Sorotan Ciri Utama Platform Dagangan Forex Mobile MT5

0

Dagangan forex tidak sahaja terikat kepada paparan desktop. Dengan kemajuan teknologi terkini, anda boleh sahaja membawa segala urusan dagangan forex anda ke mana sahaja dengan sedikit bantuan daripada telefon pintar anda. Tetapi bagaimana untuk memilih platform dagangan yang bersesuaian dengan sasaran dagangan anda? Dan adakah ianya akan serasi dengan sistem operasi anda.  

Di situlah munculnya platform MetaTrader (MT). Baik MT4 ataupun MT5, keduanya menawarkan komponen platform dagangan matawang asing secara dalam talian menerusi aplikasi mobile. Tidak kiralah jika anda pengguna iPhone, iPad, ataupun mana-mana telefon pintar Android lain, anda boleh memuat turun aplikasi MetaTrader dan mula berdagang secara mudah alih pada bila-bila masa sahaja. 

 


Mahu tahu apa ciri-ciri utama pelantar digital dagangan forex tercanggih MetaTrader, MT5? Mari lihat!

 

1. 9 Ruang Masa Dagangan

Sumber : investopedia.com

Ruangan masa, atau lebih dikenali sebagai “trading timeframes” adalah pembatasan yang menandakan turun-naiknya sesuatu aset. Dalam bahasa mudah, ianya adalah ruang masa anda boleh mengenal pasti di mana trend bermula dan berakhir. Dengan informasi ini, anda boleh mengunjur pergerakan mana-mana aset dalam portfolio anda.

Platform dagangan mudah alih MetaTrader 5 menggunakan 9 daripada 21 paparan ruang masa dagangan yang ada tersedia. Julat ini bermula dari 1 minit sehinggalah 1 bulan. Dengan 9 ruang masa ini, anda boleh mengenal pasti pola pergerakan aset bagi mengatur strategi dagangan forex jangka pendek dan panjang.

 

2. 30 Petunjuk Dagangan 

Sumber : dc.net    

Ada 30 petunjuk dagangan yang berbeza yang tersedia untuk pencartaan pada platform dagangan forex mudah alih MetaTrader. Ini termasuklah petunjuk dalam 4r kategori utama - penanda jumlah, penanda pergerakan, penanda trend dan penanda Bill Wiliams. Hampir kesemua petunjuk dagangan akan dibuka dalam paparan yang berasingan untuk memudahkan sebarang perbandingan di antara carta petunjuk bagi satu-satu masa. Tetapi ada beberapa yang lain yang akan dipaparkan terus pada carta utama.

Dengan bilangan petunjuk dagangan yang begitu bervariasi, anda boleh mengkaji pergerakan trend dengan lebih terperinci untuk merungkai informasi unjuran untuk membantu anda mengatur dagangan masa depan anda bagi setiap aset dalam portfolio anda. 



3. Data Masa Nyata


Setiap versi aplikasi mudah alih MT5, baik iOS, Android, atau iPadOS akan disambungkan kepada sumber data dagangan matawang asing dalam masa nyata. Antara sumber-sumber yang digunakan adalah data finansial dan berita dagangan terkini dari Bloomberg, FXStreet, Reuters, Dow Jones, MNI, International Business Times dan beberapa lagi sumber yang terpercaya dengan data yang sahih dan terkini. Ini akan memberikan anda gambaran yang lebih menyeluruh dengan informasi yang disambungkan terus dari pasaran dagangan serta rakan media finansial yang bertauliah.

4. Dagangan Automatik

Sumber : scnsoft.com

Jangan terkejut! Ciri dagangan automatik (bersandarkan algoritma yang kompleks dan hampir tepat) yang menjadi simbol utama MetaTrader juga boleh diakses melalui aplikasi mudah alih mereka. Bagi sistem MT5, anda boleh sahaja mendapatkan mana-mana robot dagangan yang dipaparkan pada ruangan “Code Base” mereka untuk memulakan perjalanan dagangan auto anda. Dan jika anda arif dalam bidang IT, anda boleh sahaja membina skrip dagangan sendiri dan mengintegrasikannya dengan sistem MetaTrader5. 



Dapatkan Fitur Dagangan Mobile Terunggul Dengan MetaTrader 5


Tidak perlu lagi anda membawa komputer riba anda ke mana-mana untuk senantiasa mengawasi dagangan forex anda. Kini, semuanya boleh anda kawal selia dengan satu ketikan sahaja. Muat turun aplikasi MetaTrader untuk iOS, iPadOS, atau Android melalui Google Play Store atau Apple App Store dan mulakan kehidupan baru anda sebagai pedagang forex secara mudah alih!

 




Tags

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top