8 Toner Untuk Kulit Kering di Watsons

0

Fungsi utama toner adalah untuk menghilangkan kotoran berbaki selepas mencuci muka. Selain itu toner menyeimbangkan kelembapan dan pH kulit agar mudah untuk serap serum dan moisturizer pada langkah seterusnya. 

Keperluan pemakaian toner masih lagi didebatkan. Ia tidak seperti cleanser, moisturizer, dan sunscreen yang wajib dipakai setiap hari. Namun kalau ia bagus untuk kebersihan dan kecantikan kulit, why not kan? 


Untuk kulit kering, pilih toner yang jenis melembapkan kulit agar natural moisture tidak hilang. 

Saya senaraikan beberapa toner for dry skin yang boleh anda dapati di Watsons. Maklumlah, produk yang dijual di drugstore ini lebih berkualiti dan selamat. Saya sertakan juga link pembelian supaya anda boleh dapatkan dengan harga yang lebih murah. 

 

1. Hada Labo Premium Lotion

Seperti yang kita tahu, produk Hada Labo memang best dan berkesan. Oleh kerana produk ini dari Jepun, mereka panggil toner as 'lotion' okay?


Dari segi ingredients, toner ini ada 7 jenis hyaluronic acid yang terkenal dengan fungsi melembap yang efisyen. Kulit jadi lembut dan tidak melekit. Sesuai pakai 2 kali sehari untuk pastikan kulit kekal lembap. 

Harganya agak mahal, elok beli masa tengah promotion atau cuba trial bottle. 

Harga: RM55

Beli di sini: https://invol.co/clav5tj

 



2. Mamonde Rose Water Toner

Ia mengandungi 90.97% air rose untuk kesan lembap dan segar berpanjangan. Untuk pengetahuan, air rose memberikan hidrasi dan memberikan kelembapan pada kulit. 

 


pH level nya juga sekitar 5.5 sahaja which is just nice untuk kulit kering dan sensitif. Selalin itu, ia mudah menyerap dan memberikan kesan dingin selepas sapuan. 

Toner ini ada slight fragrance iaitu bau bunga rose. Tetapi tidak terlalu kuat. 

Harga: RM40

Beli di sini: https://invol.co/clav5uq

 

Artikel berkaitan: 

+ 8 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering dan Kusam

+ Skincare Untuk Kulit Kering di Watsons

+ 10 Serum untuk Kulit Kering

+ 12 Moisturizer Untuk Kulit Kering


3. Neutrogena Alcohol-Free Toner

Toner terbaik untuk kulit kering kerana tidak mengandungi alkohol. Bahkan ideal untuk semua skin type. As we know, alkohol akan lebih mengeringkan kulit. Ia mengekalkan kelembapan semula jadi and lock that moisture dari hilang akibat cuaca dan keadaan persekitaran. 


 

Apa yang buat saya teruja dengan toner ini adalah kemampuannya mengeluarkan kotoran yang tidak dapat dibersihkan cleanser. Korang boleh lihat daki dan makeup berlebihan pada cotton pad. 

Harga: RM13

Beli di sini: https://invol.co/cl3gvu6

 

4. Hada Labo Hydrating Lotion (red line)

Toner untuk kulit kering di Watsons seterusnya adalah HL Hydrating Lotion. Pilih yang ada line merah pada botol which is for people with normal to dry skin. 

Ia mengandungi 4 jenis hyaluronic acid yang boleh seimbangkan kelembapan kulit, lock air dari hilang akibat persekitaran. 

 

Tak ada fragrance, alkohol, dan pH rendah. Semua ciri ini ideal untuk kulit kering. No wonderlah ramai suka pakai toner ni. 

Harga: RM46

Beli di sini: https://invol.co/cl3gvl2

 

5. Cosrx AHA/BHA Clarifying Treatment Toner

Ini merupakan toner jenis exfoliating iaitu berfungsi untuk keluarkan sel kulit mati dan blackheads agar kulit sentiasa segar dan bersih. Kandungan AHA/BHA ni memang banyak kebaikannya. AHA untuk hilangkan whitehead, kulit kusam dan parut. Manakala BHA pula untuk blackheads dan bersihkan pori tersumbat. 


 

Bagi yang tak biasa pakai AHA/BHA jangan risau. Sebab toner ini jenis mild sahaja. Tak pedih dan rasa seperti toner biasa. Ramai yang jadikan produk ini sebagai toner untuk kecilkan pori dan hilangkan jerawat di Watsons.

Korang boleh nampak kesan pemakaiannya dalam beberapa minggu. 

Harga: RM29

Beli di sini: https://invol.co/clav5vx


6. Simple Soothing Facial Toner

Produk dari Simple memang popular. Jenama dari UK ini bukan sahaja berkesan, bahkan amat berpatutan. Bagus untuk semua jenis kulit terutama kulit sensitif sebab kandungan toner ini amat mild tetapi berkesan pada kulit. 

Tak melekit, tak buat kulit kering. Wajah segar selepas sapuan. Ramai yang guna toner ini untuk hilangkan eyebag dan segarkan mata kusam. Caranya tuangkan beberapa titis toner ke atas cotton pad, dan letak di bawah mata selama 8 - 10 minit.  

Oh ya, product range warna hijau ni skincare untuk kulit kering di Watsons yang famous tau. 

Harga: RM13

Beli di sini: https://invol.co/clav5wo

 


7. Safi Sensitive Care Probiotics & Niacinamide Toner

Berasaskan air, ringan, dan diperkaya dengan kandungan yang boleh melembapkan kulit. Dalam masa sama ia boleh bersihkan pori agar kulit kekal lembut sepanjang hari. 

Toner ini ada niacinamide tau. Selain itu ada vitamin E dan organic aloe yang boleh boost skin moisture. Jenama Safi ni memang terkenal dan dipercayai. Tak rugi kalau cuba. 

Harga: RM13

Beli di sini: https://invol.co/clav5xd


8. Pixi Glow Tonic

Tidak dijual di Watsons, tapi saya selitkan juga dalam artikel ini sebab memang best! Ramai yang mengatakan Pixi Glow Tonic ini adalah 'holy grail' sebab boleh buat muka glowing. Ia merupakan toner jenis exfoliating yang boleh keluarkan sel kulit mati supaya wajah sentiasa segar dan bersih. 

Kandungan glycolic acid (AHA) banyak membantu hilangkan kekusaman dan parut. Tekstur cair, cepat meresap, dan tak melekit. 


Pastikan korang ada skincare routine yang kukuh sebelum pakai produk ni. Bukan bahaya, tapi disebabkan ada kandungan acid, takut muka tak boleh adapt. Kalau tak cuba, tak tahu kan?

Harga: dari RM19

Beli di sini: https://invol.co/clav5y1

 

Banyak toner untuk kulit kering di Watsons yang anda boleh cuba. Skincare is a journey, semoga artikel ini membantu.


Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top