Acid & Royal Jelly Extract yang terkenal dengan fungsi melembapkan kulit.  

Nilai SPF 50 dan PA++++ which is perfect untuk cuaca di Malaysia. Highly recommended. 

Harga: RM24

Beli di sini: https://invl.io/cljq93v


 

Biore UV Perfect Milk Moisture SPF50

Sunscreen kegemaran ramai sebab sesuai dengan semua jenis kulit. Botol oren ini cukup popular di Watsons. Sunscreen ini turut memiliki SPF 50. Ia ringan, tidak melekit, dan tidak meninggalkan kesan white cast. 

It leaves a mattifying finish on your skin. Tak melekit langsung dan tak ada bau kuat. 


Saiz botolnya ideal untuk dibawa ke mana-mana since kita perlu apply sunscreen setiap 2-3 jam bergantung pada persekitaran. Kalau nak tahu, ini adalah sunscreen untuk kulit berminyak Watson yang paling laris.

Harga: RM13

Beli di sini: https://invl.io/clkfb6s

Artikel berkaitan: 

+ 5 Sunscreen Terbaik di Watsons

+ 10 Tone Untuk Kulit Berminyak

+ Skincare Untuk Kulit Kombinasi Malaysia

+ 10 Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak

Innisfree Tone Up No Sebum Sunscreen

Perkataan 'no sebum' sudah jelas menunjukkan ia mesra pada kulit berminyak. Untuk mereka ada super oily skin, wajar cuba sunscreen dari jenama popular ini. 

Ia bukan sahaja melindungi kulit dari sinaran matahari, bahkan bantu kurangkan minyak berlebihan. Ada kesan matte finish dan buat kulit lebih lembut.  


"Tone-up' adalah nama lain kepada white cast, di mana kulit jadi lebih cerah selepas disapu. Tapi tidak ketara macam foundation. Just nice je. So kena guna makeup remover untuk bersihkan wajah. 

Harga: RM55 (50ml)

Beli di sini: https://invl.io/clkfb70

 



Whitelab UV Shield Tank Sunscreen Gel

Viral di TikTok kerana ia adalah sunscreen untuk kulit berminyak dan berjerawat. SPF50 which is perfect dan boleh protect kulit dari sinaran UV dan bluelight! Hah, bagu suntuk korang selalu guna komputer juga. 

Sunscreen Whitelab ni ada banyak kandungan best selain protect kulit dari matahari. Contohnya glycerin, niacinamide, dan hyaluronic acid. Kesemua ini berfungsi untuk melembapkan kulit sama seperti moisturizer


Teksturnya pula jenis krim cair dan mudah menyerap. Rasa sejuk selepas di sapu. 

Harga: RM31

Beli di sini: https://invl.io/clkfb94

COSRX Aloe Soothing Sun Cream

Produk ini boleh dikatakan powerful juga dalam arena sunscreen. Ia bukan sahaja blok sinaran UVA dan UVB, tetapi turut melembapkan kulit. Formulasi hebat dapat lindungi kulit dari terbakar dan kusam biarpun anda melakukan aktiviti oudoor. 

Dalam masa sama, kulit kekal lembap dan lembut kerana kandungan aloe yang terdapat di dalamnya. Sunscreen ni wangi sikit, tapi tak ketara sangat dan bau hilang selepas disapu. 

Banyak benda yang best pada sunscreen ni. Ia ringan, tak greasy, tak ada white cast. Yang ni juga merupakan sunscreen untuk kulit berminyak dan berjerawat di Watsons sebab ada ingredients best untuk rawat acne.

Harga: RM37

Beli di sinihttps://invl.io/clkfb9a

Wardah UV Shield Sunscreen Gel

Wardah ni ada beberapa sunscreen tau. Untuk kulit berminyak dan kombinasi, anda boleh pilih yang tiub warna kuning. Nilai SPF30 PA+++, which rendah sikit tapi just nice untuk cuaca di Malaysia. 

Pelinding matahari ini mempunyai kombinasi Vitamin E, Pro Vitamin B5, dan Vitaminc C yang merawat kulit dari kemerahan dan supply nutrisi yang diperlukan kulit. Selain itu ia slightly mencerah sebab ada vitamin C. 

Ia juga bersifat gel ringan, senang nak blend, dan tak bercapuk. Sunscreen ni tak buat muka melekit ya. 

Harga: RM9.73

Beli di sini: https://invl.io/clkfb55

3W Clinic Intensive UV Sunblock Cream SPF50

Sunscreen untuk kulit berminyak malaysia yang viral di media sosial. Produk dari Korea ini memang best. Nilai SPF 50 dan PA+++ which perfect untuk cuaca di Malaysia. Kemudian ada ektrak aloe yang melegakan iritasi dan buat kulit lebih sihat.  

Harganya pun amat berpatutan. Tapi hati-hati sebab banyak fake produk. Beli dengan trusted seller okay?

Harga: RM7.80

Beli di sinihttps://invl.io/cljq0g2

 



Axis-Y Complete No Stress Physical Sunscreen SPF50+

Sunscreen untuk kulit berminyak seterusnya adalah Axis-Y Complete. Hah, produk ni bukan sahaja memiliki nilai SPF sempurna iaitu 50+ dan PA++++, tapi ada kandungan niacinamide yang boleh kawal minyak berlebihan. 

Malah, ada squalane yang melindungi kulit dari UVA & UVB yang boleh membawa kepada kerosakan kulit. Ia juga amat sesuai untuk kulit berjerawat sebab ia tak clog pores. 

Tanpa fragrance, ringan, dan tidak melekit. 

Harga: dari RM14

Beli di sini: https://invol.co/clakzrh

Azarine Hydrosoothe Suncreen GEL SPF45

Satu lagi jenama dari Indonesia yang semakin popular di Malaysia. Apa yang membuatkan ia amat ideal untuk kulit berminyak, kombinasi, dan berjerawat adalah kandungannya. Niacinamide, hyaluronic acid, dan propolis banyak membantu dalam mengawal minyak berlebihan.

Tiada kesan white cast dan tekstur gelnya banyak membantu. 


Sunscreen ini cukup popular di Indonesia tau. Selain itu ia juga banyak dijual di Shopee. 

Harga: RM27

Beli di sini: https://invl.io/clkfb9h

 



Sunplay Skin Aqua Uv Brightening Moisture Gel SPF50+


Menggunakan formulasi ringan khusus untuk kulit sensitif dan berminyak. Dirumus dengan kandungan yang boleh lindungi kulit dari rosak akibat sinaran UV dan kotoran persekitaran. 

Kulit jadi lembut dan buat anda selesai walai memakainya dua atau tiga kali sekali. Pelindung matahari ini cukup popular. Selalu sold ou di drugstore.

Antara sebab ramai suka sunscreen ini adalah ia bukan sekadar sebagai perlindungan UV bahkan bluelight. Yes, you need bluelight protection too kalau banyak guna laptop. Laku keras di Shopee dan Watsons.

Harga: RM27

Beli di sini: https://invl.io/clkfb9r

Loreal Paris UV Defender Matte and Fresh

Jenama Loreal Paris sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Kualiti produk mereka memang padu. Bagi pelindung kulit, produk ini bagus untuk cuaca di Malaysia. 

Kombinasi SPF50+ dan PA++++ mampu lindungi kulit dari UVA, UVB, dan Long Range UV.​ Diformulasikan agar tidak berminyak, berkilat, atau melekit yang merupakan musuh nombor satu pemilik kulit berminyak. 


Harga: RM40

Beli di sini: https://invl.io/cljq94y



 

Beauty Of Joseon Relief Sun: Rice + Probiotics Sunscreen

Satu lagi jenama K-beauty yang semakin popular. Beauty Of Joseon (BoJ) mengeluarkan pelbagai jenis produk skincare berkualiti. Salah satu yang digemari ramai adalah sunscreennya. Ia ada 30% rice extract yang boleh beri kelembapan pada kulit. 

 

Kemudian ada niacinamide, which is great! Selepas sapuan, kulit akan nampak slight natural glow tanpa kesan white cast.

Harga: RM43

Beli di sini: https://invle.co/clelcpn

3W Clinic Natural Vita-Moist Sun Cream SPF50+

Kulit berminyak akan jadi lebih berminyak kalau pakai sunscreen yang salah. Salah dari segi kandungan yang boleh trigger kulit supaya produce more sebum. Pemakaian suncreen dari 3W Clinic ini adalah pilihan yang tepat. 

 

Selain nilai SPF yang sempurna, ia beri kesan semi matte finishing, senang nak blend pada kulit, dan tak melekit. Harganya pun murah je tau. Tapi banyak yang fake di pasaran. Kena pilih trusted seller atau beli sahaja di drugstore, Aeon Wellness. 

Harga: RM11

Beli di sini: https://invle.co/clelcw2

Wardah UV Shield Light Matte Sun Stick SPF50

Wardah juga keluarkan banyak sunscreen mengikut kepelbagaian jenis kulit. But for oily skin ramai yang suggest their latest release iaitu UV Shield Light Matte Sun Stick SPF50. 


Yes, jenis stick macam deodorant tu. Beri kesan matte finish, tak melekit. Also, senang nak apply dan reapply terutama bila anda dekat luar and you have your makeup on. Selain itu, ia berkandungan serum, primer, dan sweat proof. 

Harga: RM28

Beli di sini: https://invle.co/clelf1c

Semoga artikel sunscreen untuk kulit berminyak ini dapat membantu anda dalam mencari sunscreen sesuai. Tidak kiralah cuaca panas atau mendung, please pakai sunscreen untuk mengelak dari masalah kulit. 

Post a Comment

8Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Tak semua sunscreen yang sesuai dengan kita kan.ida guna 3w clinic tu..dh berbotol2..itu yg paling ssuai utk kulit Ida yg kombinasi

    ReplyDelete
  2. Pernah nampak Biore UV Perfect Milk Moisture dan nak beli, tapi kerap habis. Memang laku keras.

    ReplyDelete
  3. Sunscreen ni memang kalau kulit berminyak tak boleh pakai jenis lotion. Remaja macam anak sis ni berminyak so kena pilih yang sesuai. Kalau tak senang naik jerawat

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas suggestion yg diberikan.. bagus bila nak buat pembelian kita rujuk di entri ini

    ReplyDelete
  5. Kita memang setia dengan Biore. Mmg sesuai dgn kulit so malas nak tukar tukar haha

    ReplyDelete
  6. Banyak juga brand sunscreen yang bagus2 kan! I normally used one of the brand in the list but kali ni nak try yang Loreal ya! Seriously harga ni for the trial? so affordable...

    ReplyDelete
  7. Thanks for the lists and harga-harga pun takde la harga kayangan kan..hehe. btw, I have combination skin.

    ReplyDelete
  8. Sis guna yang no6 tu, tersangat best setakat ni yang Sis pakai antara bebanyak yang dah cuba...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top